18 tahun berkahwin, ini titik terendah aku, suami curi duit hasil aku berniaga buat main mesin. Aku terlepas cakap dekat suami, dia takde otak!

Duit tu lah yang aku gunakan untuk beli barang dapur, bayar keperluan anak – anak dan meneruskan kehidupan. Kami juga dah lama pisah bilik tidur. Lepas 18 tahun bersama, ni lah titik paling rendah dalam hidup aku. Aku langsung dah tak tahu berapa sebenarnya gaji suami aku…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku dah lama pendam semua yang berlaku dalam rumah tangga aku. Berkali – kali aku cuba pujuk hati supaya terus kuat demi anak – anak dan keluarga yang kami bina bersama. Selama 18 tahun hidup sebagai suami isteri, aku sangka setiap ujian yang datang masih mampu kami lalui sama – sama.

Rupanya aku silap. Makin lama, aku rasa aku berju4ng seorang diri. Hari ni aku cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin dengan bercerita, hati aku sedikit lega. Semuanya mula berubah apabila aku dapat tahu suami aku menggunakan duit hasil perniagaan untuk main mesin.

Duit yang sepatutnya digunakan untuk keluarga habis begitu saja. Bila aku tanya mana duit tu, dia menipu. Katanya duit masih belum dapat dikeluarkan kerana bank sesak. Aku percaya pada mulanya sebab aku tak pernah sangka dia sanggup menipu perkara sebesar tu.

Tapi akhirnya tembelang dia pecah juga. Aku dapat tahu duit tu sebenarnya dah habis digunakan untuk berjvdi. Masa tu aku terlalu marah sampai terlepas cakap dia tiada otak. Memang aku akui kata – kata tu kasar tapi aku dah hilang sabar selepas ditipu berkali – kali.

Lepas kejadian tu, dia langsung tak bercakap dengan aku. Berminggu – minggu kami berdiam diri. Akhirnya dia datang berbincang. Tapi yang dia ungkit bukan kesalahan dia berjvdi, sebaliknya dia cakap dia tak boleh terima sebab aku cakap dia tiada otak.

Tak lama lepas tu, aku dimasukkan ke hospital untuk bersalin. Dalam dompet cuma tinggal RM2,000. Duit sebanyak tu habis dalam masa tiga hari saja untuk urusan sepanjang aku berada di hospital. Masa tu aku dah mula fikir macam mana kehidupan kami selepas ni kalau dia masih tak berubah.

Apa yang lebih membuatkan hati aku sedih ialah ketika dia mengazankan anak kami yang baru lahir. Tiba – tiba dia terlupa lafaz azan. Aku hanya memandang sambil tertanya – tanya dalam hati. Kenapa dia jadi begitu pelupa? Sampai lafaz azan yang selalu dihafal pun dia boleh lupa. Masa tu aku rasa sangat pelik, tapi aku diamkan saja.

Beberapa hari kemudian aku dibenarkan keluar dari hospital. Keadaan badan aku masih belum pulih sepenuhnya. Untuk berjalan pun terasa perit kerana baru lepas bersalin. Masa nak menuju ke kereta, aku terp4ksa melangkah parit kecil.

Setiap langkah terasa s4kit, tapi suami aku hanya berdiri memandang sambil memegang stereng kereta. Dia langsung tak datang membantu. Mujur ada seorang 0KU nampak keadaan aku. Dia yang menjerit meminta orang tolong aku. Tak lama kemudian ada yang papah aku sehingga berjaya menyeberangi parit kecil tu.

Masa tu aku benar – benar sebak. Orang yang langsung tak ada pertalian d4rah lebih prihatin daripada suami sendiri. Aku sangka ujian kami dah cukup setakat tu. Rupanya belum. Suatu hari anak aku bermain dengan telefon bapanya. Tiba – tiba keluar satu notifikasi WhatsApp.

Anak aku tekan mesej tu tanpa sengaja. Aku pun terbaca mesej daripada seorang perempuan yang bertanya kenapa dah lama dia tak telefon. Dalam mesej tu siap tertulis perkataan “rindu”. Hati aku luluh. Aku padam mesej tu dan buat – buat tak tahu apa – apa. Aku nak tengok sama ada dia sendiri akan jujur ataupun tak.

Beberapa minggu selepas tu, bayi aku pula dimasukkan ke hospital selama empat hari. Dalam keadaan aku sibuk menguruskan anak yang s4kit, duit simpanan aku pula hilang. Dugaan datang bertimpa – timpa sehingga aku sendiri dah tak tahu nak mengadu kepada siapa.

Selepas semua tu berlaku, sekali lagi kami berdiam diri. Bila dia datang bercakap dengan aku, dia cuma cakap dia tak kenal perempuan dalam WhatsApp tu dan tak tahu siapa sebenarnya perempuan tu. Aku dengar saja penjelasan dia, walaupun dalam hati masih penuh tanda tanya.

Tak lama kemudian aku dapat tahu dia habiskan pula duit gajinya untuk berjvdi. Mujur masih ada duit hasil aku berniaga. Duit tu lah yang aku gunakan untuk beli barang dapur, bayar keperluan anak – anak dan meneruskan kehidupan. Kalau harapkan dia semata – mata, aku sendiri tak tahu macam mana kami nak makan.

Aku pernah cakap dengan dia, dia bekerja bukan untuk diri sendiri. Dia bekerja untuk keluarga. Tapi kata – kata aku seolah – olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Selepas tu berlaku lagi kali ketiga kami berdiam diri. Sampai hari ni keadaan masih sama.

Kami juga dah lama pisah bilik tidur. Lepas 18 tahun bersama, ni lah titik paling rendah dalam hidup aku. Sejak bayi kami lahir sampai sekarang, aku langsung dah tak tahu berapa sebenarnya gaji suami aku. Dulu semuanya aku yang uruskan.

Dia akan serahkan sebahagian gajinya kepada aku untuk mengurus perbelanjaan rumah, bil dan keperluan anak – anak. Cukup atau tak cukup, dia tak pernah ambil tahu. Aku pula tak pernah merungut. Kalau duit tak cukup, aku berniaga untuk tampung mana yang kurang.

Tapi sekarang semuanya dah berubah. Aku dah tak bertanya apa – apa lagi tentang gajinya sebab terlalu banyak kali dia menipu. Aku rasa malu kalau asyik kena minta duit daripada suami sendiri sedangkan tu memang hak aku dan anak – anak.

Sekarang dah jadi perkara biasa dia keluar masuk rumah tanpa beritahu. Syif kerjanya habis pukuI 7 pagi, tapi dia balik rumah waktu anak – anak balik sekolah. Ke mana dia pergi sepanjang hari, aku sendiri dah tak tahu. Dan sejujurnya, aku dah penat nak ambil tahu.

Sejak dia berhenti menyerahkan gajinya kepada aku, bil – bil rumah mula tertunggak. Makan minum kami pun dah tak seperti dulu. Aku terus berniaga sedaya upaya supaya anak – anak tak rasa susah, walaupun hakikatnya aku sendiri dah semakin penat.

Kadang – kadang aku duduk termenung memikirkan masa depan anak – anak. Sampai bila aku mampu bertahan macam ni? Apa akan jadi kalau aku terus memikul semua tanggungjawab seorang diri? Kadang – kadang terlintas di fikiran, adakah salah kalau aku berhenti berniaga dan serahkan semula tanggungjawab mencari nafkah kepada dia?

Bukankah memang tu tanggungjawab seorang suami? Aku pula hanya mahu fokus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, menjaga rumah, menjaga anak – anak dan mengurus makan minum mereka. Mungkin selama ni dia terlalu selesa.

Sebab tu dia lupa bagaimana rasanya memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Aku sendiri dah tak tahu sampai bila keadaan ni akan berlarutan. Aku dah cuba bercakap baik. Aku dah ikut apa yang dia mahu. Bila cara lembut tak berjaya, akhirnya terkeluar juga kata – kata kasar daripada mulut aku. Tapi semuanya masih tak mampu mengubah dia.

Sekarang aku dah tak tahu apa lagi yang boleh aku lakukan. Aku cuma mampu berserah dan menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Semoga suatu hari nanti Allah tunjukkan aku jalan keluar yang terbaik buat aku dan anak – anak.

Ulasan Pembaca :

Redzuan Saniduwan : Ni saranan aku. Lebih baik awak bawa hal ni ke pejabat agama dan minta pihak pejabat agama cuba bantu rumah tangga awak sekiranya awak masih sayangkan rumah tangga awak. Dalam masa yang sama, cuba rawat kesihatan awak sendiri supaya awak kekal sihat sebab anak – anak sangat perlukan awak.

Minta juga bantuan perawat Islam tengok keadaan suami dan rumah tangga awak sekarang ni. Sebab kejadian rumah tangga awak ni sebiji macam kisah pes4kit yang pernah kami rawat. Ternyata suaminya sudah dikawal oleh sih1r daripada dua pihak. Alhamdulillah, sekarang orang yang kami rawat tu sudah normal kembali.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :