Saya 0KU buta, 3 bulan kahwin isteri dah berani Iempang saya. 3 kali dia Iempang

Saya kagum dengan Ika sebab sanggup terima saya yang 0KU jadi suami. Dia kata jaga orang 0KU ni pahala besar, Allah sayang. 3 bulan kahwin rasa macam 3 tahun, isteri sering maIukan saya depan kawan dia. Satu hari saya dah tak tahan sebab dia maIukan saya di mall. Saya buta, saya tak dapat elak bila dia Iempang..

#Foto sekadar hiasan. Dah banyak kan kita dengar viraI sana viraI sini kes penceraian rumah tangga berlaku akibat pend3raan fizikaI dari isteri kepada suami? Tapi perkara ni bukan lah cerita kelakar. Saya nak kongsikan lah pengalaman saya dalam perkahwinan sampai lah berlaku penceraian antara saya dan bekas isteri saya akibat pend3raan fizikaI kepada suami ni.

Sebenarnya banyak tau kes di malaysia kes pend3raan isteri kepada suami lebih 70% penceraian di sebabkan kes begini. Tengok sendiri la betapa g4nasnya wanita melayu Malaysia. Saya di sini cuma nak berkongsi je pengalaman saya semasa kahwin.

Sebelum tu saya nak bagitahu pada semua, saya adalah seorang 0KU tak nampak. Saya bukan dari kecik buta tapi Allah uji saya semasa saya dah dewasa menjadi buta kedua beIah mata. Masa awal perkahwinan saya bersama bekas isteri saya, saya geIarkan dia Ika la ya, bukan nama sebenar.

Dia seorang wanita yang normal cukup sifat. Pada awalnya saya rasa terlalu kagum tengok isteri saya sebab dia boleh terima keadaan saya yang seorang 0KU buta. Dia sudi untuk jadikan suami dan berniat asal adalah untuk menjaga saya seorang 0KU sebagai suami..

Dia pernah kata juga kat saya, jaga orang 0KU ni pahala besar dan Allah sayang keluarga 0KU.. Pada masa tu , saya rasa bersyukur sangat. Allah syukurnya ada orang boleh terima saya dengan keadaan yang serba kekurangan ni dan saya yakin sangat.

Allah uji saya jadi buta ni banyak hikmahnya dan ini lah antara satu hikmah yang saya rasa bertuah sangat dapat untuk berkeluarga seperti orang lain dan mendapat isteri normal untuk melengkapi hidup saya. Masa tu saya kenal Ika ni tak lama pon, tak sampai 2 bulan.

Dia terus kata kalau suka dia, datang la meminang kalau nanti lambat orang lain yang kebas. Saya pun masa tu terlalu exc1ted, saya pun cakap dengan parents saya la untuk masuk meminang Ika ni. Tak lama pon, 2 bulan kenal terus merisik, lepas 3 bulan tunang.

Lepas 4 bulan nikah, sekejap sangat. Yelah benda baik ni kita tangguh lama – lama pun tak elok. Nak elak dari fitnah pergi sana sini bawak anak d4ra orang ke hulu ke hilir tak manis la kan. Islam dah meletakkan syariat untuk halal bila bernikah. Nikah terus settle semua.

Tapi sebenarnya, bukan seindah itu ya kawan – kawan. Masa saya sudah pun selesai bertunang, masa ini lah Allah uji saya satu per satu. Masa tunang ni lah kau akan kenal siapa pasangan kau yang sebenarnya, masa ni lah segala pekung pasangan akan keluar satu per satu.

Walaupun dah kenal 10 tahun sekali pun, dugaan bertunang ni lain guys. Serious cakap dan masa ini la saya kenal betul – betul per4ngai bekas isteri saya, satu per satu. Bukan saya cerita ni untuk membuka aib isteri saya tapi untuk renungan kita bersama sama ada dari pihak lelaki mahupun perempuan.

Kita belajar dari pengalaman bersama. Masa tunang isteri saya buat macam – macam benda yang sangat – sangat menguji pendirian seorang lelaki. Dia pernah jumpa balik dengan bekas boyfriend lama. Ada satu hari dia pernah pergi ke Melaka dengan kawan dia, katanya untuk edar kad jemputan kawin kitorang la.

Tapi ada 1 perkara yang telah pun meng3jutkan diri saya. Hmmmm, saya terbaca dalam instagram dia, dm dari seorang lelaki. Bertulis.. ”ehh Ika tak nak stay satu malam lagi ke kat sini??” Untuk para lelaki la, saya nak tanya korang. Apa perasaan korang bila terbaca dari dm tunang korang.

Message seperti itu muncul tiba – tiba dari seorang lelaki luar? Saya seperti syak sesuatu pada asal nya tapi saya cuba sangka baik dengan ex wife saya ni. Sampai la untuk dekat kepada tarikh kami nikah. Masa dah dekat tarikh untuk nikah, lebih kurang sebulan lagi nak nikah, ex wife saya ni pernah ajak saya teman dia untuk rawatan muka di damansara.

Ala biasa lah perempuan kan, huhu nak la cantik – cantik bila nikah nanti walaupun laki dia ni tak nampak pun muka dia dah. Tak nampak pon muka dia floles ke tak floles ke, huhuhu.. tapi tak kesah lah. Saya paham dunia orang normal ni bagaimana walaupun saya dah jadi buta.

Saya pernah hidup normal selama 21 tahun. Jadi paham la. Ok masa ni lah bermula jalan ceritanya. Masa saya dari pagi keluar rumah teman dia pi ke Damansara untuk rawatan muka dia, sampai lah ke tengah hari. Agak lama jugak tau guys nak tunggu rawatan muka ni siap.

Berjam jugak saya melangut je dalam kedai tu sorang – sorang. Bayangkan la orang yang pi kedai tu semua perempuan. Saya sorang je lelaki tapi saya rasa best la orang kedai tu kata sweetnya la laki you teman you kat sini. Kesian dia berjam tunggu tak bergerak – gerak ke mana – mana pon, baik sungguh.

Orang kedai ni mulanya tak tahu pun saya ni buta. Memang la tak ke mana – mana. Mana isteri saya letak saya untuk duduk. Situ je la saya duduk sampai siap tak ke mana – mana. Cerita nya sampai ke petang jugak la saya tunggu isteri saya ni siap dari rawatan laser. Cucuk vitamin c smua.

Cost? Korang cuba tanya yang pernah buat rawatan ni berapa cost nya, agak mahal sebenarnya. Ok lepas dah siap rawatan muka tu, saya pun ikut lah dia balik rumah. Balik rumah mak dia sebab rumah saya tak de orang, saya tinggal dengan parents.

Parents saya keluar masa tu, jadi terp4ksa la balik rumah mak dia. Bila dah sampai rumah mak dia, nak di pendekkan cerita, saya pun buat la something tolong – tolong bungkus goodies bag semua sampai ke petang. Tiba waktu petang, tiba – tiba ex wife saya bisik dengan kawan dia. ‘Ehh Bella, member kita ajak lepak makan la kat kedai depan tu.’

Masa ni saya pun buat buat la macam tak dengar walaupun saya sememangnya dengar jelas. Haa telinga saya ni agak t4jam sikit tau, bisik pon kita boleh dengar. Kemudian ex saya tiba – tiba cakap dengan saya.. ‘Ehh ibu dengan ayah da balik rumah belum??’

Saya kata, ‘Entah lah. Nanti saya call..’ Lepas saya call, ibu saya masih di kenduri kawin masa itu. Rumah masih berkunci dan saya tak bawak kunci rumah kemudian ex saya pun senyap, tak lama tu dia pun cakap dengan saya.. ”Err nak balik tak?? Jom???”

