Suami ckp dia curang sbb aku lebihkan anak, sampai skrg aku benci, dend4m dgn anak aku

Masa anak sulung aku lahir dia selalu menangis, aku syak dia kena s4wan tangis. Siang malam aku jaga dan suami akan marah bila dengar anak menangis. Kemuncaknya bila aku tahu suami curang dan dia bagi alasan aku lebihkan anak. Aku salahkan anak aku, hinggalah sampai sekarang umur anak aku dah 10 tahun..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hari ni aku terdetik untuk berkongsi rahsia, perasaan yang aku cuba nafikan. Mungkin ini adalah salah satu jawapan kepada anak – anak yang terasa diani4ya ibu ayah sendiri.

Aku suri rumahtangga dan memiliki 4 orang cahayamata. Aku berkahwin selepas 2 bulan berkenalan. Kononnya nak bercinta selepas berkahwin. Aku disahkan mengandung selepas hampir setahun berkahwin. Sepanjang mengandung aku memang banyak terd3ra em0si, makan hati dan air mata.

Suami yang terlihat alim, lembut tutur katanya rupanya berseIindung di sebalik bayang yang dia cipta sendiri. Aku mend3rita hampir setiap masa. Aku dikurniakan anak yang sangat comel dan sangat baik tapi selepas 40 hari anak aku menangis tanpa henti.

Tidurnya hanya 15 minit dan kebanyakan masa menangis sampai munt4h dan mulut bertukar biru. Siang malam aku terp4ksa hadap sorang – sorang walaupun suami memang 24 jam 7 hari di depan mata (Kerja dari rumah).

Tidak pernah sekali pun dia bangun untuk tolong jagakan anak waktu malam. Kalau tersedar pun cuma dit3ngking untuk diam. B0doh apa, bayi tak akan diam kalau dijerkah bak suara harimau. Lagi kuat nangis ada la. Tapi aku tetap bersabar, sentiasa ingatkan hati untuk jadi isteri syurga. Sabar..

Aku penat, aku sangat tertekan dengan suami dan tidak sedikit pun aku salahkan anak aku. 2 bulan selepas bersalin aku hilang berat hampir 30kg. Kedua – dua tangan aku menjadi s4kit tanpa boleh bengk0kkan ibu jari dan hampir setiap minggu aku akan mendapat gegata / lapar air garam di seluruh badan dan dalam mata sekali sampai terk0yak isi bawah mata aku dan sekarang aku dah rabun dan peranakan aku jatuh.

Aku syak anak aku s4wan tangis, itupun setelah hampir setahun aku hadap. Setelah berpuluh kali diajak untuk berubat barulah kami ke pusat rawatan Islam. Esoknya dengan izin Allah hidup aku terasa tidak lengkap, damai tapi terasa kosong.

Rupanya untuk pertama kalinya anak aku tidak menangis dalam masa sehari. Tapi esoknya menangis lagi tapi aku tetap rasa bersyukur. Situasi berubah bila aku dapat tahu suami aku curang dengan aku. Dengan segala yang aku k0rbankan, kerjaya, keluarga dan kebahagiaan aku, ini yang aku dapat.

Dan alasannya membuatkan aku berubah 100% dari pendirian asal aku untuk menjadi isteri syurga. Aku disalahkan kerana aku lebihkan anak aku dari dia. Sedangkan dia tak pernah nak melayan anak. Anak nangis dia mesti naik angin dan marah – marah.

Aku kena cepat – cepat bawa anak jauh dari pendengaran dia dan selalunya macam tu dan alasan itu digunakan untuk menutup salahnya bercinta dengan isteri orang. Sump4h aku tidak boleh terima alasan dia sebab dah memang menjadi tanggungjawab aku sebagai ibu tetapi dalam aku menafikan tuduhan itu aku sedar tak sedar turut menyalahkan anak aku.

Aku mula rasa str3ss jika anak aku menangis, aku hemp4s ke tilam, tamp4r dan tend4ng tapi lepas tu aku peIuk sayang balik. Mer0yan atau depr3ssion mungkin. Entahlah, aku tak pernah dapatkan rawatan pun. Anak aku masih tidak tidur malam.

Tiap – tiap malam wajib bangun nangis untuk 1 – 2 jam sekurang – kurangnya 2 kali dalam satu malam dan sem4kin berkurang bila dah meningkat usia tapi hampir 5 – 6 tahun juga untuk berhenti menangis terus.

Tr4uma teruk aku. Kesannya, aku cepat naik angin jika anak sulong aku berbuat salah. Laju je tangan dan kaki aku h4yun. Sep4k ter4jang dan tarik rambut menjadi wajib jika dia menangis. Aku langsung tak boleh dengar.

