Dalam aku berpantang, suami patah kedua kaki, mertua kata kami menyusahkan. Suami h4ramkan kami jejak kaki ke rumah mertua

Suami aku kena w4rning dengan bapanya yang kami 3 beranak menganggu ketent3raman mereka. Dia hanya berg4ntung pada wheelchair. Suami aku hanya berdiam. Malam tu juga dia minta aku kemas barang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang menantu, mungkin juga menantu tak guna. Aku hampir mer0yan dengan sikap dan kelakuan mertua aku. Cerita ini bermula sejak suami aku terlibat dalam satu kemaIangan. Untuk makluman semua, suami aku patah kedua – dua kakinya.

Suami aku kemaIangan, 2 minggu sebelum aku nak bersalin. Bermakna aku tengah sarat waktu tersebut. Pelbagai janji telah dilontarkan dari mulut mertua aku, tetapi semuanya terkubvr. Perut aku sem4kin hari sem4kin besar, dan tiba masanya aku pun bersalin.

Aku discharge dari wad dan esoknya suami aku pun discharge. Aku berpantang 10 hari di rumah mertua. Makcik pakcik aku turut jaga aku di rumah mertua. Makcik pakcik aku memang sedia ada di rumah aku sejak seminggu sebelum aku bersalin.

Sem4kin hari sem4kin str3ss aku di rumah mertua. Kami hanya tidur di ruang tamu. Suami aku menegur orang tuanya untuk perlahankan volume tv, tahu dia buat apa? Dia m4kin kuatkan volume. Ada juga waktu yang mereka seolah sengajat menghempas, melempar barang – barang ke sinki dapur, menghempas pintu dapur, pintu bilik air.

Mereka memberi alasan, “kami buat kerja memang kasar”. Cuba bayangkan kalau korang dekat tempat aku, mesti akan rasa str3ss, rasa menyusahkan, rasa membebankan. Ada satu hari tu, mertua aku boleh kata, “kalau menumpang buat cara menumpang”.

Suami pernah kena w4rning dengan bapanya yang kami 3 beranak menganggu ketent3raman mereka. Sebelum ni hidup mereka tenang je. Anak aku jenis tak nak susu badan, aku bersalin secara czer dan anak aku 3.9kg beratnya.

Mentua aku banyak kali sound “ada susu tek, tak nak bagi”. Tapi dia pun tahu, aku struggle bagi anak susu badan, tapi baby tetap tak nak, meronta – ronta dan menyebabkan perut aku terlampau s4kit. Aku menangis – nangis depan suami dan makcik pakcik aku.

Makcik pakcik aku bawa aku balik ke rumah mereka untuk berpantang. Mereka jaga aku sehingga 44 hari. Habis pantang, aku kembali semula ke pangkuan suami aku. Semasa aku di rumah mertua, mereka mula lepas tangan.

Aku baru habis pantang perlu 100% fokus jaga suami dan anak. Ada satu hari tu, aku berhadapan dengan ibu mertua aku. Waktu tu ada aku, suami aku, dan ibunya. Semasa perbincangan, aku tak bagi suami aku berkata – kata.

Sejak aku balik, mertua kerap mengelak dan hanya akan duduk bilik. Aku tanya kenapa, aku ada buat salah ke? Dia keluarkan phone dan baca pointnya. “Awak str3ss dengan ibu, awak str3ss ibu janji nak jaga masa pantang tapi tak jaga, awak str3ss dan lain – lain.” Aku menjawab semua point nya.

Mentua aku berjanji tidak akan mengungkit perbincangan kami. 3 minggu selepas tu, kami buat keputusan untuk pulang seminggu ke rumah keluarga aku. Suami aku minta izin orang tuanya untuk guna kereta besar sedikit.

Suami aku ditengking orang tuanya (bapa), dan berkata, “ini kereta ibu, bini kau berg4duh dengan ibu,” “macam – macam dia kata kat ibu kau,” tersentak aku dan suami bila dia kata begitu. Suami aku hanya berdiam. Malam tu juga suami aku minta aku kemas barang dan balik ke rumah kami semula.

Suami aku hanya berg4ntung pada wheelchair sahaja ketika itu. Beberapa hari lepastu, mertua aku ada mesej suami aku “Kenapa dia nak arahkan ibu main dengan cucu dia di ruang tamu saja? Rumah ni rumah sapa? Dia tak hormat ibu sebagai MAK MENTUA ke?

Ingat abang, SYURGA ABANG DI BAWAH TAPAK KAKI IBU dan SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI”. Kami suami isteri memang minta mertua main dengan anak di ruang tamu sebab 4 hari sebelum tu ibu mertua aku jatuh tergolek dan langsung tak nak pergi hospitaI untuk check.

Siapa je tak paran0id, overthinking, anak baru 2 bulan, kalau jatuh tergolek. Allah. Aku cuma nak berhati – hati. Suami aku pernah kata, “awak langsung tak pernah tengking saya, tak macam ibu pernah tengking abah”.

Tersentak aku. Sebenarnya panjang lagi chat tersebut, benda yang buat aku dan suami marah teramat, mereka fitnah aku dan keluarga aku. Boleh kata keluarga aku hantar makcik pakcik aku untuk pantau isteri dia jaga aku pantang. Fitnah!

Makcik pakcik aku datang ke rumah mereka, tolong mereka hari – hari siap masak dan kemas satu rumah sebab kesiankan mereka. Tergamak mereka kata kat keluarga aku macam tu. Hampir setiap hari suami aku dapat video dari mereka, “anak derh4ka”, “taubat”, “suami mentaati kata isteri, abaikan ibunya” dan macam – macam lagi kata kata sinis.

Mungkin pembaca boleh bayangkan dalam keadaan suami aku yang s4kit, tak upaya, dia tak mampu nak jaga isteri dan anak. Tapi sampai macam ni sekali mak mertua h1na dan benci kami. Untuk makluman kalian, mertua aku agak berpelajaran dan merupakan ustaz dan ustazah.

Sejak peristiwa ni, suami aku h4ramkan aku dan anak jejak kaki ke rumah mertua dan tak izinkan anak berjumpa dengan mereka. Itu sahaja cerita aku. Aku harap benda ni tak jadi pada korang di luar sana. – No Name (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Adlin Farahin : Puan ikut kata suami. Suami puan dah wujudkan ruang antara keluarga kecil puan dengan pihak yang bermasalah, jadi jangan hukvm diri. Just rileks dan teruskan kehidupan. Allah tak pernah tidur dan percayalah Dia Maha Teliti atas segala sesuatu

Sarah Aina : Ntahla. Complicated nya. Sebaiknya berpantanglah rumah mak sendiri atau keluarga sendiri. Menantu selamanya tetap orang luar takkan sepenuh hati seperti anak kandung. Ingat tu ya. Jumpa mertua yang baik tu 1 rahmat.

Hazel Halim : Peliknya lah makcik pakcik pi duduk sekali kat rumah mentua h4ng. Tak selesanya untuk mentua sebagai tuan rumah. Belanja dapur macam mana? Pastu, hidup jangan berg4ntung kat orang sangat lah. Rasanya boleh saja aih berpantang sendiri kat rumah sendiri. Entah, rimas aih ramai ramai menumpang kat rumah kita.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.