Dalam masa 3 hari saya buat pinjaman selesaikan 10 hutang ahl0ng suami. Lepas sebulan, suami buat hutang baru

Keesokan harinya baru suami membaIas mesej saya dan mengatakan bersetuju untuk bercerai. Saya agak pelik kerana suami seolah – olah mudah bersetuju untuk bercerai. Tiba – tiba saya teringatkan taklik yang telah dibuat suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Saya perlukan pandangan anda tentang situasi saya sekarang. Saya dah pernah ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, tapi saya masih tak nampak jalan. Saya dan suami pernah bercerai dan ke mahkamah, tapi saya tak mampu nak ceritakan segalanya di mahkamah, tak mahu mengaibkan suami. Kami sekarang dah rujuk semula.

Sedikit pengenalan tentang suami. Dia melayan saya dan anak dengan baik. Ringan tulang membantu kerja – kerja di rumah. Boleh diharap untuk jaga anak semasa saya tiada. Kata – katanya juga boleh dik4tegorikan sebagai sopan dan lembut.

Pernah juga saya ditengkingnya ketika berg4duh, itupun kerana saya juga meninggikan suara kepada suami. Tetapi kebiasaan dan keperibadiannya, dia bukanlah seorang yang mudah melenting kepada saya. Tidak pernah sesekali naik tangan.

Dia juga seorang yang boleh dibawa berbincang dan kebanyakan permintaan saya dituruti (yang tidak melibatkan wang seperti teman saya ke kIinik, ke pasaraya dan sebagainya). Suami ada masalah kewangan yang kritikal.

Masalah ini sejak dari sebelum kami berkahwin. Malah, sebelum kami berkenalan lagi. Selepas beberapa tahun berkenalan dengan suami, barulah saya tahu mengenai masalah kewangan suami yang kritikal kerana banyak melibatkan along.

Suami seorang yang suka berhutang. Setakat yang saya tahu, dia sudah banyak berhutang dengan mak ayah dia, adik beradik, kawan – kawan dan paling menakutkan, dengan along (pinjaman berlesen). Sebelum kami berkahwin, saya pernah bertanya mengenai hutang – hutang ini semua.

Saya jadi pelik kenapa suami boleh berhutang dengan banyak. Apa kegunaan duit – duit itu semua. Menurut suami, semasa muda dia terpengaruh dengan kehidupan yang agak social bersama kawan – kawan. Salah satu punca dia mula berhutang kerana ingin merasa lifestyle moden. Ke kelab malam, memakai barang berjenama.

Dan untuk menjaga imejnya di depan teman wanitanya ketika itu, dia meminjam duit untuk belanja teman wanita di tempat – tempat mahal, kerap keluar dating, belikan barang kemas dan barang berjenama untuk teman wanita, ke kelab malam, dan salah satu hobi yang menjurus kepada masalah kewangan ini juga adalah hobi ubah suai kereta.

Melihat kawan – kawan ubahsuai kereta, dia mengikut dan taknak kalah. Hobi yang memakan belanja ribuan ringgit. Dan suami juga orang yang culas dalam membayar hutang – hutangnya, menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Wallahualam, sejujurnya saya tak tahu dia bercakap benar atau tidak mengenai punca masalah hutang ini. Iya, saya mengetahui berkenaan masalah kritikan ini tapi saya masih setia dan meneruskan perkahwinan kami. Malah saya bertekad untuk membantunya menyelesaikan masalah ini secara perlahan – lahan.

Di awal perkahwinan, kira – kira 1 tahun pertama, saya mengawal segala perbelanjaan keluarga. Dia serahkan semua gaji nya pada saya untuk diuruskan. Ini adalah atas persetujuan suami setelah saya bersetuju untuk membuat pinjaman peribadi dengan jumlah yang agak banyak untuk melangsaikan sejumlah besar hutangnya.

Saya menjalankan amanah pengurusan kewangan itu sebaik mungkin. Segala hutang dia yang saya ketahui, saya komited bayar setiap bulan. Walaupun pada awal perkahwinan, kami teruk diuji dengan masalah kewangan akibat pekerjaan suami yang huru hara.

Ada satu masa company tempat suami bekerja beberapa kali lambat membayar gaji. Bukan lambat sehari dua, kadangkala sampai 2 minggu. Due hutang – hutang suami perlu dipatuhi dan banyak yang saya terp4ksa bayar dengan duit saya sendiri.

