Aku ingat mertua suka aku duduk sekali. Satu hari adik ipar marah anak aku sebab makan keropok dia. Mertua halau kami, kata anak aku macam h4ntu

Hanya kerana satu plastik keropok, adik ipar h1na anak aku macam pengemis. Mak mertua pun terpengaruh, cakap anak – anak aku macam h4ntu dan terus halau kami anak beranak. Suami diamkan diri bersumpah tak jejak kaki..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, aku nak minta pandangan sikit min, aku tak tahu la apa yang aku tengah buat sekarang ni betul ke tak. Sebelum ni aku tumpang rumah mak mertua aku sebab suami aku kerja jauh, dah 6 tahun la kami berjauhan.

Selama ni duduk rumah mertua okey je, ada terasa sikit – sikit tu aku pendam jelah sebab sedar diri menumpang. Nak dijadikan cerita, lepas cuti sekolah hari tu suami aku dapat pindah balik ke HQ yang dekat dengan bandar tempat aku duduk sekarang ni.

Alhamdulillah memang suka sangat – sangat. Jadi suami aku pun cakaplah dekat mak dia, kami tumpang sini sampai hujung bulan tunggu gaji dia masuk dulu sebab nak pindah nanti perIukan duit juga. Deposit dan barang rumah satu pun tak ada sebab aku tak pernah ada rumah sendiri.

Jadi suami plan bila dah dapat gaji nanti, barulah sedap sikit nak pindah sebab nak beli barang – barang keperluan asas semua tu banyak juga pakai duit kan. Ok dah habis part tu. Bila dah cuti sekolah tu, ramai la adik beradik, sepupu datang berkumpul.

Ada sekali tu, adik ipar aku m4ki anak – anak aku sebab makanan. Anak aku ni ada la makan makanan dia, keropok hijau. Masa tu aku dalam bilik air nak mandi, dan dia punya m4ki tu memang s4kit hati la, siap cakap anak aku macam pengemis makan makanan orang.

Aku diam je tapi aku mesej suami aku mengadu sebab sedih giIa orang m4ki anak macam tu. Suami aku pun marahlah adik dia sebab apa semua. Adik ipar aku ni memang anak kesayangan mak mertua aku, jadi mak mertua aku cakaplah dekat suami aku, “Kalau tak boleh nak tegur anak, pergi la duduk dalam hutan.”

Aku tak kisah pun kalau sekadar nak tegur, walaupun anak aku orang pukuI suka – suka hati pun aku diam je tak mengadu dekat suami aku. Tapi kalau sampai tahap panggil anak aku pengemis, takkan la tak terasa. Lagi satu, aku duduk situ dengan anak – anak bukan percuma pun.

Suami aku bagi je duit dekat mak dia tiap – tiap bulan seribu ringgit untuk sewa dan barang dapur. Aku pula meniaga online, kalau ada duit lebih aku selalu je top-up barang dalam rumah tu. Pendekkan cerita, jadilah perg4duhan dan mak suami aku halau kami keluar dari rumah sebab suami aku marah adik dia m4ki anak – anak.

Kami pun keluar la rumah tu, masa tu sewa je rumah kosong dulu. Dan mak mertua aku siap cakap anak – anak aku memang per4ngai macam h4ntu. Anak – anak aku ni lelaki tiga orang, memang agak nakal tapi bukan la buat jahat mana pun. Semua umur bawah tujuh tahun.

Lepas keluar dari rumah mak mertua tu, aku block semua ahli keluarga suami aku. Story mereka dekat Facebook ke apa ke aku tak pernah tengok pun sejak keluar dari rumah tu. Tapi aku pun tak adalah update apa – apa, memang aku diam je sebab terasa sangat.

Aku layan keluarga suami aku lebih dari keluarga aku sendiri. Adik dia tu kalau nak pergi kerja pagi – pagi, aku yang k3jut, masak, kadang – kadang siap bawakan bekal sebab dia suruh aku masak. Mak dia s4kit hari tu aku yang jaga, tukarkan lampin semua.

Kadang – kadang aku juga yang jadi tukang jaga anak – anak adik ipar aku bila dia nak keluar dengan suami dia. Jadi bila mak mertua aku cakap macam tu, aku memang terasa hati giIa sebab aku selalu ikut je apa yang dia cakap dan suruh.

Sekarang dia dah tak bagi aku dan suami aku jejak kaki rumah dia dah, aku memang nekad tak nak jejak kaki lagi dah. Tapi aku cakap dekat suami aku, kalau dia nak balik jenguk ke apa ke, pergiIah, aku tak nak nanti orang tuduh dia ikutkan cakap bini sangat.

Tapi suami aku jawab balik, dia kenal bini dia macam mana dan keluarga dia macam mana. Katanya, “Dah orang h1na dan buang kita, biarlah.” Kadang – kadang aku menyesal juga sebab mengadu dekat suami aku yang adik dia m4ki dan cakap anak – anak pengemis.

Tapi hati mak mana tak sedih, lepas tu aku ni nak mengadu dekat siapa lagi. Tak semua benda kita mampu tahan kan. Soalan aku sekarang, betul ke apa yang aku buat ni, tak contact dan tak ambil tahu langsung apa diorang buat. Bukan sebab ego, tapi sumpah terasa bila orang buat macam tu dekat anak kita, d4rah daging sendiri, hanya sebab satu plastik keropok.

Mak mertua aku tu sebelum ni okey je, tak ada masalah apa, tapi mungkin sebab dah termakan hasutan adik ipar aku tu, atau mungkin dia pusing cerita sampai mak mertua aku halau dan cakap benda – benda tak elok dekat aku dan suami. Suami aku tak ada Iawan pun mak dia masa kena halau.

Kami keluar cari rumah, balik – balik semua barang – barang kami dah duduk luar rumah. Betul – betul h1na dibuatnya. Jadi, betul ke keputusan aku ni untuk tak ambil tahu langsung pasal mereka? Even call atau mesej pun dah tak. Kalau benda ni jadi dekat korang, korang buat macam mana?

Komen Netizen :

Amyraa Amanda : Betul la keputusan puan buat tu. Block semua bukan bermaksud putuskan silaturahim, tapi demi nak jaga hati dan mental kita. Lebih baik macam tu daripada asyik sakit hati dan berd3ndam bila selalu tengok status mereka. Sabarlah… selagi suami berpihak pada puan, puan teruskan je hidup dengan tenang. Didik anak – anak elok – elok, nanti masa juga yang akan tunjuk siapa yang betul dan siapa yang salah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :