Curang dgn ramai perempuan, alasan suami buat aku terdiam sampai aku redha dia ‘curang’

Aku dapat tangkap suami curang, berdebar – debar aku tunggu jawapan suami. Mula – mula suami tak mengaku, kemudian dia bagi alasan padu kenapa dia curang. Aku dengan b0doh terima je, aku redha je dia call r0mantik, sweet dengan perempuan – perempuan lain atas alasan yang dia bagi..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Aku sebenarnya malu sangat nak bercerita kat sini sebab seperti membuka aib suami tapi aku terp4ksa kerana tak tahu nak mengadu dengan siapa lagi. Sem4kin lama aku pendam sem4kin s4kit jiwa.

Perkara ni berlaku 2 minggu lalu, disaat aku sedang mengandung. Aku berkahwin sudah hampir masuk tahun ke-3. Aku bahagia sangat kerana suami seorang yang penyayang dan kelakar orangnya. Cuma sejak 6 bulan kebelakangan ni dia terlalu sibuk dengan kerja sebab dia baru membuka business sendiri.

Itu aku tak kisah yang penting dia berjaya, cuma aku sem4kin sunyi apabila 3 bulan terakhir dia kerap balik lambat. Selalunya pukuI 3 pagi atau 5 pagi manakala Sabtu dan Ahad pun bekerja. Aku hanya dihantar pegi kerja manakala balik aku menaiki bas, kawan – kawan mengatakan aku b0doh sebab memberikan kereta aku untuk kemudahan suami sedangkan aku kena menaiki bas.

Itu semua aku tepis kerana pada aku kereta itu amat penting bagi suami kerana dia kena membawa 3 orang pekerja pergi dan balik berserta dengan kelengkapan bekerja. Dalam masa 3 bulan tu kami memang tidur asing, suami tidur di sofa manakala aku di dalam bilik.

Bila aku tanya pada suami kenapa tidak tidur dalam bilik dia kata kesian pada aku, tak nak menyusahkan aku bangun pagi – pagi. Aku terima kerana memang aku kunci pintu sebab sejak kebelakangan ni kes pecah rumah sem4kin berleluasa di kawasan perumahan kami.

Semuanya berakhir pada suatu petang, aku yang bangun tido agak lewat hari tu kelam kabut menggosok baju di tepi sofa, aku lihat suami tidur lena tapi hati aku entah kenapa berdebar – debar sangat. Aku lihat handphone suami ada dalam bilik stor.

Aku perasan sejak kebelakangan ni suami suka charge handphone di situ berbeza dengan selalu dia sepahkan saje handphone dia walaupun aku dah lambat masa tu, naluri aku menarik – narik aku pergi check HP suami, benda yang aku tak pernah buat semenjak 3 tahun.

Sambil aku intai suami dan takut dik4ta tidak percaya aku pergi tengok juga. Aku tengok ada miss call nombor yang tiada nama, masa pukuI 3 pagi. Siapa plak yang call pagi – pagi, aku terus tulis nombor telefon tu. Memang hati aku berdebar – debar, aku cuba hubungi nombor telefon tu tapi tak dapat.

Aku biarkan benda ni sehingga aku di office. Dalam pukuI 9 pagi nombor tu call aku tapi aku tak angkat sebab tengah sibuk tapi aku sempat baca mesej nombor tu..

dia : salam, sape tu? Pagi tadi awak telefon saya ke?

aku: a’a bukan saya yang telefon mungkin suami saya. (aku ingatkan kawan sekerja suami aku)

dia : suami? siape nama suami awak?

aku : ………..

dia : eh tak kenallah. Boleh bagi nombor telefon suami awak tu tak, saya nak check mane tahu dalam telefon ni ada nombor telefon suami awak.

aku : diam dalam sejam sebab boss panggil.

dia : tolonglah. Bagi saya nombor telefon suami cik. Saya hanya nak check saya tak akan ganggu dia.

aku : diam sejam lagi sebab siapkan keje.

dia : Tolonglah cik saya tengah berkawan dengan seseorg sekarang ni pls..

aku: ni no dia, 012……

dia : Saya mintak maaf banyak – banyak. Saya tak tahu lelaki tu dah kahwin dia cakap dia bujang.

aku : Rasa macam nak pengsan aku terus telefon perempuan tu, kami berborak hampir sejam.

Menurut perempuan tu dia sudah berkawan dengan suami aku hampir 2 minggu. Semua disebabkan salah nombor. Hilang semua kepercayaan aku pada suami, aku hubungi dia untuk tanyakan semua hal ni. Biasalah, mulanya dia tak nak mengaku.

Aku merayu sambil menangis, barulah suami mengaku. Dia cakap memang dialah lelaki tu, dia cerita semuanya sama dengan apa yang perempuan tu ceritakan. Aku yang tak tentu arah menangis dan terus balik ke rumah, aku sedih sangat.

