Isteri aku tak percaya mata makcik Iebam sebab terIanggar pintu. Dia masuk cek satu badan makcik, terkejut penuh kesan

Konon nak balik kampung buat k3jutan dengan makcik. Sekali aku yang terk3jut tengok muka makcik ada kesan Iebam. Aku p4ksa makcik cerita, isteri aku cek satu badan makcik penuh kesan. Senyap – senyap masa anak saud4ra aku tidur, aku cek badan diorang. Penuh kesan!

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku harap tulisan ni sebagai ingatan kita dekat saud4ra mara kita yang lain. Apa lagi saud4ra mara yang jauh. Aku ada sorang makcik, aku panggil mak lin dan mak lin ni adik mak aku. Aku waktu kecik agak rapat sebab bila mak ayah sibuk, makcik aku yang tolong jagakan.

Kiranya rapat lah sampai aku tingkatan 4 waktu ni makcik aku ni kahwin. Jodoh dengan orang pantai timur. Jadi waktu ni memang kiranya duduk jauh. Awalnya kami duduk Selangor tapi lepastu pindah ke Johor dan makcik aku pula ke Kelantan ikut suami dia.

Jadi memang terus terang jarang jumpa waktu ni. Kalau jumpa cuma setahun sekali waktu raya. Itu pun kalau balik makcik aku cuma balik sekejap 2-3 hari lepastu balik Kelantan semula. Waktu aku umur 19 tahun pernah lah pergi Kelantan dengan keluarga aku melawat makcik aku sebab ibu aku cakap dia rindu memang lama sangat tak jumpa.

Jadi aku yang baru dapat lesen berselang seli drive dengan ayah dari johor ke kelantan. Dipendekkan cerita, tahun 2020 tahun pandemik, waktu ni aku dah habis belajar dan bekerja. Tahu kan waktu pandemik ni memang lagi payah nak jumpa.

Tapi bernasib baik ada smartphone. Waktu ni mak aku selalu lah telefon kampung, telefon makcik aku. Waktu ni mak aku dengan adik beradik dia termasuk atuk nenek aku anggap semua anak – anak okay. Pkp apa semua tamat, dah boleh merentas jauh apa semua.

Aku berkahwin masa pkp, tak dapat jemput saud4ra mara jauh setakat video call ramai – ramai. Bila dah boleh gerak bebas aku balik kampung dulu bawa isteri jumpa atuk nenek jumpa saud4ra mara lain. Tahun 2022 isteri aku ada dapat hadiah package bercuti dan duit.

Jadi kami berdua bercuti dekat utara Malaysia. Waktu balik tu aku macam terdetik nak melawat makcik aku yang kat Kelantan. Berbekalkan ingatan umur aku 19 tahun dulu aku pun pusing sana sini. Aku tak telefon sebab nak bagi “k3jutan” lagi satu mak selalu kirim barang dekat rumah makcik aku ni jadi aku dengan isteri pun google dan akhirnya sampai.

Sampai sana aku tengok depan rumah tu ada adik saud4ra aku, anak makcik aku dua orang. Memang lama dah tak jumpa badan pun kecik. Jadi bila aku datang tu makcik aku dengan lagi 3 orang anak dia macam terk3jut.

Lepastu bila aku nampak makcik aku ni, aku memang terk3jut sebab kawasan muka dia ada Iebam. Aku pun tanya makcik aku kenapa. Dia jawab terIanggar pintu. Aku diamkan je lah sebab lama tak jumpa borak punya borak dah dalam sejam. Isteri aku ajak lah macam “secret talk” gitu.

Isteri aku ni peguam, jadi dia bagitahu aku kesan dekat muka makcik aku ni keberangkalian tinggi bekas kena pukuI. Dia cakap kalau handle kes d0mestic abuused memang selalu nampak kesan macamtu. Aku pun tidur dekat situ, sambil tu aku tanya mana suami makcik aku.

Dia cakap ada kerja jauh. Malam tu makcik aku tengah sibuk dapur dengan isteri aku borak dengan anak makcik aku. Tanya rumah okay ke tak, cukup duit belanja ke tidak. Diorang semua angguk je. Dalam tengah malam aku slowtalk dengan makcik aku, aku tanya makcik aku dia betul ke okay.

Aku dengan isteri aku lepas hampir 2 jam akhirnya isteri aku dapat yakinkan makcik aku cakap dengan jujur. Makcik aku pun luahkan dah lama hampir 4 tahun yang dia asyik jadi m4ngsa kaki tangan suami dia. Yang paling menyedihkan anak dia pun kena juga.

Isteri aku masuk bilik dengan makcik aku, sekali check memang satu badan makcik aku banyak kesan Iebam. Anak makcik tengah tidur pun isteri aku check senyap memang ada jelas lagi kesan Iebam. Aku tanya makcik aku, kenapa tak bagitahu mak aku.

Jawapan dia sebab takut, sebab makcik aku ni tak kerja nanti tak ada tanggung duit. Sampai subuh aku, isteri aku dengan makcik aku ni menangis dengar cerita. Suami dia pun rupanya dah ada 3 isteri lain semua kahwin thailand.

Aku waktu dengar makcik aku bercerita memang r3muk hati. Selama ni kami saud4ra mara anggap makcik aku ni tak ada masalah dan semua dalam keadaan baik. Pagi tu juga aku suruh makcik aku bawa semua barang penting. Dari dokumen dan segala macam, nak bawa balik.