Aku jadi sangat – sangat str3ss dan hilang akal. Benda ni berlarutan dalam setahun selepas tahu suami aku curang dan dalam masa yang sama aku cuba muhasabah diri, pujuk hati dan tetapkan keyakinan yang anak sulong aku tidak bersalah.

Sampai sekarang setelah hampir 10 tahun aku masih lagi ‘struggIe ‘ untuk tidak salahkan anak sulong aku tetapi tiap kali dia terbuat salah memang menyirap d4rah lain macam. Berbeza perasaan geramnya jika 3 orang anak aku yang lain berbuat salah.

Aku tahu aku salah, sebab tu setiap kali aku terlepas geram aku akan peIuk dia balik, jelaskan apa salah dia dan minta maaf. Tidak mungkin aku ceritakan kenapa aku jadi macam itu kerana aku masih isteri ayahnya dan rahsia biarlah rahsia demi menjaga aib tetapi seperti duri di dalam daging.

Bisanya tetap terasa. Kesimpulannya, aku adalah antara mak – mak yang seperti memilih kasih untuk mend3ra anak, berlaku zaIim dan k3jam. Bersyukur aku banyak membaca dan tersedar. Aku cuba berubah menjadi lebih baik agar anak aku tidak hantar confession pula nanti.

Alhamdulillah, anak aku dah besar ni sangatlah pandai. Wajib dapat no 1 setiap tahun, wakil sekolah untuk kebanyakan pertandingan dan hampir semua surah – surah kecil dan yasin mampu dihafal. Semua aku ajar tapi kalau bercerita mesti ayahnya yang ambil kredit walaupun doa makan pun tak boleh nak ajar anak.

Begitulah rahsia hati aku. Setiap kali aku baca confession yang anak – anak mend3rita ni aku akan terfikir, apelah yang mak dia tanggung tu? Apa pun, Doakan yang baik – baik untuk aku ya. Aku perIukan sokongan korang untuk aku terus berusaha berubah menjadi ibu terbaik untuk anak – anak aku. – Hati ibu

Komen Warganet :

Sha Rashid : Kesian kat anak. Itu je aku nak cakap. Dia tak minta dilahirkan, dia tak boleh pilih siapa mak ayah dia. Tapi dia terima je kena marah, kena sep4k ter4jang hanya sebab ibu bapa yang em0si dan tak bertanggungjawab?

Sedangkan yang memilih j0doh tu kita. Yang memilih untuk mengandung tu pun kita. Tapi kita pilih untuk lepaskan geram pada anak?? Huhuhu.. cannot brain laaaa

NA Abdullah : Sebab tu ustaz kata, hak seorang anak mendapat ibu yang baik. Salah ibu bapa tetap salah. Kalau ada anak yang diam dan turut je, syukur la walaupun sebenarnya dalam hati dia beng4ng dengan ibu ayah dia. Tak payah la nak kecil – kecil hati, buat tambah d0sa dia je. Dia pun ada hak nak terasa jugak.

Fara Nabila : Dapat pasangan giIa memang buat kita lagi giIa. Kalau lelaki boleh la ceraikan aja, kalau perempuan memang dugaan sangat. Kalau dari peringkat awal dah tahu, boleh lah rujuk kepada pejabat agama, mohon kaunseling berpasangan.

Kalau dah 10 tahun tu rasanya dah laIi dan tahu macam mana nak atasi masalah ni. Mungkin apa yang boleh puan buat selama ni ialah ignore je per4ngai h4ram suami. Harap puan tabah. Ada yang dapat suami giIa, ada yang dapat isteri giIa. Hidup kita ni memang penuh ujian tanda Allah duga kita dan mahu kita bermohon kepada-Nya

Ummu Younes : Allahu puan. Seperti puan ada menyimpan dend4m tanpa sedar dan menyalahkan anak puan penyebab segala yang berlaku. Dia tak minta pon dilahirkan ke dunia ini. Mungkin selepas ni anak puan pulak akan hantar confession kat sini m4ngsa d3ra em0si seorang ibu.

Eqin Rizal : Pertama sekali saya nak cakap yang suami puan tersangat la teruk. Sangat – sangat. Tapi saya tak tahu macam mana puan boleh bertahan sampai ada 4 anak dengan per4ngai suami yang tak membantu macam tu.

Ya., sekarang tengah aIami depr3ssion. Apa yang puan buat ke anak sulung tu sangat salah. Saya harap dia tak simpan dend4m ke puan dan suami. Saya harap puan ajar anak – anak puan supaya tak bersikap macam bapak mereka bila berkeluarga kelak.

Kita semua memang tak pernah lari dari salah. Tapi perbaiki lah melalui anak – anak supaya mereka tak ulangi perkara yang sama kemudian hari.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.