Keadaan kewangan suami yang sempit juga pada ketika itu, memaksa saya untuk turut menggunakan gaji saya untuk menampung hutang – hutang suami dan perbelanjaan keluarga kami. To be honest, gaji suami hanya mampu membayar hutangnya, itu pun kadang kala tak mencukupi.

Jadi bayaran lain seperti sewa rumah, bil, kereta, petrol, makanan dan keperluan segalanya terletak di bahu saya. Setiap satu perbelanjaan saya yang uruskan. Saya yang buat pembayaran online, saya yang keluar membeli barang keperluan di rumah, saya yang ke pasar, ke kedai.

Duit belanja suami juga saya yang beri setiap minggu antara RM50 – RM100. Bagi saya mencukupi memandangkan tempat kerja suami berdekatan dengan rumah, suami hanya menggunakan motor dan saya bekalkan makanan setiap hari ke tempat kerja.

Ada sebab kenapa saya yang melakukan ini semua. Tapi, saya keletihan. Demi Allah saya letih. Bukan letih berkongsi, tetapi letih menguruskan kewangan suami, memerah otak hampir setiap hari memikirkan mana lagi sumber kewangan yang boleh saya cari tanpa meminjam dan berhutang dari sesiapa, memikirkan beras dan lauk yang mungkin tak mencukupi sehingga hujung bulan, memikirkan 4 perut yang perlu diisi.

Untuk pengetahuan dan penilaian pembaca, keluarga kami bukanlah keluarga kecil sepasang suami isteri sahaja tetapi beserta dengan 2 orang anak suami (bersama bekas isterinya) yang telah bersekolah juga di bawah tanggungan saya.

Perbelanjaan kami sekeluarga agak besar termasuk bayaran transit dan persekolahan. Masuk tahun ke-2 perkahwinan, kami dikurniakan rezeki anak. Selepas melahirkan anak dan semasa berpantang, saya telah menyerahkan kembali tanggungjawab pengurusan kewangan suami kepadanya kerana keadaan saya yang tak mengizinkan untuk saya keluar membeli keperluan rumah.

Saya tidak lagi memegang duit gaji suami, jadi saya tidak lagi membuat bayaran hutang – hutang suami dan keperluan persekolahan, bayaran transit anak – anak suami. Walaupun begitu, saya masih melangsaikan hampir keseluruhan besar perbelanjaan keluarga melalui bayaran online.

Semasa tempoh itu, fikiran saya agak tenang dan saya hanya perlu fikirkan bayi dan diri saya. Selepas habis tempoh berpantang pun, saya tidak meminta untuk menguruskan duit suami. Saya biarkan suami uruskan seperti biasa.

Pada fikiran saya, mungkin sudah sampai masa suami belajar uruskan kewangan keluarga. Dan saya perhatikan suami tidak merungut kekurangan duit dan sebagainya. Lagipun pada fikiran saya, suami hanya perlu menyediakan duit belanja sekolah anak – anak, duit belanja dirinya sendiri dan hutang – hutang along.

Saya masih menggunakan duit saya melengkapkan keperluan lain, ke pasar, ke kedai dan sebagainya. Tapi ketenangan itu hanya sementara. 5 bulan kemudian, suami berterus terang dengan saya yang dia telah membuat pinjaman dari along berlesen dan kad atm suami telah diserahkan kepada mereka, dan pinjaman itu telah dibuat sebulan selepas saya berpantang.

Bermaksud hanya sebulan sahaja suami mampu menguruskan kewangan tanpa pinjaman. Alasan yang suami beri, dia tidak cukup duit untuk kegunaan sendiri dan duit belanja sekolah anak – anaknya. Hutang – hutang sedia ada tidak dibayar, suami buat hutang baru dan pada ketika dia berterus terang itu, dia meminta saya membantunya membayar hutang tersebut dengan membuat pinjaman peribadi sekali lagi.

Sedangkan pinjaman peribadi yang pertama dahulu pun masih berbaki berbelas ribu. Ya, dia terp4ksa berterus terang kepada saya kerana terdesak. Gaji bulanannya habis ditolak oleh along dan dia sudah tak mampu membuat bayaran bulanan.

