Dalam pantang aku diceraikan. Masa aku nak ambik barang dekat rumah, ada kasut perempuan lain. Suami bungkus barang aku dalam plastik sampah. Hina betul aku!

Aku sarat mengandung sampai aku bersalin, suami langsung tak layan sebab dah angau. Satu hari kantoi suami tipu kata nak pergi kursus tapi pergi Cameron Highlnad. Dia marah dan terus lafaz cerai. Aku merayu dekat suami, ingat anak yang baru tengok dunia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, terima kasih sekiranya confession ni disiarkan. Aku menulis ni sebab aku perlukan nasihat dan pandangan daripada orang yang lebih arif. Aku betul – betul buntu sekarang ni dan perlukan pendapat supaya aku boleh fikir dengan lebih w4ras, bukan ikut emosi semata – mata.

Maaf kalau luahan aku panjang, tapi aku cuba ceritakan satu persatu supaya orang faham apa yang aku lalui. Aku berkahwin dengan suami aku, Kamal pada bulan 8 2024. Kami bercinta selama 2 tahun dan bertunang pula 2 tahun.

Sepanjang hubungan kami, memang dia nampak sangat bersungguh – sungguh. Untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pun, dia yang banyak keluarkan duit sebab masa tu aku masih belajar lagi. Kami kahwin masa aku tengah tahun akhir pengajian.

Awal perkahwinan memang terlalu indah. Aku rasa bahagia sangat masa tu. Rezeki lepas kahwin pun murah, aku dapat taw4ran kerja kerajaan. Lepas tu dalam bulan 10 aku disahkan mengandung. Alhamdulillah, aku rasa hidup aku lengkap masa tu. Aku fikir Allah dah bagi kebahagiaan yang aku tunggu selama ni.

Masuk bulan 2, bermulalah kehidupan jarak jauh kami sebab kerja. Masa ni semuanya masih okey lagi. Aku sanggup ulang alik setiap hujung minggu dari Melaka ke Shah Alam semata – mata nak jumpa suami. Penat memang penat, tapi aku ikhlas sebab aku sayang dia.

Kamal pula masa tu buat kerja sambilan jadi pemandu GRAB katanya untuk tambah pendapatan keluarga. Konflik mula jadi masa bulan puasa. Aku mula perasan per4ngai dia berubah. Dia jadi cepat marah, benda kecil pun diperbesar besarkan.

Cara dia layan aku pun dah lain. Dulu aku dimanja – manjakan, apa aku nak semua dia cuba tunaikan. Tiba – tiba dia jadi acuh tak acuh. Kadang – kadang aku menangis sendiri sebab terasa macam aku ni dah tak penting dalam hidup dia.

Sampai satu tahap dia tak benarkan aku balik ke rumah kami lagi. Dia cakap h4ramkan kaki aku jejak rumah dia. Masa tu aku betul – betul tak faham kenapa dia berubah macam tu. Aku cuba pujuk, cuba berbincang baik – baik tapi semuanya sia – sia.

Sekarang bila fikir balik, mungkin masa tu dia dah ada perempuan lain. Hari raya pula dia lebih memilih balik kampung daripada datang jumpa aku yang tengah sarat mengandung. Puas aku merayu suruh datang walaupun sehari sebab aku terlalu rindukan dia, tapi dia tetap tak nak.

Alasannya sebab nak belikan baju raya adik – adik dia. Aku masa tu tak dapat balik kampung sebab kerja. Bayangkanlah aku raya sorang – sorang sambil tahan perut besar dan tahan hati. Semuanya terbongkar masa aku bersalin. Beberapa jam lepas bersalin, aku pinjam telefon dia. Tak ada niat pun nak periksa apa – apa. Tapi Allah nak tunjuk. Tiba – tiba masuk WhatsApp daripada seorang perempuan.

“Biey, kenapa tak balas mesej sayang?” Masa tu aku rasa dunia aku gelap. S4kit bersalin terus hilang macam tu je sebab hati aku lagi s4kit. Suami yang aku percaya sepenuh hati rupanya curang belakang aku. Tapi itulah perempuan. Walau seteruk mana pun suami buat, tetap lagi bagi peluang.

Aku cuba bertahan demi rumah tangga dan anak yang baru lahir. Dia janji perempuan tu dah tak ada, janji nak berubah, janji nak jadi suami yang baik semula. Tapi semuanya cuma janji kosong. Hari aku balik kampung untuk berpantang, aku terdengar dia bercakap dengan perempuan tu melalui telefon. “3 bulan pantang kat kampung.”

