
Teruk betul bini aku ni. Nak curang tapi tak pandai sorok, tapi aku bersyukur sangat sebab dia kantoi. Ada satu malam aku berpura – pura tidur kerana perasaan syak wasangka aku sentiasa ada. Disebabkan bilik tu gelap, dia tak perasan yang sebenarnya mata aku tak pejam betul – betul pun..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Ingin berkongsi sedikit luahan mengenai rumah tangga aku. Kami suami isteri sudah hampir 6 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Isteri berasal dari Selangor dan kini menetap di Kelantan bersama aku.
Kami mula berpindah tinggal di Kelantan setelah aku mendapat pekerjaan di sini 5 tahun yang lalu. Kelantan adalah kampung halaman aku, oleh itu isteri yang mengikut aku tinggal di sini. Di sini kehidupan kami agak selesa walaupun hanya aku yang bekerja dan isteri adalah suri rumah sepenuh masa.
Alhamdulillah rezeki kami anak beranak, pendapatan tetap dan bersih bulanan aku lebih kurang RM6,000 sebulan. Daripada pendapatan tu cukup untuk aku menyediakan segala keperluan kepada isteri dan anak seperti tinggal di rumah sendiri, duit belanja bulanan, bil internet isteri, kereta untuk kegunaannya, makan, pakaian, alat mekap, bawa berjalan dan sebagainya.
Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Boleh dikatakan bahagia, bagi aku lah. Bagi dia sekarang aku tak tahu. Namun perkara yang paling aku tak jangka telah berlaku pada awal Mac yang lalu. Isteri kantoi cuba mencurangi aku dengan bekas teman lelaki dia yang juga merupakan suami orang dan ada anak.
Ia bermula apabila aku perasan dia kerap bermain telefon sehingga lewat malam. Sebenarnya tu adalah perkara biasa bagi dia kerana memang tabiat dia suka melayan TikTok, Instagram, Facebook, live selling dan sebagainya setiap malam.
Tapi yang membuatkan aku mula syak apabila aku perasan jari dia seakan sentiasa sedang menaip seperti sedang berbalas chat. Pada mulanya aku biarkan dahulu. Tapi mungkin Allah nak tunjuk. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati aku untuk periksa telefon dia.
Aku tersedar pada satu malam sekitar pukuI 2 pagi dan kebetulan telefon dia berada di sebelah aku. Terus aku capai dan buka perbualan WhatsApp dia. Alangkah terk3jutnya aku. Berderau d4rah aku. Terasa gelap seketika dunia aku bila membaca segala chat dia dengan bekas kekasihnya. Menitis air mata aku masa tu.
Tak sangka satu – satunya orang yang paling aku percaya dalam hidup sanggup berbuat demikian. Sanggup cuba untuk curang di belakang aku. Pedihnya hati bila terbaca kata – kata manja antara mereka. Sampai isteri pun sanggup berkongsi gambar dia.
Walaupun gambar tu bukanlah gambar tak senonoh, tapi tetap perit aku rasakan. Yang paling mengecewakan bagi aku bila terbaca ayat manja seperti “nak peIuk” dan “nak civm”. Allahu, kenapa sampai macam tu sekali nipisnya iman isteri aku, sedangkan aku sebagai suaminya nak bermanja, civm pipi atau minta peIuk pun dia selalu tepis dari dulu lagi.
Dan lagi perit apabila ada juga ayat yang mengatakan dia menyesal meninggaIkan bekas teman lelaki dia dahulu. Aduh. Bila ada ayat sebegitu, bagi aku seolah – olah dia pun menyesal berkahwin dengan aku. Kami berdua berkahwin atas dasar cinta.
Kami bercinta lebih kurang setahun sebelum memutuskan untuk berkahwin. Luluhnya hati aku sebagai suami apabila terbaca ayat – ayat sebegitu. Aku baca semua tu, skrol dari awal sampai habis. Rupanya perbuatan mereka berdua ni bermula dari bulan Disember tahun lepas lagi.
