Abang aku baran sampai sanggup pukuI anak sebab bising dan rumah bersepah. M4ki mencarut dekat anak bini tu jadi benda biasa. Aku tak salahkan kak ipar aku lari tapi abang aku s4kit. Abang jadi separuh giIa..
#Foto sekadar hiasan. Sesungguhnya kehilangan itu sangat meny4kitkan. Kisah ini bukan berkaitan aku, tapi berkenaan abang dan kakak ipar. Mereka sudah berkahwin selama 6 tahun, dikurniakan dua anak perempuan. Pada tahun ke-5 perkahwinan, abang aku disahkan menghidap peny4kit OCD (didiagnose oleh pakar).
Mungkin peny4kit ini dah lama ada dalam diri abang aku, tapi dia baru tergerak hati untuk berjumpa doktor di kIinik dan doktor buat referral letter untuk abang aku berjumpa pakar di HospitaI Kerajaan. Selama mereka berkahwin, ada beberapa rules yang abang aku set, be it dalam rumah or luar rumah.
Antaranya, if anak – anak dia nak bukak kasut dan masuk rumah, kaki tu takboleh terpijak lantai luar dan masuk ke rumah guna bekas kaki yang terpijak tu. Korang faham ke? Nak masuk kereta pun sama, biasalah budak – budak kadang – kadang suka pijak kerusi masa nak masuk dalam kereta tu tanpa bukak kasut.
Pernah anak dia kena marah teruk sebab kes tu. Selain dari tu, isteri abang aku (kakak ipar) juga tak dibenarkan untuk masak makanan berminyak, sebab nanti abang aku yang akan str3ss kena kemas dapur. Pernah lah kitorang ni datang rumah dia.
Tak buat apa pun tapi dia punya lap lantai tu macam kitorang baru balik dari tempat berlumut. Setiap pagi / petang sebelum / selepas pergi / balik kerja dia akan bersihkan porch rumah, setiap hari, sampai ada masa kakak ipar aku cerita, yang dia solat subuh /asar hujung waktu. Bila solat pun dia selalu was – was dan dia rasa tak bersih.
Dia pernah mesej aku tanya soalan pasal ada satu spot macam kekotoran dekat kerusi office dia. Boleh ke dia duduk situ? Sah ke solat dia? Bersih ke pakaian dia? Dia tak suka orang datang rumah, sebab dia rasa orang tu akan kotorkan rumah dia dan dia penat nak kena bersihkan semua seorang diri. Mungkin isteri dia kurang membantu part ni.
Anak – anak pun abang aku yang akan mandikan, orang nampak macam bagusnya suami tolong mandikan anak, tapi sebenarnya dia rasa anak – anak dia kotor, berpeluh so kena mandikan banyak kali. Ni semua sebelum dia didiagnose oleh pakar yang dia menghidap OCD.
Semasa dalam rawatan, dia juga tak suka balik kampung isteri dia, sebab dia rasa kampung isteri dia sangat kotor. Bila dia ajak isteri dia tidur homestay, isteri dia mungkin tak nak, so benda ni pun jadi isu g4duh. Raya haritu dah separuh jalan, abang aku patah balik sebab jem + tak sanggup sampai kampung nanti dia kena sental semua yang tak kena di mata dia.
Isteri dia tak boleh nak faham yang abang aku ni tengah s4kit, tapi dari sudut isteri dia pulak aku faham, dahlah merantau, jarang balik kampung. Rumah kat kampung tu besar. Tiba – tiba balik ko nak tidur homestay. Selain dari peny4kit yang dia hidapi ni, ada banyak lagi benda yang isteri dia makan hati dengan dia, dari sudut cerita isteri dia, isteri dia banyak sangat berk0rban, duit terutamanya. Tapi tak dihargai. Malah selalu juga dim4ki.
Abang aku ni pulak macam jenis tak suka family akak ipar aku. Pernah sekali ayah mertua abang aku datang nak melawat dari jauh, naik bas sorang – sorang tapi abang aku tak nak tolong ambik pun dekat stesen. Bila adik beradik ipar dia datang rumah, dia duduk je dalam bilik.
Mungkin sebab dia tengah menahan diri dari m4ki tetamu sebab dia rasa bersepah kotor etc. Pernah sekali tu kakak ipar aku call aku nangis – nangis cakap abang aku p4ksa dia balik rumah sekarang jugak (dari office) sebab dia tahu, dia balik rumah je, semua cadar, alas kaki, toilet yang adik ipar (adik isteri dia) dah siap basuh and bersih.
Terp4ksa lah dia ambik half day and balik rumah cuci semua tu. Walaupun bukan kotor sangat. Sebabkan abang aku ada OCD, dia mudah baran lagi lagi bila benda tu melibatkan kebersihan. Baran dia sampai tahap pernah pukuI anak dia yang baby tu sebab tak berhenti nangis dan rumah bersepah.
M4ki / mencarut dekat isteri dan anak – anak tu benda biasa, menurut kakak ipar aku. Tapi bila aku tanya abang aku, abang aku cakap dia dah lama tak m4ki – m4ki macam tu, dah rajin peIuk anak – anak dia. Aku tak tahu mana satu betul.
Tapi aku boleh nampak jugak, anak – anak dia jenis rapat dan rasa safe bila dengan bapak dia. Kalau balik kampung, anak – anak dia jenis nak je melekat dengan bapak dia. Kalau nangis, bapak dia ambik, anak – anak dia terus senyap.
