4 bulan suami s4kit saya tetap jaga suami walaupun dia curang. Bila sihat, suami kata tak tenang tengok saya dekat rumah

Selepas suami sihat, dia memilih menggatal dengan perempuan – perempuan dekat luar. Saya juga pernah terlihat mesej – mesej menggoda yang dikirimkan kepada pelajar kolej yang jauh lagi muda..

#Foto sekadar hiasan. Saya telah berkahwin selama 10 tahun. Saya kenal suami saya selama 4 tahun sebelum kahwin. Maka, asas perkahwinan kami adalah cinta selama 14 tahun. Pada awal perkahwinan kami, saya percaya kami membina sebuah keluarga yang bahagia.

Kami menunggu zuriat pertama selama 7 tahun selepas perkahwinan. 3 tahun yang lepas kami dikurniakan seorang anak perempuan. Kini puteri kami berumur 3 tahun. Pada awalnya, selama 7 tahun, saya percaya suami saya merupakan suami yang taat dan sejati.

Suami saya ini merupakan seorang yang baik hati, selalu bantu orang dan sebagainya. Namun, segala kepercayaan saya musnah apabila saya mendapati suami saya menjalinkan hubungan dengan pihak ketiga pada akhir kehamilan dan semasa saya berpantang.

Hubungan dia amat rapat dengan seorang peny0ndol yang merupakan seorang pelajar universiti swasta yang mempunyai jurang perbezaan umur yang ketara. Pada mulanya saya amat mempercayai suami saya dan saya percaya dia hanya melayan budak tu sebagai seorang adik perempuan namun saya salah.

Saya cuba menasihati suami saya untuk menjauhkan dirinya daripada budak tersebut atas firasat seorang isteri. Saya perasan kelakuan budak itu tidak menunjukkan per4ngai yang bermoral dan saya percayai dia adalah ujian kepada perkahwinan dan cinta kami selama 14 tahun.

Namun nasihat saya sering kali tidak diendahkan oleh suami dengan mengatakan saya terlalu beremosi dan kononnya “overreacting”. Lama – kelamaan, suami saya mula menunjukkan perubahan yang ketara. Dia sering pulang lewat malam dengan alasan sibuk di tempat kerja, tetapi saya tahu dia meluangkan masa bersama wanita itu.

Telefon bimbitnya dikunci dengan kata laluan, dia mula menyembunyikan nombor telefon baharu dan berkomunikasi secara rahsia. Saya juga pernah terlihat mesej – mesej menggoda yang dikirimkan kepada wanita ini. Semua ini membuatkan saya tertanya – tanya, adakah saya pernah benar – benar dicintai olehnya selama ini?

Saya sedar dia sudah jatuh hati dengan perempuan ini dan tidak mencintai saya lagi. Dia hanya nak bersama saya untuk anak perempuan kami. Hubungan ini bukan sahaja menced3rakan hati saya, malah merosakkan keharmonian keluarga kami.

Ada banyak perkara yang saya maafkan dia dan telah cuba untuk selamatkan perkahwinan kami demi anak perempuan saya yang masih kecil. Namun, saya dapat tahu dia sering kali berbohong dan menipu saya untuk berjumpa dengan perempuan itu membuatkan saya rasa diri saya ini b0doh kerana dia masih membuat per4ngai yang sama dan saya telah diperb0dohkan berkali – kali.

Lebih menyedihkan, saya juga dapat tahu bekas teman wanitanya yang sudah berkahwin dengan 5 orang anak “flirt” dengan suami saya walaupun dia tahu kami sudah berkahwin, dan suami saya juga melayannya. Saya pernah bertanya kepadanya kenapa dia masih berhubung dengan bekas teman wanita dan kenapa dia tidak boleh melepaskan masa lalu untuk fokus kepada keluarga kami sekarang.