Dalam gelap bilik tu sambil menitiskan air mata, aku pandang muka dia yang sedang nyenyak tidur. Aku pandang pula muka anak perempuan kami yang masih kecil. Terbayang macam mana masa depan dia kalau jadi apa – apa dekat hubungan ibu ayah dia ni.
Ikutkan hati dan amarah aku sebagai lelaki, memang aku nak tamatkan terus segalanya dengan dia. Tapi demi anak, aku masih tak sanggup. Belum masanya lagi. Anak kami yang akan jadi m4ngsa sekiranya berlaku perpisahan. Jadi ketika tu juga aku mengambil keputusan untuk sabar dan bertenang dahulu.
Lagipun memikirkan perbuatan mereka berdua ni hanya sekadar chat sahaja, belum sampai ke tahap berjumpa atau apa – apa kerana lelaki tu tinggal di Selangor. Setelah hampir sejam aku termenung, aku putuskan untuk k3jut dia. Aku k3jut dan tunjuk pada dia yang aku telah tahu segalanya.
Dalam keadaan mamai dia terus minta maaf pada aku. Aku pun terp4ksa buat pertama kalinya menggunakan kuasa aku sebagai suami untuk menyekat dia daripada terus berbuat demikian. Aku lafazkan taklik supaya dia berhenti berhubung dengan lelaki tu.
Dia setuju untuk tak lagi berbuat demikian. Walaupun begitu, semenjak kejadian tu kepercayaan aku boleh dikatakan hampir tiada. Dia sepatutnya bukanlah orang jenis menggatal sana sini selama aku kenal dia. Entah kenapa. Mungkin ujian bagi dia untuk tiba – tiba buat hal macam ni.
Sejak tu hati aku terus tak tenang. Tapi kami teruskan kehidupan seperti biasa kembali. Aku pun perasan layanan dia pada aku sudah berubah. Makin mesra walaupun bagi aku masih tak cukup mesra. Tapi aku okey. Aku terima dan anggap mungkin dia sudah sedar dan cuba menebus kembali kesilapannya.
Namun sangkaan panas sampai ke petang rupanya hujan di siang hari. Tak sampai dua bulan selepas kejadian tu, aku perasan lagi dia masih seperti mencuri chat di belakang aku. Akhirnya kuasa Allah yang nak tunjuk. Teruk betul bini aku ni tak pandai sorok, tapi aku bersyukur sangat sebab dia kantoi.
Ada satu malam aku berpura – pura tidur kerana perasaan syak wasangka aku sentiasa ada. Disebabkan bilik tu gelap, dia tak perasan yang sebenarnya mata aku tak pejam betul – betul pun. Aku pun ternampak dia sedang curi – curi menaip telefon.
Kali ni bukan di WhatsApp, tapi melalui aplikasi LINE. Terus aku tegur dan tanya siapa tu. Gelabah terus dia nak menjawab. M4ti – m4ti tak mengaku dan cakap tak ada apa – apa. Kononnya bukan chat. Dia ingat aku tak nampak ayat – ayat lelaki tu.
Aku terus desak dia mengaku, tapi sampai sudah dia tak mengaku. Akhir sekali aku cakap yang aku dah syak dari awal lagi sebab aplikasi tu nak dibuka kena masukkan kata laluan. Akhirnya dia mengaku memang ada chat, tapi dia tak beritahu siapa orangnya. Cuma yang pasti bukan bekas teman lelaki dia sebab aku perasan nama lain. Alasannya sebab bosan.
Aduhai. Kecewa lagi aku. Tak sampai dua bulan dia buat hal lagi. Entah b0doh ke apa aku ni, aku masih cuba bersabar dan beri dia peluang sekali lagi. Aku masih bercakap baik – baik dan menasihati dia dengan lembut macam sebelum ni. Langsung aku tak tinggikan suara sebab takut k3jutkan anak yang sedang tidur di sebelah.
Kalau ikutkan hati, dia memang dah tak layak untuk jadi sebahagian hidup aku. Sepanjang perkenalan kami hinggalah ke alam perkahwinan, tak pernah sekali pun aku cuba curang pada dia. Pedih tuan – tuan. Dua kali kena dalam masa tak sampai dua bulan. Cuma anaklah penyebab utama untuk aku kekal w4ras masa tu.
