Bila tetamu datang isteri ugut taknak keluar bilik. Haritu ada sepupu cakap nak beraya, slumber dia guna nama aku

Orang kata tetamu datang bawa rahmat, tetamu pulang bawa maghfirah tapi isteri ugut taknak keluar bilik kalau tetamu datang. Dah 7 tahun macam ni. Sekarang aku tak kira, aku nak buat jugak open house, walaupun isteri tak setuju. Apa pendapat korang…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Salam Lebaran buat semua. Aku Leman, ada isteri dan anak masih seorang. Aku nak mengaku betapa aku malu bila orang nak datang bertamu ke rumah, isteri aku, Aqish menolak. Macam – macam alasan diberikan.

Jika aku bersetuju, dia akan ugut tak mahu keluar bilik. Dah 7 tahun begini. Orang kata tetamu datang bawa rahmat, tetamu pulang bawa maghfirah, tapi rumah aku belum lagi begitu. Sebelum ni, kami duduk rumah kos rendah bilik 2 je.

Memang kami berdua segan nak orang datang rumah. Ikutkan aku tak kisah je, sebab tetamu dalam kalangan keluarga, saud4ra mara dan rakan taulan faham kami berdua sengaja duduk situ semata – mata dekat dengan tempat kerja Aqish.

Sedangkan kami ni bila dicampur pendapatan dah jadi early T20 jugaklah untuk duduk rumah lebih proper. Sekali pun ada perumahan baru buat, dia tak mahu pindah. Memang selama 6 tahun di rumah lama tu, kami tidak pernah terima tetamu secara proper.

Jika keluarga saya atau dia datang, itu sekadar menyinggah tidak duduk lama. Memang rumah kecik tetamu pon tak selesa. Kini, kami telah berpindah ke rumah baru yang luas di area perumahan berkonsepkan rumah dalam taman.

Rumah ini aku dah booking beli sejak sebelum kahwin. Gara – gara PKP bagai rumah ni siap pada tahun ke 3 perkahwinan kami tapi dah mula bayar loan sejak awal perkahwinan. Dalam tempoh 2 tahun seterusnya aku pujuk untuk pindah.

Renovation dah buat untuk besarkan dapur sebab tahu dapur itu syurga wanita. Dia tak mahu pindah. Ya, punca utama adalah rumah ini di daerah lain yang menjadikan jarak ke tempat kerjanya lebih 30 minit. Aku terp4ksa buat keputusan pindah rumah sebab persekitaran rumah kos rendah benar – benar buat kami str3ss.

Dengan mentaliti penduduk yang suka buat sampah, remaja dan belia yang buat bising malam – malam, selain persekitaran kurang selamat untuk anak saya membesar. Depan rumah lorong jalan yang sibuk ada yang merempit.

Nak bagi anak main di luar pun risau. Kes denggi yang kerap di sekitar ini juga membuatkan kami sentiasa berjaga – jaga. Paling utama, loan bayar lebih 2k gara – gara OPR bank dah tinggi. Sewa pula mahal cecah 600. Akhirnya, Aqish setuju juga dengan segala alasan rasional aku tu.

Bila dah pindah, ramai tanya bila nak buat housewarming pula. Aku dah agak dah. Aqish pun lagi dah agak siap dah ada senarai alasan menolak yang mahu diberikan. Sekarang ni adalah raya pertama kami di sini setelah pindah pada hujung tahun lepas.

Sejak pindah, keluarga saya langsung tiada yang datang lagi. Keluarga dia pun. Memang awal – awal tu kami mengelak terima kehadiran mereka atas alasan rumah belum berkemas. Memang sehingga kini pun rumah belum betul – betul kemas dan complete dengan peralatan – peralatan yang wajar bagi sebuah rumah yang lengkap.

Memang dulunya rumah kecik 2 bilik, sekarang rumah 2 tingkat memang rasa penat mengemas tu ada. Kami buat sikit – sikit. Dekorasi rumah pun belum sempurna. Minggu lepas masa beraya, sepupu – sepupu dia ada bagitahu nak datang rumah.

Selamba dia kata tak payah sebab dah jumpa di rumah saud4ra yang lain waktu itu. Dan dan tu juga dikeluarkan sampul raya dan edar pada anak – anak buah yang ada. Aku tak boleh nak kata apa dah time tu. Kelmarin pula, ada adik beradik aku request nak datang beraya rumah kami. Kebetulan pula Aqish tiada di situ, terkedu aku nak jawab.

Aku sekadar kata insya-Allah jika kami free tanpa sebut bila. Ikut hati mahu je aku kata datanglah bila – bila. Tapi aku faham perasaan isteri aku perlu dijaga. Aqish ni, dia boleh aku kata tak reti masak proper maksudnya, masak nasi lauk simple je.

Goreng mi ke nasi ke, yang b0do – b0do je. Buat kuih even cengkodok pun tak reti. Itu pengakuan dialah. Sedangkan, dia sendiri tak pernah mencuba pun! Sering aku galakkan dia masak, tapi dia jenis jarang nak masak.

Akhirnya, aku yang lebih banyak di dapur berbanding dia. Aku fikir dapur dah besarkan dapur bolehlah dia termotivasi nak rajin memasak. Memang panda dan grab je lah ‘tetamu’ singgahan yang selalu datang ke rumah kami.

Ya, dia penat pulang dari kerja, aku faham. Jadi, aku malas nak bising. Selain rumah belum proper dikemas dan dihias, Aqish tak pandai masak serta Aqish penat dan mahu menjadikan hari cuti sebagai hari berehat buatnya, dia seorang yang intr0vert. Ya, dia jenis susah nak bergaul dengan orang.

Jiran – jiran ajak datang bertamu raya pun dia tak mahu pergi. Aktiviti kejiranan gang wanita pun dia tak mahu join. Alasan dia penat, penat dan penat. Dia tak fikir pun aku ni lagi penat fikir macam mana lagi cara aku nak tolak kehadiran tetamu.

GiIa! Minggu ni ada 2 cuti umum. Aku m4ti akal nak bagi alasan apa. Aku ajak Aqish keluar beraya mana – mana dia kata tak mahu sebab nak rehat. Aku sabar saja. Tapi malam ni, aku nak buat pengakuan juga, aku dah tak tahan dengan sikap dia tu.

Setakat ini keluarga kami hanya menganggap akulah yang tak mahu terima tetamu sebab aku yang beri jawapan penolakan setelah mendapat ‘nasihat’ Aqish. Dalam masa sama, Aqish ni disenangi keluarga sebab pandai bercakap dan berbual.

Ibu saya pun sayang kat dia dan jadikan dia BFF. Masa puasa hari tu, memang Aqish yang ibu ajak untuk shopping. Aku pun pelik, dia mengaku dia intr0vert, tapi macam tak ada masalah pergaulan, entahlah. Jadi, kalau kata Aqish yang tak sedia terima tetamu tu, orang akan pelik.

Jika keluarga sebelah dia tanya pada dia, dia akan jawab “Leman bizi, leman ajak saya keluar, leman outstation, leman tak sihat,” dan lain – lain jawapan yang skrip ini digunakan sejak di rumah lama dulu. Memang aku dikambing hitamlah ni.

Sambil menulis ni, tiba – tiba aku ada idea, aku nak buat open house! Aqish setuju atau tidak, aku dah tak nak peduli dah. Aku nak order menu utama dan nak masak sendiri side dish. Cuma tak ada idea pula menu apa yang mudah disediakan selain tidak menggunakan kos yang tinggi untuk 2 menu berat dan 3 side dishes selain deserts dan air.

Alang – alang tu, aku juga mahu dapatkan respon pembaca apa masalah Aqish ni, adakah wujud isteri orang lain yang pe’elnya sama dengan Aqish? Apa pun, doakan agar plan saya menjadi realiti. Dah macam kerja sumbang pula kami ni, untuk bertamu ke rumah orang pun dia malas, untuk terima tetamu pun dia malas. Tapi impaknya aku yang dapat sebagai suaminya, kan? – Leman (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Nurul Fathiah : Untuk starting buat open house just untuk keluarga TT dan keluarga isteri dulu. Order makanan luar. Pakai pinggan cawan pakai buang. Air tu air biasa je dahlah. Dan tengok respon isteri macam mana. Kalau okay, boleh proceed open house kawan – kawan pula. Sentiasa support isteri ya. insya-Allah lama lama dia terbuka hati ikut kehendak TT.

Susilawati Rizal : Saya tahu masalah isteri Encik, dia belum ready dari segi mentaI sebab rumah tak kemas lagi, Encik dah siap – siap tulis rumah Encik yang baru tak siap lagi kan. Isteri Encik pun penat lah nak masak, ingat masak ni senang keh, belum lagi beli bahan, bersihkan bahan, masak, siap masak kena kemaskan lagi, memang penat.

So cakap kat isteri Encik, jika nak mudah, tempah saja kat Susilawati Rizal, saya boleh masakan dan hantar on time ke rumah customer. Harga saya pun sangat berpatutan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.