Keluarga tak suka aku nak kahwin lelaki kaum Jakun. Bila kahwin aku terk3jut dia layan aku

Mak suami memang tak sukakan saya sebab takut saya control suami. Tapi suami suruh jugak balik, dia pegang tangan saya. Dalam pukuI 3 pagi saya nak pergi tandas, waktu tu saya menangis sampai kecoh..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik terutama dijauhi dari covid19, aamiin. Saya Rara seorang wanita muda berusia 26 tahun, bekerja dalam bidang perakaunan, seorang isteri dan mummy kepada 3 cahayamata 3, 2, dan baby (selang bunga).

Pendek je pasal saya. Suami saya Jebat (acah – acah Jebat bukan kerana aku tak cinta) ada tat00 di bahu kiri macam, seorang g3ngster yang berubah. Jebat ni orang asli semenanjung dari suku kaum Jakun. Umur Jebat awal 30-an, Jebat mempunyai rupa paras yang kacak. Malah Jebat juga seorang yang menjaga penampilan.

Selalu kita teruja dengar orang kahwin campur dengan mat salleh, dengan cina, dengan Arab kira macam wow lah. Tapi sekarang saya nak kongsi kahwin campur dengan orang asli yang wow jugak. Tentang keluarga kami mula – mula memang kedua – dua family tak setuju, family saya nak lelaki beragama tapi saya pilih mualaf, orang asli pulak tu, sampai dibawak saya pergi berubat takut terkena manderem ke apa.

Family suami juga menolak, diberi alasan kalau kahwin melayu nanti anak dah tak balik. Menantu tak suka. Nanti apa orang kampung kata. Macam – macam jugaklah kebanyakan sebab berkaitan agama dan bangsa. Rasist betul huhu taklah gurau gurau.

Okaylah semua ni tak penting biasa lah dugaan awal, sekarang alhamdulillah kedua – dua beIah family dah menerima. Antara perkara yang saya rasa wow kahwin dengan orang asli yang bernama Jebat.

1) Tiada istilah menjadi raja. Yes Jebat ni takde pun merajakan diri dalam rumah, dia hormat saya selayaknya seorang isteri, Jebat bantu saya dalam setiap perkara berkaitan dengan rumah. Jebat ringan tuIang untuk cuci baju, basuh pinggan mangkuk, sapu rumah, kemas peti ais. Saya tak perlu pun minta tolong semuanya Jebat uruskan tanpa rungutan. Bagi semua dia, rumah kita maka sama sama kita jaga.

2) Pandai jaga anak. Jebat ni datang dari family besar, Jebat anak no 3 dari 8 beradik, jarak umur pun agak berbeza antara Jebat dengan adik bongsu. Mak cakap Jebat selalu bantu mak jaga adik adik. Yes Jebat uruskan anak – anak kami semudah abc.

Saya masih ingat hari pertama saya lahirkan anak sulung, dah petang camtu kat ward anak saya ber4k, banyak sangat, saya nangis call Jebat beritahu saya takut nak tukarkan pampers. Jebat datang hospitaI untuk tukarkan pampers baby sambil tu dia ajar saya macam mana nak buat sebab malam nanti dah tak boleh melawat. Esoknya dah boleh balik, sampai rumah alhamdulillah rumah dah siap kemas tersusun rapi.

3) Pandai jaga isteri. Jebat jaga saya macam tatang minyak yang penuh. Jebat akan civm dahi saya sebelum kerja dan sebelum tidur setiap hari. Semasa saya p4ntang, Jebat menjaga saya sendiri, dari mandian sampailah ke barut semua Jebat bantu saya buat. Him handle everything.

Jebat tak pernah ganggu em0si saya. Malah Jebat sangat terik4t dengan pantang larang. Dia selalu cakap dekat aku, “badan nak pakai lama”. Jebat selalu call mak kat kampung tanya nak buat apa, supaya saya sihat kuat macam mak.

4) Menghormati insan bergeIar wanita. Jebat tak pernah lebihkan mak, Jebat jugak tak lebihkan saya, kalau saya bilang terasa hati dengan mak, Jebat pinjam telinga untuk dengar dan dihujungnya Jebat nasihat dengan kata – kata positive.

Masa mak dia cakap tak terima saya Jebat mendengar tanpa berkata kata, Jebat tidak meIawan tapi Jebat tetap bawa saya pulang ke rumah mak macam biasa. Jebat bagi mak ruang dan masa. Jebat sentiasa pastikan saya di depan mata.

