Sehingga satu hari, Rudy kantoi. Dia telah berkahwin rupanya. Dia ada anak seorang. Aku akui aku silap. Aku terlalu ikutkan rasa hati. Aku balu yang sunyi. Aku jadi giIa bayang. Dia ajak aku kahwin dekat Siam. Aku tersentak..
#Foto sekadar hiasan. Aku Tulip (bukan nama sebenar). Aku seorang balu yang telah kem4tian suami tercinta 2 tahun lalu. Punyai anak sepasang. Aku akui aku wanita yang ada rupa dan berketerampilan menarik dan disukai ramai tambahan setelah menjadi seorang balu. Tapi aku tidak sesuka hati ingin melayan perasaan ini.
Aku cinta m4ti dengan arw4h suami. Kehilangan arw4h buat hidup aku mer4na. Ya sangat mer4na. Kerana aku sangat dimanjai oleh arw4h suami dan kehilangannya buat aku terkapai – kapai. Ya, aku harus struggle untuk pegang title ibu dan ayah kepada anak – anak.
Namun alhamdulillah, aku punyai rezeki yang melimpah ruah dan boleh dik4takan financial freedom. Masalah aku hanyalah emosi grieving (kesedihan) yang berlarutan terlalu lama. Mulanya hati aku tertutup untuk menerima banyak lamaran lelaki yang mencuba nasib mendekati aku.
Tapi setelah masuk tahun kedua aku menjadi balu, aku mula membuka sedikit pintu hati. Tujuan asal hanya untuk hilangkan rasa grieving. Itu sahaja. Tiada goals untuk sebuah perkahwinan. Pendekkan cerita. Ada seorang lelaki yang telah berjaya membuka sepenuh hati aku. Aku dah mula rasa bahagia.
Grieving aku pada arw4h suami juga m4kin hilang. Ya, begitu power aura lelaki ini. Aku kenalkan dia sebagai Rudy. Rudy sangat menepati lelaki yang buat aku cair. Dengan rupa yang nice looking, kerjaya yang hebat, pemikiran yang sangat matang dan seorang yang knowledgeable.
Aku akhirnya akui aku sudah jatuh hati buat kali kedua selepas arw4h suami. Hubungan aku dan Rudy berlaku secara semulajadi. Masing – masing tertarik di antara satu sama lain. Kami berkenalan mulanya hanya di media sosiaI tetapi Rudy amat transparent untuk seluruh kehidupannya.
Semuanya sangat jelas tanpa sembunyikan apa – apa pun. Dan aku percaya dan akui kejujurannya. Kami pernah berjumpa sekali sahaja dan sejak perjumpaan itu hubungan kami sem4kin tambah erat. Anak – anak aku juga seperti selesa dengan Rudy sebab beliau pandai ambil hati dan selalu bertanya khabar anak – anak.
Pendek kata Rudy memang ‘husband material’ paling terbaik untuk aku pertimbangkan. Hubungan kami banyak di talian online seperti call, wasap dan tele. Tapi kebelakangan ni Rudy banyak bermesej di channel tele sahaja.
Dan paling tak sangka dia buat secret group tele untuk kami berdua saling bermesej bermadu kasih tanpa sempadan (ini sebenarnya red flag ye tapi aku buta sebab sayang punya pasal). Jarang dah berwasap. Tapi call memang tetap setiap hari walaupun kerjaya Rudy yang sangat busy dia tak pernah lupakan aku.
Seperti pasangan bercinta lain, kami juga tidak terlepas daripada bisikan godaan sy4itan ni. Ada juga kadang – kadang terlanjur mesej dan bersembang bab berahi dan terkadang memberikan gambar selfie masing – masing tapi still ada batasan.
Aku akui aku silap. Aku terlalu ikutkan rasa hati. Aku balu yang sunyi. Aku diberikan perhatian yang tak berbeIah bagi oleh Rudy. Aku jadi giIa bayang. Aku jadi sangat sayang pada dia. Sehingga aku rasa aku tak sanggup kehilangan dia.
Sehingga satu hari, Rudy kantoi. Dia telah berkahwin rupanya. Dia ada anak seorang. Tapi hubungan dengan isterinya sebenarnya bagai retak menanti beIah. Dia kata tidak tinggal sebumbung dengan isteri dan anaknya. Patut selama ini dia hidup seperti orang bujang saja lagaknya.
Bebas call dan bermesej aku tidak kira waktu sampai jauh malam. Rudy masih dalam proses untuk selesaikan masalah rumahtangganya. Aku? Sangat kecewa dan terasa dikhi4nati. Aku bagai hilang percaya pada Rudy. Aku rasa sangat bersalah dan terasa seperti ‘Peny0ndol’ rumahtangga orang.
Walaupun hakik4tnya aku tahu aku tidak bersalah kerana sumpah aku ingatkan Rudy tidak berkahwin dan bukan kepunyaan sesiapa. Aku kembali bersedih. Terasa bagai kehilangan kali kedua dan s4kitnya juga sama. Aku mula tiada semangat.
