Aku pelik anak tiri tiba-tiba baik dengan aku, sebelum ni mereka benci aku. Satu hari aku nampak, anak tiri baIing sesuatu sambil mulut terkumat kamit

Semua anak – anak tiri aku dah berkahwin. Aku perasan mereka berubah jadi baik tiba – tiba. Sampai satu hari aku nampak dari cermin tingkap, anak dia baling sesuatu di depan rumah aku sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku sudah berkahwin 9 tahun dan aku ada 2 orang anak. Aku berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai 4 orang anak dan semuanya dah berkahwin. Awal perkahwinan dulu, anak – anak tiri aku memang selalu datang ke rumah aku. Kadang – kadang main terjah sahaja tanpa beritahu terlebih dahulu.

Setiap hujung minggu kalau aku nak keluar dengan suami, tiba – tiba anak – anak dia telefon ajak keluar sekali. Boleh kata hampir setiap minggu macam tu. Kalau keluar pula, mesti nak makan di tempat yang mahal dan high class. Aku okey sahaja dan sentiasa cuba positif.

Aku tak kisah sebab pada aku, bila aku berkahwin dengan suami aku, maknanya aku kena terima anak – anak dia sekali. Tapi bekas isteri suami aku ni memang sangat busuk hati. Aku pernah terserempak dengan dia dan aku hulur tangan nak bersalam, tapi dia buat macam aku tak wujud.

Dalam diam dia suruh anak – anak dia berbaik dengan aku sebab nak korek hal rumah tangga aku. Mereka nak tahu pergerakan aku dan suami. Lama – lama anak – anak dia mula tunjuk per4ngai sebenar. Bila datang rumah aku, macam aku ni orang gaji dalam rumah sendiri.

Datang terus duduk tanpa salam. Kalau aku tak tegur mereka, memang mereka tak akan buka mulut. Mereka berbual sesama sendiri dan aku tercongok seorang diri di situ. Lepas jumpa ayah mereka, terus balik macam tu sahaja. Aku hairan sebab setiap kali mereka datang, kerusi, sofa dan meja semua berubah tempat.

Anak – anak mereka pula makan coklat dan kuih sampai karpet dan lantai habis melekit. Lepas tu mereka balik macam tu sahaja tanpa kemas apa – apa. Memang kurang ajar per4ngai semuanya. Kalau mereka datang, aku mesti masak. Aku memang suka menjamu tetamu makan dengan air tangan aku sendiri.

Tapi lama kelamaan aku dah tak larat nak melayan per4ngai mereka lagi. Pada aku, kalau orang dah tak suka kita, buat apa nak terhegeh – hegeh. Satu lagi, kalau mereka pergi majlis atau kenduri, mereka suka bercerita buruk dan mengaibkan aku serta ayah mereka sendiri.

Kononnya aku ni mak tiri yang jahat dan ayah mereka pula tak bertanggungjawab. Sedangkan suami aku sebenarnya banyak makan hati dengan anak – anak dia sendiri. Anak – anak dia memang banyak menyebelahi mak mereka. Macam – macam suami aku buat untuk ambil hati mereka, tapi yang buruk juga mereka nampak.

Dari mereka dalam perut sampailah dah berkahwin, kadang – kadang suami aku masih menanggung perbelanjaan hidup mereka. Padahal semuanya sihat dan cukup sifat. Sekolah sampai universiti pun semuanya ditanggung oleh ayah mereka. Tapi masih juga tak pernah cukup pada mereka.

Berbalik pada cerita tadi, bekas isteri suami aku ni memang percaya pada benda – benda syirik. Mungkin sebab dah terlalu lama terlibat dengan benda macam tu, anak – anak mereka pun dah terdidik dengan perkara yang sama. Perkara ni disampaikan sendiri oleh orang yang rapat dengan mereka.

Dulu masa suami aku masih berkahwin dengan dia, suami aku jadi macam pak turut. Segala kehendak mereka sekeluarga diturutkan. Kadang – kadang benda yang diminta memang di luar kemampuan suami aku. Masa tu suami aku sering jatuh s4kit sampai hospital jadi macam rumah kedua.

Suami aku ada perniagaan sendiri dan bekerja siang malam untuk tanggung anak, isteri dan menantu yang tinggal sekali dalam rumah. Tapi itulah kuasa Tuhan, sampai bila manusia nak berg4ntung pada benda macam tu. Akhirnya mereka tetap bercerai juga.

Ketika awal perkahwinan kami, anak – anak dia memang tak suka aku. Tapi tiba – tiba mereka berubah dan mula berbaik dengan aku. Aku pula fikir positif sahaja sebab masa tu aku tak tahu niat sebenar mereka. Aku layan mereka macam biasa. Sampai satu hari aku nampak dari cermin tingkap, anak dia baIing sesuatu di depan rumah aku sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Masa tu memang aku rasa pelik sangat.

Setiap kali mereka balik dari rumah aku, suami aku mesti rasa marah dan panas dengan aku. Kami selalu berg4duh dan dia sering menengking aku. Aku pula hanya mampu menangis seorang diri. Suami aku yang dulu sangat penyayang tiba – tiba berubah jadi panas baran. Dia memaki aku tanpa mengira tempat dan orang sekeliling. Dia juga selalu cakap nak berpisah dengan aku.

Anak – anak dia pula selalu mer4cuni fikiran suami aku dan memfitnah aku macam – macam. Kadang – kadang suami aku termakan juga dengan kata – kata mereka. Memang jauh sangat beza dengan suami yang aku kenal sebelum ni. Aku sedih sangat masa tu.

Tambahan pula selepas 5 tahun berkahwin, aku masih belum dikurniakan zuriat. Aku berusaha berubat ke sana ke mari dan tak pernah putus asa. Akhirnya aku disahkan mengandung. Aku bermohon kepada Tuhan supaya melindungi anak dalam kandungan aku daripada orang yang berniat jahat terhadap kami.

Alhamdulillah, suami aku juga semakin pulih dan kembali seperti dirinya yang aku kenal dulu. Sejak mereka tahu aku dan suami dah kembali baik selepas menjalani rawatan, anak – anak dia dah tak datang ke rumah aku lagi. Mereka membenci adik mereka sendiri dan tak mengaku itu adik kandung mereka.

Sekarang ni mereka sibuk berebut harta ayah mereka. Kalau boleh, mereka tak nak aku dan anak – anak dapat walau sesen pun. Alhamdulillah, walaupun bermacam – macam yang mereka buat pada aku, rumah tangga aku masih bertahan hingga hari ni. Aku cuma berharap mereka sempat bertaubat sebelum nyawa dicabut. Maaf kalau ayat aku berterabur. Doakan rumah tangga kami bahagia dan terus dipermudahkan.

Ulasan pembaca:

Faiza Ibrahim : Maaf cakap, kadang – kadang aku pelik. Kalau dah bercerai tu, biarlah pasangan tu mulakan hidup baru dengan orang yang boleh jaga dia. Mesti ada sebab kenapa berlaku perceraian. Kenapa masih nak busuk hati dan ganggu kehidupan pasangan yang dah berpisah.

Yatie Hashim : Awak seorang yang kuat dan positif. Sentiasalah dekatkan diri dengan Tuhan dan jangan terlalu berg4ntung pada rawatan alternatif sahaja. Kita yang kena kuat dan jangan bagi muka pada parasit macam anak – anak suami. Hadkan sempadan antara awak dengan mereka dan fokus pada diri sendiri, suami serta anak – anak. InsyaAllah Allah akan sentiasa melindungi awak. Amin.

Lika Zulaika : Dulu aku pernah hampir berjodoh dengan duda yang mempunyai ramai anak juga. Tapi mak aku pesan supaya fikir masak – masak dulu sebab banyak perkara yang perlu ditempuh nanti. Jangan fikir keadaan sekarang sahaja, kena fikir juga masa depan.

Lepas fikir panjang, akhirnya aku tak jadi berkahwin dengan dia. Mak aku cakap macam mana pun anak – anak dia tetap d4rah daging dia sendiri dan kita memang tak boleh buat apa – apa tentang perkara tu. Itulah kisah ringkas aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :