Mama aku ni dah la balu, pakcik sed4ra semua buat tak tahu je. Tiba2 pakcik datang nak pinjam 15k

3 tahun mama jadi balu, pakcik sed4ra semua buat tak tahu je. Kesian aku tengok mama susah payah besarkan kami adik beradik. Satu hari, pakcik yang setahun sekali jumpa itupun masa raya, dia call nak pinjam duit mama. Mama nak bagi 5k dia tak nak, 10k tak nak, dia minta 15k. Mama terp4ksa bawa keluar duit Tabung Haji

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Orang kata, jangan menjaja keburukan keluarga tapi masalahnya sekarang ni aku dah tak tahan. Perkara ni dah meIampau sangat. Jadi macam ni kisahnya, keluarga aku memanglah bukan dari orang kaya tapi keluarga aku antara yang paling stabil dalam ramai – ramai sed4ra mara ni. Alhamdulillah.

Memang selalu lah dibisik ditelinga untuk bagi bantuan kewangan kepada pakcik makcik tak kira lah sebeIah mak atau sebeIah ayah aku. Alhamdulillah, setakat yang mana mampu kami akan bantu sebab dalam rezeki yang Allah bagi, kami sedar ada juga bahagian rezeki orang lain.

Nak dijadikan cerita, arw4h ayah meninggaIkan kami tiga tahun lepas dan sekarang ni hanya mama yang bekerja membesarkan kami. Aku dan adik aku masih lagi tidak bekerja kerana masih belajar. Aku dapat lihat, mama sangat berusaha keras untuk besarkan kami walaupun hanya dua beradik tapi disebabkan ekonomi sekarang, semua harga pun meIambung naik.

Pening jugak kepala memikirkan kos hidup yang sem4kin meningkat. Walaubagaimanapun, arw4h ayah meninggaIkan kami dengan sejumlah wang yang mungkin tidak banyak tetapi boleh digunakan untuk menambah apa yang patut jika kekurangan. Terima kasih ayah. Kami semua rindukan ayah.

Beberapa bulan lepas, ada seorang pakcik yang memang boleh kata takde la rapat mana, hanya setahun sekali je jumpa itu pun ketika raya. Tambahan lagi, isterinya sangat berbangga dengan menantunya yang kerja gempak dan berstatus tinggi.

Kami ni hanya dipandang sebeIah mata sahaja silap – silap tak nak tengok pun dengan sebeIah mata tu. Dalam keheningan malam, mama mendapat call daripada pakcik tersebut. Dan seperti yang kita tahu, kalau orang dah lama tak call kita, tak bertanya khabar tiba – tiba muncul tujuannya tak banyak : 1) MLM, 2) ada kem4tian, 3) Nak pinjam duit.

Ya, untuk kes pakcik aku ni mestilah nak pinjam duit, katanya anak mereka telah rugi dalam perniagaan dan telah menggali pelbagai lubang untuk langsaikan hutang Along. Cool. In shaa Allah boleh tolong. 5k tak nak, dia mintak naik nak 10k, lepas tu mintak lagi up 15k.

Mama dengan rasa bersalah, iya kan aja permintaan. Pelbagai janji manis, dan kata – kata indah diselitkan. Hampir setiap hari juga bertanya khabar sebelum dapat duit tu. Lepas aku tahu berita tu, aku tanya kat mana, mana mama nak cekau 15k?

Mama kata guna lah duit tabung haji dia. Astaghfirullahalzim! Aku cuak sebab mama nak pergi haji tahun ni, takkan ler nak keluarkan 15k. Kang memang tak pergi haji lah nampaknya. Dengan hati yang cekal aku pun offer duit tabung haji aku.

Takpelah, aku muda lagi, mama lagi perIukan ke tanah suci daripada aku. Cuma aku dah t4rget duit aku tu, aku nak guna buat aku kahwin hujung tahun ni. Nanti lepas bila dah dapat kerja, aku gantilah balik duit simpanan tu sikit – sikit.

Rasanya pun aku kawen takde lah sampai nak berhabis 15k. Tapi takpelah, aku bersangka baik. Jadi, Aku pun keluarkan duit dan bagi kat pakcik aku tu. Kemain siap tulis contract, bagitahu nak bayar pada tarikh sekian – sekian.

Aku dengan mama husnuzon, in shaa Allah boleh lah tu kot. Kalau tak, takkanlah dia berani letak tarikh semua kan. Maka hari berjalan seperti biasa, hari berganti hari, pada tarikh yang dijanjikan, macam biasa takde khabar berita pun dari pakcik dan anak dia.

Kitorang ok lagi. Takpe, kita bagi peluang, mungkin ada urusan yang tak selesai lagi. Lepas dua minggu dari tarikh tu, aku pun cakaplah dekat mak aku, lepas raya aku nak guna duit nak bayar persiapan kahwin aku tu. Sebab bakal suami aku kerja jauh, jadi bila dia balik Malaysia nanti, aku nak siapkan semua benda sementara dia ada kat sini.

Macam biasa lagi, bila di Whatsapp, dapat blue tick je. Takpe sabar, aku cuba bertenang lagi. Masa raya pertama hari tu ingat dapatlah jumpa kat kampung, tapi korang nak tahu? Pakcik  aku tu tak balik. Aku dah mula risau.

M4ti lah celah mana ni aku nak bayar semua benda. Aku ada lah kerja tapi mana lah cukup nak tampung semua benda sekaligus. Jadi kesimpulannya kat sini, aku bukan lah nak cerita dekat semua orang yang pakcik aku tu pinjam 15k dari aku. Tak tak.

Cuma yang aku beng4ng, adab mana adab? Aku takde masalah kalau dia jelaskan kenapa dia tak dapat bayar duit tu. Bila hari raya, hantar ucapan hari raya pun takde. Masa nak pinjam duit, hari – hari boleh tanya khabar, takkan hari penting macam tu pun tak boleh nak tanya khabar ke ape ke.

Aku sebagai anak saud4ra kepada pakcik – pakcik aku ni, aku kadang – kadang memang terasa jugak. Sepatutnya lepasa arw4h pergi, doranglah tempat aku berg4ntung tapi kami adik beradik dengan mama redha je, in shaa Allah mama mampu lagi nak tampung kami adik beradik.

Ni aku dah bagitahu aku nak nikah, aku bukan mintak duit dorang pun, aku mintak duit aku sendiri kot sebab nak biaya semua persiapan. Serious aku terasa sangat, dengan tak hormat mama aku yang balu ni. Takpelah, aku redha.

Kang sesak sangat mungkin aku mintak tangguh jelah kat tunang aku tu. Nak mintak semua orang yang baca post ni, untuk doakan pakcik aku agar dipermudahkan urusan dia cari duit untuk pulangkan duit aku. Tak banyak pun, asal cukup nak bayar semua persiapan kahwin aku nanti, mana yang wajib pun dah syukur sangat. Amin. – Sayang

Komen Warganet :

Syahirah Shamsuddin : Zaman sekarang terbalik. Orang yang pinjam tu boleh wat rilek wat cool. Yang dipinjam yang macam mengemis. Saya pon selalu rasa macam pengemis mintak orang bayar hutang. Macam kena tebal muka gitu mintak sebab member jugak.

Natasha Ibrahim : Jangan sesekali bagi orang pinjam duit. Sebabnya, nanti kita yang mengemis minta duit balik. Kalau ada lagi kontrak tu, mungkin boleh usaha repot polis ke apa. Tak pun, post aje kat facebook biar mereka malu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.