Tapi aku taktahu apa yang jadi dalam rumahtangga diorang. Banyak yang akak ipar aku cerita tapi rasanya tak perlu cerita semuanya dekat sini. Sekarang, kakak ipar aku lari rumah. Dia dah tak tahan. Dia bawak semua perabot yang asas (aku rasa tu dia beli guna duit dia).
Mungkin sebab abang aku nak jual rumah ni. Dia nak jual rumah yang diorang duduk sekarang, rumah tu sangat selesa untuk anak – anak, dekat dengan semua tempat, luas pun luas, banyak duit yang dah habis masa nak renovate rumah tu.
Reason nak jual? Sebab dia tak tahan dengan jiran puaka dia. Jiran ni suka buang sampah macam besi kayu entah apa lagi dekat kawasan depan rumah. Kalau orang normal macam aku pun ada la nyirap sikit, apatah lagi yang OCD macam abang aku.
Walaupun aku tak setuju dia nak jual rumah tu, sebab aku rasa benda tu akan keep on berulang. Apa jaminan dia pindah rumah, rumah baru tu akan ok? Tak ada masalah? Dapat jiran baik? Unless dia bina rumah atas tanah sendiri, dalam hutan kawan dengan semua binatang dalam tu.
Hal ni tak mendapat persetujuan isteri dia. Tapi abang aku jenis, tak nak mintak pendapat isteri dia dan tak nak bincang pun benda ni dengan isteri dia. Dia rasa dia dominant, keputusan dia betul. Dia fikir dari dia baran dengan jiran tu dan lepaskan kemarahan tu kat anak bini, baik dia jual rumah tu dan pindah. Kakak ipar aku makan hati bertahun – tahun.
Selain dari peny4kit dia ni, banyak lagi benda yang jadi. Dengan sikap abang aku ni. Aku mengaku mungkin ada part kakak ipar aku ni jenis keras kepala sikit, tapi kalau aku letak diri aku dalam situasi dia pun aku akan sedih. Plus dia anak yatim piatu.
Beberapa hari lepas, abang aku mesej aku tengah malam, mungkin lepas cari isteri dan anak – anak dia. Dia mesej cakap rumah dah kosong, isteri dia dah lari bawak anak – anak. Abang aku mer0yan separuh giIa, dan dia ulang ulang part dia sampai rumah dari office, dah siap belikan anak sulung dia punya fav makanan, tapi rumah kosong.
Berjurai beb air mata aku. Tapi aku tak salahkan kak ipar aku. Dia juga berhak mencari bahagia sendiri. Tapi abang aku jenis ayah yang rapat dan sayang anak – anak. Korang dapat bayangkan tak. Dia tak tidur satu malam tu menangis sebab dia rindukan anak – anak dia. Rindu bagai nak giIa.
Kakak ipar aku minta dilepaskan, abang aku akhirnya mengalah. Dia cakap dia akan bagi nafkah dan bayar duit sekolah anak – anak. Abang aku tak boleh duduk rumah tu, dia macam kehilangan yang tiba – tiba, nampak pulak mainan anak – anak dia.
Dia decide ambil cuti seminggu balik kampung, mak ayah aku ambik dia, bawak balik kampung. Nak berubat dengan ustaz pula. Sepanjang dalam kereta, mak aku cakap abang aku nangis dekat belakang. Abang aku penah cakap dekat aku, dia tak mintak dia dapat peny4kit ni.
Aku sampai sekarang masih meleleh air mata mengenangkan anak – anak dia yang terp4ksa berpisah dengan ayah, dalam keadaan belum bersedia. Abang aku pun tak bersedia untuk kehilangan. Bayangkan balik rumah excited nak bagi anak makanan favourite, tiba – tiba rumah kosong.
Aku tak salahkan kakak ipar aku sebab aku saksi pend3ritaan dia selama ni, abang aku jenis tak bercerita, mungkin ada silap or per4ngai kak ipar aku jugak yang buat dia jadi baran macamtu. Aku pun sedih memikirkan mana lah kakak ipar aku sekarang, selamat ke dia dengan anak – anak.
Aku tahu tak ada sed4ra mara dia yang tahu cerita ni, even adik beradik dia pon taktahu, sebab dia kata malas nanti dah kira buka aib suami. Aku doa dia selamat, anak – anak pun selamat dalam lindungan Allah sentiasa. Kalau mereka rasa jalan terbaik adalah berpisah… terp4ksa lah redha.
Cuma terlampau sedih memikirkan abang aku, isteri dia, anak – anak yang jadi m4ngsa tapi perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik. Korang doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. – Humairah (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Sherri Hazmi : Tumpang simpati. Abang kau tu kena pergi private psik0logist dah. Tunggu gomen memang lambat. Takut nanti sampai masalah mental lain pulak. Kalau dah jadi macam ni memang mudah lah nak kena depr3ssion, anx1ety, p4nic att4ck segala bagai.
Anyway, ko seorang ipar dan adik yang baik, sebab tak bias dan memahami masalah kedua beIah pihak. Semoga kakak ipar ko dapat dicari semula dan abang ko sembuh dari s4kit. Bagi lah masa diorang bertenang.
Zharif Syafiq : Dah tu belajar la dari kesilapan, s4kit ocd bukan lesen nak buat isteri ko mend3rita selama – lamanya, tu baru isteri, yang family in law rasa terh1na sebab ko anggap diorang kotorkan rumah tu belum kira lagi, ni isteri dah lari pergi la muhasabah, semoga dipermudahkan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.