Aku bagi mintak belikan aku gelang sebab i-sinar suami keluar tapi dia cakap kena berjimat cermat. Terus aku sindir. Dengan aku berjimat cermat, masa tengah menggatal apps dating berbayar pon ko sanggup bayar bulan – bulan. Coin dekat bigo lagi sampai beratus – ratus ko beli. Dua hari kemudian terus dia belikan aku gelang tangan 23 gram.
#Foto sekadar hiasan. Salam, hide facebook ya. Terima kasih buat admin sekiranya cerita aku ini disiarkan. Maaf kalau cerita ini agak kucar kacir dan panjang. Aku Mariam, umur 30 tahun, mempunyai 3 orang anak. Bekerja kerajaan.
Aku baru berkahwin 5 tahun tapi dah diuji dengan suamiku curang, sadis sangat rasa. Huhu.. Sedikit pengenalan, suamiku kerja swasta dan perlu travel yang memerIukan kami PJJ. Sepanjang 5 tahun aku yang urus anak – anak.
Suami seorang yang baik, penyayang sangat, rajin menolong kalau ada di rumah, selalu balik jenguk kami, kadang – kadang seminggu sekali, kadang – kadang 2 minggu sekali. Dia akan usahakan juga untuk balik sebab katanya rindu kami.
Bermula curang bulan 2 tahun lepas, tapi sebab PKP, dia balik duduk dengan kami dari bulan 3 sampai bulan 6, lepas tu sambung curang balik bulan 6 sampai bulan 8. Bulan 8 tu dah kant0i dengan aku. Macam mana boleh kant0i, Allah tunjuk melalui mimpi, aku mimpi suami curang.
Hati asyik berdebar. Aku login facebook dia, padahal masa tu kami tidak pernah ambik tahu facebook masing – masing, Allah nak tolong, sekali teka dah dapat masuk. Tengok dekat notification, suami login apps dating tu guna facebook je.
Dengan profile dia pegang anak. Dia merenyam dengan perempuan lain seolah – seolah bujang, bercakap ke arah perkara yang Iucah. Sampai aku tidak sangka, begini rupanya suami aku tapi bila perempuan tanya, dia mengaku dah berkahwin tapi sunyi.
Hahahaha. Kelakar. Nak luang masa dengan aku pon sampai berg4duh. Banyak yang berubah selepas kant0i tu terutamanya sikap aku, ada positif dan negatif. Aku meluah sebab inginkan pendapat, adakah apa yang aku buat ini salah.
Kerana aku merasakan aku berdend4m, mengungkit dan selalu em0si. Antara kesannya buat aku jadi isteri yang sangat biadap, menjawab, menc4rut. Masa kant0i penuh m4kian aku Iemparkan. Habis binatang dalam zoo aku seru, berbeza dengan sikap aku sebelum ini yang agak sopan dengan suami.
Aku down teruk sebab tidak sangka suami aku buat per4ngai, masa tu aku mengandung anak yang ketiga. Aku menangis dekat seminggu. Dia tidak balik langsung masa tu sebab sibuk dengan kerja. Aku terus ke mahkamah filekan kes cerai.
Barulah dia balik merayu – merayu. Aku bagitahu keluarga mertua. Alhamdulillah mertua berpihak pada aku. Keluarga aku tidak tahu. Bermula dari situ, aku bangkit, atur strategi nak jadi ibu tunggal. Aku berusaha move on. Aku muhasabah diri.
Aku sentiasa ingat anak – anak. Aku buat tidak kesah dekat suami. Awalnya aku jadi macam dia, aku mula install apps dating – dating apa semua tu aku melayan lelaki dalam tu. Screensh0t mesej hantar dekat suami. Tapi sehari je, terus uninstall sebab rasa macam b0doh dan buang masa buat macam tu.
Suami menangis, mintak maaf. Masa ni kami PJJ lagi sebab kerja. sebab dah tidak tahan kene layan acuh tak acuh. Dia berhenti kerja. Bila dah duduk sama – sama, aku masih dengan sikap biadap tapi dalam masa yang sama berusaha juga ubah apa yang kurang sebelum ini.
Pernah kami solat magrib sama – sama. Lepas doa dia menangis. Masa nak salam laju je mulut ni biadap cakap, “banyak sangat ke d0sa dengan Allah sampai menangis”. Dia terus mintak maaf. Ada je perbuatan dia yang aku sindir dan kaitkan dengn kes curang tu.
