Duit ASB mertua aku paling kurang 400k, dalam tabung haji lagi banyak. Dia sikit pun taknak tolong jamin suami aku. Mertua siap suruh aku, bersedia jadi ibu tunggal dan suruh jual rumah aku dekat dia. Dari situ aku berubah jadi menantu h4ntu..
#Foto sekadar hiasan. Sedikit pengenalan – aku berasal dari keluarga sederhana tapi dimewahkan dari segala segi terutamanya pelajaran dan makanan. Berbeza dengan family mertua aku, family berada tapi berjimat cermat dalam apa sahaja perbelanjaan termasuk makanan dan sangat berkira dalam hal berkaitan belanja pelajaran. Berbeza latar belakang keluarga dan fahaman konsep kekeluargaan.
Pada mulanya aku anggap benda ni tidak menggangu perhubungan dalam berkomunikasi. No wonder orang dulu – dulu suruh mencari yang sekufu (aku golongan sederhana tidak layak untuk bergandingan dengan golongan kayangan)
2 tahun pertama perkahwinan indah belaka. Aku rajin whatsapp mak mertua. Cite pasal laki aku. Hadiahkan mak mertua aku bokitta, nealofar, SK, dan handbag. Pegi jalan – jalan aku sentiasa belikan barang. Aku bahagia dengan keluarga mertua
Kisah yang paling terkesan dalam hidup kami suami isteri bermula di mana suami terlibat dalam masalah yang melibatkan kes polis. Bukan kes d4dah, peIacuran ataupun jen4yah berat. Perlu perlakuan cepat untuk upah peguam dan duit jaminan. Ketika ini lah segala – galanya bermula nya peranan aku sebagai menantu h4ntu.
Ketika perbicangan antara pak mertua, mak mertua dengan aku di IPD (cadangan aku adalah untuk upah peguam dan bayar duit ik4t jamin sepertimana penjelasan IO dan AIO. Sebab kami tidak tahu secara terperinci apa terjadi).
Pak mertua aku memulakan ucapan mukadimah bunga – bunga bahawasanya keluarga aku tidak mempunyai tiang agama kukuh iaitu solat dilewat – lewatkan dan ini adalah baIasan tuhan terhadap d0sa – d0sa kecil aku. Tiang agama (asas agama rumahtangga aku tidak kuat) akan runtvh bila – bila masa.
Aku dapat tarbiah agama di IPD secara percuma. Ketika aku keseorangan, serabut, dengan anak – anak kecil, tiada hala tuju dan pengetahuan dalam pengurusan mahkamah. Aku abaikan perihal tiang agama dan mengusulkan supaya percepatkan proses ik4t jamin.
Tetapi aku hilang kata (dan hampir hilang pedoman) ketika perbicangan dan hanya menangis apabila keputusan pak mertua dan mak mertua untuk biarkan suami di lokap atau seandainya dipenjarakan. Ayat – ayat bunga diolah dalam kata mudah – kalau di penjara, itu adalah ketentuan Allah. Qada dan qadar katenye…
Ayat yang membuat kan aku tetibe jadi wanita besi dari pak mertua aku adalah – biarlah bagi pengajaran pada suami supaya insaf dan bertaubat ke jalan Allah (jatuh hukvm macam suami aku dah confirm salah). Sempat lagi pak mertua aku selitkan di akhir kata supaya aku jual rumah aku dan suami kepada dia dan aku boleh sewa di mana – mana yang lebih murah bagi mengurangkan kos bulanan sebab aku akan jadi ibu tunggal lepas ni. I was like. Eh apeni? Hahahaha.
At that time we were really young. Belum 3 series dah beli rumah in Klang Valley. A small house as a shelter for our small family. Downpayment rumah 30K n renovate sikit – sikit 15K. Ingat senang umur pertengahan 20-an kami nak kumpul duit 45K? Susah namatey.
Kawen buat sesederhana mungkin, honeymoon dalam malaysia, bonus asb dan bonus tahunan kerja kami simpan, berniaga kecil – kecilan barang 2nd hand dan pinjam family aku sikit nak cukup kan 45K tuh. Hanya kerana tidak mahu ik4t jamin anak sendiri.
Alasan dicipta nak ambil duit dekat asb / tabung haji susah. Cash pak mertua dalam ASB minimum 400K setahu aku dan tabung haji is way more than ASB. Dan ayat yang membuat aku sangat – sangat sedih adalah – kalau dia bagi pinjam duit ik4t jamin dekat aku, dia takut aku tidak mampu bayar balik duit pinjaman itu.
Aku macam OK fine… Duit dia… Tapi fikir – fikir balik, aku punye blank mase itu sampai tidak boleh nak fikir untuk keluarkan duit simpanan sendiri dalam asb / tabung haji aku. Kami suami isteri ade simpanan. Aku anggap ni asbab tuhan nak tunjuk kat aku yang ketika itu tidak boleh berfikir dengan logik akal kerana terlalu serabut
Setelah aku terima banyak respon negatif hasil dari perbincangan dengan pak mertua dan mak mertua. Mereka balik meninggaIkan aku di IPD kesorangan menangis. Tengah menangis aku tetibe teringat keluarga aku, suddenly out of the blue. Aku baru teringat aku ade keluarga yang sangat – sangat sayangkan aku.
Aku terus call kakak aku yang paling dekat dengan aku. Aku menagis meratib macam orang giIa bila kakak aku angkat call dan kakak aku berterus terang dengan aku, dia tak faham cerita yang cuba aku sampaikan. Dia tanya aku kat mana, dia suruh stay situ dan dia akan datang.
Kakak aku amik cuti kec3masan, datang jumpa aku dekat IPD dan dengar cerita aku yang kucar kacir. Setelah cube faham sedikit sebanyak cerita yang aku cuba sampaikan, kakak aku suruh aku tidur dalam kereta dan hantar aku balik rumah sambil – sambil itu bagi masa dia untuk berfikir. Dia bagitau seluruh keluarga aku.
Mereka berbincang sesama sendiri and bagi aku cadangan / idea apa yang mereka boleh bantu. Keesokkan harinya, semua ahli keluarga aku datang, bawa kereta dari tempat dorang lepas habis kerja. Makan masa perjalanan 4 jam untuk sampai dekat aku, hanya untuk bagi aku sokongan. Dorang bantu aku buat meeting, sekali dengan peguam.
Aku macam may4t hidup rasa mase tu. Aku MIA keje seminggu. Aku rasa aku hampir giIa dan kalau tak kerana keluarga aku, aku ada kemungkinan boleh terjerumus ke lembah depr3si. Aku mula sangsi dengan kewujudan tuhan masa ni.
Aku hitung d0sa aku, d0sa suami aku dan aku cuba nak timbang tara dengan ujian yang diberikan. Why me? Anak – anak aku abaikan dan aku str3ss sorang – sorang. Family aku bergilir jaga anak – anak aku. Tanpa banyak pertanyaan, family aku transfer 10K dekat aku in case aku perIukan duit untuk perbelanjaan dan mereka membayar yuran pendahuluan peguam sebanyak 4K. I love my family to infinity and beyond. I was lost, totally lost during that time…
Tapi kes ni bagi aku banyak pengajaran pada diri aku, walaupun dah lama berlalu:
1. Family mertua adalah orang luar.
2. Duit boleh memisahkan institusi kekeluargaan.
3. Berpeganglah pada akidah. Rujuk pada pakar, bukan pakar forw4rd ayat – ayat agama dari FB/TT dan menyebarkan ajaran tak sahih.
Selesai kes mahkamah aku memang boleh kira pakai jari setahun berapa kali pergi rumah mertua. Which lead to this day, masih jarang – jarang. Datang touch and go and Im still the eviI me as said by pak mertua and mak mertua.
Daripada seorang menantu yang “yes boss” tetibe terkeluar menantu yang “no boss” a.k.a menantu h4ntu. Bila mana ketika proses kes sedang berjalan mengambil masa bertahun menjadi kan aku wanita yang sangat – sangat degil dan tetiber pemarah. Innocence until proven guilty ni tidak terpakai dekat Malaysia ye.
Believe me when I say so… Aku amik banyak cuti untuk berjumpa peguam bagi perbincangan. Kos yang menelan hampir 20K dihabiskan untuk upah guaman yang ambil masa bertahun untuk perbicaraan dan alhamdulillah selesai sudah kisah hitam itu.
Adab, kesopanan dan kesusilaan aku hilang di pertengahan jalan ketika progress kes berlangsung. Aku tidak akan hadir ketika pertemuaan keluarga mertua. Aku tidak bersalaman dengan pak mertua dan mak mertua jika bertemu atau bertembung.
Aku blok mertua di media sosiaI, whatsapp atau apa – apa bentuk komunikasi yang memudahkan perhubungan. Aku ibarat seperti h4ntu, apabila muncul – mereka akan terk3jut. Macam nampak h4ntu… Secara luaran, nampak kami tidak berg4duh. Tapi hanya tuhan saja yang tahu.
Setelah kes selesai, amarah jiwa muda aku pudar sedikit. Aku pergi ke rumah mertua kadang – kadang, tapi dalam keadaan janggal smpailah sekarang. Sudah tiada berborak kosong atau menolong macam dulu – dulu. Aku masih block seluruh ahli keluarga suami aku dari semua platform komunikasi sehingga kini.
Andai kami suami isteri ada masalah, kami berbincang bersama tidak melibatkan family mertua. Kami berdua tr4uma selepas kejadian hitam itu. It acts as reminder for us from time to time. Kami cuba cari bahagia dengan cara kami…
Keluarga aku sentiasa menasihati aku untuk memaafkan, tidak berd3ndam, find inner peace. Di sini aku nak bagitau – family mertua aku tidak bersalah pon. Dia ade pilihan, cuma pilihan dia tidak menyebeIahi aku ketika itu.
Family mertua aku sembahyang diawal waktu, puasa sunat tidak pernah tinggal dan sangat baik. Tidak pernah berkasar dengan aku walaupon dari segi bahasa, tiada perli – perli direct to the point – semua lembut.
Perumpamaan ahli ner4ka tu bila khutbah pak mertua aku kepada aku dah suami secara indirect. Cakap lembut lagi… Suami aku sebenarnye lagi tr4uma. Keluar lokap dia mengharapkan pak mertua dan mak mertua yang sambut tapi akhirnya keluarga diri sendiri berpaling dari dia, Yang ada hanya keluarga aku sambut dia dekat mahkamah.
Kalo d3ndam aku rasa hitam dan pahit. Aku tak dapat bayangkan perasaan suami aku mase tu He was swimming down in a black hole for months. It brokes my heart… Mertua aku tidak bersalah tapi aku yang pilih jalan sebegini.
Bukan berd3ndam tapi setelah ada anak. Aku sebagai ibu sangat sayang dekat anak – anak aku, never in a million years I would let they drift away without understanding the reason why. Pak mertua and mak mertua never ask my husband what actually happen, which made me curious and judgemental. If they dont even love their own sons, how could they love me?
Its just their faith that they hold on to – percaya pada ketentuan tuhan iaitu qada dan qadar. They dont even ask, they assume – as between u and me.Perumpaan syurga dan ner4ka aku ambil dari ayat – ayat keluarga mertua ketika menzahirkan ketidak puasan hati terhadap aku yang tidak beremosi selepas kejadian tersebut.
Ciri – ciri ada kat aku, munafik katanya. Akulah ipar yang sombong, kurang bercakap dan nampak keras. Orang luar boleh bercerita dan mengata aku mendongak d4da sebagai wanita berkerjaya. Katanya punca aku tak hormat PIL (Parents In-Law) aku. Tapi mereka tak pernah tau kisah hitam ini dan ape aku lalui.
Parent in law aku rahsiakan tragedi hitam ini dari seluruh keluarga malah dari adik beradik suami sendiri bagi menjaga air muka aku katanye. Tidak membenarkan aku bercerita atau meminta tolong pada adik beradik suami bagi menjaga air muka aku jugak katanya.
Semua demi menjaga aib aku ye. Air muka aku sangat berharga ye, aku jer lalai dan tidak sedar. Eventho my husband is proven not guilty… Aku mintak maaf. Aku bukan nak menyebarkan kebencian, tapi ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.
Please spread positivity and love your family with no condition. Love Allah and yourself first and then you will find the inner peace. Aku bukan menantu yang dahulu, aku jadi begini sebab aku cari bahagia aku. Aku berhak untuk hidup dan mencari kebahagiaan aku sendiri dan aku bahagia begini. Aku bukan nabi. Aku menantu h4ntu.. Sekian… – Menantu Hntu (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.