Jiran dekat rumah saya ni kurang adab. Setakat bagi salam terus masuk rumah. Kalau pintu depan tutup, dorang akan masuk pintu belakang. Saya nak cerita satu kejadian yang berlaku baru ni, sampai..
Untuk part 1, Rimas dengan orang kampung. Nak pergi kIinik, hantar anak sekolah, isteri nak check up semua orang kampung nak minta tolong suami. Suami cuti sabtu ahad. Akan ada dah orang booking dia ajak ke mana – mana. Sebab makcik – makcik tu anak – anak sendiri pun tak nak layan.
Saya faham la, makcik – makcik ni suka ja nak berjalan. Ye la. Asyik terperap ja. So asal rasa nak berjalan, suami la yang dicari. Biasanya memang hari cuti sebab tak perlu mengasuh cucu. Lepas tu tak perlu fikir apa dah.
Maksud saya duit apa semua. Suami kan jenis bawak ja. Lepas tu suami ajak makan sana sini. Diorang pun tak perlu fikir nak masak ke, nak jaga cucu ke. Sebab anak – anak diorang uruskan. Kadang – kadang suami ada ot, dia sanggup ja cancel ot demi orang – orang situ. Ataupun balik awal asalkan plan tu jadi.
So diorang ni kadang – kadang akan cakap dekat mak mertua masa melepak petang – petang nak pergi mana cuti nanti. Ataupun cakap direct dekat suami. Mak mertua memang suka berjalan. So memang dia sentiasa ikut ja kawan – kawan kampung dia tu.
Biasanya diorang ni nak melawat sanak saud4ra diorang yang jauh sikit. Suami saya ada kereta alphard. So ikut la berapa orang nak naik situ. Dan berapa orang ada tujuan. Kalau 5 orang, suami akan bawak lima – lima orang tu pergi buat urusan diorang..
Kadang – kadang sorang ja nak pergi tengok sed4ra. Tapi orang – orang kampung lain saja – saja nak ikut. Nak meramaikan keadaan. Nak berteman. Alphardkan boleh naik ramai. So bayangkan la berapa banyak orang naik lepas tu merata la berjalan.
Kadang – kadang ada yang bawak cucu bagai. Letak atas riba. Tu pun dia cakap nak beli van besar sebab orang kampung ramai. Saya cakap kenapa tak beli bas ja. Dia cakap good idea. Nanti dia fikir. Ya Allah. Str3ssnya. Kalau keluar, kadang – kadang dekat 8 malam baru balik. Jarang la balik awal.
Tapi keluar awal pagi. Saya kesian kadang suami takde rehat. Saya pun nak la dia rehat. Tidur lama sikit ke time cuti. Saya pun cuti sabtu ahad jugak. Kadang – kadang nak la masak untuk dia, makan sama – sama. Spend time sama – sama.
Tapi tak de masa pun kami berdua – duaan. Sangat – sangat jarang la nak tengok dia ada rumah time cuti. Saya memang malas nak ikut walaupun suami ajak. Saya nak berdua dengan dia, tapi dia seolah – olah tak nak faham.
Bagi dia berdua tu benda dalam bilik. Itu ja la yang otak dia fikir. Kalau saya cakap nak privacy, dia akan ajak saya masuk bilik. Dia kata takde yang lebih privacy melainkan dalam bilik. Saya tanya dia balik, betul ke bilik kita privacy? Dia sengeh – sengeh ja. Ya Allah, bagi la aku kesabaran.
Kalau dengan saya, otak dia hanya fikir itu ja. Lain apa saya cakap pun otak dia tak masuk. Saya kata nak keluar berdua, dia kata keluar ramai – ramai la best. Meriah. Kalau berdua takde benda nak cakap sangat. Nanti bosan. Lepas tu dia kata ramai – ramai lagi safety. Tah apa – apa ja la.
Jarang sangat saya nak merasa dating dengan suami sendiri. Kadang – kadang kerja saya pun ada str3ssnya jugak. Bila saya mengadu kat dia, dia kata buat benda tu boleh hilangkan str3ss. Ya Allah, kenapa la itu ja yang di fikir.
Pernah jugak saya marah dia. Saya cakap saya nak keluar. Bawak saya keluar berdua. Kadang – kadang dia bawak jugak la. Tapi macam tak sabar – sabar nak balik. Agaknya dia bosan kot dengan saya. Kalau saya masuk kedai pakaian ke watson ke, dia akan tunggu kat luar.
Bagi dia kalau satu tujuan, pergi situ ja la. Kalau pergi makan. Lepas makan terus balik. Sebab lepas makan dia akan tanya dah ke. Jom la balik. Kalau saya cakap nak ke tempat lain, dia ikut ja. Tapi lepas tu dah ke. Jom balik.
Kalau dengan saya asyik jom balik ja.. Tapi dengan orang kampung takde pulak keluar perkataan jom balik tu. Hati isteri terabai tak pe je kan. At least dia bawak mak dia pun saya ok. Tapi asal nak keluar, ada dia pujuk – pujuk nak heret orang kampung seketul dua. Saya betul – betul tak boleh faham per4ngai dia ni la.
Dan kebanyakan masa dia akan pujuk saya ikut trip orang kampung dia tu. Saya tak nak ikut sebab rumah orang – orang yang dia pergi tu takde kaitan dengan saya. Plus saya pun banyak kerja sekolah nak buat. Lain la kalau pergi rumah saud4ra saya memang la saya nak.
Tapi sekarang ni kan, saya kerap suruh suami buat kerja sekolah saya. Sebabkan saya guru baru kat sekolah ni, maka banyak la kerja – kerja di campak atas saya. Saya pun dah tak menolak apa – apa kerja sekarang ni. Sebab saya kan dah ada assistant.
Nak buat jadual. Key in data, isi maklumat dan macam – macam lagi la. Semua saya suruh suami. Jahatkan saya ni. Tapi suami saya memang cekap buat semua tu. Otak saya tak selaju dia. Dia kan engineer, bagi dia semua tu sangat mudah.
Dia lagi cepat tangkap sistem – sistem ni. Dan otak dia creative ja fikir nak buat macam mana untuk settle cepat. Saya ada masalah tak tahu nak mula yang mana dulu, macam mana nak mula. Saya akan banyak fikir dan ambik masa lama. Ye la kadang – kadang kita dapat fail yang kosong.
Tapi suami saya expert bab – bab tu. Cakap ja nak macam mana, sekejap ja settle. Yang kerja cikgu mesti tahu kan. Kadang – kadang apa – apa tema, program – program apa ke semua saya suruh suami fikir dan plan. Lagipun masa buat semua tu ja dia sentiasa kat sebeIah saya. Sebab senang dia nak tanya saya apa – apa.
Saya sebenarnya suka dia ada kat sebeIah saya, dengan saya. Berbanding orang lain. Sebab tu saya selalu suruh dia bantu kerja – kerja saya. Lepas tu dia akan tanya ada apa – apa lagi ke. Sebab dia nak pergi melepak kat kampung. Nanti bila – bila baru balik.
Mungkin dia ni jenis tak boleh duduk diam kot. Sebab suami macam tak suka nak lepak – lepak tengok tv. Dia memang tak suka tengok tv atau duduk rumah. Dia suka spend masa dengan orang kampung. Sama macam mak dia. Asyik bersembang ja.
Entah apa la disembangkan entah banyaknya benda tak de manfaat. Kalau dia duduk rumah, tu mesti sebab ada tetamu. Selain tu jangan harap la. Langsung tak fikir saya dalam rumah ni. Selalu saya kata kenapa awak tak kahwin dengan orang kampung awak ja. Kan lagi bagus. Nanti ada la ayat – ayat manis dia nak pujuk saya.
Awak la bid4dari saya la, sayang sorang paling cantik kat dunia la. Orang kampung tak sama macam saya la. Saya bagi jelingan m4ut ja dengan ayat propa dia tu. Sedangkan dia pun tahu, saya tak dapat perhatian sewajarnya yang saya nak. Tapi bagi dia, saya dah lebih dari yang orang lain dapat.
Suami saya memang seorang yang sangat baik. Ringan tulang, bermulut manis, pandai bercakap, pandai ambik hati dan mempunyai paras rupa yang menarik. Tapi saya rasa dia hanya nak faham orang kampung ja. Perasaan saya dia macam tak nak ambik peduli sangat.
Mungkin saya bukan perempuan garang atau kuat meIawan. So dia rasa saya faham dia dengan cara saya yang diam. Memang saya ni jenis tak banyak bercakap. Saya malas nak bertekak atau g4duh. Jenis saya meIetup bertempat.
Saya tinggal dengan mak mertua saya. Ayah mertua dah meninggaI. Adik beradik suami yang lain tinggal berdekatan ja la. So dalam rumah ni, kami bertiga ja buat masa ni. Adik dia sorang kerja di sarawak, sesekali ja dia akan balik.
Rumah ni setiap hari pasti ada ja tetamu. Walaupun pukuI 12 malam. Tapi kebanyakan orang kampung ni jugak la yang suka datang bersembang semata tanpa kira masa. Kadang – kadang datang nak minum teh. Sebab katanya malas nak bancuh sendiri.
Lepas tu kata saya buat air sedap. Saya tak kisah yang tu. Saya suka ja jamu orang. Tapi saya kan guru. Kerja saya banyak lagi selain mengajar. Saya bukan macam orang kampung ni. Rata – ratanya kerja kampung. Dan orang perempuan kampung ni mostly tak kerja. Sebab tu banyak masa nak bersembang.
Kadang – kadang mak mertua saya akan pergi melepak di rumah orang. Kan saya cakap budaya macam tu. Oleh kerana saya guru, saya balik tak tentu masa jugak. Kadang – kadang 3.30, kadang – kadang hampir 5. Tapi setiap kali balik pasti ada ja sape – sape.
Lepas tu nak ajak bersembang. Saya setakat buat air tu tak kisah. Tapi nak sembang lama – lama sampai pukuI 7 memang saya tak boleh. Saya banyak kerja nak buat kot. Tapi mulut – mulut orang kat sini. Aik cikgu balik kerja pun masih nak buat kerja ke. Bukan kerja cikgu kat sekolah ja ke.
Nasib baik la mak mertua saya beza sikit dari diaorg. Dia akan cakap ala orang – orang kerja ni ada ja kerja apa – apa. Bukan macam kita. Saya pun ada ja cakap. Kerja – kerja pentadbiran pun banyak.. Banyak benda kena buat di sistem. Bukan mengajar ja.
Tapi tu pun ada jugak yang buat cerita bini fahim ni tak keluar sembang pun. Duduk dalam bilik ja. Orang bandar sombong. Lepas tu suruh saya ajar tuisyen anak – anak diorang. Saya memang tolak. Sebab saya rasa tak cukup masa. Saya pun ada kerja rumah jugak. Tu pun diaorg jadikan isu cakap kat belakang.
Mujur saya mengajar daerah lain, bukan sekolah kampung ni. Dan orang kat sini macam kurang adab. Kalau diorang datang rumah, main masuk ja lepas bagi salam. Takde pun tunggu tuan rumah buka pintu. Style rumah kampung ni tau – tau ja la. Bukan kunci pun. Dulu sekali saya kunci, mak mertua tegur.
Dia cakap tak payah kunci. Sebab kadang – kadangnak masuk keluar masuk keluar renyah nak buka tutup dia kata. Kunci pintu pun bila semua betul – betul nak tidur. Tu pun kadang – kadang tak kunci. Kalau mak mertua ada, saya tak kisah sangat. Ada sekali tu tak tahu mak mertua pergi mana tah. Tak inform saya pintu pun tak kunci.
Saya baru lepas mandi lepas balik sekolah. Terkejut tiba – tiba ada makcik jiran tengah berdiri kat dapur. Dia cakap panggil – panggil takde orang. Tu mai sampai dapur sebab cari mak mertua.. Masa tu saya berkemban ja. Malu sangat rasa walaupun dia perempuan. Saya cakap mak mertua tak de.
Memang style orang sini, kalau tak pintu depan, diorang akan datang pintu belakang. Jangan terk3jut kalau saya cakap, nak cari suami sampai ke bilik tidur diorang pernah datang ye. Masa tu saya betul – betul terk3jut. Nasib yang tu diorang tak masuk. Macam k3tuk – k3tuk ja la.
Oleh kerana tu, sekarang ni pergi mandi pun saya pakai baju semua siap – siap. Lepas tu tudung kepala. Takut tiba – tiba ada orang. Mujur la, orang – orang laki kat sini tak macam tu. Dia orang macam tahu adab sikit. Tapi orang perempuan kampung ni memang sangat kurang adab. Tambah – tambah yang kategori veteran ni.
Bila saya mengadu kat suami, suami kata ala orang kampung macam tu la. Dia cakap dia pun kalau pergi rumah jiran nak cari kawan – kawan dia. Kadang – kadang mak orang tu kata, anak dia tengah tidur, dia pergi ja masuk bilik k3jut kawan dia. Dia cakap benda tu normal kat sini.
Saya cakap orang bujang tak kisah la. Dah kelamin macam kita ni macam mana. Contoh 2 kali berlaku. Sekali tu saya ja dalam bilik. Orang – orang perempuan ni bawak cucu. Cucu dia berlari – lari masuk bilik kami. Terk3jut saya masa tu.
Yang sekali lagi malam dekat 10.30 ok. Suami saya ni ada satu tabiat tak suka kunci pintu. Dia baru masuk bilik lepas balik merayap. Masa tu mujur la kami takde la buat apa – apa. Suami dok sembang – sembang ja. Tiba – tiba pintu bilik dibuka slow – slow.
Orang tu tak bercakap pun. Entah berapa lama dia kat situ. Saya pun tak perasan. Tiba – tiba dia sebut fahim, suami saya pun terk3jut. Lepas tu dia cakap nak mintak tengokkan apa benda tah. Dia kata mak mertua saya kata suami dalam bilik. Tu yang dia naik bilik. Macam tu ja?
Ya Allah, str3ssnya saya masa tu. Kalau kami tengah buat apa – apa macam mana? Tah apa niat orang tu pun tak tahu. Malam tu saya meng4muk sakan kat suami. Sampai sekarang saya anti dia. Ada la suami pujuk – pujuk. Dia kan mulut manis. Saya cakap lepas ni kunci pintu.
Tu pun selalu jugak dia tak kunci. Dia kata kalau nak buat tu baru kunci. Ya Allah sabar ja la. Sebenarnya banyak sangat – sangat ketidakpuasan hati yang saya nak luah. Tapi saya nak cerita satu kejadian yang berlaku baru – baru ni la.
Saya memang hilang respect terus dekat makcik – makcik kampung ni. Sebab saya tak biasa ye orang – orang tua perempuan bergurau Iucah. Saya punya rasa segan dan malu yang tinggi bab – bab tu. Tapi orang kampung sini takde ye.
Siap bergurau depan saya cakap pasal alat sulit suami masa dia kecik – kecik.. Cerita kejadian masa suami bersunat. Masa tu suami pun ada. Lepas tu asyik cerita pasal benda tu ja sepanjang masa tu. Ya Allah. Sesak d4da saya. Nanti saya cerita next posting. Thank you admin. – velocity (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.