Bila saya ckp dgn mak, dia akan paling muka. Abah langsung taknak salam dgn saya

Bila naik kereta berdua dengan dia, saya bercakap mesti dia berpaling ke lain. Kalau borak di sofa, mak akan terus duduk di sofa lain. Bila nak salam dengan abah, dia tak nak civm saya lagi. Saya sedar betapa tak layaknya saya berada kat dunia ni.

#Foto sekadar hiasan. Teruk betul tajuknya kan, Riwayat Cikgu Busuk. Tapi rasanya inilah yang paling sesuai menggambarkan hidup saya. Saya Sara. Bukan nama sebenar. Dua tahun lepas, saya pernah confess kat sini tentang masalah bau nafas yang saya hadapi.

Readers sangat supportif dan bagi macam – macam petua. Ada yang saya try, terima kasih banyak you all. So, ini kisah saya lepas dua tahun. Jadi manusia yang mempunyai kekurangan fizikaI ni, susah tau. Serius susah.

Ibarat ahli ner4ka yang tersesat di tengah – tengah syurga. Semua orang jauhi. Buat – buat tak nampak. Kalau nak bertembung cepat – cepat mengelak supaya tak perlu bertegur sapa dan terhidu bau nafas saya yang sungguh pu4ka.

Saya depr3ssed. Dua kali berhenti kerja sebab ni. Pertama, saya berhenti waktu karier sedang menyinar di sebuah jabatan pemasaran. Tiap – tiap kali outstation bawa balik duit berkepuk untuk kompeni. Bos happy sangat dengan team kami.

Bila dia nampak kami kuat, bos nak pecahkan suruh saya lead team baru. Saya dah cuak. Bila jadi team leader kena banyak communicate dengan orang. Malunya nanti customer tak selesa bau nafas saya, buruk pulak nama kompeni.

Saya tak sanggup. Berhenti. Balik kampung, mengajar di sekolah swasta. Awalnya semua baik. Ajar budak kecik sekolah rendah. Budak – budak pun masih reti hormat dan tak pandai kutuk cikgu mulut busuk.

Masuk tahun kedua, kawan – kawan yang dah tak tahan. Sorang member ni dengan terbuka dia panggil saya Sara Busuk. Dengan nada gurau, tapi saya tahu itu jujur dari hati dia. Anytime dia panggil saya, bukan Sara lagi tapi Sara Busuk.

Mujur meja saya mengadap dinding. Takde siapa perasan muka saya naik merah padam dan mata berkolam. Thank you dear friend, and good bye. Saya berhenti. Dengan family pun sama. Satu kali kami buat gathering, bergambar ramai – ramai sambil bersorak.

Lepas tu sepupu yang bergambar sebeIah saya terus tukar position. Sejauh mungkin. Abang saya. Sebelum ni dah pernah jelaskan kat dia yang saya ada masalah di tekak. Tapi dia layan saya macam saya ni pemalas gosok gigi.

Saya malas nak ulang cerita macam mana saya jaga 0ral hygiene. Kalau korang ingat lagi post dua tahun lepas, ha begitulah. Satu hari, saya berada di rumah abang dan minta pinjam laptop dia. Dia bukakan laptop sebelum serah kat saya.

Tengok – tengok dia dah siap bukak satu website pasal masalah bau nafas. Mesej tersirat dia nak suruh saya baca benda tu. Dia ingat saya tak buat apa – apa langsung dengan bau nafas saya ni. Pedih hati saya. Tapi buat tak terasa je.

Mak saya. Bila naik kereta berdua dengan dia, saya bercakap mesti dia berpaling ke lain. Kalau borak di sofa, mak akan duduk jauh – jauh hujung sofa atau terus duduk di sofa lain. Lama – lama saya malas nak bercakap dengan mak.

Balik rumah memerap je duduk dalam bilik. Abah. Bila salam pun dah tak nak civm saya lagi. Last – last saya pun malas nak salam abah. Balik rumah tegur abah dari jauh je. Memang saya jauhkan diri. Saya sedar betapa tak layaknya saya berada kat dunia ni.

