Hari pertama kahwin isteri dah tanya gaji aku dan tarikh dapat gaji. Ada sekali lambat gaji, isteri terus call company aku marah-marah

Bila gaji aku lambat masuk je, isteri aku dah gelabah macam esok nak kiamat. Paling memaIukan, dia call company aku, marah – marah. Aku malu dengan kawan – kawan. Aku halau dia keluar, tiba – tiba dia cakap mengandung 3 bulan..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku kenalkan diri aku Mi. Bini aku Kubis. Kadang – kadang rasa menyesal kahwin. Untuk orang lain aku tak tahu la, tapi untuk aku ada bini tak membantu apa pun. Aku rasa menyusahkan aku lagi ada la.

Ke aku tak tahu la style orang dari negara jiran memang macam tu kot. Actually Kubis memang orang malaysia. Lahir membesar kat sini. Tapi mak ayah dia orang Indo.. Mak ayah dia ada IC merah. Dia memang IC sini. Sekolah apa semua sini. Aku tak kisah pasal yang tu.

Aku ni berkahwin agak lewat jugak. Jodoh lambat sampai sebab aku ni bukan ada rupa sangat pun. Kerja pun biasa – biasa ja la. Kenal dengan Kubis memang orang yang tolong kenenkan. Aku sebenarnya terima ja mana – mana perempuan yang nak terima aku. Sebab aku sedar kekurangan aku.

Tapi Kubis kira cantik jugak la. Orangnya putih, badan kecik – kecik, manis ja. Aku pun tak pasti kenapa dia setuju nak kahwin dengan aku. Ikutkan dengan kecantikan dia, ramai ja orang nak. Kami tak de dating atau kenal – kenal sangat la.

Kahwin macam style orang dulu – dulu, pilih tarikh terus nikah. Awal – awal kahwin aku dah rasa tak best. Dia terus tanya gaji aku berapa, berapa hb dapat gaji. Dia terus cakap bulan 1500 kena bagi kat dia.. Untuk dia buat belanja rumah. Bayar bil semua dia uruskan.

Mula – mula aku rasa macam nanti aku pun tak cukup.. Tapi fikir tak pe la. Dia urus semua aku tak payah pening fikir dah. Tapi ok la. Dia ada masak bagi bekal semua. Aku jimat kos makan luar. Air kopi pun dia bancuh bagi bekal. Tang tu dia memang ok..

Rumah ni sebenarnya rumah ayah aku. Masih lagi atas nama ayah. Tapi ayah dah cakap rumah ni dia bagi aku. Ayah aku masih ada lagi. Tapi dia asyik desak suruh aku tanya ayah, bila nak tukar atas nama aku. Aku kata aku tak akan tanya semua tu.

Dan aku w4rn dia jangan masuk campur hal family aku. Ok la lepas tu dia diam. Tapi bini suruh apply rumah PPR. Dia kata rumah sekarang susah nak dapat. Lagipun beli rumah tak rugi. Dah atas nama aku takde rumah. Ok la, aku fikir dari sudut positive. Rumah PPR mungkin aku mampu bayar.

Selama ni aku tak terfikir pun pasal tu. Lepas tu dia suruh aku mohon segala bantuan. Aku kata alasan apa nak mohon bantuan.. Bukan kita orang susah. Dia kata mohon ja. Dapat ke tak belakang cerita. Dia kata orang lain yang kaya – kaya mohon pun boleh ja. Kita ni masih kurang kemampuan.

Oh, bini aku tak kerja. Dulu dia kerja. Lepas kahwin dia kata tak nak kerja.. Dia nak duduk rumah uruskan rumah. Tapi buat masa sekarang ada la dia ambik upah jaga budak 2 orang. Sebulan 600 rasanya. Apa yang aku rasa str3ss dengan bini aku ni.

Setiap masa dia asyik bebel ja. Mulut dia tak pernah diam walau sekejap. Pagi – pagi nak k3jut aku tak pernah elok – elok. Mesti dengan bebelan. Dah pukuI 7 tak reti – reti bangun ke. Ingat saya orang gaji awak ke setiap masa nak kejut.

Padahal aku tak pernah suruh pun dia k3jut. Aku biasa bagun dalam 7.30 atau 8. Aku tahu la bajet masa aku. Tapi dia tu dah kalut. Kata aku pergi kerja lambat. Dari aku bangun pagi, sampai aku pergi kerja dia bebel. Bising semua benda.

Masa aku mandi pun dia akan bising.. “Kalau bapak saya ni, 6 pagi sudah bangun pergi market beli barang basah.” Orang laki rumah ini nak pergi kerja pun tunggu orang bangunkan. Lagi nak masak untuk dia, nak jaga dia. Sudah terbalik dunia ini. Sekarang jaman perempuan jaga lelaki.

Dia kalau diam tu tandanya dia tido. Rasa aman dunia kalau dia tido. Tapi dia celik mata, sekali mulut dia celik. Hari – hari bising benda yang sama. Satu hari aku meIetup. Aku marah la. Aku kata, “bulan – bulan mintak 1500 kata semua benda nak urus. Sekarang sibuk ungkit kata aku tak pi market.

Lepas tu ada aku suruh h4ng gerak aku.. Tak payah nak acah – acah isteri mitali.” Aku memang volume paling kuat. Terus dia menangis. Dia kata aku tak sayang dia. Dia kata dia bebel tanda dia sayang. Tapi aku tak sayang dia.