Saya kecewa. Terlalu kecewa. Segala penat lelah saya mengatur perbelanjaan selama lebih setahun disia – siakan. Segala tekanan yang saya tanggung untuk mengurangkan tekanan pada suami, seolah dicampak ke dalam tong sampah begitu sahaja.

Saya anggap, tindakan suami kali ini seperti memijak – mijak usaha, keringat dan peng0rbanan saya. Dengan gaji saya itu, sebenarnya saya mampu untuk membeli pakaian baru sekurang – kurangnya sepasang setiap bulan.

Memakai beg tangan berjenama, menikm4ti makanan kegemaran yang agak mahal. Tapi saya tolak tepi semua ini, saya ik4t segala keinginan saya untuk keluarga kami. Semasa mengandung, banyak makanan yang saya teringin, tapi saya hanya mampu telan air liur dan usap perut sambil mengungkapkan kata – kata sabar kepada diri sendiri dan anak di dalam kandungan.

Saya juga telah berkira – kira dengan pengurusan kewangan yang saya buat awal dulu, suami akan bebas hutang dalam masa 10 tahun. Tetapi kini segala impian dan perancangan saya h4ncur lebur. Saya marah tetapi dalam masa yang sama hati saya masih terbuka untuk membantu suami.

Saya cuba memohon pinjaman peribadi dalam jumlah yang besar. Setelah lulus, sebahagiannya saya gunakan untuk melangsaikan hutang peribadi pertama dan membayar hutang along yang suami buat selepas saya berpantang.

Masih belum mampu untuk melangsaikan kesemua hutangnya. Masih ada komitmen bulanan kepada along yang perlu suami bayar. Saya kembali mengambil alih pengurusan kewangan keluarga, gaji suami, hutang – hutang suami dan duit belanja suami dan anak – anak.

Pada ketika itu, keadaan kewangan sem4kin sempit, saya terp4ksa menghadkan duit belanja suami menjadi RM40 sahaja seminggu dan duit belanja sekolah anak – anak RM2 sahaja sehari. Suami setuju dengan jumlah ini semasa saya berbincang dengannya.

Tetapi setelah beberapa ketika ketika berselisih faham, suami mula mengungkit yang duit belanja tak mencukupi. Suami juga mengatakan yang saya berkira, suami menuduh saya tidak amanah dengan meragui ke mana dan apa kegunaan duit – duit keluarga selama ini.

Ya, silap saya kerana selama ini saya menguruskannya sendirian dan tidak pernah memaklumkan kepada suami setiap bayaran yang saya buat. Saya tidak menyangka yang suami ada rasa tidak percaya kepada saya, sedangkan bil rumah tak pernah ada tunggakan, kereta belum pernah ditarik, surat dari bank tak pernah diterima.

Dan sekali lagi saya terasa penat yang terlalu penat dengan usaha saya. Tetapi saya seorang yang agak well-organized, walaupun saya tidak pernah memaklumkan segala aliran kewangan, tapi setiap satu ringgit sekalipun saya rekodkan di dalam whatsapp group.

Whatsapp group itu pada asalnya untuk kegunaan saya dan suami merekod perbelanjaan kami, tapi suami left group semasa kami bertengk4r satu masa dulu. Mungkin dia rasa terkongkong dan terik4t dengan rekod yang dikongsi dengan saya.

Sudahnya, whatsapp group itu hanya ada 1 ahli sahaja iaitu saya. Saya tetap meneruskan aktiviti mencatat perbelanjaan. Bila di tuduh sedemikian oleh suami, saya screensh0t kesemua rekod saya selama bertahun – tahun dan saya send pada suami.

Saya juga katakan, kalau ada walau sesen belanja itu yang bukan untuk keluarga, suami boleh tuntut dan saya akan bayar balik. Demi Allah pada masa itu, hati saya tercalar, rasa tidak ikhlas dengan segala yang telah saya lakukan dan sedikit tawar hati terhadap suami.

Tapi suami telah meminta maaf dan mengakui dia terlanjur kata dan dia tak pernah meragui amanah yang saya pikul, malah berterima kasih kepada saya. Setelah setahun kes pinjaman al0ng itu berlaku dan saya menguruskan kewangan seperti biasa, saya sekali lagi dikejutkan dengan pinjaman terbaru.

Pinjaman ini dilakukan hanya selepas seminggu saya menyerahkan kembali kad atm kepada suami kerana suami ingin berurusan di bank untuk menukar nombor telefon. Kenapa suami meminjam lagi? Mari saya terangkan mengikut apa yang dijelaskan oleh suami.

Pada bulan 6 sebelum menyambut hari raya aidilfitri, suami telah mengambil advance dari company sebanyak RM1000. Suami tidak memaklumkan kepada saya dan berlagak seperti biasa. Duit belanja mingguan masih saya beri, suami juga tidak menghulurkan duit persiapan perayaan. Baju raya saya dan anak, saya yang beli.

Kuih – kuih raya, daging, ayam dan sebagainya saya beli untuk dibawa pulang ke rumah ibunya sebagai persiapan raya, juga tiada sumbangan dari suami sedangkan kami pergi bersama – sama untuk membeli segala keperluan.

Saya tidak meminta kerana saya fikir suami seperti biasa tidak ada duit dan kesemua duit pada saya. Duit raya anak saya seringgit pun suami tak bagi. Saya berlapang d4da, menyediakan segalanya tanpa sekelumit syak wasangka, dan tidak langsung saya marah atau bermasam muka dengan suami.

Maka, pada bulan berikutnya, gaji suami dip0tong sebanyak RM500, separuh dari advance. Saya lihat slip gaji suami dan saya tanyakan tentang potongan yang jelas tertera ADVANCE. Suami menipu saya dengan mengatakan pihak HR syarik4t tersalah p0tong dan akan dibayar balik pada bulan berikutnya.

Saya terima bulat – bulat, langsung tak marah atau bermasam muka walaupun saya agak ralat. Bagi saya RM500 itu banyak dan saya terp4ksa berjimat cermat dan mengik4t keperluan sendiri untuk menampung kekurangan RM500 tersebut dengan duit gaji saya.

Tapi saya tetap ingatkan hati supaya bersabar dan menunggu untuk dibayar balik pada bulan berikutnya. MaIangnya, pada bulan berikutnya saya masih nampak p0tongan sebanyak RM500 lagi di slip gaji suami. Sudahlah potongan bulan lepas tidak dibayar balik, ditambah dengan p0tongan terbaru. Saya sudah hilang sabar.

Saya terus terang pada suami yang saya tertekan kerana semua di bahu saya. Gaji suami asyik dip0tong, asyik tak mencukupi tapi hutang – hutang tetap perlu dibayar, perut masih perlu diisi, dapur masih perlu berasap, kereta masih perlu bergerak, anak masih perlu ke sekolah dan taska.

Saya luahkan yang saya penat dan saya merayu minta suami dapatkan balik p0tongan tersebut dari HR dalam masa terdekat. Saya dah tak boleh tunggu bulan berikutnya. Demi untuk tidak mahu terus didesak, suami berjanji akan mendapatkan Petty cash dari HR sebanyak RM1000, dan keesokan harinya suami telah mereka cerita dengan mengatakan dia telah berjumpa ketua dan memaklumkan tentang kesilapan HR dan HR telah dimarahi dan dia juga telah diberi cash RM1000.

Saya sangat lega dan mempercayai kata – katanya. Suami menyerahkan duit tersebut kepada saya dengan senyuman. Rupa – rupanya di sinilah semuanya bermula. Duit cash RM1000 tersebut suami dapat dari al0ng. Pinjaman bermula dengan pinjaman mingguan tetapi akibat banyak tunggakan dan tidak lagi mampu bayar, suami tukar ke pinjaman bulanan dengan menyerahkan kad atm dan gaji suami diambil terus oleh al0ng.

Saya persoalkan advance cash RM1000 yang diambil, apa yang dia belanjakan sedangkan sesen pun tiada untuk keluarga kami. Dia maklumkan dia telah memberi hampir separuh kepada bekas isterinya untuk persiapan hari raya anak – anak mereka dan sebahagian lagi diberi kepada kedua ibu bapanya sebagai duit raya. Saya terlalu kecewa.

Saya tahu tanggungjawab suami kepada anak – anaknya dan ibu bapanya. Tapi saya kecewa suami membelakangkan saya. Melihat saya terkontang kanting seorang diri mencukupkan keperluan kami di sini, suami tegar berdiam diri dan memberi begitu banyak kepada orang lain.

Saya kecewa suami sanggup menipu saya semata – mata untuk gembirakan orang lain dan biarkan saya tertekan dengan kewangan suami. Saya kecewa suami sanggup terlibat semula dengan along demi untuk meneruskan penipuannya, sedangkan setahun yang lalu dia merayu meminta saya membantunya dan telah berjanji tidak akan berurusan dengan al0ng lagi.

Saya sangat kecewa dengan tindakan suami dan sikap buruk yang tidak pernah berubah. Saya telah meminta suami untuk keluar dari rumah dan saya ingin menuntut perceraian dan saya sudah tidak mahu ambil tahu dan tolong suami lagi berkenaan hutang – hutang suami.

Suami telah keluar dari rumah dan sesekali datang menjenguk anak. Setelah kira – kira sebulan kami berpisah tempat tinggal, suami memujuk saya, berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya, merayu untuk kembali kepada saya dan anak, ingin menebus dan memperbaiki kesalahannya.

Dia juga mengajak saya ke pejabat agama untuk sesi kaunseling jika itu yang saya perlukan. Ye kami pergi ke pejabat agama, saya telah menceritakan masalah kami tapi tidak banyak yang dapat membantu dari sesi kaunseling tersebut.

Ustaz hanya boleh menasihati suami akan sikap buruknya, tentang tanggungjawab dan sebagainya. Pokok pangkal, terletak pada suami untuk berubah atau tidak. Setelah seminggu sesi kaunseling, suami sekali lagi memohon untuk pulang ke rumah kami.

Setelah berfikir panjang dan memikirkan anak yang masih kecil dan terlalu rapat dengan ayahnya, saya membenarkan suami tinggal kembali dengan kami dan saya minta dia buktikan kata-katanya.

Selepas kami tinggal bersama semula, suami ada menceritakan tentang keadaan hutangnya ketika itu yang telah sem4kin kritikaI. Sepanjang kami duduk berasingan, rupanya suami telah meminjam lagi dengan al0ng yang tidak berlesen.

Al0ng tidak berlesen tidak memerlukan kad atm suami tetapi sangat aggr3sive dalam memungut hutang. Alasan suami berhutang untuk bermain saham Forex dan mendapat untung besar supaya dapat melunaskan hutangnya dengan segera dan saya akan memaafkannya setelah dia berjaya melangsaikan hutang.

Saya marah dengan tindakannya, saya katakan, sepatutnya masa kita berjauhan suami ambil iktibar dan berusaha mencari pendapatan sampingan dengan pekerjaan tambahan untuk membayar hutang dan nafkah, bukannya dengan mengambil jalan singkat dan meminjam beribu ringgit lagi untuk pelaburan Forex. Dia mengaku yang dia berfikiran pendek dan meminta maaf.

Hati isteri, walapun saya terlalu marahkan sikap b0doh suami, saya masih terbuka hati untuk membantu lagi – lagi suami tidak membantah setiap kata – kata amarah yang saya tuturkan padanya dan hanya diam sepi, muka yang meminta simpati buat saya tak sampai hati.

Saya minta suami senaraikan kesemua hutang dan saya akan fikirkan cara untuk bayar. Jumlah keseluruhan sudah mencecah belasan ribu. Pinjaman yang tidak berlesen ini sangat bah4ya. Jika meminjam RM1000, perlu membayar balik RM1000 dalam masa seminggu. Jika gagal, suami tetap perlu membayar RM500 tetapi RM1000 tersebut tidak diptong.

Begitulah seterusnya di mana selagi tidak mampu bayar lumsum RM1000, setiap minggu perlu bayar RM500. Rupanya disaat suami berterus terang itu, suami sudah sangat terdesak kerana beberapa along tidak berlesen sudah mula hilang sabar menunggu bayaran dari suami dan telah mula mengugvt untuk mencari suami di tempat kerja, di rumah dan menced3rakan saya dan anak.

Suami sangat terdesak dan sekali lagi merayu meminta saya membuat pinjaman peribadi Easy-RHB kerana kelulusan dan duit dapat diperoleh dalam masa beberapa jam, dan telah melafazkan taklik kepada saya bahawa dia tidak akan meminjam lagi dan jika dia ulangi, jatuh talak satu pada saya.

Lafaz taklik itu untuk memberi keyakinan kepada saya bahawa dia betul – betul menyesal dan akan berubah. Saya terkesima dan membantah cadangan suami tentang pinjaman bank. Saya sudah tidak sanggup menambah hutang pinjaman peribadi, sedangkan pinjaman yang lama dulu saya yang uruskan bayaran, kalau diharap suami pasti beribu – ribu tunggakan.

Saya serik dan tidak sanggup. Ntah macam mana, sehari selepas perbincangan kami, 3 orang al0ng telah menghubungi saya dan mendesak saya untuk membayar bagi pihak suami pada hari itu jugak. Demi Allah, saya sangat tertekan.

Tidak tenang saya di tempat kerja dan kualiti kerja saya terganggu. Kerana ketakutan dengan ugvtan mereka, saya telah menghubungi banyak kenalan untuk meminjam duit, saya telah mengeluarkan kesemua simpanan tabung haji saya dan anak saya untuk membayar hutang.

Dalam masa 3 hari yang penuh tekanan, saya dapat selesaikan kesemua pinjaman al0ng tidak berlesen berjumlah belasan ribu ringgit dengan kira – kira 10 orang along keseluruhannya. Lega dengan segala pembayaran tapi dalam masa yang sama hati saya pedih dan pilu mengenangkan kesemua simpanan saya dan anak lesap, dan kini saya pula di kelilingi hutang yang banyak.

Selepas segalanya selesai, sikap saya terhadap suami mula berubah. Saya agak tawar hati dengan suami. Saya sering menangis mengenangkan satu demi satu pengkhi4natan suami terhadap saya. Lebih s4kit, suami mendahulukan orang lain berbanding saya, yang berada paling tinggi di tangga nafkah wajib selepas dirinya.

Saya sering tertanya – tanya sendiri, adakah saya tidak layak mendapat hak saya sebagai isteri? Sepanjang membesar bersama ibu saya seorang ibu tunggal, banyak hak – hak saya dari seorang bapa tidak dapat saya rasa. Dan kini setelah saya bersuami, hak saya turut dinafikan oleh suami.

Saya kerap termenung, mempertikaikan kewujudan saya di dunia adakah hanya untuk membantu dan membahagiakan orang lain sedangkan saya tidak akan bahagia? Saya bersikap dingin dengan suami, sudah tidak mampu bermesra dan bermanja seperti dulu.

Fikiran saya sarat dengan segala hutang yang tiba – tiba muncul dalam hidup saya, akibat perbuatan orang lain. Walaubagaimanapun, saya tetap menjaga keluarga seperti biasa. Makan minum tetap saya sediakan, anak saya uruskan dan rumah teratur.

Sebulan kemudian, kami berselisih faham dan suami pulang ke rumah ibu bapanya. Kebetulan anaknya dihantar ke sana oleh bekas isteri. Oh ya, masuk tahun ke-3 perkahwinan, kedua – dua anak suami telah berpindah ke bekas isterinya atas permintaan bekas isterinya sendiri.

Suami pulang bersendirian dan tidak memaklumkan kepada saya berapa lama akan tinggal di sana. Selepas 2 hari saya bersabar dan menunggu whatsapp dari suami, saya telah hilang sabar dan menghantar whatsapp kepadanya meluahkan rasa tidak puas hati, dan saya meminta dia melepaskan saya dan tidak perlu balik lagi ke rumah kami, terus sahaja tinggal di sana.

Keesokan harinya baru suami membaIas mesej saya dan mengatakan bersetuju untuk bercerai memandangkan saya sudah tidak bahagia selepas kes al0ng yang terbaru. Saya agak pelik kerana suami seolah – olah mudah bersetuju untuk bercerai.

Tak lama kemudian, saya teringatkan taklik yang telah dibuat suami, jadi saya bertanya adakah suami ada meminjam duit dari sesiapa. Pada awalnya suami tidak mengaku dan memarahi saya kerana mendesak, tapi akhirnya mengaku terp4ksa meminjam kerana duit semua pada saya dan dia malu untuk meminta kerana kami sedang dingin.

Jadi saya tersedar yang talak satu telah jatuh terhadap saya dan inilah sebabnya suami seolah – olah senang bersetuju untuk bercerai. Saya telan rasa sedih dan kecewa, saya ucapkan terima kasih kerana sanggup mentalakkan saya dengan nilai RM100 yang dipinjam dan saya katakan yang saya akan uruskan hal mahkamah.