Tak cukup ke semua peng0rbanan yang aku lakukan. Aku berk0rban harta dan duit untuk suami aku, jaga makan minum dia, membasuh, semuanya aku lakukan tanpa bantuan dia. Di rumah kerana fikiran aku dah macam tak w4ras aku rasa macam – macam.

Rasa tak percaya ditipu hidup – hidup, rasa nak aje aku minum clorox bunvh diri tapi mengenangkan mak dengan bapak aku masih di bawah tanggungan aku, aku bersabar. Aku tunggu suami aku balik, dia merayu – rayu meminta maaf.

Dia kata dia memang sayangkan aku cuma ape yang dia lakukan hanyalah untuk memujuk perempuan tu menyumbang modal kepada perniagaan dia. Dia cakap dia minta aku bersabar lepas dapat apa yang dia impikan dia akan undur diri.

Aku yang b0doh ni terima aje alasan dia, dalam 2 hari tu aku hanya mendengar aje suami aku bergayut bersama perempuan tu di sebeIah aku. Kadang – kadang 2 jam, kadang – kadang 3 jam. Mereka berbual sungguh r0mantik segala perkataan sayang civm mulut bermain di mulut suami aku.

Aku hanya diam, keras kat situ tapi hati aku sengsara. Suami pun layan aku m4kin r0mantik. Hari berikutnya semasa suami sedang mengisi minyak ada satu mesej masuk, aku baca mesej tu. Dari nombor telefon yang lain.

Perempuan ni cakap maaf menganggu malam – malam, kenape tak nak baIas mesej dia lagi dan jawap call dia. Kalau dah tak sayang dia lagi, dia akan pulangkan semula semua duit dan barang – barang yang suami aku bagi.

Aku tersentak macam hist3ria aku menjerit. Aku yang isteri dia pun jarang sangat bagi duit. Aku call perempuan tu bagitahu hal sebenar dan bertanya pada suami. Seperti biasa suami tak mengaku setelah dipujuk baru dia mengaku.

Kali ni aku tekad perceraian yang aku minta. Aku betul – betul benci dengan suami aku, aku tak boleh tengok muka dia. Aku tak percaya lelaki yang aku puja – puja dan paling baik di dunia ni sanggup buat aku macam ni. Suami aku beritahu mereka hanya bercakap melalui telefon tapi aku tak percaya, must4hil tak ada pertemuan yang dilakukan sedangkan tempat kerja suami dekat sangat dengan tempat belajar kedua – dua perempauan tu..

Selama 3 hari suami aku suruh aku pegang telefon dia, selamalah tu la pelbagai mesej Iucah yang aku baca dari macam – macam perempuan. Aku mer4na, aku tak tenang, aku sedih rasa hidup tak bermakna dan rasa terh1na sangat.

Sambungan.. Aku rasa ramai yang tahu tentang masalah aku di mana suami aku curang dengan 4 orang perempuan selama 9 bulan aku mengandung anak sulong. 3 daripada perempuan itu aku dapat sekat perhubungan mereka jadi mereka sempat bertelefon dan bermesej aje.

Cuma dengan perempuan keempat suami aku sempat keluar ke karaoke bersama kawan – kawannya 3 perempuan dan 3 lelaki (masa ni aku mengandung 8 bulan dan sedang berkursus selama sebulan). Setalah aku dapat tangkap tentang perhubungan mereka aku ajak perempuan tu suami aku bersemuka dan semua cerita terbongkar.

Suami aku beritahu dia dan perempuan tu sekadar ringan – ringan, di mana perempuan tu hanya sempat bersandar di d4da suami aku, berpeIuk r4ba – r4ba. Perempuan tu juga mengakui ape yang dia lakukan. Dalam keadaan sarat nak bersalin aku mintak cerai tapi suami aku tak mahu, dia bersump4h dan berlutut supaya aku maafkan dia.

Aku diam je mungkin untuk bertahan sehingga anak aku lahir. Dalam masa bersalin dan berpantang suami aku betul – betul nampak berubah. Dia dah tak keluar malam dan banyak habiskan  masa bersama aku dan baby. Cuma masalahnya sekarang aku plak yang berubah, dari seorang yang lembut aku menjadi sekasar – kasarnya.

Boleh kata setiap hari aku berg4duh dengan suami aku. Ini terjadi bila aku teringat adegan dia bersama perempuan 2 di dalam pusat karoake. Pernah sampai tahap aku m4ki – m4ki dan doakan supaya suami aku cepat m4ti.

Sampai sekarang aku masih berd3ndam dan benci sangat dengan dia. Aku selalu ungkit benda – benda yang aku berikan pada dia, sememangnya dari bercinta hingga sekarang aku yang banyak mengeluarkan duit perbelanjaan.

Aku memang rasa berd0sa tapi aku tak boleh nak kawal rasa marah ni. Kadang – kadang bila waktu pagi, aku pukuI sekeh kepala atau t3ndang kaki dia untuk k3jut bangun. Aku tak boleh tengok muka dia mesti terbayang – bayang ape yang dia buat dengan perempuan tu.

Aku dulu punyalah layan dia baik, makan minum dia aku jaga, dari free hair aku bertudung untuk jadi isteri mithali tapi ape yg aku dapat kecurangan dari dia. Sebab tulah aku betul – betul berubah, jadi pemarah, pend3ndam.

Tudung pun aku pakai waktu kerja. Kalau boleh nak pakai s3ksi je sebab perempuan – perempuan yang suami aku ada affair semuanya jenis s3ksi dan cantik. Terus terang aku cakap aku cemburu sebab tu aku nak jadi lagi baik dari perempuan – perempuan tu.

Kadang – kadang aku terfikir nak lakukan sama macam suami aku lakukan, keluar dengan lelaki lain dan ringan – ringan. Aku pun pernah cakap dengan suami aku nak buat macam tu jadi baru aku boleh maafkan dia. Tapi aku tak sanggup lak sebab aku tahu status aku sebagai isteri orang.

Dulu selepas solat aku doa supaya Allah tutup pintu hati aku untuk lelaki lain. Kadang – kadang aku tertanya pada diri sendiri aku ni h0doh sangat ke, buruk sangat ke sampai suami tengok perempuan kat luar. Tapi kenapa orang – orang bujang dan suami orang ramai yang mengurat aku.

Kalau ikut lagi banyak g0daan yang aku dapat tapi aku setia juga sebab aku tahu batas aku Mungkin gak kesan dari doa aku diawal perkahwinan yang aku pohon supaya tutupkan hati dan mata aku untuk lelaki lain. Aku bercadang nak pergi berubat dekat darul Syifa, berubat secara tradisional untuk hilangkan d3ndam dan benci dalam diri ni.

Tapi suami aku cakap, banyak mana pun air penawar atau doa yang ustaz tu bagi, kalau aku sendiri tak nak berubah, susah jugak. Sekarang ni, suami aku cakap baik – baik je, dia pun memang ada je dekat rumah. Cuma waktu kerja je la aku tak pasti sebab dia memang kerja bukan duduk pejabat je, bila – bila boleh merayau. Tu yang aku risau.

Komen Warganet :

Ameenah : : Apa yang suami awak buat kepada awak kurang 1/10 daripada apa yang suami saya lakukan kepada saya tapi tak pernah saya buat apa yang awak buat kat suami awak tu. Berd0sa. Kalau dah benci sangat dah tak ada rasa cinta, kasih, sayang, berpisah ajerlah. Awak tak mer0yan. Tak berd0sa kat suami (walau suami mengkhi4nati kita, kita tak dapat lesen untuk mengh1na dia).

Saya faham perasaan awak. Dih4ntui bayangan suami dan perempuan itu. Susah nak hilang. Hanya kekentalan hati dapat mengatasinya. Kena kuat. Suami nak berubah tu. Dah beri dia peluang, sokonglah dia untuk kebaikan awak dan anak – anak jugak.

fathinaziz : Ko sebenarnya kira beruntung jugalah sebab suami ko tak sampai terlanjur macam lelaki yang lain. Kadang – kadang tuhan tu sekadar menduga kita supaya berubah tak pada ko atau suami ko sekadar memberi kesed4ran.

Jika tak jadi hal macam ni pastinya laki ko tak akan berubah. Sesetengah orang lelaki yang main dengan perempuan terus h4nyut tak mahu lepaskan perempuan tu sanggup buang bini sendiri. Biasanyalah kalau lelaki tu dah suka dengan seseorang perempuan tu memang sukar depa nak melepaskan kecuali ada sesuatu yang menyedarkan mereka barulah depa betul insaf tak mahu buat mcm tu lagi.

Bukan ko jer mengalami pengalaman macam tu teman sendiri pun sama, tapi malaslah teman nak pk benda dah berlalu biarlah berlalu kalau kita pk meny4kitkan hati jer. Cuma kita fikirkan tuhan tu sekadar menyedarkan kita dan suami kita supaya kembali mengingati keluarga kita, buang yang keruh ambil yang jernih.

Cubalah lupakan pk benda – benda yang tak elok tu, dulu pun teman terasa macam tu tapi bila fikirkan balik ada hikmah di sebaliknya, teman fikirkan keburukkan diri teman dan juga suami lebih banyak berubah perhatian pada keluarga.

Itulah hikmah yang tuhan nak beri pada kita supaya suami kita berubah dan pengalaman buruk yang suami tak boleh nak lupakan. Kalau bab perempuan ni rasanya di mana – mana saja banyak g0daannya dah tak boleh nak control, kira bernasib baik suami ko dah sedar balik kepangkal jalan. Nak cari lelaki lain pun la ni bukannya senang pi mai pi mai tang tu juga. Pandai – pandailah jaga diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.