Lepas setahun kahwin aku masih lagi tak mengandung. Aku m4ti – m4ti ingatkan masalah datang dai aku sebab suami dah ada sorang anak perempuan. Tapi tak sangka, selama ni suami tutup aib bekas isteri tapi biar je aku difitnah. Keputvsan kesihatan suami dari doktor, zero sp3rm detected!
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah. Apa yang aku mahu cerita kan ni adalah sesuatu yang sangat rumit dan membebankan. Kadang rasa macam tak masuk akal, macam dalam drama.
Aku dah 6 tahun berkahwin, dengan jejaka dari seberang tambak di selatan tanah air. Ibu aku pun berasal dari negara yang sama, jadi bila j0doh sampai tu walau rasa berat, tetap aku terima. Menyesal rasa di situ. Kalau lah aku boleh undur masa, nescaya aku pilih untuk tolak lamaran suami yang aku geIarkan dengan nama samaran Ali.
Ali seorang Duda, ya seorang Duda yang kononnya mempunyai seorang anak perempuan. Aku dah lama kenal Ali, dalam 5 tahun sebelum kahwin. Masa tu kami kawan biasa, yang kenal melalui mutuaI friends. Entah macam mana jadi selesa berbual di talian, texting di Skype.
Banyak luahan yang di luah pada aku, ada beberapa hal yang rumit yang pada masa tu aku anggap Ali ni Paran0id saja. Lama kelamaan aku macam rasa Ali ni baik orangnya. Singkat kan cerita, Ali jatuh cinta dan niat mahu peristerikan aku.
Masa tu aku macam 50 / 50. Yelah selama ni Kita dengar luahan Dia, banyak yang mencurigakan. Cuma silap aku, tak minta bukti.. aku cuma suruh Ali jumpa parents aku saja minta izin. Bila ingat semula, macam nak Iempang muka sendiri.
Dipendekkan cerita, arwa4 bapa aku setuju je la sebab aku pun bagi green light kan. Maka, kami bernikah dengan Mas Kahwin $100 tak silap aku. Tak ada hantaran, bapa aku lebih suka tidak membebankan sesiapa. Lepas kahwin, aku kene tinggal bersama bapa Ali dan anak perempuan dia.
Di negara ni, rumah yang dibeli dengan kerajaan biasanya perIukan 2 penama, jadi oleh sebab ibu bapa Ali dah bercerai badan dan bapa Ali sudah lama tidak bekerja, Ali rasa macam tanggung jawab Dia kena duduk dengan bapa.
Ibunya berkahwin lain tak lama lepas cerai. Cerita Bermula lepas aku berkahwin. Bapa Ali seorang yang tiada latar belakang ilmu agama. Banyak berg4ntung pada ilmu hitam, percaya pada b0moh dan lain – lain. Aku bab sebegini memang tak berapa nak masuk dalam otak.
Keluarga aku Tak percaya pada perkata khur4fat lagi lagi yang boleh memes0ngkan akidah. Ini lah silap aku. Silap kerana tidak mengenali keluarga Ali sebelum bernikah. Silap kerana hanya menilai Ali seorang tanpa mengambil kira keluarganya.
Di negara ini, seorang Muslim boleh berkahwin dengan bukan Islam di bawah undang – undang civil tanpa menukar agama. Adik beradik Ali ada yang berkahwin atas dasar ini. Aku tak kisah la, hidup mereka kan. Yang aku kecewa, Ali tidak beritahu latar belakang keluarganya.
Rasa macam kena tipu hidup – hidup. Semua yang Ali ceritakan pada aku, memang hanya yang baik. Lepas setahun kahwin, aku belum mengandung jugak. Tiap – tiap bulan aku memang menunggu sebab zuriat adalah satu kepentingan untuk aku, memang aku tersangat suka dan mahu keluarga kecil sendiri.
Aku sampai sanggup ulang alik pergi gynaec0logist sebab nak kan kepastian. Lepas dapat tahu aku ada cyst, size 0.1cm di ovari memang aku terus 0perate buang. Konon ingatkan pasal cyst la aku Tak sangkut. Walau doktor dah banyak kali nasihat yang cyst aku kecil dan tiada effect pun untuk mengandung, aku tetap buang juga.
Yelah, Dia kan dah ada anak perempuan, so kekurangan mesti pada aku kan? Tetttt. Salah. Rupanya anak perempuan Ali, bukan d4rah daging Ali. Hal ini diketahui oleh bapa Ali dan Ali semasa bekas isteri mengandung lagi. Bapa Ali yang nasihatkan Ali untuk terima sahaja, benda dah jadi katanya.
Hal ni aku tahu pun Lepas aku macam dah depr3ss, dah tak tahu nak buat apa lagi. Gynea aku minta Ali untuk buat sp3rma count test. Result kembali dengan kadar 0. Zero sp3rm detected. Ali menghidap absent Vas deference yang berlaku sejak dilahirkan.
Cuma Alhamdulillah, Dia ada sp3rma di testical, so kena manually extract. Proses ni makan tahun ya para Pembaca. Walau aku tahu anak perempuannya bukan anak kandung, Dia masih ada bersama aku. Hal ini masih lagi rahsia. Ali mengatakan dia mahu berterus terang setelah anak dia baIigh. Aku macam, wow.
Selama ni, bila pelbagai soalan diIemparkan pada aku, t0hmahan dari keluarga dia pada aku, status ‘mak tiri’ yang sentiasa jadi topic, jadi sebab dir4cun pelbagai geIaran, Ali senyap saja. Aku macam terfikir, punya la elok kau jaga aib bekas isteri kau, tapi kau bukak ruang untuk orang aib dan fitnah kan aku.
Aku ni apa sebenarnya? Kambing hitam ke? Anak tiri aku memang selalu termakan r4cun adik beradik, Ibu bapa Ali. Memang semua benci aku sebab aku ni penyebab anak dia jadi ‘orang lain’ di mata mereka. Dulu kami duduk di rumah kerajaan, Lepas beberapa tahun Allah rahm4ti kami dengan rezeki lebih.
Kami beli rumah persendirian, kondominium yang memang diniatkan untuk anak lelaki kami yang lahir hasil dari buat 3 kali IVF. Banyak masalah, fitnah selepas kami beli rumah ni. Satu sen pun kami tak minta sesiapa, malah duit hasil jualan rumah lama 100% bahagian bapa Ali disalurkan semula pada KWSP.
Ini adalah undang – undang di sini. Agak rumit nak diceritakan. Sekarang fitnah terbaru, kononnya kami beli rumah ni pakai hasil jualan rumah kerajaan tu. Kelakar. Rumah kerajaan 3 bilik tu 20% sahaja dari harga rumah sekarang.
Dan hal ini diketahui umum. Itu pun masih orang percaya akan fitnah yang tak masuk akal. Aku biar aje orang fitnah, sebab bukan mereka yang beri aku makan. Tapi Ali sangat terkesan. Patut la semasa dapat tahu bekas isteri mengandung bukan anak dia, dia pilih untuk merahsiakan.
Rupanya Ali seorang yang pentingkan apa yang orang lain berkata. Aku rasa terper4ngkap. Macam mana hubungan anak aku dengan ‘kakak’ dia. Mereka bukan muhrim. Kalau Ali meninggaI, macam mana dengan anak perempuan dia?
Hubungan kami memang sangat tak rapat, aku hadir semasa dia berumur 8 tahun. Walaupun duduk bersama aku, dia lagi selesa mendengar r4cun berbisa dari makcik – makciknya. Aku biar kan jela. Malas, penat. Aku cuba ajar mengaji al Quran, Tapi bila aku tegas sikit habis Bapa Mertua aku marahkan aku.
Sampaikan dia suruh aku berhenti ajar. Aku cari kan Ustazah, Tapi semua sambal lewa saja. Bapa Mertua aku bukan tua sangat, baru 60-an tetapi lagaknya macam dah berumur 80-an. Solat? Sejak aku kahwin sampai sekarang, tak pernah.
Bila di tegur, Dia suruh Kita solatkan Dia. Apakah? Aku pilih untuk berdiam. M4kin dilayan, m4kin tak masuk akal. Apa yang aku nak buat sekarang? M4kin aku fikir, m4kin rasa nak giIa. 2 bulan Lepas, aku kena panic att4ck. Nasib la ada guard yang prihatin dan waktu tu aku dalam kawasan rumah.
Sekarang aku dalam rawatan bersama psych0logist. Anak aku, baru berusia 2 tahun. Aku buntu, aku str3ss. Banyak lagi nak sebenarnya, cuma aku Tak mampu nak type penuh inti. Maaf Kalau cerita aku ni terabur, aku memang tengah serabut.
Aku memang nak ceraikan saja si Ali yang pengecut ni. Cuma aku risau, pentingkan diri ke aku kalau aku bawa anak aku lari keluar dari keluarga yang t0xic ni? – Str3ss Magnet (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Dee Ya : Buat ape awak jaga budak perempuan tu? Dia bukan anak awak pun. Biar Ali la yang jaga sebab Ali yang sanggup terima kan. Dalam rumah tu, awak urus diri sendiri dan anak je. Tak payah fikir pasal orang lain tambah – tambah mertua dan ipar duai. Buang fikiran tentang mereka. Tak penting pun mereka tu, awak jaga diri awak dan anak baik – baik.
Nuur Hidayah Pahrurradzi : Kalau aku jadi kau, bila dia jawab suruh kau solatkan dia, memang aku jawab, sini m4ti dulu pastu satu rumah ni boleh solatkan kau. Apa pun sis, ini pilihan kau dan hidup kau. Sanggup ke besarkan anak dalam keluarga caca marba macam tu?
If me, i don’t and i won’t. Aku dulu g4duh laki bini pun mak aku marah sebab boleh kacau em0si anak – anak. Ni dengan anak tiri kau yang tak ade kaitan langsung dengan kau mahu pun bapak dia tu, pun dia boleh buat tak tahu sedangkan kita tahu hukvm agama.
For me, better u leave and take ur child, takat harta benda kita boleh usaha cari lagi. Tapi hati minda perasaan yang tenang, tak dapat nak beli. Kita yang kena pilih sebab ni hidup kita. Selamatkan diri kau dan anak kau. Lagi bagus tak ade ayah dari ada ayah t0xic dan datuk nenek makcik pakcik t0xic. Benda ni berangkai dan berjangkit sis. Raise ur kid wisely sis, make choice and run while u can. Dont wait.
Ex Supir : Kenapa pompuan selalu takut sangat nak keluar dari kemelut keluarga? Malu ke ape ke payah sangat ke nak keluar dari kemelut tu? Duit boleh cari, kebahagiaan pada jiwa anak tu tak boleh cari kat mana – mana selain dari diri ibu tu sendiri. Ape payah nau nak bIah je ber4mbus dari situ? Malu takut orang mengata kau seIfish? Kalau seIfish untuk diri sendiri dan anak, SO WHAT?
Umi Munirah : Jangan bagi anak membesar dalam keluarga t0ksik sis. Bahaya untuk anak dan awak jugak. Please leave him. Buat apa stay kalau takde yang baik buat agama awak dan anak. Cukup kukuh untuk tinggalkan suami awak. Go.. don’t wait anymore..
Siti Rahmah : Sila basuh dulu suami tu. Geram plak bila dia boleh biarkan je isteri dia difitnah dan di kata macam – macam. Kalau boleh banyak – banyak dapatkan nasihat dari orang soleh, peguam shariah dan pakar nikah kahwin ni. Lepas tu susun atur la langkah sis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.