Aku perasan suami macam sedih dan berusaha juga ambik hati aku. Tapi aku tetap rasa kurang, mungkin Iukanya terlalu dalam. Sebelum ni aku sangat pentingkan suami, kalau makan nasi, sanggup cedok bahagian elok bagi suami, kita dapat bahagian kerak pon tak kesah.
Janji suami selera. PukuI 2 pagi suami k3jut cakap lapar, sanggup bangun masak takot suami kebuIur. Tapi sekarang tidak lagi, aku dahuIukan aku, perasaan aku dan anak – anak, kemudian baru suami. Rasa macam rugi bila kita dah buat macam – macam tapi belakang kita, dia melayan orang lain.
Rasa tidak dihargai. Sekarang kami berniaga. Alhamdulillah, murah rezeki. Suami banyak membantu. Sepanjang berniaga. Untung aku simpan beli emas. Duit gaji pon sama. Aku simpan, aku banyak fikir masa depan aku dan anak – anak sekiranya suami aku curang lagi.
Bila suami kata buat apa beli emas banyak – banyak kan dah ada, terus laju mulut biadap ni jawab,” alang – alang nak jadi janda biarlah janda kaya. Gelang emas sampai siku, masa tu aku janji, “aku tidak akan menangis lagi kalau ko curang.”
Biadapkan, tapi tula, aku selalu em0si. Baru – baru ini, Aku merancang nak buat rumah. Tapi dia nak beli kereta. Kalau ikutkan betullah, kami perIukan kereta lain sebab lagi senang untuk perniagaan. Dia cakap kenapa nak buat rumah.
Sebab kami dah beli rumah. Tapi atas nama dia. Aku ingat yang ni nak buat rumah sewa sekaligus untuk masa depan kan, lagi sekali mulut biadap ni jawab, “saja sikit lagi kalau ko curang pon, tak ada la aku dengan anak – anak merempat.
Takda la aku ni ko buang macam sampah, takda la aku ni mer4ung – mer4ung, merayu dekat ko lagi”. Terus dia diam.. Hari tu ada pasal artis curang. Muka tak seberapa macam suami aku ni la, kebetulan dia ada dekat tepi masa artis tu berlakon.
Aku terus cakap muka tak seberapa macam ni pon curang, isteri cantik, elok bertudung. Mesti tak pernah cermin muka kan abang. Dia iyakan je. Lepas tu terus pandang suami, awak tu pon kene rajin – rajin la ye cermin muka tu, okey, biadap lagi. Hurmmm.
Banyak lagiIah perkara yang aku rasa t0ksik dalam rumahtangga kami. Kadang – kadang aku rasa mulut aku jahat sangat tapi aku cuma nak dia rasa dan tahu aku tengah s4kit dengan perbuatan dia. Aku rasa aku dah tak bahagia tapi kadang – kadang aku masih boleh bergelak dan bergurau dengn dia.
Tengok atas mood. Hari tu aku ada bagi hint mintak belikan aku gelang sebab i-sinar dia keluar tapi dia terus cakap kene berjimat cermat, terus aku sindir. Dengan aku berjimat cermat masa tengah menggatal apps dating berbayar pon ko sanggup bayar bulan – bulan.
Main game mobile legend beli hero, beli sen4pang apa entah aku tak tahu la sampai beratus – ratus. Coin dekat bigo lagi sampai beratus – ratus ko beli. Ko jangan sembang pasal berjimat cermat dengan aku. Dua hari kemudian terus dia belikan aku gelang tangan 23 gram.. hurmm.
Bila munasabah diri, aku rasa aku ada silapnya juga. Aku gemuk, selekeh, bau bawang mungkin hahaha. lepas beranak, aku jaga diri betul – betul, turun kan berat badan. Dah kurus dah sikit. Alhamdulillah. Beli set jamu dekat 300 lebih.
Dulu ambik yang murah sebab kesian dekat suami, kali ni tak fikir dah. Aku cakap nak isteri cantik macam scandaI ko, jangan kedekut. Aku buat rambut, pergi spa, me time dengan kawan – kawan. Anak – anak suami jaga. Dengan niat biar dia tahu susahnya aku selama ni jaga anak – anak sendiri tapi dia boleh merenyam dengan perempuan lain.
Biar tahu tanggungjawab. Masa munasabah diri tu aku ada fikir juga mungkin suami aku tak cukup nafkah batin sebab PJJ kan. Sebab tu merenyam. Bila kami duduk sama-sama. Hari – hari aku bagi. Kadang – kadang penat pon aku mintak.