Betapa kewujudan saya amat mengganggu perjalanan hidup orang sekeliling. Saya langsung tak salahkan diorang. Setiap orang berhak nak hirup ud4ra segar. Sump4h saya tak salahkan setiap orang yang tak selesa dengan saya.

Saya selalu salahkan diri sendiri, salahkan takdir, saya selalu fikir nak minum je clorox supaya dapat cuci tekak saya ni. Ataupun nak t3rjun je bangunan dan tinggalkan semua orang. Kalau bukan sebab saya ingat Allah, saya mungkin tak mampu nak tulis tentang ni

Bermula 2016 saya bawa diri ke pakar ENT untuk cari solusi. Doktor pertama yang saya jumpa tu punya la hensem, betapa malunya saya nak terangkan pasal nafas busuk. Doktor suspek saya ada masalah sinus. Dia scope hidung dan bagi ubat spray dalam hidung.

Selesai masalah post-nasal drip. Tapi bau busuk masih ada. Masa tu saya stop pergi appoinment sebab dah malu. Saya cari maklumat sendiri di internet dan terjumpa tentang tonsillolith. Baru sedar inilah masalah saya sebenarnya.

Ketulan – ketulan di tonsil tu yang buat nafas saya busuk tak hilang. Bila tekan dalam tekak baru perasan ada lump di sebelah kanan. Saya belajar bersihkan tonsil. Step penjagaan mulut bertambah. Gosok gigi + gosok lidah + floss + joIok tonsil. Tapi masih tak selesai.

Saya pergi ENT balik dan bagitahu doktor tentang tonsillolith. Doktor nampak tak ambik berat sangat, mungkin bagi dia bau nafas ni hal kecik je. Tambah pulak tonsil saya taklah bengkak macam orang lain sampai susah menelan.

Dia tak tahu macam mana impact pada hidup saya. Saya minta pertimbangan untuk operate buang tonsil. Masa tu dah hujung 2017. Doktor kata jadual dah penuh, kena tunggu tahun depan untuk tengok jadual baru.

Kemudian, saya jumpa dengan doktor baru. Ulang balik cerita dua tahun lepas. Ulang balik segala pemeriksaan. Doktor yang ni sungguh meny4kitkan hati. Dia tersenyum – senyum sinis sambil dengar complaint saya.

Saya ni dah cukup malu nak cerita, dia sengih – sengih pulak. Mungkin sebab dia tak nampak tonsil saya bengkak, dia anggap saya berilusi tentang tonsillolith. Lepas appoinment dengan dia, saya stop. Fade up dah.

Saya teruskan rutin biasa bersihkan tonsil cuma kali ni lebih ganas. Saya picit lump kat tekak tu dengan lebih kuat dan sadis. Memang akan keluar ketulan atau n4nah. Selagi tak keluar d4rah, saya tak stop. Selalunya bila dah keluar nanah, lump tu akan mengecil.

Esok pagi dia besar balik dan proses berlangsung seperti biasa. Selagi tak 30 minit memang saya tak keluar dari toilet. Air mata jangan cakaplah. Setiap kali bersihkan tonsil memang air mata keluar. Bila nampak d4rah saya terus menangis fikirkan macam ni sekali saya struggIe nak bersihkan mulut.

Tapi orang masih anggap saya pengotor malas gosok gigi. Masa Raya Aidilfitri. Masa jalani rutin ‘menyiksa’ tonsil, sekali keluar batu warna hitam. Batu kecil saiz separuh butir beras. Saya rasa macam menang besar bila nampak dia keluar.

Hari seterusnya saya sem4kin gelojoh memicit – micit tonsil dengan harapan bagi keluar batu lain, sebab lump masih ada. Sekali tekak saya berd4rah teruk. Mungkin batu yang stuck kat dalam tu dah Iukakan tonsil.

Dua hari saya tak boleh makan. Telan air liur pun siksa macam ada pis4u. Sejak hari tu saya tak usik tonsil dah. Saya biar je bau busuk ke apa, saya belajar tebalkan muka. Masa ni saya dah berhenti mengajar sekolah rendah.