Namun, jawapannya hanyalah alasan demi alasan – sekadar “well-wisher” dan “kawan”. Selepas saya menyoal perbuatan dia, dia pula yang menyalahkan saya atas masalah kami, mengatakan saya tidak memahaminya atau menghorm4tinya dan mengesyakinya.

Dia memutar belitkan cerita, membuatkan saya kelihatan seperti isteri yang tidak bertanggungjawab. Apa yang membuatkan saya lebih terIuka ialah hakik4t bahawa saya telah meng0rbankan segala – galanya untuk keluarga kami.

Dia jatuh s4kit selama 4 bulan dan saya menjaganya sehingga dia sembuh walaupun hati saya amat terIuka dengan perbuatannya. Saya percaya itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan dia tidak akan berhubung dengan penyondol itu lagi.

Saya juga pernah mendapat taw4ran jawatan besar di sebuah syarik4t dengan kenaikan gaji yang besar tetapi saya menolaknya kerana saya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan kesihatan suami saya ketika dia memerIukannya.

Saya memberikan segala masa dan tenaga saya, tetapi apa yang saya terima hanyalah kekecewaan apabila dia memilih untuk terus bersama orang luar selepas dia sihat. Dia masih menegakkan benang yang basah dengan mengatakan dia tidak melakukan apa – apa kesalahan.

Dia sering berkata dia tidak tenang di rumah kerana saya. Tetapi, jika dia tidak melakukan apa – apa kesalahan, kenapa dia ada ketenangan di rumah selama tiga tahun ini? Saya hanya mahukan seorang suami yang jujur, setia, dan menghorm4ti saya.

Saya hanya mahukan sebuah kehidupan keluarga yang tenang dan bahagia tetapi dia memilih jalan yang meny4kitkan saya berulang kali. Setiap kali, air mata saya dianggap sebagai drama dan kes4kitan saya tidak pernah diambil peduli.

Dia hanya pentingkan orang ketiga dalam hidupnya. Dia melayan mereka tanpa mempedulikan perasaan saya. Hubungan dengan wanita – wanita ini terus berlangsung, seolah – olah perasaan saya tidak pernah penting. Suami saya juga mempunyai banyak kekurangan namun tidak pernah terdetik di hati saya untuk mencari lelaki lain sebab saya amat mencintainya.

Apa yang paling meny4kitkan ialah kesed4ran bahawa saya hidup dalam satu pembohongan. Saya percaya dia mencintai saya sepenuh hati, tetapi tindakan dan keputusannya membuktikan sebaliknya. Saya merasa seperti dijadikan perhiasan dalam hidupnya, sedangkan hati dan perasaannya dimiliki oleh orang lain. Inilah yang dik4takan, habis madu sepah dibuang.

Sekarang, saya berada di satu persimpangan hidup. Saya tidak tahu sama ada untuk terus berjuaang atau melepaskan semuanya. Namun, saya tahu satu perkara saya berhak untuk dihorm4ti dan dicintai. Saya berdoa agar Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri saya dan anak kami.

Jika suami saya tidak mahu berubah dan terus menghargai hubungan dengan pihak ketiga, saya mungkin terp4ksa memilih jalan lain untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan. – Maleficient (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Lokk Amry : Lelaki MEMANG suka ambil kesempatan apalagi kalau kita lurus bendul, setia, taat,baik, suka berk0rban.. level – level masuk syurga.. konon.. nah, puan cari kerjaya, anak hantar nurseri or minta tolong mak ayah jaga.. dah tu kalau nak hidup damai.. pergi mahkamah syariah, fail perceraian, cerita je semua sisi buruk suami tercinta yang tak berapa bernilai tu.. so,enjoy your life be single mom with ur girl.

Mazni Sukardi : Suami tak pedulikan puan kan. Puan fokus dan sibukkan diri je dengan Allah. Ketepikan perihal suami tu. Tenangkan diri dengan mengingati Allah (zikir). Taulah Allah nak uruskan suami puan tu. Sambil tu boleh plan untuk bekerja semula.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.