Jebat tetap genggam tangan saya di hadapan semua orang. Berkat kesabaran Jebat dan akhirnya mak dan saya mampu bersatu. Saya tidak lagi terasa hati, mak juga sayang saya.

5) Pandai cari duit dan tak kedekut. Kami memang suami isteri bekerja tapi biasalah gaji tu sekadar cukup pakai simpan sikit sikit. Gaji saya milik saya, gaji Jebat 90% diberi kepada saya untuk diuruskan. Yang mana hantar ke emak, yang mana urusan anak.

10% yang Jebat amik tu diberi juga sedikit kepada saya sebagai nafkah. Jebat suka belikan saya barang kemas. Tapi nak beli emas kena pakai duit, jadi Jebat cari extra, tanpa rasa malu Jebat jual besi buruk, Jebat jual kotak. Kadang – kadang Jebat bantu saya jual biskut. Hasil tu dia kumpul buat beli barang kemas sikit – sikit.

6) Berani. Yang ni tak tahu nak letak kategori apa sebab kelakar pun ada, Jebat ni berani, dia tak takut tikus ker katak ke, lipas dan sebagainya. Kalau ada yang termasuk dalam rumah Jebat dengan bahagianya tangkap pakai tangan.

Dia cakap dulu kat kampung dia selalu tangkap ular, tangkap b4bi buat jual. Omaigad saya is tak sanggup. Tapi ini membuatkan saya rasa yakin dan diIindungi.

7) Fresh dengan agama. Okay sebabkan Jebat ni muaIaf maka Jebat fresh dengan ilmu agama, Jebat selalu pergi kelas agama yang disediakan oleh MAIM, bila balik dari kelas agama Jebat akan share dengan saya. Jebat berusaha mempraktikkan apa yang dipelajari.

Kalau dulu family saya menolak sebab takut agama saya tak terjaga but alhamdulillah kami kahwin kerana Allah maka, hati saya sendiri slow – slow ikut sama nak belajar mendaIami ilmu agama sebab nak kongsi dengan Jebat.

Bila Jebat ni selalu masuk kelas, jadi dia belajar pasal halal h4ram ini menjadikan keadaan lebih mudah. Kami balik ke kampung macam biasa tapi bab makan minum Jebat sangat menjaga.

8) Last but not least – tak payah berebut balik Mana. Orang asli ni tak ade special hari raya dalam kalendar, jadi semua raya diorang Raya. Jadi pembahagian kami, raya melayu dengan keluarga saya, kakak abang saya.

Raya cina dengan keluarga Jebat. Simple. Tapi kami balik waktu lain macam biasa bergilir. Okay tu sikit p0int kang banyak sangat orang kata saya syok sendiri. Sekarang nak terangkan sikit pasal orang asli. Okay guy’s. Orang asli sekarang dah tak macam dulu lagi, mereka dah maju malah ada yang lebih maju dari kita.

Untuk pengetahuan korang, masa kita berusaha nak bayar axia hutang bank, diorang dah mampu beli 4×4 duit cash. Rumah pun dah kurang yang guna rumah pondok, kebanyakannya dah banyak guna rumah batu 4, 5 bilik wei rumah diorang, cuma masih mereka dirikan pondok kecil sebagai tempat mereka bersantai.

Lagipun pondok buluh ni selesa wehhhh. Kalau aritu keluar article pasal ning baizura cakap kat budak asli, “kesiannya miskin”, hok aloh tu cuma cara kehidupan diorang jer, typical anak kampung berjalan tak pakai selipar, tempat diorang ni bersih, sampah takde. Pasir putih.

Ni tempat Jebatlah tapinya. Tapi saya dah pergi beberapa kampung memang cantik jer kawasan diorang. Dan sebenarnya diorang ni banyak jer duit simpanan. Tapi diorang jenis rendah diri. Diorang ni dari pendidikan sampai kesihatan tayah keluar duit semua JAKOA tanggung, tak payah pening kepala.

Btw Puan Ning mungkin awak seronok kahwin dengan lelaki UK. Tapi saya seronok kahwin dengan orang asli Malaysia. Nak tahu beza dia apa? Orang UK demo bila kene lockdown, orang asli tutup kampung tak bagi covid19 masuk dan menjangkiti.

Mula – mula saya join family orang asli adalah beberapa kisah yang kelakar, first pasal bilik air, rumah mak saya ni rumah batu dah 4 bilik tapi jenis bilik air kat luar, bayangkan kampung ni jenis pasir putih tepi pantai, lampu kat tepi jalan jelah.

Nak ke bilik air tu gelap wehhh. Dah kalau pukuI 3 pagi nak kencing, memang menangislah, kec0h sekejap. Sekarang mak dah pasangkan lampu package tak tutup sampai pagi lampu tu hahahaha.. Tapikan kampung tu bila pagi hari tenang jer suasana.

Bila petang – petang saya ronda kampung, dan ramai tegur sangat peramah, jadi I pun sememangnya ramah apa lagi beramah mesralah. “Ni isteri Jebat ker? Yer amai (makcik) ni isteri Jebat” “Ni menantu mak Jebat ker? Yer mamak (pakcik) saya menantu mak Jebat.

Pastu ramai orang datang rumah nak tengok pilihan Jebat. Saya ingat seorang pakcik ni tapi meninggaI dah, dengan kaki ayam dia beriya datang sambil cakap, “nak tengok menantu baru”, dalam hati kahwin sorang, tapi bersaud4ra sekampung.

Bila pakcik ni tahu jer yang saya ni orang Islam terus dia jerit assalammualaikum, tapi saya tak menjawab sekadar memberi senyuman. Dalam kampung tu diorang kenal semua orang, diorang biasanya family juga. Sebab anak rumah hujung kahwin dengan anak rumah tengah, yang rumah tepi tu adik beradik dengan yang rumah hujung, yang atuk ni kahwin dua, sorang belakang, sorang depan, jadi dah macam keluarga besar.

Tapi tu dulu lah sekarang banyak jer kahwin dari kampung berlainan malah dari suku berlainan. Macam Jebat kahwin bangsa berlainan. Okaylah 10 kali taip, punya lama tak buat karangan. Pening nak susun ayat supaya orang tak salah faham and sampai apa yang saya nak kongsi tapi sure nanti ada yang baca dengan em0si.

Ending saya nak cakap terima kasih kat Jebat sebab jadi suami yang baik, daddy yang baik. Awak jadikan saya sebagai Wanita Terbahagia. Walaupun kita tak kaya tapi urusan kita selalu dipermudahkan. Berkat awak jaga saya macam bid4dari.

Berkat awak sentiasa cuba jadi yang lebih baik. Sekarang korang nak kahwin tak dengan orang asli? Hehehe bangsa tak menentukan pun kebahagiaan kita, yang penting kita ni macam mana urus bahtera. Yang Berbahagialah, – Wanita Terbahagia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sazlina ZA : Tahniah tt. Ni barulah orang kata hero serba serbi. Sama macam apa UEL ajar. Kalau lelaki M majoritinya, mashaa Allah. Tak semua, tapi letih nak diajar. Moga semua yang bergeIar ibu dalam komen cerita ni ambil iktibar dr cara orang asal ni membesarkan anak lelaki mereka. Enough of all anak emak things dan tak reti buat apa macam Raja semua. Kita lah yang mengubahnya.

Jes Lara : Saya suka tengok cara kehidupan orang Asal ni. Rumah mereka bersih meskipun dindingnya adalah buluh. Ada tempat pendiangan dalam rumah, mula – mula saya tengok pon terk3jut, mereka seolah berpakat menjaga kebersihan.

Bila kita berbuat baik pada mereka, mereka baIas dengan memberi sayur – sayur segar yang ditanam di tepi rumah. Mereka tidak terpisah dari arus kemodenan walaupon ada tempat 2 struktur jalannya sangat teruk.. Terima kasih untuk orang Asal Pos Trisu. Anda sangat baik, semoga anda berbahagia selalu.

Sakinah Ismail : Saya seorang guru pernah mengajar OA. Satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Mereka sangat – sangat menghorm4ti guru, penyayang. Paling terkesan bila bawa ubi kayu sebagai cenderahati untuk saya.

Seronok sangat – sangat. Sekarang saya terlibat secara langsung sebagai sukarelawan menyantuni OA. Doa saya moga rumahtangga puan sentiasa diberkati.

Nabilah Ghafar : Sukanya saya dengar cerita confesser, alhamdulillah confessor. Kan bagus saling bercerita cerita – cerita positif, kita pun suka baca dan minda pun jadi positif. Saya yang baca pun ikut rasa gembira dan bahagia. Teruskan confess yang positif – positif untuk sebarkan perkara – perkara positif.

Nur Adnin Abdul Razak : Terima kasih cik confessor sebab cerita pasal suami Orang Asal. Sekaligus buka mata orang bahawa Orang Asal ni baik sebenarnya, jauh lebih ‘maju’ berbanding orang kita sendiri. Stand for Orang Asal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.