Hasrat dah tak nak jadi cikgu sebab bau mulut saya nanti menyiksa murid – murid je. Tapi agaknya j0doh saya kuat dengan bidang pendidikan ni. Masuk pulak mengajar sekolah menengah. Cab4ran dengan budak remaja lagi memedihkan.

Anak murid perIi saya depan – depan, bila panggil dia taknak datang, merungut “iee busuk la” dekat kawan – kawan sebelum jumpa saya dengan muka terp4ksa. Serius, jantung saya macam kena tik4m – tik4m.

Tapi tak tahulah kali ni mana datang kekuatan saya nak keraskan hati jadi kalis kutuk. Saya betul – betul dah redha Allah bagi saya mulut busuk ni. Saya amalkan zikir 33 kali lepas solat untuk redakan str3ss. Saya teruskan hidup macam tak ada apa berlaku walaupun dalam hati sebakkkkkkk sangat – sangat dengan reaksi orang sekeliling.

Redha bukan bermakna saya biar je masalah tu tak selesai. Bila s4kit kita wajib ikhtiar cari sembuh. Ogos saya pergi appoinment terakhir, bagitau doktor tentang batu yang keluar. Doktor kali ni mulanya anggap saya berilusi juga, sebab bila dia tengok tekak saya takde bengk4k pun.

Saya pergi ke sink dan joIok tonsil, tunjukkan nan4h yang keluar. Lepas tu baru dia percaya saya ada masalah tonsillar abcess. Bila tengok rekod saya datang appoinment dah dua tahun, terus dia dec1de nak 0perate secepat mungkin.

Sebenarnya saya takut sangat nak 0perate. Takut tak bangun balik lepas kena bius. Huhu. Tapi bila memikirkan segala kes4kitan yang saya terima dari orang sekeliling, saya sanggup ambil risik0 bius tu untuk perbaiki keadaan.

Saya doa banyak – banyak mohon Allah selamatkan saya dan lancarkan urusan pembedahan. Dalam kepala teringat m4ti je… Tiba – tiba saya sedar inilah perasaan banduan akhir yang akan dig4ntung pada esok pagi.

Malam sebelum operation baru saya bagitahu semua orang, minta maaf dan minta halal. Abang saya tanya, “Ni 0perate pasal bau nafas tu ke?” Uh pedihnya hati. Tak payahlah nak sebut pasal nafas busuk – busuk.

Gigil tangan saya baIas mesej dia dengan air mata bergenang serta – merta. Oh God, just let me dai on the table. Waktu nak masuk OT saya sangat nerv0us sampai lupa nak pesan nurse tolong jaga aur4t saya.

FYI, sebelum 0peration, scrub nurse akan siapkan patient. Nurse yang attend saya haritu, gelojoh sangat tarik baju sampai nak terdedah d4da saya. Dah la kat situ semua lelaki. Surgeon, MA, doktor bius, sume lelaki.

Hanya saya dan nurse tu perempuan. Saya harap pada dia la nak jagakan maru4h saya. Sebaliknya dia pulak nak meneIanjangkan saya hidup – hidup. Bila saya tegur, dia kata tak apa, kita pr0fessional. Pr0fessional sampai takde malu eh?

Saya fahamlah kamu dah biasa tengok badan orang sampai takde rasa dah, tapi tolong consider perasaan patient. Kami bukan patung. Kami manusia hidup yang tak biasa bukak baju depan orang. Cukup baik la saya tak berkeras nak pakai tudung dalam OT, macam muslimah lain yang saya pernah baca.

Tapi bila saya tolerate dengan prosedur, kamu ambil mudah pula tak jaga maru4h saya. Saya tengok video – video 0peration di barat lebih sopan layan patient, pasang wayar bawah selimut, takde nak reveal badan patient tu bagi orang nampak.

Sangat kecewa. Mesti korang pelik, tonsil kan 0perate kat tekak. Buat apa selak d4da? Ya doktor bius nak pasang heart monitor kat d4da. Itu je pun. Pasang bawah selimut pun boleh kan? Aku pun tak faham kenapa nurse tu p3rvert sangat nak l0ndehkan baju aku separuh badan.

