Lepas ada anak, suami nampak tak suka kat keluarga aku, sehinggalah aku terbaca mesej wasap mama

Bila mama aku datang rumah, suami aku macam tak suka. Dia cemik muka. Dia layan tak layan. Satu hari, mama datang rumah. Aku bukak phone mama, saja nak main game sebenarnya, tapi aku terbukak whatsapp c0nversation aku dengan mama. Aku terk3jut baca mesej yang aku tak pernah hantar pun, dan aku akan ingat sampai m4ti.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum and hai. Saya Elena berusia 31 tahun, mempunyai dua orang anak, dan dah 7 tahun berkahwin dengan Shah, seorang Engineer di sebuah kilang di utara tanah air. Saya pula bekerja dari rumah.

Baiklah secara ringkas pengenalan diri aku. Aku adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik, mama dan papa sudah bercerai sejak dari aku darjah 4 lagi. Mama seorang cikgu pencen dan tinggal di rumah dengan dua orang adik aku, Adam and Eleza.

Dua – dua sudah pun bekerja. Adik kecik aku, Azim sekolah di sekolah berasrama penuh. Rumah mama tak jauh pun dari rumah aku, kira – kira 10 minit perjalanan. Ibu suami aku a.k.a ibu mentuaku pula seorang janda, surirumah sepenuh masa dari muda.

Arw4h abah mentua meningg4I sebelum aku kahwin dengan Shah lagi. Shah anak bongsu dari 4 orang adik beradik. Ibu mentuaku juga tinggal di rumah peninggalan arw4h dengan seorang kakak Shah, Kak Sarah yang belum kahwin lagi.

Rumah ibu mertua aku ni pun dalam 15 minit perjalanan je dari rumah aku jaraknya. Eh terpanjang pula intro aku bercerita. Maaf. Aku dulu kahwin dengan Shah tak ada pun kena p4ksa ke, kahwin lari ke, buat benda yang tak elok ke.

Malah kedua beIah pihak keluarga kami menerima baik perhubungan kami. Shah pun Alhamdulillah seorang suami yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal rumah tangga dan bab nafkah segala Shah memang tak pernah cuIas.

Aku kahwin 3 tahun baru mengandung. Mula – mula masa aku belum beranak, Shah ok saja dengan keluarga aku. Tapi lain pulak jadinya bila aku dah mula beranak pinak. Aku beranakkan anak sulung aku, Ayden, belang Shah mula keluar.

Aku mula nampak muka Shah tak suka bila dia nampak adik – adik aku dukung Ayden, agah Ayden. Bila mama aku datang rumah, dia macam tak suka. Dia cemik muka. Dia layan tak layan, sibuk nak lari duduk dalam bilik. Aku boleh sabar lagi, sebab aku fikir, oh takpelah, dia jadi macam tak berapa nak bercakap dengan family aku, sekurang – kurangnya dia takde m4ki mama ke sembur adik – adik aku ke. Dengan papa pun sama.

Aku syak dia tak suka bini baru papa. Tak apa lah. Aku pilih untuk sabar dan back up sikit – sikit mana yang patut perbuatan dia tu. Yelah aku masa tu kurang cerdik sikit, pikir takut d0sa kalau meIawan cakap suami. Shah masih lagi bagi aku pergi rumah mama masa dia pergi kerja, tapi bila dia kerja saja aku boleh pergi rumah mama, lain – lain waktu tak boleh.

Dia kerja shift, masa ni aku still kerja office hours, jadi kadang – kadang bila dia kerja malam, aku singgah la kejap rumah mama bagi mama main dengan cucu kejap. Yang peliknya, masa ibu dengan Kak Sarah dia datang rumah kami, dia nampak ceria pulak.

Lain sangat tengok cara layanan dia. Aku tak jugak salahkan ibu mentua aku, dia tak berapa nak main sangat pun dengan Ayden. Mungkin sebab Ayden ni cucu dia yang ke 10 dah, dia pulak ada mengasuh cucu dia yang lain dah. Lain la dalam keluarga aku, Ayden cucu sulung, makcik pakcik Ayden pun semua bujang lagi, semua nak bagi perhatian kat Ayden.

Tu pun jadi masalah pada Shah. Dia sibuk nak dengki busuk hati. Shah pernah je buang t0ys yang papa aku belikan untuk Ayden. Tak sesuai dengan Ayden katanya. Bila family dia bagi Ayden apa – apa hadiah hatta dari kedai eco sekalipun, dipujinya oleh Shah meIambung – Iambung.

Hadiah apa – apa yang family aku belikan Ayden, Shah tak pernah pun nak puji. Kalau keji tu ada lah. Shah memang kawal habis – habis anak dia bila dengan family aku. Dia tak cakap, tapi cara dia aku boleh nampak. Selang dua tahun aku pregnant and selamat lahirkan baby girl pulak, we named her Aria.

Aku p4ntang rumah mama, Mama sentiasa ada dan jaga aku sepanjang aku p4ntang. Dia berkeras tak bagi aku ambil conf1nement lady sebab dia yang nak jaga aku dan Aria. Jadi kami buat keputvsan untuk bagi mama sedikit duit sebab dah rasa syukur giIa dia tolong jagakan aku and Aria.

Walaupun mama tolak, kami bayar jugak. Ayden kami hantar ke daycare. Habis je p4ntang, aku balik rumah aku, aku ingat semuanya akan normal semula. Tapi aku silap. Shah m4kin teruk kawal anak – anak aku. Tak boleh keluar singgah rumah mama sesuka hati dah.

Kalau aku tersinggah sekejap kemudian dia dapat tahu, dia buat silent t0rture kat aku, memang aku tertekan sangat. Padahal aku singgah tu bukan lama, ada la 10-15 minit macamtu. Kadang – kadang mama text aku, tanya pasal Ayden and Aria, aku macam mengelak nak cakap pasal cucu dengan mama.

Kadang – kadang aku nangis sorang – sorang teringatkan mama. Ditakdirkan suatu hari, aku off day, hari tu Shah kerja shift pagi kalau ikut jadualnya. Aku dah janji dengan mama aku nak balik rumah dia bawak cucu – cucu sekejap untuk mama lepas rindu.

Aku ketiduran terlepas subuh. Lepas je subuh aku terjaga, aku tengok Shah ada je lagi sebeIah aku. Dia tak pergi kerja rupanya pada hari tu. Aku pun terus text mama bagitahu yang aku tak jadi pergi rumah mama haritu, mama hanya baIas okay dekat aku.

Selepas dua hari, mama datang rumah aku dengan semua adik – adik aku, bawak makanan nak makan sama – sama, Shah tak ada masa tu, dia kerja. Aku bukak phone mama, saja nak main game sebenarnya, tapi entah macam mana aku terbukak whatapp conversation aku dengan mama.

Yang peliknya, ada conversation yang aku tak pernah ingat pun ada sent kat mama macam tu. Rupanya, pagi hari yang Shah tak pergi kerja dua hari lepas tu, dia text mama gunakan phone aku. Mama ada whatsapp aku subuh tu.

Mama bagi salam, dan tanya aku, “Elena jadi datang tak harini? Mama rindu la cucu – cucu mama. Kalau tak larat drive, nanti Adam pegi ambik korang semua.” Siap ada emoji love gelak lagi. Rupanya Shah dah reply kat mama pagi tu, reply yang aku ingat sampai m4ti.

Dia reply text kat mama, “mama, ni Shah, harini Shah cuti, Elena tak boleh pergi rumah mama. Tak payah la asyik suruh Elena pergi rumah mama, agak – agak la. Kami pun ada kehidupan kami sendiri jugak.” Pap. Aku rasa macam kena t4mpar. Shah dah meIampau.

Aku tengok mama dengan adik – adik aku semua tengah senyum gelak – gelak hidangkan lauk untuk kami makan tengahari. Aku jadi tak lalu makan. Aku pun dah tak ingat apa jadi lepas tu. Dalam kepala aku cuma satu, Shah.

Cepatlah Shah balik kerja, aku nak berdepan dengan dia apa sebenarnya yang dia dah buat dengan mama aku. Shah balik kerja, aku dah macam orang giIa. Aku menangis macam orang giIa. Mulut aku tak henti sebut.. “Mama.. Mama.. Mama.. Sampai hati buat mama aku macam tu.. Apa d0sa mama aku?”

Aku rasa masa tu Shah dah dapat hidu yang aku tau pasal kes ni. Dia biarkan je aku. Tak ada nak cuba pujuk ke apa. Aku pun menangis sampai bengk4k mata aku. Bengk4k muka aku. Aria menangis, Aria nak susu. Shah hantar Aria pada aku untuk disusukan.

Aku masih macam zombie. Menangis tersedu sedan sebut, “mama.. Mama.. Maafkan Elena mama.” Tiba – tiba Shah hent4k pintu. Dia tanya aku, “Sekarang apa masalah you?” kemudian aku dengan sp0ntan jawab, “the problem is you!”

Aku meng4muk cakap dia tak ada hak nak kurang ajar dengan mama aku, aku boleh cuba bersabar selama ni dengan pelbagai perkara kurang ajar dia buat towards my family tapi bukan mama aku. Aku sabar Shah tak nak join family day keluarga aku.

Aku sabar Shah tak nak raya pertama rumah mama aku, aku sabar Shah tak nak bersembang dengan adik – adik aku, aku sabar Shah tak nak join kenduri kalau beIah adik beradik aku. Tapi Kenapa kau nak kena kurang ajar dengan mama?

Kenapa kau nak cakap macam tu dengan mama? Tak boleh ke kau cakap elok – elok dengan mama? Kau ingat aku balik rumah mama tu hari – hari ke? Kau lupa ke siapa yang beranakkan aku? Susu siapa yang aku minum sampai aku besar ni. Kenapa kau kurang ajar meIampau sangat?

Aku betul – betul lepaskan semua. Aku geram. Aku pend4m dah lama. Dia layan tak layan dengan adik – adik aku, aku boleh sabar. Dia layan tak layan dengan papa aku, aku masih mampu sabar lagi. Tapi dengan mama pun dia nak buat?

Dia memang meIampau. Dia ada cakap kat aku malam kitorang bertengk4r tu. Kenapa you meIampau sangat? Aku jawab je balik, “yang meIampau tu you!”. Shah halau aku balik rumah mama. Aku Iawan cakap dia, “kalau kau nak sangat aku buang keluarga aku demi kau, okay aku buang. Biar kau rasa kau kahwin dengan yatim piatu sebatang kara kalau tu yang hati kau nak selama ni.”

Aku ada tersebut juga masa tu, “entah la mungkin aku dah salah pilih menantu untuk mama.” Shah speechless. Mungkin terk3jut dan tak pernah tengok aku meng4muk macam ni. Sedangkan selama ni ibu Shah, kakak abang shah mengata aku belakang – belakang, aku boleh je chill lagi malas nak amik port.

Macam la aku tak tau, sebab dah kant0i busuk mengata aku berjemaah, dorang ingat aku dah balik rumah aku masa tu, padahal aku ada je kat situ. Lepas tu aku terdengar, boleh je aku buat tak tau dengan segala kata – kata dorang yang meny4kitkan hati tu.

Mak Shah pernah je tuduh aku b0mohkan anak dia, aku malas nak pikir lebih – lebih, aku layan je ibu dan adik beradik Shah elok – elok, sebab aku ada fikir, kita buat baik kat orang, mesti orang akan baIas baik kat kita balik. Tapi aku salah.

Buktinya Shah tak ada pun nak layan family aku elok – elok. Lepas kejadian amvk aku pada Shah tu, Aku ambik cuti 3 hari. Kurung diri dalam bilik. Tak bercakap dengan sesapa. Anak – anak semua Shah hantar pergi daycare. Aku duduk dalam bilik menangisi segalanya.

Tiba – tiba aku macam rasa, salah ke aku kahwin dengan Shah? Aku salah pilih suami ke? Teringat muka mama, air mata aku tak dapat dibendung dan berderai lagi. Aku menangis bertubi – tubi. Hari kedua aku buat keputvsan untuk ambil phone dan call mama.

Mama boleh pulak jawab kat aku, “its okay takpe Elena, jangan sampai g4duh dengan Shah, Shah jaga Elena dan anak – anak dengan elok pun mama dah syukur Alhamdulillah dah.. Jangan g4duh dengan Shah, Shah letih tu kerja cari duit untuk Elena dan anak – anak.. take a good care of your family.”

Dengar segala b4it kata mama, aku menangis lagi. Macam mana mama boleh setenang tu. Kalau la Shah tu menantu aku… Aku mintak maaf sesungguhnya kat mama. Masa tu Shah dah k3tuk – k3tuk pintu bilik merayu dengan aku, “please im sorry, i ikut hati.” Katanya.

Aku rasa Shah dah ada kesed4ran sikit pasal salah dia. Aku cakap pergi mintak maaf dengan mama. D0sa kau dengan mama. Bukan dengan aku. Aku nampak Shah on the phone. Aku rasa dia call mama, entahlah. Sampai harini aku tak pernah tanya.

Hari ketiga aku minta maaf dengan Shah, aku pun dah tenang sikit. Kami meneruskan hidup macam biasa. Tapi aku rasa kejadian ni dah tukar aku jadi luar biasa. Sebulan lepas kejadian aku meng4muk, aku buat keputvsan untuk berhenti kerja esekutif pemasaran ni, dan nak teruskan kerja dari rumah.

Aku ada kedai kat shopee dan lazada. Shah tak ada objection. Aku pun jaga anak – anak kat rumah sambil bekerja. Luaran orang nampak keluarga aku bahagia. Tapi sebenarnya bila ingat balik kejadian Shah kurang ajar dengan mama, aku masih menangis.

Aku rasa aku semacam tak redha. Walaupun dah 2 tahun kejadian tu berlaku, aku rasa aku susah nak redha. Hari – hari aku doa supaya Allah lembutkan hati aku untuk sepenuhnya maafkan Shah. Tapi aku tak boleh. I just cant.

Susah nak redha. Aku perasan bila isteri tak redha dengan suami, nanti jadi masalah balik pada hubungan tu. Shah selalu aIami masalah kat tempat kerja. Benda yang dia buat selalu tak ada tuah. Kadang – kadang aku kesian juga dengan Shah, kadang – kadang aku keliru dengan perhubungan kami.

Aku macam canggung nak bergurau senda dengan Shah. Aku canggung nak cerita apa – apa hal family dengan Shah. Aku jadi pendiam. Aku jadi kurang ceria. Mama pulak dah jarang text aku, dah jarang ajak aku pergi rumah dia, kalau mama nak datang rumah aku pun, dia akan tanya, Shah ada tak?

Bila aku jawab Shah ada, dia macam mengelak nak datang. Adik – adik aku pun sama, aku terasa macam, diorang macam letak ruang, jarak. Entah mereka mungkin takut kat Shah. Mungkin juga mereka dah serik dengan Shah.

Tapi mama aku masih lagi layan Shah baik – baik. Hantarkan bubur masa Shah demam, belikan souvenir yang paling cantik paling mahal untuk Shah masa dia balik vacation, belikan baju raya untuk Shah, masakkan lauk kesukaan Shah.

Tapi mama pass melalui aku je. Dah jarang – jarang dia nak bertent4ng berhadap dengan Shah. Entahlah mama mungkin malas nak keruhkan keadaan. Tengok muka mama, aku rasa sebak. Mama masih mampu layan Shah baik – baik walaupun Shah dah banyak buat t4ik kat dia selama ni.

Shah pulak tiba – tiba ada masalah dengan family dia bab jual tanah apa entah la. Bab family memang aku takut nak masuk campur lebih – lebih. Even aku yang memang dah cakap awal – awal dengan Shah yang aku tak nak masuk campur pun.

Tapi akhirnya, ibu Shah tuduh aku gak hasut Shah supaya berg4duh dengan abang kakak dia. Macam mana aku tahu ibu mertua aku tuduh aku? Well ibu mertua aku call aku dan cakap kat aku sendiri, tanya aku baik – baik konon suruh aku mengaku kot aku ada jumpa mana – mana b0moh sebab katanya anak dia tunduk betul dengan segala kata – kata aku.