Sekali lagi hati saya bagai digiIis – giIis, parah tetapi masih bernyawa. Saya terkenang segala kasih sayang saya terhadapnya sehingga saya menjerumuskan diri saya di lembah hutang, kerana kasih sayang juga saya menerima suami berserta anak – anaknya dan segala bebanan hutangnya dengan niat untuk sama – sama bantu memperbaiki hidupnya.

Saya terkenang segala peng0rbanan saya yang seolah – olah tidak dihargai. Hati saya rasa terlalu penat, kepala saya berdenyut – denyut s4kit, seakan ada satu tekanan yang maha berat sedang menghimpit setiap inci otak saya.

Hati rasa pedih yang tak mampu diungkap dengan kata – kata. Saya rasa sayalah paling tepat untuk digambarkan dengan peribahasa habis madu sepah dibuang. Beberapa hari kemudian, ketika hari suami menerima gaji, saya telah memeriksa akaun suami dengan tujuan untuk menuntut bayaran hutang yang saya perlu bayar pada kawan – kawan.

Ye saya diberi akses tetapi tidak pernah sesekali saya menyalahgunakan kelebihan ini. Jantung saya berdebar kerana duit di dalam akaun suami tidak berbaki. Saya terus memecut kereta ke tempat kerja suami yang tidak jauh dari tempat kerja saya, memaksa suami ke kereta untuk berbincang.

Setelah mendesak, sekali lagi suami mengaku telah membuat pinjaman dan kad atm ada pada al0ng, jadi gaji suami telah diambil. Saya terdiam. Saya bertanya bagaimana dia boleh bagi kad pada al0ng sedangkan kad suami masih pada saya, belum sempat saya serahkan kepadanya semasa dia pulang ke rumah ibu bapanya tempoh hari.

Suami mengaku telah membatalkan kad yang saya pegang dan membuat kad baru untuk diberi kepada al0ng. Allah, Tuhan sahaja yang tahu apa saya rasa ketika itu. Ujian apa lagi ya Allah? Saya sudah tak mampu bertahan.

Tekanan yang saya rasa di tahap maksimum. Saya meng4muk bagai orang giIa, menghamburkan kata – kata h1naan pada suami, mengungkit segala peng0rbanan saya, meluah segala kes4kitan dan keperitan saya. Saya tumbvk – tumbvk tubuh suami sambil meraung dan menghamburkan segalanya. Saya tanya kali ini untuk apa lagi?

Katanya dia terp4ksa menggunakan al0ng berlesen untuk membayar hutang al0ng tidak berlesen yang sangat aggr3ssive. Kata suami, selepas jatuhnya talak, suami mengaku seperti hilang arah dan sekali lagi membuat tindakan b0doh meminjam dari along tidak berlesen untuk melabur di forex bagi mendapatkan duit segera dengan nilai yang banyak untuk memenangi dan merujuk saya semula, tetapi segala modal pelaburan hangus dan lost.

Disebabkan tidak tahan dikejar dan diugvt al0ng tidak berlesen, suami telah meminjam dari al0ng berlesen yang memerlukan kad atm. Tetapi pada ketika itu, saya sudah tidak dapat menerima alasan tersebut. Saya katakan, walau suami dapat untung besar melalui forex sekalipun, saya tidak akan rujuk kembali sebab suami masih tidak berubah dan mencari sumber kewangan dari sumber yang tidak halal.

Saya menyatakan saya menyesal berkahwin dengannya, menyesal membantunya sehingga saya tinggal sehelai sepinggang. Saya betul – betul hilang sabar ketika itu. Sebulan kemudian, iaitu beberapa hari sebelum kami ke mahkamah untuk sesi perbicaraan, suami telah datang ke rumah untuk menjenguk anak.

Suami telah ajak saya untuk rujuk kembali sambil menangis mengakui kesilapannya. Entah kenapa hati saya mudah lembut waktu itu, saya bersetuju dan selepas perbicaraan, kami terus mendaftarkan rujuk. Mungkin ada yang tertanya – tanya, kenapa bukan suami sendiri yang membuat pinjaman bank? Saya pekerja sektor awam ke?

Untuk pengetahuan pembaca, nama suami dah disenarai hitamkan kerana tunggakan bayaran pinjaman kereta, PTPTN dan motor. Semua ini tunggakan lama sebelum kami berkahwin lagi. Jadi hanya saya seorang yang boleh membuat pinjaman bank.

