”Doktor, saya dah janda.” Itu perkataan pertama yg keluar dari mulut saya selepas bersalin berserta air mata

Bila dah kantoi suami minta maaf dan bertakIik, ‘Kalau saya keluar dengan H* lagi, jatuh taIak awak’. Jadi saya beri dia peluang, 3 hari sebelum bersalin saya hubungi keluarga beIah suami. Alangkah terk3jut bila saya dapat tahu suami dah bawa perempuan tu jumpa keluarga..

#Foto sekadar hiasan. Salam kepada semua pembaca, Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walaupun sebenarnya panjang jugak). Saya berkahwin 3 tahun yang lalu.

Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat pubIic Iisted company. Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”. Pendekkan cite, saya bIeeding dan doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran.

Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami, suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nak hantar lunch everyday (doktor tak bagi drive dan masak). Masa tu kandungan 4 bulan.

Dipendekkan cerita masa kandungan 6 bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami sampai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.

One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan 6 bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu.

Siap dengan panggiIan future wife. Exc1ted rindu nak jumpa. Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7 bulan dan baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi hoIiday. Sedangkan saya isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa ke mana – mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua.

Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, h4ncur hati tu Allah je tahu. Dah kant0i tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar.

Betina tu cakap dia tak tahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kant0i tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and bertakIik, ‘Kalau saya keluar dengan H* lagi, jatuh taIak awak’. Masa ni kandungan 8 bulan.

Every weekend suami cakap nak pulang ke Kelantan, saya tunggu tapi tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain – lain. Setiap minggu ada je alasan tak de duit, so setiap minggu saya bank in tapi end up tak balik pun.

Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya k0rbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. MaIangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tapi Allah tak zaIim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengandung, dibeIai macam puteri. Tapi saya, jaangankan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pun tinggal impian.

Masa tu saya mintak dengan Allah satu je, izinkan saya peIuk suami sebelum saya bersalin. Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kant0i).

Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum saya bersalin, kant0i segalanya. Allah buka pintu hati saya contact anak saud4ra dia. Maka terb0ngkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertakIik yang akan jatuh taIak sekiranya dia jumpa dengan betina tu, suami bawa betina tu balik Kelantan jumpa family dia.

Dia cakap nak kahwin. Dia cakap saya hamil anak orang lain, kuat main laki sebab tu dia nak kahwin lain tapi dalam masa yang sama suami duk contact saya macam tak ada pape yang jadi. Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia pergi surau atau masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kant0i haritu, so, nak dekatkan diri dengan Allah.

Takdir Allah, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, dan dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik Kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya. Kitorang jumpa kat kedai makan masa tu.

Tu last dia suapkan saya, dan terima kasih Allah sebab saya boleh peIuk dia sebagaimana yang saya minta. Saya tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu, dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun.

Dia tak lafazkan pun nak rujuk. Terlalu s4kit hati, balik tu saya tidur dengan air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan saya boleh tengok suami saya depan saya, saya boleh peIuk dia, tq Allah. Pagi keesokkannya saya keluar dar4h tanda dah nak beranak.

Ya Allah, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar. Family bawa saya ke hospitaI, saya masuk Iabour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu.

Allahu, dalam hati kepala saya masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi s4kit dari s4kit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam Iabour room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam Iabour room.

”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esoknya terus discharge. Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad, tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu.

Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia memang tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugvt nak bvnvh diri. Lepas tu hari cukur jambul anak.

Dia balik, dia datang dan sebelum balik tu dia dah janji dengan ayah saya nak rujuk nak duduk elok – elok dan janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersump4h demi Allah dah tak ade betina tu. Saya ingat dia betul – betul berubah, tapi bila saya check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dengan betina tu dan pada hari majlis anak tu, dia cakap kat betina tu yang dia dah lama ceraikan saya dan takde pape dengan saya.

Ya Allah, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada set4n tu. Saya contact betina tu dia jawab simple “Padan muka  tak pandai jaga suami.” Saya haIau suami masa tu jugak, and lepas tu saya contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu.

Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasm4ra, siap gambar tak berbaju. Masa tu saya dalam pant4ng 22 hari, saya terus pergi mahkamah. Allah je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab takIik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis – habis konon dah tak ade hubungan tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak.

Nafkah dia bagi RM100 je tu pun kadang – kadang. Dia tak datang mahkamah tapi setiap hari contact saya walaupun saya bIock, dia akan email saya berlakon macam tak ada apa – apa yang berlaku. Ape dia nak sebenarnya?

Doakan urusan mahkamah saya cepat selesai dan terus kuat. Allah je tahu perasaan besarkan anak sorang – sorang, naik turun mahkamah dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan. Sebenarnya saya sangat hairan apa dia nak sebab cara dia macam tak nak tapi dia keep contact saya setiap hari duk panggil sayang – sayang macam tak ade apa yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, sampai sekarang.

Dan ya, dia tak datang mahkamah. Dia tak kahwin pun dengan betina tu. Tapi dia masih berhubung siap buat supr1se lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli. Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau apa yang dia dah buat adalah sangat – sangat meIampau.

Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan tak ade dah perempuan tu. But yup, action speak Iouder than word. Dan kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang saya macam mana.

Dulu kita tak pernah g4duh teruk, semua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni, awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awak kenal melalui t1nder, awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak exc1ted dulu.

Saya doakan awak cepat kahwin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyiksa hidup saya.

Tolong datang mahkamah dan ceraikan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok. Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!

Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw. Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan saya dig4ntung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang – sorang.

By the way, untuk makluman, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan. Saya dah penat. – Amy

Komen Warganet :

Puteri Bongsu : Hanya satu akak nasihat padamu jaga diri kamu baik – baik. Sebab jangan fikirkan sangat apa yang bekas suami buat padamu. Nanti jadi tekanan dan murung. Sentiasa berserah diri pada ALLAH. Dan mohon lah petunjuk dari ALLAH SUBHANAHUWATAALA dia lah yang lebih mengetahui.

Orang yang menzaIimi kamu tidak akan senang. Jangan terIampau baik sangat pada suami. Isteri selalu jujur sanggup berk0rban segalanya. Jadi suami ambil kesempatan di atas kebaikan kamu. Sayang diri sendiri dahulu.

Kerana suami tidak akan setia pada yang satu. Bukan semua. Mereka kedekut duit dan berkira pada isteri sendiri sebab ada udang di sebalik mee. Isteri sanggup tidak berkira wang dan ringgit. Alih – alih mereka kahwin lain pula.

Biarkan dia lepaskan kamu, dari kamu tersiksa hingga ke tua. Banyak lagi lelaki yang solih di dunia ini. Ada hikmah di sebalik yang terjadi. ALLAH bagi yang terbaik untuk kamu supaya beringat kemudian hari. Jangan pisang berbuah dua kali.

Fathihin Tiin : Sebab Allah sayangkan awak. Awak cukup kuat untuk mintak fasakh. Teruskan.. masih ada lagi j0doh yang lebih baik untuk awak. Masa depan yang lebih baik tanpa dia. Kalau suami tidak mahu berubah, isteri yang perlu berubah untuk masa depan. Stay strong..

Sakti : Laki dah macam tu masih nak peIuk, minta disuap, masih terhegeh – hegeh nak minta kasih sayang. Rasanya dia ni bukanlah perempuan b0doh, tetapi jadi b0doh sebab taknak kehilangan lelaki walaupun mengani4ya dia.

Suraya Su : Sampai tahap kritikaI dia s4kiti. Siksa hati awak. Masih lagi awak mengharap kasih sayang dia. Lelaki jenis curang jarang – jarang dengar boleh berubah. So awak move on. Awak ada kelayakkan. Cari kerja, kalau awak terus bertahan dengan lelaki tu awak akan hidup dalam d3rita seumur hidup.

Amelia Samion : Kalau terlalu sayangkan suami. Izinkan dia kahwin dengan perempuan tu. Pada dia buat benda pelik – pelik. Kalau awak yang ada lelaki lain da lama dia ceraikan awak. Dia ada pompuan awak tetap terima dia. hurmmmm

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.