Aku speechless nak jawab apa, aku cakap jelah, ibu, semua ini perbuatan sy4itan. Demi Allah kalau betul Elena buat semua perbuatan sy1rik ni, biar Elena m4ti disambar petir. Sudahnya sampai sekarang ibu Shah nak tak nak tegur aku.

Semua kakak abang dia paIau dia. Ibu dia pun macam dah termakan hasutan kakak abang dia, still dorang semua cakap aku ni guna gunakan Shah, sebab tu Shah sayang aku. Shah asyik dengar cakap aku sebab dah makan nasik k4ngkang katanya.

Tak apa la bab tu aku tak nak ambik kisah. Tapi Shah dan seluruh keluarga dia memang ada masalah. Dia ada mengadu dengan aku, dia cakap dia rasa macam family dia buang dia. Aku cuma boleh pujuk dan comfort dia. Jauh di sudut hati aku ada terdetik, mungkin Allah nak tunjuk kat Shah.

Dulu dia buat family aku, sekarang family dia pulak buat dia. Kadang – kadang aku bangun malam, aku tahajud and doa banyak – banyak sampai nangis, semoga suatu hari nanti Allah buka pintu hati aku untuk maafkan Shah sepenuh hati.

Sekarang apa je perkara yang melibatkan family aku, aku tanya Shah bertubi – tubi. Boleh ke i nak pergi rumah mama sekejap je? Boleh ke i nak call sembang lama – lama dengan Eleza? Boleh ke i nak bagi mama rasa sikit masakkan ni?

Boleh ke mama nak datang ni masa you ada kat rumah? Aku tanya je semua benda. Aku nampak Shah macam banyak dah malu. Dia mesti akan jawab, tak payah la tanya teruk – teruk, i okay je. Biar dia sedar sikit, sebab dia pernah tak okay lah aku tanya teruk – teruk tu. I’ve learn from the past. – Elena (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nazia Suhaimi : Elena you are doing just fine. Terima kasih sebab tak memburukkan keadaan sebeIah keluarga Shah. Terima kasih sebab resign dan jadi WAHM. You are a great mom. Terima kasih sebab jadi isteri yang baik.

Terima kasih sebab jadi ibu yang baik. Semua ini akan berlalu. Biasalah.. Ragam rumahtangga. Berdoa sajalah, lama – lama keadaan akan baik. U guys are doing just fine. Allah uji sebab Allah sayang kan.

Terus menyayangi Shah, anak – anak dan mama. It’s ok kalau ada s4kit hati atau terasa. Kita manusia memang lumrah begitu. Raikan kasih sayang yang ada sekarang. Semua akan berlalu. Didikan mama awak menjadikan awak yang baik sekarang ini. Hugs.

Rosdidi Roses : Pengalaman pahit yang diaIami membuatkan kita menjadi tabah dan berhati – hati melakukan apa – apa perkara, fikir panjang. Memaafkan memang mudah tapi melupakan mungkin tidak, terutamanya perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita.

Berbagai onak dan dvri terp4ksa dilalui, pend4m s4kit adakala meluahkan pun s4kit juga. Apa pilihan yang ada, lebih baik luah biar s4kit sekurangnya kita tahu jawabnya dan buat sebarang keputvsan dengan segera sama ada baik atau tidak.

Adakala niat yang baik disalah ertikan itu terpulang atas penerimaan seseorang. Kita dah lakukan kebaikan, niat kita baik biarkan lah mereka nak judge apa pun terpulang. Semoga puan dapat fikirkan jalan yang terbaik untuk masalah ni. Semoga temui penyelesaian dan suami segera berubah dan sedar kesilapannya, insyallah amin.

Julie Anme : Respek u sebab  jaga maru4h ibu, jangan diinjak – injak oleh siapapun sekalipun suami sendiri. Syurga anak tetap di dalam redha ibu. U jaga anak elok – elok, mana tau hari mendatang lagi teruk. Jangan terlepas pandang. Anyway, maafkan suami hadiah paling baik.

Haslina Ahmad Aziz : Tahniah anda berjaya tangani isu ini dengan sabar dan bijak. Maafkan semua suami dan mertua serta doa lah banyak – banyak kerana kita tak mampu ubah manusia hanya Allah yang mampu untuk memberi hidayah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.