Saya hanya pekerja sektor swasta tapi pendapatan yang boleh dik4takan selesa dan boleh membuat pinjaman dengan jumlah yang agak besar. Terus terang saya katakan, walaupun kami rujuk hati saya bukan 100% rela. Saya lebih memikirkan nasib anak saya.

Kegembiraan dan senyuman anak saya ketika bersama ayahnya membuat saya sayu dan kembali mengalah. Sikap saya terhadap suami bertambah dingin. Hanya bercakap apabila perlu. Saya juga sudah tidak mampu bermanis muka pada suami.

Kadangkala bila terkenang kemesraan kami dulu, saya terlalu sedih. Saya rindukan saat – saat itu. Anak saya tak sempat melalui saat indah tersebut. Bila saya tonton ceramah agama tentang tanggungjawab isteri, saya rasakan saya hanya menambah d0sa dalam rumahtangga ini.

Saya tidak membelai suami, tidak bermanis muka, tidak bermesra, tidak lagi bersalam setiap pagi sebelum ke tempat kerja, tidak lagi bermanja dengan suami. Ada dua sebab sikap saya dingin. Yang pertama, mungkin kerana hati saya sudah m4ti untuk dia.

Mungkin saya hanya hidup atas rasa tanggungjawab, tanpa cinta dan kasih sayang. Sebab yang kedua, saya takut, tr4uma dan serik untuk berbuat baik. Saya rasakan, suami seperti mengambil kesempatan bila hubungan kami beransur pulih.

Dengan kes – kes yang saya ceritakan terjadi semasa saya sudah mula rasa lembut hati. Setiap kali dikhi4nati, saya marah, saya bantu, saya kecewa, kemudian by time saya kembali sejuk dan tiba – tiba datang lagi masalah yang berulang. Demi Allah saya serik, takut dan tr4uma.

Selepas rujuk, saya ada menangis teruk seakan – akan menyesal dengan keputusan saya. Kadang – kadang, saya rasa saya seperti orang tak w4ras. Sekejap nak berbual rancak, tiba – tiba senyap dan berlalu. Sekejap teringin nak masakkan yang istimewa, kemudian berubah fikiran dan buat ala kadar.

Kadangkala teringin bercuti dengan gembira bersama, tapi sekelip mata saya batalkan niat. Jika ada di kalangan pembaca yang mempunyai ilmu, atau pengalaman, bolehlah berkongsi dengan saya. Dengan situasi yang saya ceritakan di atas, saya perlu bersikap bagaimana?

Menjadi isteri solehah dengan melayan suami sebaiknya, bermanis muka, bermanja, bermesra dan menyara keluarga seperti sebelumnya tetapi dengan risik0 dikhi4nati dan dis4kiti lagi dengan hal yang sama which hati saya dah tak mampu nak tanggung.

Atau terus bersikap dingin, menjalankan kewajipan sekadarnya sahaja, menjaga hati sendiri, pentingkan diri dan tidak lagi menghiraukan masalah – masalah suami supaya saya tidak lagi menjadi m4ngsa? Atau perceraian adalah jalan terbaik untuk mengelakkan saya berbuat d0sa pada suami? – Wanita Ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nur Miza : Arghhhh.. Dengan saya sekali s4kit kepala bila baca masalah puan ni sampai habis. Tapi sedih sebab puan masih tak bercerai. Saya dapat rasa situasi puan dihimpit masalah kewangan yang dilakukan oleh orang lain.

Kalau sekali takpe. Ni dah berkali – kali. Memang takde keinginan nak berubah langsung suami puan tu. Apa lagi boleh buat? Kalau si suami tak boleh berubah, takkan nak s4kit kepala sampai m4ti fikir nak bayar hutang yang tak habis – habis tu???

Nina Aziz : Sesak d4da baca ni. Pendapat saya penceraian jalan terbaik. Takkan nak tunggu kena ser4ng dengan ahl0ng? Fikir keselamatan diri dan anak – anak. Nanti dia akan pinjam ahl0ng lagi sebab dia tau puan ada dengan dia dan akan bantu dia. Suami puan ni parasit ambik kesempatan. Kalau saya kat tempat puan saya tak sanggup. Berkali – kali digunakan. Buka la minda puan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.