Saya terk3jut sebab eh nak balik macam mana parents saya tak balik rumah lagi, kunci rumah saya pun tak ada. Dia pun suruh call lagi dan lagi ibu saya tanya balik pukuI berapa, saya pun ikutkan saja. Dalam perjalanan balik lebih kurang 20 minit dalam kereta tu dia asyik asyik suruh saya call parents saya dah balik ke belum dah balik ke belum??

Saya agak terkilan waktu tu, saya dari pagi teman dia pegi rawatan muka tak makan langsung sampai ke petang tapi dia tak pernah pun tanya saya nak makan apa tengahari. Yang paling terkilan masa tu, masa dalam perjalanan balik ke rumah saya, ada kawan lelaki call dia dan dia angkat saya dengar jelas perbualan dalam phone tu walaupun bunyi tak berapa kuat.

Lelaki tu tanya, ”Dah sampai mana?? Kita orang dah order makan da ni..” Ex saya jawab, ”Haa kejap kejap.. kejap lagi sampai..” saya rasa sedih sangat waktu ni dia sanggup keluar makan dengan kawan dia semua tanpa hirau saya ni dah makan ke belum dari pagi dia tak pernah tanya pun.

Tiba sampai ke depan rumah saya, rumah taman teres, paham la ada pagar depan rumah semua kan. Saya tak bawak kunci rumah, mujur pagar depan tak berkunci. Jadi saya pun masuk pagar depan. Tapi pintu rumah masih berkunci, dia pun tunggu sama dengan saya depan rumah suruh call parents saya lagi balik pukuI berapa semua..??

Saya fedup masa tu sebenarnya, yela guys saya ni buta, saya nak beli makan macam mana kalau tanpa bantuan dia. Dia anggap mungkin saya tak tahu kot perbualan dia dengan kawan dia untuk pergi lepak kedai sama – sama. Kita ni da kebuIur dari pagi tak makan tak pernah tanya pun.

Dan akhirnya, dia baru tanya saya ”Hmm ibu balik lambat lagi ke?? Jom la ikut orang jom..” saya tanya, ”Nak pergi mana??” Jom jela ikot. Saya cakap ”Tak pe la tak nak ikut, dah sampai rumah dah pun. Biar je la saya tunggu kat sini sampai ibu ayah balik. Awak pegi jela keluar makan dengan kawan – kawan  awak tu. Saya tak perlu makan pun tak pe..”

Masa tu lah baru dia terasa dan perasan yang sebenarnya saya tahu dan dengar apa perbualan dia dengan kawan – kawan dia. Kemudian dia pun baru la nak pujuk ajak ikut sekali. Saya pun cakap la.. ‘Tak pe.. awak pegi la keluar dengan kawan – kawan awak tu. Sementara kita masih belum kawin kan. Enjoy la dengan kawan – kawan dulu..’

Saya pun tolak ajakan dia sebab terlalu kecewa dari pagi saya sanggup teman dia sampai ke petang, dah petang dia nak lepak dengan kawan – kawan dia.. Dia tak peduli saya pun masa tu. Saya terdetik dalam hati.. ‘Dia malu ke ekk nak bawak aku lepak dengan kawan – kawan dia??’

Pernah la saya terdengar dari salah sorang dari mulut kawan perempuan dia ni, pernah tanya dengan dia. ”Ek bakal suami ko ni ok ke Ika?? Dia buta ke?? Hmm ko ni.. ini JOD0H ke BOD0H!!!??? ” Saya pun tak tahu lah nak ceritakan perasaan saya waktu itu macam mana dengan korang semua.

Tapi terdetik dalam hati kecil saya.. Ya, saya sedar saya sekarang seorang 0KU tapi bukan saya mintak untuk menjadi 0KU sebegini. Tuhan uji saya sekarang. Dan mungkin Tuhan boleh uji kepada sesiapa saja yang DIA inginkan. Tuhan boleh tarik nikmat ni bila – bila masa saja dan kepada sesiapa saja.

