
Bekas suami berjanji macam – macam. Katanya kami sama – sama baiki diri dulu, lepas tu baru berbaik semula. Tapi bila habis idah, bekas suami suruh aku berbaik pula dengan perempuan tu. Kami siap ada group whatsapp bertiga dan rancang nak jumpa bertiga..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi kongsikan kisah aku. Tolong hidekan identiti aku ya. Aku masih muda. Kahwin pun muda. Aku ada tiga orang anak, selang setahun seorang. Anak yang paling kecil baru berusia setahun. Aku bercerai masa anak yang paling kecil baru berusia setahun.
Pada awal peristiwa pahit ni berlaku, hanya Allah sahaja yang tahu betapa s4kit dan pedihnya hati aku. Suami aku memang gemar bermain mesin jvdi. Dia ada kerjaya, tapi dia suka menghabiskan duit dekat situ dengan alasan duit tak pernah cukup.
Pada awal perkahwinan, aku marah dan sedih bila tahu per4ngai dia. Lama – lama aku cuba seribu satu cara untuk dia berubah. Sampai aku sanggup masuk ke tempat dia berjvdi sebab aku fikir aku boleh tarik dia keluar atau kawal dia daripada terus berjvdi. Tapi aku silap. Semua tu cuma berakhir dengan perg4duhan.
Sepanjang lima tahun hidup sebagai suami isteri, kami memang selalu berg4duh sebab jvdi. Suami aku pernah cakap dia cuma ada satu per4ngai buruk, iaitu berjvdi. Kalau diberi pilihan antara perempuan dengan jvdi, dia pilih jvdi. Jadi dia tak akan curang sebab dia jenis setia. Aku percaya dia lebih daripada segala – galanya.
Tapi satu malam kami berg4duh sangat teruk sebab dia balik pukuI enam pagi. Dah seminggu dia duduk dekat tempat jvdi tu setiap kali habis kerja. Kalau nak cerita memang terlalu panjang, jadi aku ringkaskan. Aku terima semua keburukan dia. Aku pun mengaku aku ada silap. Bila berg4duh aku terlalu ikut emosi.
Aku akan tolak – tolak dia, baling barang dan macam – macam lagi. Dia cakap aku tak hormat dia. Tapi aku dah gunakan air mata, nasihat, sokongan dan macam – macam cara, semuanya rasa sia – sia. Malam tu kami berg4duh terlalu teruk sampai dia terlafaz cerai dekat aku.
Aku fikir dalam tempoh idah ni, kalau aku merajuk dan cakap nak pergi mahkamah, mungkin dia akan takut, insaf dan berubah demi perkahwinan kami. Dia tak bagi aku pergi. Dia nak rujuk di luar tanpa apa – apa proses macam tu. Tapi aku tetap berkeras pergi sebab aku yakin dalam tempoh idah, kalau aku buat macam ni mungkin dia akan rindu aku dan anak – anak, lepas tu dia akan berubah. Lagipun dia dah terlafaz cerai, jadi aku teruskan juga.
Dua hari selepas aku pergi mahkamah, baru aku tahu rupanya dia dah ada perempuan lain. Dia salahkan aku sebab aku pergi mahkamah. Katanya hati dia dah h4ncur. Rupa – rupanya apa yang aku fikir akan buat dia berubah, jadi semakin teruk. Dia terus mencari pasangan lain, iaitu perempuan yang bekerja satu pejabat dengan dia.
Aku pula sebagai isteri bertukar menjadi orang yang merayu dekat dia. Aku merayu dia untuk rujuk. Aku minta kami berbaik semula demi anak – anak. Niat aku lain, tapi akhirnya jadi lain. Masa dalam tempoh idah jugalah baru aku tahu mereka sebenarnya dah bersama sebelum suami melafazkan cerai.
Aku pernah mesej perempuan tu selepas semuanya terbongkar. Aku cakap aku nak berbaik semula dengan suami dan harap dia tak ganggu lagi sebab masa tu baru beberapa hari semua ni berlaku. Tapi maIangnya perempuan tu sangat k3jam. Langsung tak fikirkan anak – anak aku.
Dia masih teruskan hubungan dengan bekas suami aku secara sembunyi – sembunyi. Bekas suami aku cakap dia dah block perempuan tu. Perempuan tu pula cakap dia dah tak akan ganggu lagi. Tapi semua tu cuma penipuan. Sepanjang tempoh idah, bekas suami aku berjanji macam – macam.
Katanya kami sama – sama baiki diri dulu, lepas tu baru berbaik semula. Tapi bila tamat sahaja tempoh idah, bekas suami aku suruh aku berbaik pula dengan perempuan tu. Aku ikut juga sebab masa tu fikiran aku dah tak tentu arah. Aku rasa macam semua ni salah aku pula.
Kami siap video call bertiga dan buat satu kumpulan WhatsApp. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan h4ncurnya hati aku masa tu. Kami siap merancang nak berjumpa bertiga. Hanya Allah yang beri aku kekuatan untuk lalui semua tu.
Aku nampak kuat di depan mereka. Tapi lepas perempuan tu dan bekas suami aku balik bersama dalam satu kereta, anak – anak aku pula tanya, “Kenapa ayah tak naik kereta kita balik sekali?” Masa tu aku rasa macam nak pengsan. Terlalu berat dugaan yang Allah beri dekat aku.
Tapi yang buat aku pelik, selepas semua yang berlaku, kenapa aku masih mampu maafkan dia dan masih sayang dia sepenuh hati? Sekarang aku jadi benci dan tak percaya kepada semua lelaki. Aku langsung tak ada niat nak berkawan dengan lelaki lain.
Cukuplah aku ada anak – anak. Semoga bila anak – anak dah besar nanti, mereka akan faham apa yang aku rasa selama ni. Belum lagi aku cerita pasal nafkah. Dah berjvdi jadi macam tu jugalah keadaannya. Tapi semua tu aku tolak ke tepi.
Cuma aku hairan. Adakah aku terlalu banyak berdoa? Adakah semua ni salah aku? Atau kenapa masih ada wanita yang sek3jam perempuan tu? Hari raya pun mereka bersama. Bekas suami langsung tak pedulikan anak – anak. Sampai sekarang mereka masih lagi bersama.
Aku cuma nak minta pandangan. Ada tak apa – apa nasihat untuk aku? Sebenarnya aku takut nak tulis semua ni. Aku takut kalau ahli keluarga baca atau mereka tahu kisah ni. Aku akan rasa bersalah sebab macam membuka aib mereka walaupun nama semuanya dah disembunyikan. Kenapa aku selalu fikirkan perasaan orang lain, tapi mereka tak pernah sekali pun fikirkan perasaan aku? Itu sahaja. Kalau aku cerita dengan lebih terperinci, memang akan jadi terlalu panjang. Terima kasih.
Ulasan Pembaca :
Leedda Andesba : Sebenarnya Allah nak permudahkan urusan kamu. Sebab tu ada sahaja halangan untuk kamu rujuk. Percayalah, kaki jvdi sampai m4ti pun tak akan berubah kecuali dia muflis, m4ti atau lumpuh. Percaya dengan ketentuan Allah.
Perbaiki hidup kamu dan selesaikan segala tuntutan sebab suami melafazkan talak di luar mahkamah. Jadi jalani sahaja proses undang – undang yang sedia ada. Tuntut segala nafkah yang sepatutnya kamu dan anak – anak dapat. InsyaAllah kehidupan kamu akan jadi jauh lebih baik nanti bila berjaya move on.
NurAz Wan : Sebenarnya apa yang terjadi ni adalah yang terbaik. Sebab kamu terlalu lemah untuk keluar daripada hubungan yang t0ksik ni, jadi Tuhan dah tolong kamu. Sekarang kamu pula kena tolong diri sendiri. Kuatlah demi anak – anak.
Pergi ke mahkamah dan tuntut nafkah anak – anak serta apa sahaja yang patut. Kalau sesuai, minta potongan gaji bekas suami terus masuk ke akaun kamu. Berikan alasan yang dia akan habiskan duit pada jvdi kalau tak buat macam tu.
Sue Suziana : Kesian sis. Memang perit nak besarkan tiga orang anak tanpa nafkah daripada bapa mereka. Tapi kalau perkahwinan macam ni diteruskan pun, rasanya tak menjamin kebahagiaan. Semua dah jelas depan mata. Kuatkan hati, kuatkan tekad dan anggap sahaja dia dah tiada dalam hidup kamu. Teruskan hidup demi anak – anak. Semoga akan ada yang lebih baik hadir dalam hidup kamu nanti. Teruskan berdoa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.