
Isteri aku seorang pensyarah dan kami terp4ksa PJJ. Setiap kali aku balik isteri tak layan, asyik dengan handphone. Dia boleh main game sampai ke pagi. Ada sekali tu aku baca mesej dia dengan pelajar lelaki, kemain mesra, siap bergayut sampai pukuI 2 pagi..
#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Shah. Aku engineer dan kebanyakan masa aku memang bertugas dekat kawasan pendalaman. Kerja aku memang jenis kena berjauhan dengan keluarga dan kadang – kadang ambil masa berminggu juga baru dapat balik rumah. Penat memang penat, tapi aku tak pernah merungut sebab aku fikir semua ni untuk keluarga juga.
Aku dah berkahwin dan kami ada seorang anak yang jadi penyeri hidup kami. Isteri aku pula bekerja sebagai pensyarah dekat salah sebuah kolej swasta di Utara. Sebelum kahwin lagi kami dah bincang pasal kerja masing – masing dan akhirnya kami sama – sama setuju untuk jalani PJJ sebab masa tu memang susah nak salah seorang berhenti kerja atau pindah tempat kerja.
Awal – awal kahwin dulu semuanya okay. Walaupun berjauhan, kami tetap cari masa untuk telefon, video call dan berkongsi cerita pasal hari masing – masing. Aku memang tak sabar setiap kali nak balik jumpa isteri sebab rasa penat bekerja terus hilang bila dapat jumpa dia.
Masa isteri mengandung pun aku cuba buat yang terbaik. Walaupun jauh, aku tetap cuba ada bila dia perlukan aku. Kalau ada peluang cuti, aku akan balik teman dia pergi pemeriksaan dan uruskan apa yang patut. Aku memang nak jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Tapi lepas anak kami lahir, aku mula nampak perubahan dekat diri isteri. Pada mulanya aku fikir mungkin dia penat jaga anak atau masih menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang ibu. Jadi aku cuba faham dan banyak bersabar.
Semakin lama, semakin aku rasa dia macam dah taw4r hati dengan aku. Dia selalu bermasam muka dan kurang bercakap dengan aku macam dulu dulu. Kalau aku bergurau atau cuba bersembang, jawapan dia pendek pendek je. Kadang – kadang aku rasa macam bercakap dengan orang yang dah tak ada perasaan dekat aku.
Aku banyak kali fikir apa salah aku sebenarnya. Aku cuba cari mana silap aku sampai layanan dia berubah macam ni. Aku pernah tanya terus dekat dia sama ada aku ada buat salah atau s4kitkan hati dia, tapi dia cuma cakap tak ada apa -apa.
Apa yang paling buat aku sedih, aku dah tak dapat nafkah batin selama dua tahun sejak anak kami lahir. Dua tahun bukan tempoh yang pendek. Pada awalnya aku cuba pujuk diri sendiri dan fikir mungkin dia masih penat atau belum bersedia. Tapi bila dah terlalu lama, aku mula tertanya – tanya apa sebenarnya yang berlaku.
Aku pernah cuba berbincang elok – elok dengan dia. Aku tanya kalau dia dah tak ada perasaan dekat aku atau ada benda lain yang dia pendam. Tapi setiap kali aku cuba buka cerita, dia lebih suka diam atau tukar topik lain. Dalam masa yang sama, aku mula nampak sesuatu yang buat hati aku lagi tak tenang.
Aku pernah ternampak perbualan WhatsApp dia dengan salah seorang anak murid dia sendiri. Dalam mesej tu ada perkataan macam cinta, rindu dan jadi seseorang yang penting dalam hidup masing – masing. Mula – mula aku cuba pujuk hati sendiri dan fikir mungkin aku salah faham.
Tapi makin lama makin banyak benda yang buat aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Cara dia bercakap dengan anak murid tu jauh berbeza dengan cara dia bercakap dengan aku. Dengan aku, mesej dia pendek – pendek dan sekadar benda penting sahaja.
Tapi dengan orang lain, dia boleh bergurau, berbual panjang dan siap berkongsi macam – macam cerita lagi. Memang s4kit bila kita nampak layanan yang kita harapkan sebagai suami sebenarnya diberikan kepada orang lain. Aku juga pernah jumpa rekod panggiIan telefon sampai pukuI dua pagi.
Sejujurnya aku terk3jut sebab sepanjang kami berkahwin, dia tak pernah pun berbual lama macam tu dengan aku. Aku cuba tanya dia baik – baik, tapi dia cuma cakap aku terlalu fikir bukan – bukan. Aku dah cuba macam – macam untuk perbaiki rumah tangga kami.
Aku cuba luangkan lebih banyak masa bila balik bercuti. Aku cuba jadi pendengar yang baik dan cuba faham keadaan dia. Ada masa nampak macam dia berubah, tapi tak lama lepas tu semuanya jadi macam biasa semula. Selain tu, dia juga makin kerap bermain game dekat handphone sampai lewat pagi.
Kadang – kadang aku bangun tengah malam dan nampak dia masih lagi pegang telefon. Aku cuba ajak dia berbual atau luangkan masa bersama, tapi perhatian dia lebih banyak dekat telefon daripada aku. Pernah sekali aku cuba ajak dia bersama, tapi jawapan dia memang buat aku terdiam.
Dia cakap kalau nak buat, kena ada perasaan cinta. Kalau tak, rasa macam buat dengan patung sahaja. Masa dia cakap macam tu, memang aku rasa s4kit sangat. Dua tahun aku cuba bersabar dan faham keadaan dia, tapi rupanya tu yang dia rasa terhadap aku selama ni.
Aku mula tertanya tanya sama ada aku masih ada tempat dalam hati dia atau sebenarnya aku dah lama tak wujud dalam hidup dia. Aku selalu fikir mungkin sebab aku kerja jauh dekat pendalaman. Mungkin aku terlalu banyak habiskan masa dekat tempat kerja sampai terlepas pandang apa yang dia rasa.
Tapi dalam masa yang sama, aku pun manusia biasa yang perlukan kasih sayang dan perhatian daripada pasangan sendiri. Baru – baru ni kami berg4duh lagi sebab benda yang sama berulang semula. Dalam keadaan marah dan kecewa, aku terus tanya dia sama ada dia sengaja buat semua ni sebab nak aku marah dan akhirnya pilih untuk berpisah.
Dia terus marah bila aku cakap macam tu. Lepas berg4duh, dia terus bawa diri dan tak nak bercakap dengan aku. Kali ni aku pun dah tak tahu nak pujuk macam mana sebab setiap kali aku cuba perbaiki keadaan, aku rasa macam aku sorang je yang berusaha.
Aku boleh lagi bertolak ansur kalau dia penat dan tak sempat buat kerja rumah. Aku tak pernah berkira pasal duit atau tanggungjawab rumah tangga. Tapi yang paling susah untuk aku terima bila dia lebih sanggup luangkan masa dengan orang lain daripada suami dia sendiri.
Kadang – kadang aku balik bercuti dengan harapan nak luangkan masa bersama keluarga. Tapi dia lebih banyak habiskan masa dengan telefon. Aku duduk sebelah dia pun rasa macam aku ni orang luar dalam rumah sendiri. Masa aku kerja dekat pendalaman pula, mesej aku kadang – kadang dibalas lambat atau terus tak dibalas.
Tapi aku tahu dia sebenarnya sedang online je tapi mesej orang lain. Memang susah nak terangkan perasaan bila orang yang kita sayang dah tak anggap kita penting dalam hidup dia. Akhirnya aku dan isteri sepakat untuk bawa perkara ni ke pejabat agama Islam untuk cari jalan penyelesaian.
Dalam tempoh perg4duhan dan perbincangan kami tu, aku akhirnya dapat tahu perkara yang paling aku takut selama ni memang betul – betul berlaku. Rupanya dalam diam dia dah ada hubungan dengan anak murid dia sendiri. Masa aku tahu benda tu, memang aku rasa kosong.
Aku rasa macam semua usaha, peng0rbanan dan kesabaran aku selama ni langsung tak ada nilai. Aku dah minta maaf entah berapa kali walaupun sampai sekarang aku sendiri tak tahu apa kesalahan besar aku sebenarnya. Tapi jawapan yang aku dapat cuma satu sahaja. Dia dah tak berminat lagi dengan aku.
Masa tu baru aku sedar yang sebenarnya aku dah lama terbuang tanpa aku sendiri sedar. Bukan sejak kami mula berg4duh baru – baru ni, tapi mungkin sejak dua tahun lepas lagi. Aku cuma terlalu berharap semuanya masih boleh diperbaiki sampai aku tak nampak apa yang sebenarnya berlaku depan mata aku sendiri. Shah bukan nama sebenar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.