Saja nak bagi dia rasa. Nampak macam merenyam sangatkan. Kadang – kadang sampai dah tak mampu. Terus aku sindir, merendah- rendahkan dia, setakat macam tu je ada hati nak merenyam dengan perempuan lain. Habis aku ungkit semua. Padan muka..
Sekarang suami selalu puji aku cantik. Dah kurus. Selalu peIuk. Nampak la dia macam takut kehilangan aku. Sekarang dia pulak yang buncit. hahaha. Aku cakap aku bagi dia peluang walaupun aku tak tahu ikhlas ke tidak. Tapi bersedialah dengar aku mengungkit sampai ke anak cucu, sebab p4rutnya tetap ada sampai bila – bila.
Fokus sekarang aku nak kumpul aset, sekiranya berlalu lagi sekali aku janji aku tak akan menangis lagi sebab dia. Aku akan angkat kaki bawa anak – anak. Aku anggap yang pertama ni mungkin suamiku tersalah langkah. Tapi sekiranya berulang, itu maknanya memang dia yang nak hubungan kami berakhir.
Banyak lagi rasanya perkara yang berlaku, tapi terlalu panjang dah luahannya. Doakan aku agar diberi ketenangan hati, melupakan serta memaafkan suami dan berubah menjadi isteri yang kembali taat kepada suami.
Komen Warganet :
AR Kurobe : Takziah la dekat abam, sebab joIok sarang tebuan. Ada yang joIok hidup lagi, siap tersengih. Yang ni terus patah kaki tangan, mulut terus jadi b1su, telinga terus jadi pek4k, pun4i tak seberapa terus jadi kura – kura.
Alfatihah untuk ketenangan saud4ra kita yang tump4s kerana tersalah pilih jalan. Lain kali cubalah sesat lagi. Tengok patah apa pulak lepas ni.
Ain Alia : Sebab tu kita ni jangan melebih – lebih melayan, risau macam ni lah. Bila salah sorang curang atau buat salah, habis segala kebaikan kita dah buat, kita ungkit. Kita rasa kita dah buat terbaik tapi suami tetap curang.
Sama macam anak, semua beli untuk anak saja, untuk diri sendiri tak perlu. Esok kalau anak tu, lebihkan orang lain. Kita rasa segala peng0rbanan kita tak dihargai walhal kita yang sendiri rela lebihkan orang lain tapi bila orang tak baIas kebaikan, kita ungkit sampai 7 keturunan.
So kesimpulannya, lebih baik buat ape yang kita suka, tak perlulah nak makan nasi kerak segala. Risau esok – esok mngungkit tak habis 7 keturunan. Tak salah nak lebihkan orang lain tapi ada batasnya juga.
Jangan sampai diri sendiri terabai. Bukan apa, risau sampai kesudah kita asyik rasa kita je banyak berk0rban..
Norliza Sukran : Alhamdulillah, tahniah, suka baca kisah perempuan yang cepat bangkit dan tidak diperb0dohkan berulang – ulang kali.
Hakik4tnya sis, sis masih ada kasih sayang pada suami, berilah dia peluang ke 2 dan bukan 3 atau 4. Penat hidup berdend4m dan perIi – perIi hati sendiri pun tak tenang. Tapi kalau buat lagi, terus bye – bye.
Islam Mujahadah : Janganlah mudah sangat nak melayan atau suka perempuan lain selain isteri, sebab bila dah tercurang akan menyesal dikemudiannya.
Ada isteri mungkin boleh bagi peluang lagi perbaiki hubungan rumahtangga, tapi ada setengah isteri yang mungkin tak akan bagi peluang lagi, berpisah terus, sebab curang perkara yang sangat sensitif bagi isteri. Jadi perkara kena jaga – jaga. Jangan mudah nak terjatuh suka
Nabella J Sangkuai : Ya.. Pertama kali mungkin kesilapan, ada bawa hikmah kepada puan dan dapat mula berfikir untuk diri sendiri dan anak – anak sekarang. It’s ok untuk Iampiaskan kemarahan tu, cuma kena ingat ada limit dia.
Jangan meIampau seolah kita ni sempurna sangat pula. Sampai satu tahap, maafkan dan mula balik bersama dari 0. Saling mohon maaf, dah marah dan biadab kan. Nak bahagia, bina balik bersama. Ingat, kita bukan malaik4t, ada masa Allah uji kita pula tersilap langkah. Mana tahu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.