Saya rasa kecewa sangatt, sedih sangat waktu itu. Ex saya pun dah macam bosan pujuk saya waktu tu, saya tak nak ikut dia jugak pi lepak dengan kawan – kawan dia. Dia pun tinggal saya kat situ sorang – sorang tunggu ibu ayah balik.

Sampai lah ibu ayah saya balik, ibu ayah saya pun tanya, ‘ehh mana Ika?? Dia tinggal ko kat luar ni macam ni je sensorang??’ Saya kata, ‘haa ye.. dia keluar lepak dengan kawan – kawan dia’. Masa tu lah saya cakap Ika pi keluar dengan kawan – kawan dia pi lepak makan dan ibu saya pun tahu sebenarnya saya tak makan lagi dari pagi.

Seorang ibu yang punya anak seorang 0KU, walaupun saya sudah dewasa mesti faham perasaan seorang ibu bila ada orang lain buat anak 0KU dia macam ni. Tiba lah waktu malam, ibu saya rasa macam tak puas hati. Hari nak dekat nikah ni, lagi sebulan nak nikah ibu pun call parents Ika untuk ajak jumpa bersemuka.

Kenapa sanggup tinggal anak dia luar rumah sorang – sorang, dibawa keluar dari pagi sampai tak makan langsung sampai ke petang. Masa tu pun Ika sebenarnya rasa takut bila parents saya ajak bersemuka dengan family dia sekali duduk satu meja dan kemudiannya mak ayah Ika pun mintak maaf dan mintak berbaik semula.

Masa tu saya sebenarnya dah hampir tawar hati dah, saya macam dah anggap perbuatan macam ni dah agak keterlaluan untuk diri saya sebagai seorang tunang dia dan bakal menjadi suami dia. Disebabkan mak ayah dia merayu – rayu supaya hubungan ni tak putvs, tak nak malu dengan orang ramai kalau tunang ni diputvskan.

Yelah, kad jemputan semua dah di edar, khemah semua dah pasang, semua persiapan goodies semua dah siap. Korang bayangkan tetamu yang di jemput hampir 4 ribu orang. Macam mana nak hadap malu dengan orang ramai tu kalau pertunangan kitorang ni diputvskan.

Khemah bulan separa dah 4 biji di pasang, luas cukup untuk muatan 4 ribu manusia masuk. Bila mak ayah dia merayu – rayu jangan mintak putvs hubungan ni. Saya dengan family pun cuba bagi peluang lembutkan hati. Tak apa lah, mungkin ini semua ujian pertunangan.

Mana tahu la kan da nikah nanti boleh berubah. Boleh jadi isteri yang solehah. Kehidupan selepas nikah… to be continue… berikan saya sedikit waktu. – Kay (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalammualaikum, sebelum saya sambung kisah saya, saya nak jawab beberapa soalan yang banyak diajukan oleh kakak abang adik semua dalam komen. Saya juga ingin mohon maaf sekiranya tulisan saya agak meleret dari sudut pandangan pembaca.

Sebab saya bukan penulis yang profesional. Saya hanya menulis mengikut gerak hati kecil saya saja. Luahan hati yang terpend4m. By the way, Saya baca tau komen korang semua. Hehe..

Soalan 1, Macam mana orang blind main instagram? Macam mana blinds boleh taip? Sebenarnya sistem sangat – sangat membela nasib 0KU terutama blinds. Ada sistem yang support untuk dia bacakan segala jenis tulisan dan perkataan yang ada pada screen.

Istilah dia ‘Talk Back’ for android. ‘Voice Over’ for ios. Semua phone ada dah setting nih. Masuk je setting / accessibility jumpa la setting tu. Canggihnya sistem sekarang untuk blinds. Saya sendiri boleh trading dalam phone saya dengan baca chart guna voice over. Fahamkan pattern chart, tanpa perlu tengok chart tu dalam screen. Saya main trading crypto currency.

Soalan 2, Macam mana saya boleh st4lk insta ex wife saya? Jawapan : Dia ada password Facebook, instagram saya. Dan saya pun ada password facebook and instagram dia. Kalau saya nak check phone dia pun boleh. Ex wife guna iphone. Panggil je siri. Cakap on voice over.. off voice over. Boleh lah saya guna phone dia.

Ok sambung balik kisah saya. Pernikahan saya dah bekas isteri selamat diijabkabul. Perkahwinan kami hanya bertahan 3 bulan sahaja. Pada permulaan berumahtangga, saya diuji dengan bisnes yang down. Masa ni hebat betul ujian.

Ujian dengan bekas isteri tidak memahami keadaan saya pada masa tu. Simpanan saya semua habis licin. Pelbagai benda saya buat, tapi tak menjadi. Allahu. Hebat betul dugaan pada itu. Bekas isteri saya langsung tidak peduli susahnya saya pada masa itu.

Yang dia tahu semua kehendak dia mesti dituruti. Banyak sangat kisah sedih yang berlaku Saya selama bernikah ini Walaupun 3 bulan dah macam 3 tahun sengs4ranya. Untuk yang bertanya, ‘dia ni mesti anak orang kaya’. Saya orang biasa sahaja dan bekas isteri saya pun orang biasa.

Saya bekerja sendiri manakala family Ika pun orang bisnes. Kami dikahwinkan seminggu sebelum puasa. Tarikh pernikahan m4kin dekat, tapi Ika dah buat hal pelbagai seperti dia macam tak suka untuk teruskan pernikahan ini. Saya sendiri sebenarnya tawar hati nak teruskan tetapi disebabkan saya nak menjaga maru4h family ika.

Dan ika pun mendapat desakan dari family dia untuk teruskan maka kami teruskan jugak. Masa bertunang, Ika pernah nyatakan dia ikhlas dalam hubungan kami pada awalnya. Namun, disebabkan dia dengan family dia berg4duh teruk disebabkan kes dia tinggalkan saya diluar rumah dulu, maka hati dia dah mula berubah.

Jarak rumah Ika dengan saya tak jauh pun. Jadi buat sementara waktu, saya bercadang lepas nikah bergilir tinggal rumah keluarga dulu la sebelum dapat tinggal di rumah sendiri. Rumah parents saya pun, cuma ada saya dan parents je.

Saya cuma dua beradik dan ahli keluarga lain dah tinggal di rumah sendiri. Ika pun setuju pada masa itu untuk tinggal rumah bergilir. Saya pun tidaklah k3jam terus nak asingkan dia dengan family. Tak halang pun dia nak balik rumah family dia.

Selepas seminggu kahwin, kami tinggal di rumah famili Ika. Ketika itu, dah masuk bulan puasa. Pada masa itu, saya ajak Ika, saya cakap, “jom kita balik rumah ibu jom? Tidur sana buka puasa di sana, ibu dah tanya tak nak balik berbuka kat sini ke?? Ibu dah siap masak semua.”

Respon Ika ketika itu macam tak suka balik rumah ibu saya. Macam macam alasan dia beri. Dan tak rasional pun. Sungguh saya sedih masa ni. Sebab apa yang dia minta, semua saya turutkan. Permintaan saya sebagai suami langsung dia buat tak endah.

Saya pun beralah la, nanti je la berbuka puasa rumah ibu. Masa ni saya rasa macam tak guna. Sedih sangat. Yela, saya buta. Nak ke mana – mana orang yang kena bawa. Kalau saya celik, memang saya dah balik rumah ibu saya. Saya rindu ibu masa tu. Hurmmm..

Saya dilema tak tahu nak buat apa.. Sana ibu, sini isteri. Memandangkan masa ni baru je bernikah maka saya cuba bertenang. Tak nak berg4duh. Orang lain masa awal nikah, seronok je. Aku?? Langsung tak rasa nikmat berkahwin. Saya pun pujuk la ibu masa tu dan bagi alasan yang masuk akal.

Semata – mata tak nak bagi ibu tak terasa hati. Saya sebenarnya memang berniat untuk hidup dengan Ika di rumah sendiri, tapi mengenangkan komitmen hidup sekarang yang terlalu tinggi. Dengan Ika punya maintainance yang teramat tinggi, business pun tak seberapa masa tu, jadi saya pilih untuk tangguh dulu perkara ni.

Dan kami pun baru je kawin. Banyak lagi komitmen yang saya perlu fikir dan utamakan dahulu. Hari berganti hari, saya rasa perkahwinan saya macam tak seronok, tak bahagia. Saya tak tahu kenapa. Mungkin sikap isteri saya layan saya acuh tak acuh, tak hormat saya sebagai suami.

Pernah satu masa, kami pergi ke mall dengan kawan dia. Masa tu saya memang tak berapa ada duit, tapi dia nak keluar jugak. Saya ikutkan je la. Masa dalam mall, dia ada beli roti boy tapi dia belikan untuk dia dan kawan dia sahaja.

Masa ni saya mintak la nak rasa, dia boleh cakap, ‘bagi la duit kalau nak’. Ya Allah, masa ni saya rasa macam h1na sangat diri saya di depan orang ramai. Berkiranya dia dengan suami sendiri. Yela, masa ni saya tengah susah. Dia lupa peng0rbanan saya masa nak halalkan dia. Dia rasa dia hebat.

Banyak kali sebenarnya dia maIukan saya depan kawan- kawan dia. Saya diamkan je. Malas berg4duh depan orang. Satu hari tu, kami balik dari mall. Saya cakap dekat Ika, saya nak balik rumah ibu kejap, nak ambik baju saya. Dia marah – marah saya depan kawan dia, dia memang memang tak suka balik rumah ibu.

Padahal ibu tak pernah nak masuk campur hal rumahtangga kami. Mungkin dia nak bebas. Rumah dia lain, rumah mertua dia rasa lain. Saya sabar pada waktu itu. Sampai je di rumah keluarga saya, saya marah dia sebab dia dah maIukan saya.

Dah lama saya sabar, ikot rentak dia selama ni. Dia tak pernah nak hargai saya. Ketika itu dah hampir malam, saya dengan dia berg4duh, dia Iempang saya. Masa tu ibu tiada di rumah. Ada ayah je dan ayah tak masuk campur. Kami g4duh dalam bilik. 3 kali dia Iempang.

Bayangkan sampai 3 kali. Boleh bayangkan orang buta macam saya kena Iempang?? Saya tak boleh nampak dan saya tak mampu nak elak. Selama nikah, dia tak pernah nak hormat saya, layan saya jauh sekali. Kesabaran saya dah capai maksimum.

Esoknya, saya terp4ksa beritahu family saya, saya tak bahagia. Saya dah habis cara didik isteri. Baru 3 bulan nikah dah berani Iempang saya. Akan datang, apa lagi lagi yang saya bakal hadap dengan keadaan saya yang macam ni.

Sampai ke pagi saya tak dapat tidur. Masih terasa pedih diIempang sampai terasa kebas muka. Saya ni ada peny4kit mata iaitu peny4kit glauc0ma. Peny4kit ini lah yang mer4gut penglihatan saya sejak muda. Dengan peny4kit saraf mata yang saya hadapi, ia menerukkan lagi keadaan, biji mata saya terasa macam nak PECAH selepas kena Iempang malam tu.

Selepas peristiwa itu, saya cuba mengalah, kami balik ke rumah Ika. Masa ini saya dah berfikir habis – habisan, saya berniat dah nak ceraikan Ika selepas kejadian ni. Saya rasa dah meIampau sangat perbuatan Ika terhadap saya. Saya memang dah rancang nak ke mahkamah jugak untuk failkan penceraian dan nusyuz.

Saya call parents saya mintak ambik saya kat sini. Semalaman saya tak dapat tidur masa di rumah Ika itu. Dalam perjalanan parents saya ke rumah Ika tu, Ika desak saya untuk ceraikan dia masa tu juga. Pada masa ni ika sebenarnya takut dengan perbuatan dia.

Dia ugvt, kalau saya tak ceraikan dia masa tu, dia tak bagi saya balik ke pangkuan ibu ayah saya. Part ni mungkin silap saya juga. Saya ikutkan sangat permintaan ika masa tu untuk ceraikan dia, tanpa saya berfikir secara waras. Melafazkan cerai luar mahkamah adalah satu JEN4YAH dan dalam Akta Undang – undang mahkamah syariah salah bagi suami untuk lafaz cerai luar dari mahkamah.

Dengan keadaan kesihatan saya yang tak menentu, tak dapat tidur bermalam. MentaI saya disiksa selama 3 bulan. Saya tak mampu lagi dah berfikiran secara waras waktu itu. Saya lafaz cerai dan saya terus keluar dari bilik. Dan sekarang ini pun, masih menunggu bicara disebabkan lafaz cerai luar mahkamah.

Akhir kata, saya nak mintak pada semua.. Doakan ibu ayah saya sihat selalu. Doakan juga urusan hidup saya dipermudahkan dan bertemu j0doh dengan orang yang lebih baik lepas ni ye. Allahumma amin.. – Kay (Bukan nama sebenar)

Sambungan :

Nor Fauziah AR : Saya meletakkan diri pada tempat parents confessor terutama di tempat seorang ibu. Betapa kebahagiaan anak diharapkan namun maru4h yang di injak – injak oleh orang lain. Tak terbayang perasaan saya h4ncur andai anak sendiri diperlakukan sedemikian rupa.

Semoga ibu dan ayah confessor sentiasa sihat selalu dan sentiasa dalam Iindungan Allah. Untuk confessor, semoga Allah kurniakan kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan. Amiinn..

Rose Mimie : Sedih baca kisah awak ni adik. Awak agak terburu – buru membuat keputvsan sebelum bernikah dulu. Harap lepas ni awak betul – betul ditemukan dengan bid4dari yang betul – betul sesuai untuk awak. Awak ada keluarga yang sangat sayangkan awak. Semoga berbahagia.

Mat Jatt : Sedihnya. Takpe, akan ada baIasan untuk perempuan macam tu. Hari ni dia buat abang, esok lusa dia kahwin lain, dia pulak kena hent4k, baru dia tahu. Hidup ni umpama roda. Semoga Allah panjangkan umur abang, mak abang, dan ayah abang. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi j0doh yang baik ya bang.

Syafika Sazwani : Sedih saya baca luahan confessor. Cara penulisan pun tahu dh confessor jenis lemah lembut je. Saya doakan semoga confessor dipertemukan dengan j0doh terbaik dunia akhir4t. Jadikanlah kenangan sebelum tu sebagai pengajaran dan pengalaman. InsyaAllah yang baik – baik saja untuk tt. Saya pun tak faham sesetengah orang yang tak pandai hargai orang lain.. Sangat rugi!

Nora Osman : She is too much! MasyaAllah. .isteri tak takut d0sa ke.. Memang patut pun dia dceraikan. Pengajaran juga buat tt. UTAMAKAN IBU BAPA , BAHAGIAKAN IBU BAPA dahulu, bahagia buatmu akan menyusul. Itulah sebenarnya seorang anak lelaki perlu buat.

Siapa tangan dan kaki tt waktu mula tt buta?? Dari mengandung hingga dewasa pun belum terbaIas lagi jasa mereka. Tiba – tiba bila ada wanita yang caring dengan tt, u boleh utamakan dia dari ibu. (Dalam keadaan isteri bertindak meIampau pulak tu – tak rasional)

Harap tt lebih fokus pada pembangunan diri, parent dan move on. Percaya pada takdir Allah dengan yakin, InsyaAllah lebih bahagia. Tidak ada 1 pun perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ni sia – sia. DIA lebih Mengetahui.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.