Cara dia cakap macam meraikan keadaan tu sebab sepanjang aku berpantang nanti aku tak akan ganggu hubungan mereka. Masa tu hati aku h4ncur sangat, tapi aku diamkan je. Aku dah terlalu penat nak berg4duh. Aku rahsiakan semua daripada keluarga sebab aku tak nak buka aib suami sendiri.

Dalam masa sama hubungan kami makin teruk. Aku banyak makan hati sampai berat badan turun mendadak. Lepas dia tinggalkan aku dengan bayi kecil, dia langsung tak balik kampung jenguk kami. Alasannya sibuk kerja. Aku cuba percaya walaupun hati aku rasa lain. Firasat seorang isteri memang kuat.

Rupanya dia menipu. Dia kata pergi kursus, tapi sebenarnya pergi Cameron Highlands dengan perempuan tu. Patutlah aku telefon satu hari langsung tak berangkat. Lepas kantoi, sebab ego dan marah, dia ceraikan aku melalui mesej dengan talak satu. Ya Allah, mudahnya aku dibuang macam sampah.

Dulu masa nak kahwin, datang minta aku elok – elok dengan keluarga. Sekarang bila hati dia dah berubah, aku dibuang macam tak pernah wujud dalam hidup dia. Aku masih ingat mak ayah aku menangis bila tahu aku diceraikan macam tu. Aku rasa bersalah sangat sebab buat mereka sedih.

Bila pandang muka anak aku yang masih kecil, hati aku makin h4ncur. Anak aku tak sempat pun merasa kasih sayang seorang ayah sepenuhnya. Nak panggil baba pun belum sempat. Walaupun diceraikan, aku masih lagi cuba pujuk dia.

Aku mesej, aku rayu, aku minta dia fikir pasal anak. Tapi semuanya dia tolak mentah – mentah. Macam – macam alasan dia bagi. Masa tu aku rasa harga diri aku dah jatuh habis. Hari ke 36 pantang, aku gagahkan diri pergi ke Shah Alam tanpa beritahu dia. Niat aku cuma nak bersemuka dan ambil barang – barang aku dekat rumah kami.

Bila sampai sana, aku nampak kasut perempuan dekat depan rumah. Masa tu lutut aku rasa lemah sangat. Aku yakin perempuan tu ada dalam rumah kami. Rumah yang penuh kenangan kami suami isteri dulu. Sampai hati dia bawa perempuan lain masuk dalam rumah tu.

Aku terus jadi tak kuat nak berdepan. Aku cuma ambil barang barang aku. Tu pun semuanya dia dah sumbat dalam plastik sampah. Macam tu sekali hina aku di mata dia. Segala kasih sayang yang pernah dia tunjuk dulu macam tak pernah wujud.

Sekarang dah hampir sebulan sejak semua ni berlaku. Dia dah failkan kes dekat Shah Alam. Aku pula cuba nampak kuat depan semua orang. Kadang – kadang aku boleh gelak bila bercerita, tapi sebenarnya hati aku kosong sangat. Dalam diam aku masih rindukan dia. Aku rindukan Kamal yang dulu, bukan Kamal yang sekarang.

Aku benci apa dia dah buat dekat aku, tapi dalam masa yang sama aku masih rindukan kenangan kami dulu. Tu yang paling s4kit sebenarnya. Aku paling kesiankan anak aku. Anak kecil yang tak bersalah, yang cuma sempat merasa beberapa hari peIukan baba dia.

Anak yang akan membesar tanpa keluarga yang sempurna. Aku harap sangat kalau confession ni disiarkan, aku dapat baca nasihat dan pandangan daripada semua. Doakan aku kuat menghadapi ujian ni. Aku cuma nak hati aku tenang dan urusan aku dipermudahkan. Antara persoalan yang aku perlukan pandangan:

Apa yang aku boleh tuntut daripada bekas suami di mahkamah nanti? Kalau kes difailkan di Shah Alam, boleh ke aku minta pindahkan ke Terengganu sebab terlalu jauh? Kalau aku tak hadir pada tarikh mahkamah di Shah Alam, adakah aku akan dikenakan tindakan?

Aku ada pergi berubat dan ustaz cakap bekas suami aku macam telah “termakan” atau dib0mohkan. Jadi mungkin lafaz cerai dibuat dalam keadaan tak sedar. Adakah lafaz tu sah? Dan terakhir sekali, adakah lelaki macam ni layak diberi peluang kedua sekiranya dia betul – betul sedar dan menyesal? Walaupun besar kemungkinan dia dah terlanjur dengan perempuan tu?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :