
Aku umur 40 tahun, kahwin dengan lelaki muda umur 20 tahun. Awal kahwin je suami layan aku elok, lepas tu dia skandal dengan pelanggan aku sendiri. Aku pergi jumpa perempuan tu, rupanya suami mengadu aku tua, kulit dah tak tegang..
#Foto sekadar hiasan. Tolong hide profile aku. Aku nak berkongsi cerita dengan wanita – wanita dekat dalam group ni. Kadang – kadang nak meluahkan dekat orang sekeliling pun bukan semua orang faham perasaan kita. Malah ada yang mengh1na lagi. Kesudahannya kita pula yang dikatakan tak sedar diri. Hmmm.
Aku pendekkan cerita, umur aku sekarang dah 40 tahun. Aku kahwin dengan suami aku masa umur dia baru cecah 20 tahun. Memang betul orang cakap cinta tak kenal usia, tapi kadang – kadang cinta jugak boleh buat kita menanggung siksa. Nak sangat pilih lelaki muda kan, padanlah dengan muka aku.
Pada awal perkahwinan kami memang semuanya indah. Suami muda aku memang layan aku macam bid4dari. Aku pula dari muda memang tak pernah bercinta, dah tua baru nak kahwin. Sekali dapat yang muda dengan layanan yang baik, memang bahagia sekampunglah aku.
Lepas beberapa bulan kami kahwin, doktor sahkan aku mengandung. Aku memang gembira tak terkata masa dapat berita tu. Awal – awal tu memang elok layanan dia, selalu belai dan manjakan aku. Tapi bila usia kandungan masuk tujuh bulan, aku mula nampak taring dia.
Dia makin kerap balik lewat. Keluar awal pagi, tengah malam baru balik rumah. Bila aku tanya pergi mana, jawapan dia tolong uruskan bisnes kawan. Dalam hati aku terfikir jugak, bisnes kedai makan aku sendiri pun dia buat tak tahu je, macam mana pula rajin sangat nak tolong bisnes kawan.
Satu malam tu dia balik lewat, hampir subuh baru sampai rumah. Aku dah sarat mengandung masa tu dan malas nak bertanya banyak sangat. Aku diam je dan sambung tidur macam biasa. Dalam aku tengah lena tu, tiba – tiba aku dengar bunyi WhatsApp telefon dia masuk mesej.
Suami aku masa tu dalam bilik air. Aku pun tengoklah telefon dia dan buka WhatsApp tu. Ya Allah, luluh hati aku bila tengok mesej daripada nombor yang aku tak kenal. Tertulis, “Sayang, seronokkan tadi?” Ya Allah, daripada mamai terus terbeliak mata aku masa tu.
Memang aku menangis bila baca mesej tu. Suami aku keluar dari bilik air dan aku terus pura – pura tidur sambil menahan air mata. Esoknya aku tengok dia bergegas lagi nak keluar rumah. Aku diam dan cakap okey je. Dalam diam – diam aku ikut dia menggunakan kereta jiran aku. Aku nak tahu sebenarnya dia pergi mana.
Aku ikut dari belakang sampai aku nampak dia berhenti dekat rumah seorang pelanggan yang selalu beli makanan dekat kedai aku. Setahu aku perempuan tu seorang janda muda yang duduk menyewa dengan anak kecil dia. Aku tengok dari jauh dengan penuh tanda tanya.
Dia masuk ke dalam rumah perempuan tu dan lama sangat tak keluar – keluar. Aku pandang perut aku yang dah semakin membesar dan aku malas nak buat kecoh dekat rumah orang. Jadi aku ambil keputusan untuk tunggu dia balik rumah je.
Lama jugak aku tunggu. Sampai kedai aku tutup pukuI 10 malam pun dia masih tak balik lagi. Patutlah setiap hari minta duit dekat aku, rupanya nak tanggung perempuan tu sekali. Tengah malam baru dia balik. Masa tu aku dah tak mampu nak kawal perasaan aku lagi.
Dia baru masuk rumah, terus aku tanya sedap sangat ke duduk rumah janda muda tu. Terus terbeliak mata dia pandang aku. Aku tanya lagi kenapa diam, dah kantoi kan. Aku menjerit dekat dia sebab terlalu marah. Tiba – tiba dia datang dekat aku dan cekik leher aku sambil cakap, “Apa yang kau merepek ni orang tua? Kau tu dah tua, sedar diri sikit boleh tak? Malu jiran dengar.”
Aku memang tak sangka dia sanggup cakap macam tu dekat aku. Aku ni isteri sah dia. Dulu masa nakkan aku, dia cakap cinta tak kenal usia. Sekarang bila dah dapat semua, perempuan dih1na macam sampah je. Aku memang tak puas hati dengan dia dan perempuan tu.
Satu hari masa dia tengah melayan kawan – kawan dia dekat kedai, aku pura – pura nak keluar beli barang. Tapi sebenarnya aku terus pergi ke rumah perempuan tu. Memang berdebar jugak jantung aku masa nak melangkah ke sana. Tapi aku nak sangat bersemuka dan puas hati sendiri.
Bila aku jumpa perempuan tu, dia cakap suami aku pernah mengadu dekat dia yang aku dah tak menarik, badan dah berubah dan kulit dah tak macam dulu lagi. Ya Allah, aku jadi macam ni pun sebab nak melahirkan anak dia jugak. Aku terdiam seribu bahasa masa dengar semua tu. Aku memang tak percaya suami aku sanggup bercakap macam tu tentang aku.
Hati perempuan mana yang tak kecewa. Aku rasa macam nak t4mpar je mulut perempuan tu. Mujur aku ingat aku tengah mengandung. Aku cuba kawal marah aku sebab takut jadi apa apa dekat kandungan. Balik rumah malam tu, lepas kedai tutup aku suruh dia pilih antara aku atau perempuan tu.
Tapi dia buat macam tak ada apa – apa berlaku dan terus mengelak daripada bercakap pasal benda ni. Satu je ayat yang keluar daripada mulut dia, dia suruh aku diam. Sejak hari tu aku memang dah taw4r hati dengan dia. Lantaklah dia nak pergi mana pun. Lepas aku bersalin, aku ajak kakak aku duduk sekali dengan aku.
Lepas habis pantang, aku suruh dia keluar dari rumah aku. Aku dah terlalu penat tengok per4ngai dia yang langsung tak berubah. Aku minta dia ceraikan aku, tapi dia tak nak. Dia cuma keluar dari rumah sambil bawa beg pakaian dia.
Korang boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku masa tu. Dari aku mengandung tujuh bulan sampai habis pantang, per4ngai dia tetap sama. Anak dah masuk umur sebulan pun dia masih tak berubah. Aku dah terlalu banyak pendam dan bagi peluang dekat dia. Tapi semuanya tetap tak ada penghujung.
Lepas anak aku masuk umur empat bulan, aku nekad nak jaga diri aku semula. Aku mula amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan jaga pemakanan. Alhamdulillah berat badan aku turun daripada 75 kilogram kepada 55 kilogram. Aku makin yakin dengan diri sendiri.
Ramai pelanggan yang datang ke kedai mula puji perubahan aku. Ada yang cakap rugi betul suami aku lepaskan aku macam tu. Ada jugak yang bergurau sekadar nak hiburkan hati aku. Aku cuma senyum je dengar semua tu. Tapi dalam masa yang sama, aku ada dengar kehidupan suami aku sekarang dah tak terurus.
Perempuan tu pula dikatakan hanya menggunakan dia untuk kepentingan sendiri. Sebak jugak hati aku dengar cerita macam tu. Busuk – busuk pun, selagi belum bercerai secara rasmi, dia tetap suami aku ketika tu. Sebulan kemudian, aku cuba pergi ke tempat kerja dia sambil bawakan nasi goreng daging kegemaran dia.
Dalam hati aku masih ada sedikit harapan untuk berbaik semula. Tapi sayangnya semua harapan aku musn4h sekelip mata. Perempuan tu berdiri dekat pintu pagar dengan perut yang dah membesar. Allahuakbar, masa tu aku terus terfikir adakah perempuan tu sedang mengandungkan anak suami aku. Aku memang jatuh terduduk dalam hati.
Aku dah tak kuat lagi nak hadap semua ni. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang akhirnya musn4h sebab orang ketiga. Masa tu aku nekad untuk failkan fasakh. Aku tahu aku masih mampu hidup tanpa dia. Aku mampu bina hidup baru tanpa lelaki yang sanggup mengkhi4nati aku.
Selepas semua urusan mahkamah syariah selesai, aku terima semuanya dengan redha. Bekas suami sempat datang jumpa anak kami buat kali terakhir. Dia peIuk, dukung dan civm anak kami dengan penuh kasih sayang. Menitis air mata aku tengok situasi tu. Sayu tengok hubungan seorang ayah dengan anaknya. Tapi hati aku dah terlalu taw4r untuk kembali semula.
Lepas dia serahkan anak kami kepada aku, dia cakap aku masih cantik macam kali pertama dia akad nikah dengan aku dulu. Bezanya sekarang dia dah tak boleh peIuk aku lagi sebab kesilapan yang dia sendiri lakukan. Dia mengaku dia menyesal sebab lepaskan aku. Tapi dia kena bertanggungjawab atas pilihan hidup dia sendiri.
Dia cakap kalau diberi peluang sekali lagi, dia lebih rela hidup bersama aku daripada terus hidup dalam hubungan yang hanya mempergunakan dia. Aku cuma diam dan terus berlalu pergi meninggaIkan dia yang sedang menangis dalam penyesalan. Dalam hati aku cuma cakap, cukuplah jodoh kita sampai sini saja.
Aku belajar satu perkara. Tak ada batas umur untuk seorang wanita berubah menjadi lebih baik dan lebih yakin dengan diri sendiri. Yang penting kita sayang diri kita terlebih dahulu. Sekarang aku bahagia walaupun tanpa dia di sisi. Dan yang paling penting, hidup aku sekarang jauh lebih tenang daripada dulu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.