Kerja kedai makan, boss sabotaj letak garam dalam masakan aku. Masa aku berhenti, dia campak duit dekat muka aku

Dekat media sosiaI kemain boss laki bini tunjuk alim, tapi staff nak pergi solat pun mereka tak bagi. Sampai aku dah tak tahan, aku sound boss sampai muka dia merah padam. Dia baling duit dekat aku, aku kutip sambil nyanyi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku ada kat sini sebab nak share pengalaman aku keje kat cafe islamik. Imej di mata orang luar sangat indah, tapi realiti hanya kami staff yang hadap. First thing first, Cafe yang aku kerja ni terkenal dengan menu – menu yang sedap.

Tapi di sebalik kesedapan menu tu, ada insan – insan yang dikerah tenaga sampai tak sempat solat. Kami terp4ksa berebut – rebut cari waktu solat. Yang lelaki pulak sampai takde masa nak pergi solat jumaat. Kalau pergi, bos akan marah besar.

Yang kelakar dekat socmed dia seperti pesbuk, dan wasap penuh dengan story – story islamik, penuh story menghargai staff. Sejak aku kerja sini, taktahu berapa ramai dah staff yang keluar masuk, maksudnya masuk kerja, tak tahan berhenti.

Aku masih di sini sebab aku tak kena kacau sangat, paling – paling aku kena sound dengan boss, “dah pandai masak macam – macam nanti jangan berhenti pulak, pergi bukak kedai sendiri, orang sekarang bukan boleh percaya” Tapi sebabkan aku memang nak kerja, aku buat tak tahu je.

Sekarang ni, staff bahagian dapur aku seorang je perempuan, yang lain lelaki. Dahla 90% w4rga bangladesh. Tapi sebab di balik tabir, customer takkan nampak. Motif dia senang je, bila ambik w4rga luar ni, diorang takleh demand lebih. Diorang jarang mintak cuti, jadi boleh la kerah tenaga sepenuhnya.

Yang kitorang tak tahan, setiap kali berg4duh dengan isteri, dia datang meng4muk kat cafe, habis segala benda nak campak. Segala kata cacian keluar dari mulut dia yang “Alim” tu. Baru – baru ni dia suruh kami semua staff ambik suntikan thyp0id.

Biasanya, tempat lama aku kerja, company yang akan tanggung kos suntikan tu, tapi kali ini tidak yaa. Dia suruh guna duit kami sendiri dengan alasan, “nanti saya dah bayarkan, korang resign, pergi kerja tempat lain pakai suntikan thyp0id yang saya bayarkan tu pulak”. Tak ke samdol per4ngai bos aku.

Kwsp memang takde ya. Kalau kat iklan cari staff kemain masukkan ada epf bagai, sebab tu ramai yang apply. Lepas tu, bila staff tanya, keluar la ayat dia “berkira dengan bos lah, tak bersyukur dapat bos baik la, kaduk naik junjung la”, macam – macam lagi, at the end, sorang demi sorang berhenti.

Aku tunggu masa je ni, betul aku cakap. Once aku dapat kerja lain, memang aku cabut. Aku takleh berhenti tiba – tiba, banyak mulut yang perlu aku suap. Korang doakan aku ya. – Spagetti (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum korang. Aku pernah tulis confession pasal cafe tempat aku kerja. Yang mana bosnya acah – acah baik kat mata umum tapi hakik4tnya tindas pekerja. Kali ni tak panjang pun, ramai suruh spill cafe mana, aku tak boleh bagitahu sebabnya banyak jugak aku cerita.. kang tak memasal aku kena santau. Ramai pulak yang teka cafe ikhwan.. eh, bukan tau.

Islamik kat sini bukanlah kami staff semuanya berpurdah bagai, cumanya bos aku ni suka pretend seolah – olah dia baik, alim, posting fb, whatsapp penuh dengan hal agama je, jaga kebajikan staff, suami dan ayah yang baik etc.

Sukacita dimaklumkan aku dah diberhentikan, aku sengaja cari alasan diberhentikan, sebab kalau aku berhenti, kitorang takkan dapat gaji kitorang. Budak – budak lain yang berhenti sebelum ni semua tak dapat gaji. Sejak aku masuk sini tak tahu berapa ratus staff keluar masuk.

Sebabnya bila cari staff dia letak gaji tinggi, kwsp bagai, padahal bila dah masuk kerja takde pun semua tu. Baru ni ada staff lelaki mintak izin nak pergi solat jumaat, bos aku sound, “kau sorang je ke nak masuk syurga?’.

Menyirap aku dengar dan sebab ni lah aku di berhentikan, aku tolong jawab, “Taklah, kitorang pun nak masuk syurga, tapi bos masuk la ner4ka sebab tak nak bagi orang solat, solat tu wajib, lagipun kalau kitorang masuk syurga, takde sapa nak ke ner4ka, bos ke sana la ye”

Pap!!!! Tangan dia hentak meja. Terus dia m4ki hamun aku. Hahahaha. Tapi masa tu dia tak boleh buang aku terus, dia cari pasal, yang dia boleh buang aku. Dia sabotaj masakan aku, sampai jadi masin giIaa dan tu sebab aku kena berhenti. Katanya kalau lama – lama aku kerja boleh rosak bisnes dia.

Aku rileks je. Sebab memang aku nak diberhentikan. Sebelum blah aku cakap, “jangan lupa bayar gaji saya bos, kalau tak saya tuntut kat akhir4t, m4kin lama pulak bos check in dalam ner4ka”. Merah padam muka dia, dia suruh aku tunggu, dia ambik duit cash, dia campak kat muka aku gais.. “ambik gaji kau, jangan tunjuk muka kau depan aku lagi” hahahaha.. dram4tikkk sangat..

Aku kutip, duit hasil titik peluh aku. Aku kutip sambil nyanyi, “Alhamdulillah, wasyukurillah bersyukur padaMu ya Allah”, sambil senyum – senyum. Tak ke lagi hangin orang tua tu. Bukan aku sorang terima nasib macam tu, ramai lagi staff. Antara tahan dengan tidak je.

Takpela, aku pun malas nak buat report pasal epf bagai tu, cuma aku dah puas dapat sound bos bertepek – tepek macam tu. Biar lah staff lain yang buat report, aku dah taknak ada kena mengena dengan orang macam tu. – Bintang (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nor Azrul Aris : Dah berhenti, awak patut buat aduan kat pejabat – pejabat berkaitan. Kesian juga ke member – member lain yang ditindas camtu. Tapi part baIas check in lelama kat ner4ka tu aku suka.

Apple Merah : Memang ade je bos acah islamik ni. Ofis lama dulu, bos punya dengki dengan staff bilik yang ade aircond kat bawah yang dijadikan bilik solat dia tukar tiba – tiba jadi bilik dia lakibini padahal bilik dorang ada je kat tingkat atas.

Dia jadikan stor belakang tempat solat. Campur lelaki perempuan. Meeting pumpang cakap terpaling jaga solat. Laki berkopiah, bini berpurdah ye. Bini micromanage kaw – kaw. Apa yang staff bukak kat laptop siap curi – curi tengok. Lat – last staff ramai beng4ng, resign. Hantar report kat kkm, jtk, jpp, sprm dan jabatan – jabatan yang dorang pernah buat urusan yang tak betul. Kena ambush dah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.