Makcik aku mula – mula berkeras taknak dia takut. Tapi waktu tu aku tanya anak makcik aku. Nak tinggal dengan ayah dia ke tidak, mula – mula diam. Tapi lepas 5-10 minit diorang pun menangis cakap tak suka ayah. Ayah selalu buat macam – macam dekat dorang.

Selama ni makcik aku nampak suami dia cuma pukuI anak dia depan muka dia. Sekali bila anak dia cakap dengan betul baru terk3jut rupanya selalu ayah dia selalu je pukuI. Tapi diorang tak kasitahu mak sebab takut mak dia kena pukuI.

Akhirnya makcik aku setuju nak lari dan yang penting nak bercerai. Aku pun drive dari kelantan ke Johor. Sambil tu aku bawa makcik aku dan anak – anak dia bersinggah tempat macam beriadah tu semua dalam 4 hari. Waktu ni aku tak kasitahu mak aku dulu.

Sampai rumah aku isteri dan makcik pun cerita. Esoknya saud4ra mara aku nenek atuk aku pun berkumpul. Satu hari tu memang sesi air mata. Semua menangis sebab apa, selama ni anggap makcik aku ni hidup keluarga dia dalam keadaan baik. Bayangkan makcik aku anak paling bongsu.

Waktu dia kecik adik beradik dia iaitu pakcik makcik dan mak aku tak pernah sekali pun naik tangan. Selalunya setakat marah. Atuk dengan nenek aku pun setakat tampar tapak tangan dengan tapak kaki tak pernah pukuI muka badan teruk sampai berbekas.

3 hari kami satu keluarga berkumpul. Hal proses cerai surat menyurat tu semua isteri aku yang tolong. Alhamdulilah selepas hampir setahun proses akhirnya makcik aku selesai proses perceraian dia. Itupun selepas pak long dengan pak ngah aku pergi kelantan dan cari bekas suami makcik aku ni.

Sekarang ni makcik aku dia duduk dekat Johor menyewa rumah dan setiap pagi jual sarapan. Sed4ra mara lain pujuk cakap duduk je dekat rumah. Mak aku pun cakap duduk je dekat rumah sini lagipun dekat rumah cuma ada mak ayah dan adik aku sorang je.

Tapi dia tolak dan cakap nak cuba hidup dengan anak – anak sahaja. Kami pun okay sebab iyalah lagi selesa kan. Tapi bila fikir balik satu keluarga aku. Dari pakcik aku, makcik aku mak aku sendiri diorang rasa macam tu salah diorang.

Nenek aku pun bila dia tengok kesan Iebam satu badan dekat makcik aku pun dia mengucap panjang sampai pengsan sebab terk3jut. Aku bila fikir balik memang rasa geram dan sedih. Kau bayangkan dah bertahun makcik aku diperlakukan macam tu tapi kami tak tahu.

Lagi satu agak bernasib baik sebab aku dengan isteri bercuti dan entah kenapa aku rasa nak melawat makcik aku. Bekas suami makcik aku pun dah kena humban dalam penjara. Aku harap para pembaca semua cuba check saud4ra mara tak kira jauh ke dekat. Cuba cari tahu sama ada mereka ini betul dalam keadaan baik atau dalam keadaan yang tidak tenang. Tolong bantu. – Muas (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Andak Hetty Mustafa : Bila baca kisah ni teringat kat kisah arw4h mak sed4ra kesayangan saya. Ada anak tunggal laki. Kali terakhir saya jumpa bulan 5 tahun ni. Hujung bulan 5 arw4h meninggaI dunia. Dikubuurkan jauh dari sed4ra mara dan di negeri orang.

Saya sempat ambik gambar ada kesan Iebam di bawah mata dan dalam mata ada d4rah beku. Bila tanya ank tunggalnya, kononnya jatuh katil, tapi saya tau tu kesan kena tvmbuk. Dah buat laporan polis, tapi takde tindakan apa – apa pun sampai akhir hayatnya.

Eid Daa : Saya respek tt sebab dah besar dan berkeluarga masih ingat kat makcik yang jaga dulu. Sekarang anak muda ramai dah taktau adab. Mentang – mentang dah besar yang tua tak berapa nak hormat. Tak semua anak muda tapi kebanyakan sebab era sekarang semua digital dan serba canggih.

Dari apa yang tt cerita semua ni sebab asuhan dari orang tua tt, ingat kat adik beradik jauh dan dalam masa sama ajar anak tuk hargai yang tua. Tengoklah semua sed4ra mara bagi support kat makcik tt. Nampak situ kekeluargaan sangat utuh. Tahniah tt, awak telah bagi teladan yang baik kat pembaca tentang bagaimana pentingnye ik4tan persaud4raan. Yang jauh jangan dilupakan.

Hardati Abdul Hamid : Saya terfikir macam mana per4ngai suami durjana tu. Boleh tu dia kahwin lagi 3 orang dengan isteri / anak – anak memuku4 je kerjanya. Ada pulak perempuan lain yang hendakkan dia. Mesti berjaya melakonkan watak macam orang – orang baik, padahal per4ngai sangatlah durjana. Alhamdulillah makcik / anak – anak berjaya ditolong dari belenggu suami durjana.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.