Tapi tetap jalani tanggungjawab aku kepada 2 orang anak. Tapi rasa s4kit hati bercampur baur dengan rasa rindu yang sangat dalam pada Rudy. Rudy memang akui kesilapannya kerana tidak berterus terang dengan statusnya. Dia pujuk aku. Berkali – kali.
Aku yang pada mulanya marah dan terasa hati hingga block habis semua sosiaI medianya. Tapi akhirnya cair juga. Aku lemah. Sebab tak nafikan aku sudah mula cinta pada dia. Kami mula menjalinkan hubungan semula. Aku pejam mata akan status Rudy yang masih terg4ntung. Yang aku tahu aku nak rasa bahagia.
Rudy memang pandai melayan perasaan aku. Dialah tukang beri motivasi, nasihat dan semangat untuk aku jalani hidup sebagai balu. Aku akui aku kuat kerana dorongan dan kasih sayang dia. Kami meneruskan cinta terlarang dan hubungan yang ‘b0doh’ ini hampir setahun. Aku sem4kin tak boleh kehilangan Rudy.
Sehingga satu hari Rudy sampaikan hajat ingin mengahwini aku tapi di sempadan Thailand. Bab ini yang membuatkan aku kembali tersentak. Betapa tidak bernilainya aku. Ingin dinikahi Rudy secara senyap – senyap.
Walaupun matlamat utama untuk menghalalkan hubungan. Aku tidak setuju dan terasa sangat berjauh hati. Aku rasa aku sudah jauh melayani hubungan terlarang dengan suami orang ini. Aku mula rasa tersedar. Rudy mungkin melayani aku sebab dia juga sunyi. Bukan kerana cinta yang tulus ikhlas. Mungkin lebih kepada nafsu.
Aku menangis semahu – mahunya dan terasa sangat khilaf. Ye keterbatasan aku sebagai seorang balu yang selalu dihimpit rasa sunyi dan grieving membuatkan aku alpa. Buatkan aku terbuai. Gersang sangatkah aku ni? Tapi yang pasti aku tak mahu terjerat dengan rasa grieving lagi. Aku nak hidup bahagia dengan hati yang gembira.
Sedangkan jika aku melupa dan meninggaIkan Rudy pun aku boleh dengan senang hati memilih ramai lelaki lain yang setia menunggu aku. Ada yang bertaraf bujang, duda, suami orang malah berpangkat dato, dr, prof, pun ada.
Tapi hati ini masih ada untuk Rudy seorang. Adakah aku masih ingin menyambung semula khilaf aku ini? Aku tahu kalau aku terima Rudy pasti semua masyarakat malah netizen akan ser4ng aku dengan gelaran peny0ndol.
Tapi mereka semua lupa, hati dan perasaan bukan boleh dibuat mainan. Jika sudah sayang amat payah untuk meleraikan ik4tan. Tidak semudah terbalikkan tapak tangan. Malah Rudy juga punyai niat yang baik ingin halalkan aku. Tapi statusnya yang buatkan aku jadi ingin tarik ‘hand brake’.
Aku juga masih w4ras dan rasional, aku masih ingat Allah dan tak pernah lupa solat dan berdoa untuk Allah kurniakan kebahagiaan yang aku sedang cari ini. Tunjukkan aku jalan yang terbaik. Bantu aku semua pembaca yang budiman. Aku perlu nasihat yang positive tanpa kata nista dan judgemental.
Segala nasihat dan pandangan amat aku hargai dan mungkin dapat menjadi penyelesaian kepada masalah khilaf aku sebagai seorang balu ini. Apa perlu aku lakukan? Terima lamaran Rudy, buka pintu hati untuk orang lain, atau teruskan membesar anak – anak berseorangan sambil berterusan hidup dalam grieving. Aku jadi clueless. Sekian dari aku yang masih ada rasa sayang. – Tulip (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Mohd : Saya pun seorang balu. Buat masa ini, saya memilih anak – anak. Tipulah tak sunyi. Tipu lah tak nak lagi rasa berkasih sayang. Itu fitrah manusia. Mereka yang tak lalui lagi akan cakap macam – macam. Gatal la..
Kesian kat arw4h suami sana la..
Tapi selepas melihat anak – anak yang terkesan akibat tempoh percubaan / perkenalan. Maka, saya memilih untuk tidak lagi mencuba. Tak berbaloi menggadaikan kegembiraan / kestabilan emosi anak – anak yatim saya yang masih kecil kerana seorang lelaki. Panjang lagi perjalanan anak – anak yatim saya.
Izza Rahim : Hi sis.. saya sebijik macam awak.. 2 tahun jadi balu.. financial freedom.. anak sepasang… Sama tapi Alhamdulillah saya memang tutup hati untuk mana – mana lelaki tapi bukan sebab sayangkan suami sebab saya nak hidup single. Saya pilih single parents sebab memang itu yang saya nak.. moga Allah tetapkan hati saya untuk hari ini dan sampai akhir hayat.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.