Ayah rajin bekerja, tapi setiap kali ada kes kecurian di kampung ayah akan dipukuI sbb kami miskin

Dulu mak buat kuih makcik tak bagi anak – anak dia makan. Katanya geIi, pernah sekali aku terdengar makcik aku Iarang anak dia makan biskut yang mak buat sebab takut nanti ada AlDS. Tapi sekarang tiba makcik rajin datang rumah kami, siap tidur lagi. Rupa – rupanya..

#Foto sekadar hiasan. Aku terpanggil untuk kongsi kisah keluarga aku suatu masa dulu yang dih1na akibat dari kemiskinan. Masa kami kecil, mak selalu dih1na kerana keluarga kami sangat miskin. Yang membuatkan mak semakin dih1na bila ayah kami jadi pen4gih d4dah.

Orang kampung bila berselisih dengan kami pun jeling je. Mak sangat sabar dan diam je bila orang mengata walaupun orang tu mengata depan mak. Aku selalu tanya kenapa mak diam bila orang h1na kita, h1na ayah, tapi mak cakap biarlah sebab apa yang orang kata tu betul.

Ayah aku selalu keluar masuk pusat pemulihan, selalu ditangkap polis, selalu dipukuI orang kampung kalau ada barang hilang dan macam – macam lagi. Ayah rajin kerja tapi duit tu tak nampak sebab beli d4dah. Kalau duit dah habis dia akan p4ksa mak bagi dia duit.

Adik beradik kami 4 orang sahaja, sekarang tinggal 3 sebab abang meninggaI kena Ianggar lari. Masa kami kecik, mak selalu tak dijemput ke kenduri, kalaupun dijemput mesti mak akan makan jauh sikit dari orang sebab orang akan jeling – jeling mak.

Kalau nenek buat kenduri di rumah, mak selalu dikerah buat macam – macam kerja sebab pakcik dan makcik anggap mak ni hanya orang gaji di rumah nenek. Nenek memang orang yang berduit tapi nenek sangat kedekut. Mak kerja amik upah cuci rumah orang dan jadi pembantu kedai makan.

Duit tu mak besarkan kami dan beli barang – barang dapur rumah nenek. Kalau tak ada lauk hari tu nenek akan ke rumah pakcik dan makcik yang lain untuk makan. Pakcik dan makcik lain tak pernah hulur duit pada nenek alasan nanti mak akan ambil duit tu dan habiskan duit tu untuk kami sekeluarga.

Sedangkan nenek tak pernah keluarkan duit selepas kami menumpang rumah nya. Ubat – ubat nenek juga mak beli dengan duit mak. Setiap hari ke sekolah kami adik beradik tak pernah bawa duit belanja. Mak buat macam – macam kerja tambahan untuk cari duit.

Mak ambil upah menebas, kutip getah, mengecat rumah dan macam – macam lagi. Mak selalu bawa aku sekali. Sedih sangat bila tengok tangan dan kaki mak pecah – pecah buat kerja. Masa hari raya pun sama bila mak hidang apa – apa diorang tak jamah sebab geIi, pernah sekali aku terdengar makcik aku larang anak dia makan biskut yang mak buat sebab katanya suami mak aku kan pen4gih d4dah.

Takut nanti ada AlDS ke apa. Ayah meninggaI kemaIangan masa aku nak masuk ke sekolah menengah. Aku tak menangis pun sebab ayah ada ke tak ada sama je hidup kami. Masa tu beberapa kerat je orang kampung datang uruskan jen4zah.

Kenduri tahliI pun tak ramai yang datang. Sebelum nenek meninggaI, dia sempat wasi4tkan rumah tu pada mak. Pakcik dan makcik lain dapat tanah dan harta lain yang nilainya lebih banyak dari apa yang mak dapat. Mak cuma dapat rumah pus4ka itu saja.

Tapi mak diam sahaja dan selalu nasihatkan kami supaya bersyukur. Selepas nenek meninggaI, makcik – makcik dan pakcik – pakcik terus tak datang rumah walaupun ketika hari raya. Kehidupan kami sekarang taklah kaya mana tapi alhamdulillah cukup makan dan pakai.

Rumah nenek juga kami dah r0boh dan ganti dengan rumah baru yang selesa untuk mak. Orang – orang kampung yang mengata mak juga m4kin rapat dengan mak. Setiap kali ramadhan mak akan bagi sekampit beras dan beberapa barang dapur untuk orang – orang miskin sebagai sedekah.

Menariknya, salah satu orang kampung yang selalu h1na mak dulu sebab jadi isteri pen4gih d4dah, rupanya hidupnya sekarang sangat susah. Suaminya pula jadi pen4gih d4dah dan anak – anak lelaki nya juga terlibat dengan piI kuda.

Makcik tu datang dalam keadaan tak terurus nak pinjam duit. Mak tak bagi dia duit tapi mak selalu bagi bantuan berbentuk makanan dan barang – barang dapur. Mak tak d3ndam sikit pun. Makcik – makcik dan pakcik – pakcik pun sekarang selalu singgah ke rumah dengan alasan lama tak jumpa mak.

Ada yang datang nak berhutang. Makcik yang dulu tak bagi anak dia makan makanan yang mak buat tu pun kerap singgah. Kadang – kadang sampai tidur kat rumah. Rupa – rupanya beliau nak pinjam barang – barang kemas mak nak pakai masa kenduri anak perempuan dia bulan lepas.

Pakcik yang dulunya tak pernah pandang kami pun bila jumpa sampai nak peIuk – peIuk pula. Ada juga yang siap minta kami sponsor mereka ke tanah suci. Sepup u- sepupu yang dulu tak pernah bercakap dengan kami pun bila ternampak adik post dia media sosiaI hadiahkan mak barang – barang kemas sempena ulang tahun kelahiran mak terus mengaku saud4ra.

Mak, setiap kali kami buka cerita pasal hidup susah masa kecil selalu ingatkan kami, jangan benci sesiapa pun yang h1na kita dulu. Biarlah sebab kita tak ada hak untuk baIas perbuatan dorang. Bila kita senang juga kita jangan h1na orang. Kita juga tak tahu smpai bila kita senang.

Sekarang saya ulang – ulang benda yang sama pada anak saya supaya dia juga sentiasa bersyukur dan rajin berusaha. Tak ada orang yang boleh ubah nasib kita dan keluarkan kita dari kepompong kemiskinan kecuali diri kita sendiri. – Anak kedua mak

Komen Warganet :

W Haslina : Lebih kurang cerita saya. Keluarga sebeIah arw4h mak yang kaya waktu itu dengan selamba masuk rumah pakai kasut. Siap sinis anak – anak engkau ni besar mesti kahwin dengan penarik beca. Allah Maha besar kakak – kakak semua kahwin dengan j0doh yang baik dan bekerjaya.

Sekarang terbalik pulak anak – anak beliau yang porak peranda. Tak boleh lupa dengan makcik yang buat muka benci bila tengok aku. H1nanya kami ayah kerja LLN ja masa tu. KuIi. Depa kaya ada kereta hebat rumah besaq. Kami miskin naik beskal ja pi mana pun. Sorry terluah panjang. Bila baca ni teringat – ingat.

Abdul Hadi : Macam hidup saya dahulu. Tapi berbeza sikit, setakat dipandang h1na pun dah lali. Bila anak – anak dah kerja dan tolong mak, yang sibuk kutuk dulu sibuk nak ambil port. Walaupun mak saya pun bukan jenis d3ndam saya dan adik – adik memang masih ‘panas’ terutamanya dengan ‘sed4ra-mara’ yang buat hal dulu.

Fatin Azwa Sidik : Macam tu la kami adik beradik dih1na dulu. Makcik saya siap cakap nanti ade anak, saya ni bawak tin susu kosong pergi mintak kat rumah anak dia. Dia ingat dia tuhan, tahu masa depan orang macam mana. Mak saya kene h1na anak ramai. Tapi sekarang mak boleh bergilir rumah siapa mak nak bermalam. Berkat anak ramai. Alhamdulillah. Faham sangat perassan tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.