Kant0i aku buang makanan bawah meja kantin, cikgu terus tarik aku sumbat dengan nasi yang jatuh

Cikgu tarik tangan aku sehingga jatuh kerusi. Semua orang pandang aku termasuk makcik kantin. Dia sumbat nasi yang ada di bawah meja tu dalam mulut aku sambil aku meraung macam kena hist3ria..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Sebenarnya aku suka menulis di sini sebab boleh baca respons daripada korang melalui komen. Terima kasih admin jika siarkan penulisan aku kali ini. Cerita ni mengenai kenangan yang tidak dapat aku lupakan seumur hidup.

Lebih kepada bad memories zaman kanak – kanak. Kisah ni berlaku pada tahun 2003 ketika aku baru darjah 2 di persekolahan. Aku membesar di utara tanah air. Bapa aku merupakan seorang pen0reh getah manakala mak aku seorang suri rumah.

Dulu – dulu murid yang miskin diberikan bantuan makanan di sekolah iaitu RMT. Murid – murid yang layak perlu makan di kantin pada waktu pagi. Aku salah seorang penerima RMT. Nak dijadikan cerita, makanan RMT di sekolah aku sangatlah tak sedap.

Bukan aku tak bersyukur, tapi faham – fahamlah budak mana suka makanan yang tak sedap. Hidangan yang disediakan cuma ayam masak kicap sebesar ibu jari kaki dan nasi penuh pinggan tanpa kuah. Waktu tu badan aku kecil sangat, orang ingat baru 6 tahun sebab aku kecil.

Jadi aku selalu tak dapat habiskan makanan RMT sebab portion dia besar dah macam portion orang dewasa. Ada satu hari tu cikgu lain ambil alih RMT, cikgu sebelum ni bertimbang rasa sikit. Tapi cikgu baru ni sangat – sangat garang ya.

Aku pernah dengar dia luku kepala murid sampai berd4rah sebab terkena cincin dia. Jadi bila dia start incharge RMT, dia tetapkan undang – undang yang RMT wajib diambil oleh setiap murid yang layak dan wajib habiskan makanan.

Sesiapa yang makan tidak habis tidak dibenarkan pulang ke kelas dan akan dikenakan hukvman. Aku ni budak yang pendiam, jadi aku takut sangat – sangat dekat dia. Hari pertama cikgu tu incharge RMT, aku menggigiI sambil makan sebab aku memang selalu makan tak habis.

Jadi aku dah dapat agak mesti dia akan marah aku. Lama – kelamaan semua kawan – kawan aku habiskan makanan dan terus keluar daripada kantin. Tinggal lah beberapa orang yang makan perlahan – lahan termasuk aku.

Tiba – tiba aku teringat yang sebentar lagi waktu pendidikan Islam, ustazah tu garang sangat. Kalau aku terlewat masuk kelas habislah aku. Jadi muncul lah satu idea. Disebabkan tak dapat habiskan makanan, aku buang nasi ke bawah meja.

Aku ingatkan aku selamat. Tapiiii… Ada seorang budak depan aku ni menjerit. “Cikguuuu. Dia ni buang nasi bawah meja” sambil tuding jari pada aku. Bammm!! Rasa macam ada kilat sambar menyambar tiba – tiba. Cikgu yang incharge untuk RMT tu terus melulu pada aku dengan muka bengisnya.

Lalu dia tarik tangan aku sehingga jatuh kerusi. Semua orang pandang aku termasuk makcik kantin. Dia sumbat nasi yang ada di bawah meja tu dalam mulut aku sambil aku meraung macam kena hist3ria. Tergamak dia buat macam tu sedangkan aku baru berusia 8 tahun.

Memang aku bersalah, tapi dia tak patut buat macam tu. Lepas tu dia haIau semua budak masuk ke kelas. Tak adil bukan? Tinggallah aku seorang dalam kantin. Dia p4ksa aku berdiri atas kerusi sambil makcik kantin cuci lantai.

Seingat aku waktu tu tudung aku comot terkena sisa nasi. Mulut aku masih bersisa sebutir dua nasi. Menangis? Tak. Sebab aku dah puas meraung. Cuma masih tersedu – sedu mengenang nasib. Aku rasa aku dip4ksa berdiri di atas kerusi bermula jam 7.30 pagi sampai 9 pagi.

Itupun sebab ada cikgu lain suruh Cikgu RMT tu lepaskan aku. Sebelum aku turun daripada kerusi, cikgu RMT tu p4ksa aku tengok muka dia dan dia bagi amaran kalau aku buat lagi macam tu dia akan pukuI aku. Aku menangis sampai ke kelas.

Sepanjang perjalanan nak ke kelas tu semua budak tengok aku macam aku ni penjen4yah. Seharian aku bersedih. Sampai waktu rehat pun aku tak keluar kelas. Balik rumah terus demam 2 – 3 hari. Sejak daripada tu aku jadi sem4kin pendiam, penakut, dan mudah menangis.

Aku tak pernah beritahu sesiapa mengenai hal ni termasuk mak ayah aku. Mak aku pernah tanya kenapa tudung comot, aku cakap aiskrim tertumpah kena tudung. Aku takut mak aku marah. Dulu – dulu budak – budak semua takut nak mengadu dekat mak ayah.

Bukan macam sekarang ni. Cikgu pun slumber saja pukuI anak orang. Mungkin sebab sekolah luar bandar kot. Semua murid – murid dari golongan miskin. Pengajaran daripada kisah ni, kalau korang jadi cikgu. Tolong jangan bagi hukvman yang terlalu berat dekat murid.

Jangan maIukan murid sampai tahap yang teruk sebab korang boleh rosakkan mentaI murid tu sama macam apa yang aku dah lalui. Kenangan zaman kanak – kanak aku jadi buruk disebabkan dia. Aku tr4uma sampai sekarang.

Buat Cikgu Hashim (bukan nama sebenar), mungkin cikgu dah pencen sekarang. Tapi saya masih menanti permohonan maaf daripada cikgu. Cikgu dah bunvh self esteem saya. Dah 18 tahun berlalu tapi saya tak pernah lupakan muka dan perbuatan cikgu.

Disebabkan cikgu, saya kehilangan kawan – kawan dan harga diri. Saya membesar menjadi orang yang tiada keyakinan langsung. Nak order makanan di KFC pun takut nak buka mulut. Suara tak keluar. Setakat tu dulu cerita aku.

Maafkan aku jika ada tersalah tulis. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati sekian lama. Terima kasih – Malina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cekgu FaRd : Sedihnya baca. Rasa nak nangis. Sebak baca. Aku dulu pun penah alami. Yang aku takkan lupakan sepanjang hidup aku. Waktu makan RMT aku nak keluar pi makan. Aku nak keluar je pintu kelas tu. Cikgu ni cakap ” fadlina, awak dapat RMT lagi ke.. dari darjah 1 sampai darjah 6 makan RMT tapi tak pandai – pandai jugak pun??”

Maluuu.. malu sangat… mentang – mentang miskin, baju comot, makan pulak makanan percuma. Memang aku akan makan sampai habis makanan RMT tu. Dan memang makanan RMT adalah makanan yang aku tunggu – tunggu bagi orang – orang macam aku ni.

Hari ni aku seorang CIKGU. Aku janji dekat diri aku, aku akan sayang anak murid aku macam anak aku sendiri, aku akan ajar sampai dorang faham. Aku akan puji sekecil – kecil perkara yang anak murid aku buat. Kelas depan atau belakang akan diajar sama rata, adil.!

AKU JANJI AKU TAKKAN BAGI DORANG RASA APA AKU RASA, AKU TAKKAN PILIH KASIH kaya, miskin, pandai dan tak pandai. Aku tetap akan sayang. Sebagai cikgu, jaga la tutur kata, jangan sesekali pandang rendah pada orang lain.

Buat cikgu tu. Takde d3ndam dalam hati aku. Hanya ucapan TERIMA KASIH. Kerana kata – kata tu buat aku lebih semangat nak buktikan aku bukan miskin selamanya. Buat tt, kuat semangat. Jangan down. Jadikan kritikan, kelemahan tu sebagai 1 kekuatan. Saya doakan semoga tt sentiasa dipermudahkan urusan. Sentiasa dalam rahmat Allah.

Green K’Ja : Kepada TT, bangkit dan bina keyakinan diri. Kenangan lalu tidak akan terpadam dan akan diingati tapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk berani dan yakin. Mulakan dengan sesuatu yang simple dahulu seperti order di kfc seperti TT nyatakan. Definisi kejayaan setiap individu itu berbeza. Jangan jadikan “cikgu” itu halangan untuk awak berjaya.

Nur Khairunnisa Mohd Fuzi : Ya Allah.. ini sangat menyedihkan. Saya pernah jadi guru ganti untuk PPKI. Anak – anak PPKI penerima wajib RMT. Saja macam kita, ada hari lauk tak sedap, they skipped and they bought foods that they want.

Dan sy tak pernah p4ksa or marah anak – marah yang tak nak makan RMT diorang. Saya siap offer lagi pada yang non RMT untuk ambil makanan tu. Ada ja anak – anak yang tak habis makan. Jadi nak buat macam mana.

Takkan nak sumbat kat mulut anak orang. Jadi kes pulak. So let them be lah. Dear confessor, be strong ok. Try to develop back your self esteem. Just try at small things first ok. Good luck

Jamilahani Sue : Saya ada pengalaman diaibkan, dih1na oleh guru bahasa Melayu (cikgu perempuan) ketika di tingkatan dua. Hanya kerana saya tertinggal buku karangan, beliau menyelongkar bag sekolah saya, semua isi dalam bag di kirai atas lantai kelas.

Terjatuh lah gambar arw4h ibu saya (ibu meninggaI ketika saya darjah 4) beliau tanya gambar siapa. Saya kata gambar arw4h ibu. Dia jerit kata ibu kamu dah m4ti dan tak akan balik hantarkan buku kamu. Demi Allah sampai sekarang susah untuk saya maafkan dan lupakan kata – kata dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.