Maaf tiba – tiba membebeI pasal ni. Sebenarnya saya tr4uma disebabkan perkara tu. Terasa dimaIukan. Rasa s4kit hati lebih teruk dari s4kit tekak kena p0tong. Dua malam ni saya tak boleh tidur teringat perbuatan nurse perv3rt tu.

Saya harap di Malaysia Baru ni KKM akan lebih tegas jaga maru4h pes4kit, dan menjaga maru4h doktor – doktor perempuan. Tiba – tiba je kan.. Lepas 0peration, disebabkan malu sangat – sangat dengan doktor tu, saya jadi tak tertanya tentang tonsil yang kena buang.

Apa pun syukur semua berjalan lancar. Sekarang tunggu tekak sembuh je. Saya harap selesai la masalah bau nafas yang saya hadapi bertahun – tahun. Jadi lebih konfiden nak bergerak aktif, konfiden nak cari j0doh. Huhu.

Banyak dah saya tolak calon abah sebab tak yakin nak jalin hubungan. Saya ucapkan terima kasih pada Dr. Khizuan yang dari awal gigih layan complaint saya waktu appoinment, bawak saya ke OT dan lepaskan saya keluar wad.

Terima kasih pada nurse – nurse klinik ENT, wad 6A dan wad PACU HospitaI Serdang. Walaupun khidmat korang telah dibayar oleh kerajaan, tapi kesannya akan berbekas dalam hidup saya sampai bila – bila.

Untuk korang yang lalui masalah camni, saya doakan korang tabah dan jangan putvs asa cari penyelesaian. Untuk korang yang ada kawan atau family member yang bermasalah macam ni, bantu la. Jangan main judge orang tu pengotor, pemalas, lepas tu layan dia cam sampah.

Dan untuk makluman korang, warna gigi kuning tu normal tau. Dentist saya bagitahu naturally orang kulit cerah gigi kuning, kulit gelap gigi lebih putih. Tak payah nak kutuklah gigi orang kuning ya. Satu lagi, kalau korang biasa Iemas / tak boleh bernafas waktu tidur, sila pergi cek di hospitaI.

Itu sleep apnea yang bah4ya untuk kesihatan. Mungkin berpunca dari tonsil juga. Doakan tekak saya sembuh dan kualiti hidup bertambah baik lepas ni. Thank you dear admin and readers. – Sara

Syazwani Rizqiana Artami : Teruknya kalau mak ayah sendiri pun pulaukan kita. Patutnya sedih tau dan bimbang masa nak 0perate tu. Mak saya kemain risau bila tahu saya ada tyr0id takut kena bedah katanya bah4ya. Tapi tak kena bedah pun just makan ubat. Bertabahla ye tt.

Normaslinda Nordin : Alhamdullilah. Saya doakan awak cepat sembuh dan ada perubahan positive . Tidak lagi ada masaalah nafas berbau. Moga – moga Allah balas kesabaran awak selama ini . Dan dipertemukan j0doh yang baik. Aamiin

Mastura Mat Soh : Akak ambik iktibar dari kes ni. Jika ada rezeki lebih atau perlu menabung dulu, dapatkan pendapat kedua mungkin dari hospitaI swasta apabila kes jadi lama macam ni dan takde solusi. Lepas tu minta buat surat refer kepada hospitaI kerajaan sebab kos operation di swasta amat tak mampu buat orang tak have – have ni.

Solehah Atiqah Mohd Azhar : Gws confessor. Pasal gigi kuning tu selalu kena malah budak kecik pun jahat mengata gigi kuning. Padahal setiap kali check gigi, dentist puji kesihatan oraI aku tip top. Tunggu la tabung aku penuh, aku buat teeth whitening. Biar dari jauh orang dah nampak gigi aku putih bersinar.

Zukrini Zukeri : Oh confessor, i pernah baca confession u 2 tahun lepas!! Banyak komen – komen tips berguna yang boleh kita amal jugak. Kesiannye tengok ahli keluarga sendiri, macam pulaukan u. Takpe, pergi 0peration tu dah cukup beranii dah tu. Take care, moga cepat sembuh dan bertemu j0doh AMIN.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.