Aku nak pukuI dia, dia kata. Memang aku macam nak naik tangan dah dekat dia.. Tapi tak sempat buat. Aku kata, “m4mpus pi kat hang!” terus aku blah. Company aku ni kadang – kadang masuk gaji hari tak tetap. Memang kebanyakan masa 1hb dah gaji. 15 advance.

Tapi ada time lewat dua tiga hari tu biasa la. Tapi bagi dia, 1hb tu kena ada duit dah. Tak nampak duit gelabah macam dunia nak kiamat. Ada sekali tu gaji lambat. Dah 5hb masih tak masuk. Dia asyik bagi tekanan dekat aku, suruh tanya bos kenapa lambat.

Bila gaji nak masuk. Aku memang tak layan dia la. Dia kata kalau aku tak mau tanya, biar dia tanya. Lepas tu mungkin dia ada call pejabat aku. Bebel – bebel kata company besar tapi gaji bayar lambat.. Orang mau bayar hutang. Mau makan apa bila gaji lambat. Malu betul aku masa tu.

Ada sekali g4duh – g4duh, aku hilang sabar.. Aku kata la, “dasar orang seberang.. Menyesal aku kahwin dengan h4ng. Aku kata mai sini hidup nak kikis duit harta orang. Cuba pergi hidup di negara sendiri.” Dia pun melenting jugak la.

Dia kata aku yang tak sedar diri. Dia kata orang kita yang lupa asal usul. Lupa rumpun la rumput la macam – macam la. Aku kata ingat aku tak tau ka, guna duit aku sara mak bapak dia. Dia kata dia sara mak bapak dia dengan duit kerja dia.. Satu sen tak guna duit aku..

Dia kata dia guna duit aku main kutu ja. Tu pun untuk masa depan keluarga. Choi. Sembang gajah pun terbang. Aku rasa kahwin nak masuk 8 bulan dah. Tapi tak dak satu hari yang aku rasa bahagia. Aku lebih bahagia masa single dulu.

Aku bagitau dia aku tak mau dah hidup dengan dia. Aku suruh dia keluar dari rumah. Terus buat drama air mata dia. Dia kata dia hamil sekarang tapi tergamak aku halau dia keluar. Aku kata jadi isteri jaga kehormatan suami. Ni dok maIukan suami dekat tempat kerja.

Dia nak bela diri dia ja la. Dia kata dia tak maIukan. Dia cuma tanya kenapa gaji asyik lewat. Bagi aku benda tu sama ja. MemaIukan aku. Ada dia fikir apa kawan – kawan aku akan fikir pasal aku. Hari tu hantar mak ayah dia pergi Indo mesti guna duit aku. Aku ungkit semua tu.. Dia kata jangan menuduh dia.

Ni ayah dia tadi ada call aku dari Indo. Dia mintak jangan halau anak dia. Dia kata anak dia tengah hamil. Mintak kasihankan anak dia. Dia mintak masa suruh sabar sekejap tunggu dia balik dari Indo. Dia kata dia akan nasihat anak dia suruh jaga tingkah laku.

Dia kata jangan la fikir nak cerai – cerai. Tak baik. Dia kata nanti kita bincang apa masalah. Dia suruh aku tunggu bersemuka nanti. Family aku belum tau lagi pasal hal ni.. Tapi aku bagi tau ayah dia aku tak mampu hidup dengan anak dia.

24 jam fikir duit harta. Dah la tu p4ksa aku tukar kereta la, beli rumah batu besar sikit la. Aku kata kalau nak selesa macam tu guna duit sendiri. Mintak duit kat mak bapak h4ng. Dia kata dia cerita saja impian dia dengan aku..

Tapi aku selalu salah faham dia kata. M4mpus pi kat h4ng la. Aku sedar aku tak mampu ubah per4ngai pompuan ni. Tapi dalam masa aku tak rasa aku mampu hidup dengan per4ngai dia. Sekarang dia mengandung pulak. 3 bulan katanya.. Entah la.. Kalau orang lain mesti dah excited, tapi hati aku rasa h4mbar sangat. – Mi (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Indra Putra : Kena beza kehidupan bujang dan kehidupan berumahtangga. Kadang – kadang kesilapan terbesar ada lah – tidak mendengar dan ambik iktibar. Bukan takut bini. Nilai balik apa yang diperkatakan. Tidur awal dan bangun awal dari dia.

Hari – hari k3jut dia tido plak. Puji – puji lah isteri tu. Bagi dia berbunga – bunga. Tarbiah lah kat dia, kemampuan setakat ini saja. Tapi usaha boleh buat perlahan – lahan. Nasihat lah dia supaya, dapat bezakan antara bebel dan bagi pendapat. Beza banyak tu. Bawaklah bergurau.

Bawaklah berjalan – jalan hari cuti. Bawak beli barang baby. Sayanglah sebab i tak rasa she is that bad. Dia jaga rumahtangga, makan pakai, uruskan kewangan rumah, dll siap sanggup jaga 2 budak untuk pendapatan sampingan. So, pelan – pelan kayuh lah.

Diana Nabila : Aku tengok bini ko sejenis fikir masa depan, cuba mengatur supaya hidup sekarang smooth dan nanti akan ada perkembangan hidup sikit. Masalahnya ko yang tak berkembang ni, u so ok in ur comfort zone, tu yang rasa pressure bila nak diubah – ubah.

Visi dan misi bini tak salah pun, sampai bila nak hidup cukup – cukup makan je kan, nampak bini is a better planner. Satu je salah dia, bebel cukup kuat. Tapi awak pun sama la tiap hari bebel pun takde perasaan nak berubah ke arah lebih baik. Takkan nak hidup macam single selamanya. Hmm.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.