6 tahun kahwin takde zuriat, abg ipar suruh suami kahwin lain sedangkan mereka tak tahu ‘punca’

Suami langsung tak pertahankan aku bila abang ipar suruh dia kahwin lain. Sedangkan bukan punca dari aku sorang. Paling sedih bila tahu apa yang mak mertua cakap. Satu hari suami terus terang dengan aku, suami bagitahu apa sebenarnya mak mertua cakap. Aku terus rasa sayang sangat dekat mak mertua…

#Foto sekadar hiasan. Salam, tolong bagi pandangan pada masalah ni. Saya dah kahwin 6 tahun lebih tapi masih belum diberi rezeki zuriat. Suami saya takde lah kisah sangat, tapi keluarga dia tu. Saya dah cuba berubat banyak tempat secara modern, tradisional, pusat rawatan islamiah pergi dan macam – macam doktor kesuburan pergi.

Tapi belum rezeki lagi tapi bila pergi check kat LPPKN tu doktor cakap sp3rm count husband aku tu ada masalahh. Tapi tau la kan eg0 seorang lelaki, dia macam tak terima. Aku pun tak mau dia tercalar eg0nya, doktor pun kata aku ada PCOS.

Peny4kit tu buat susah nak mengandung jugak tapi takdelah sampai must4hil untuk aku mengandung tapi kena ada rawatan. Kiranya kami dua – dua ada masalah. Hari tu kami balik kampung malam tu nak pi toilet, aku terdengar abang ipar cakap, “ko nikah lagi sorang, cari pompuan yang boleh bagi zuriat kat ko la. Ko nak? Ko nak aku cari kan, mak pun okey.”

Tak tau la tu bualan bergurau senda ke atau main – main tapi macam serious jer. Sebab balik dari kampung tu, suami aku diam aje macam fikir panjang. Tak ke dia sedar, dia pun ada masalah juga, bukan dari aku je. Nak je aku cakap kat keluarga dia, yang rasa aku punca mengapa kami berdua belum dapat anak lagi tapi takkan la aku nak cakap macam tu kan.

Masalahnya aku kecik hati dekat suami aku, dia langsung tak pertahankan aku bila orang kata aku ni penyebabnya, dia biarkan je orang pandang h1na kat aku. Sampai aku dah rasa malas nak balik kampung dia, bila dengar perbualan dia dan abang ipar tu. Memang aku tersentap.

Semua ni buat aku hilang semangat nak gi berubat, memang dah banyak tempat aku pergi tapi kalau aku jerr yang pergi berubat, dia tak, tak guna jugak. Kecik hati aku ni, lemah semangat aku ni. Kot – kot dia terima anjuran abang dia tu. entahlah.

Nak dijadikan cerita, hari sabtu tu ada cerita payung emas kat TV3. Aku ni tengok tajuk jer pun terus aku cakap aku nak tidur, tak larat. Aku tak mau tengok cerita tu, aku takut. Entah apa yang aku takut ntah. Mungkin aku takut husband aku mintak kebenaran masa tengok citer tu ke ntah.

Jadi aku masuk tidur, aku tak tau lerr dia tengok cerita apa lepas tu. Dia ngadap tv sorang – sorang, aku tak boleh tidur. Dalam dok tergolek dalam bilik suami aku masuk. Nak tidur, cerita tak best dia kata. Dipendekkan cerita, aku kuatkan hati aku ler bertanya pada dia, aku tak boleh sebab fikir benda ni sorang – sorang, boleh giIa aku.

Masalah takkan selesaikan kalau aku lari dari masalah. Jadi aku bertekad, apa jua jawapan dia, aku terima tapi tau apa jawapan dia? Takde jawapan. Dia senyap je macam berfikir. Aku pulak dah tengok dia senyap, aku pun senyap jugak.

Lepas tu nangis. Tapiii dia tak jawab pun soalan aku. Entahlah, sampai ke hari ni aku masih sabar menanti. Aku nak berbincang dengan dia tapi sejak semalam dia asyik keluar je macam nak lari dari aku jer. Sikit sebanyak pasal keluarga husband aku ni, poIigami ni bukanlah benda yang asing.

Mak mertua aku sendiri dimadukan, pak mertua aku tu walau berpoIigami, tapi bukan jenis yang t4ik kucing tu. Kira betul – betul punya kahwin, bini no 1 dan no 2 tak g4duh – g4duh tapi tidaklah sampai cemolot. Kira hidup ok jer la memahami tugas memasing.

Aku tak sempat kenal madu mak mertua aku tu sebab aku kahwin dia dah meninggaI. Abang ipar aku tu pun ada dua isteri jugak, dalam adik beradik suami aku ni seramai 9 orang (dua – dua mak), abang S ni sorang je ler yang ada dua isteri, orangnya pun ok.

Kontraktor, duit banyak, biasa ler boleh la pasang dua isteri ni. Keluarga suami aku ni pun kira golongan senang – senang jugak. Jadi disebabkan itu, aku ni takde modal nak ser4ng abang ipar aku tu, lagipun memang aku ni tak berani.

Aku ni bukan jenis bising – bising kat luar tapi jenis ayu.  Wah gitu mengaku ayu. Maksud aku, aku sendiri tak reti nak cakap lepas ni. Kadang -kadang aku harap sangat aku ni jenis reti nak menjawab, takde la aku ni makan hati sorang – sorang.

Dengan suami aku pun, aku tak derrr nak cakap lepas. Apakan lagi dengan ipar duai aku. Cakap pasal mak mertua aku plak, mak mertua aku jenis tak banyak cakap, tak banyak ragam juga. Itulah yang aku terk3jut bila dengar ayat abang ipar aku tu kata, “mak pun okey”.

Aku rasa hati aku ni tak lah kecik sangat kalau betul – betul aku jer yang problem tapi sebab aku ni suami aku tak pertahankan maru4h aku sebab mungkin dia rasa malu kot dia problem. Sampai tahap ni pun, dia tak nak cerita lagi dekat keluarga dia.

Aku tau masalah aku bukan lah berat sangat banding orang lain tapi percayalah 7 tahun lebih. Aku betul – betul teringin nak ada zuriat sendiri. Cemburu jangan cakap bila tengok anak kawan, anak sed4ra. Suami pun layan aku elok jer, selain hal berbangkit ni je lah.

Sebab tu bila dapat result sp3rm count suami aku tu, aku tak komen langsung sebab aku nak jaga aib dia. Aku rasa mungkin dia yakin sangat yang dia takde masalah tapi tiba – tiba result sebaliknya. Mungkin bagi t4mparan hebat bagi dia.

Lepas je dapat result tu, dia terus macam tak support aku dah. Kiranya, sejak awal tahun baru ni. Aku tak mau bangkitkan hal ni sangat sebab nak jaga ego dia tapi tak sangka macam ni plak jadinya. Beberapa hari lepas akhirnya dia cerita pasal apa yang abang dia cakap kat dia kat dapur malam tu.

Dia kata memang abang dia ada bagi cadangan pasang no 2 dan dia cakap, mak dia tak melarang dan tak pulak menggalakkan. Cuma mak dia kata apa – apa pun kena la aku bersetuju dulu. Mak dia kata, suruh ambik anak angkat dulu sebab bukan semua orang laki boleh elok kahwin lebih satu ni.

Sayanggg mak mertua aku tiba – tiba lepas dengar cerita suami aku tu. Lagi dia kata, dia senyap sunyi minggu lepas sebab dia serabut, rasa bersalah kat aku. Dia rasa tak serupa laki lain dan pada masa yang sama menyalahkan aku jugak atas peny4kit aku tu.

Kira semua benda dia rasa. Dia kata dia cuma nak time alone je. Memang jujurnya dia kata dia ada terfikir nak kahwin tu masa cakap dengan abang dia tapi lepas tu tengok muka aku dia tak sanggup. Dia sayang aku, entahlah terasa jugak aku bila dia cakap dia ada terfikir tu.

Kenyataan memang pahitkan, selalunya. Aku baIas balik dekat dia, “u pun problem, bukan i je. Kalau u kahwin lagi kemudian tak dapat jugak anak, u boleh handle?” Dia cakap itu antara sebab buat dia tak terima cadangan abang dia tu selain sebab utamanya masih sayangkan aku.

Hmm rasa tension pulak aku tetiba masa tu, tak boleh ke cover sikit alasan tu kan, bagi telinga aku sejuk dengar. Tapi akhirnya aku kena sedar yang aku tak boleh nak dengar apa yang aku nak dengar je, aku kena bukak hati terima apa jua pengakuan dia asalkan itu semua adalah dari hati dia.

Kesan dari semua ini adalah aku terasa kehambaran la dalam relationship aku dan dia.. Macam tak sama macam dulu dahh. Aku rasa susah hati sangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?