Lepas pada tu sampailah sekarang, aku dah rasa tak selamat lagi dalam rumah tangga ni. Syak wasangka aku pada dia sentiasa ada. Tapi aku tetap berdoa yang dia betul – betul dah tak buat hal lagi lepas ni. Sebab kalau berlaku lagi kali ketiga, aku rasa memang dah cukup. Tiada lagi maaf daripada seorang suami untuk dia.
Cukup perit dah aku rasa walaupun semua tu hanya sekadar chat. Sebagai suami, aku boleh dikatakan seorang yang agak family man. Aku bukan jenis kaki lepak keluar malam sampai tinggal anak bini. Aku juga tak pernah tinggikan suara pada dia dan anak.
Aku jenis lembut bercakap, bukan panas baran, bukan kaki maki hamun dan bukan kaki pukuI isteri. Aku selalu mengalah, hormat orang tua dia dan sebagainya. Sebagai suami, walaupun aku bekerja, aku tetap tolong dia buat kerja rumah termasuk menguruskan anak.
Sepanjang perkahwinan kami selama 6 tahun ni, tak pernah pun kami berg4duh besar. Walaupun dah jadi macam ni pun, aku masih bercakap baik – baik dengan dia. Ikutkan hati, boleh sahaja aku mula buat hal dan cari orang lain. Dengan keadaan kewangan aku, usia yang baru 30 an dan sedikit rupa paras yang ada, tambahan pula jenis pekerjaan aku yang selalu berjumpa orang, memang mudah sangat untuk aku ke arah tu.
Tapi tak. Aku tak sanggup bila memikirkan anak bini di rumah. Entahlah. Mungkin selagi kesabaran aku masih ada agaknya. Bila difikirkan balik, mungkin dia mula bosan kerana tak bekerja dan hanya menjaga anak di rumah. Tapi adakah dengan alasan bosan sahaja cukup untuk dia merisikokan rumah tangga dia sendiri?
Aku faham situasi dia dan aku pun selalu galakkan dia untuk sertai apa – apa aktiviti luar seperti zumba dan sebagainya supaya dia dapat berkawan dengan g3ng perempuan. Sejujurnya dia pun bukanlah seorang isteri yang tak baik. Dalam hal lain dia okey dan aku puji dia. Cuma aku sangat tak sangka dalam hal ni dia tewas dengan godaan sy4itan. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Aku mohon anda semua doakan dia betul – betul berubah.
Ulasan Pembaca :
Siti Khalizah : Pendapat aku, isteri kurang rasa sifat syukur. Bagi aku juga alasan yang diberikan tak munasabah sebab bosan dan agak melampaui batas sebagai seorang isteri nak civm dan peIuk dengan lelaki lain. Bagi aku suami kena memberi pengajaran dan mendidik dia supaya tak mengulangi lagi.
Namun dua bulan kemudian, dia ulang semula perbuatan dia seperti tak memikirkan suami dan anak dia sendiri. Ajarkan dia sifat syukur. Hantar dia hadir ke kelas agama. Saat ni suami bangunlah solat malam dan minta petunjuk daripada Allah. Ubat bagi isteri adalah suami tu sendiri. Semoga masih boleh diperbaiki. Perlukan kerjasama antara dua hati. Jika hanya satu pihak iaitu suami sahaja yang berusaha, agak sukar untuk dipulihkan. Semoga berjaya.
Mohd Ferdaus : Benda paling berat dalam perkahwinan adalah kecurangan. Biarpun dia tak jumpa lelaki tu sekali pun, kemungkinan untuk benda ni jadi lebih teruk memang ada. Dia sepatutnya tahu batas dia sebagai isteri. Kalau ya pun bosan, banyak aktiviti yang boleh dibuat. Cari kawan perempuan, bukannya lelaki. Dia beruntung dapat lelaki yang penyabar. Kalau lelaki lain, tak tahulah nak cakap macam mana.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.