
Suami cakap dia geli duduk sebelah saya. Saya buat macam – macam untuk suami. Saya beli barang dapur, dia ambik buang dalam tong sampah. Saya bertahan dari bercerai. Satu hari, mama saya datang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya menghantar luahan di sini. Pertama sekali, saya minta maaf andai penulisan saya ni tak berapa nak bagus sebab saya bukanlah ahli sastera. Saya hanyalah seorang wanita biasa yang hanya ingin meluah perjalanan hidup saya sebagai seorang isteri.
Saya Akilah (bukan nama sebenar). Saya berumur 23 tahun. Dan sudah bekerja di sektor kerajaan. Pada umur saya 2*tahun, saya telah bernikah dengan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab pada mulanya. Seminggu pertama kahwin nampak elok dan okay, tetapi minggu kedua keluar per4ngai sebenar suami.
Sikap nonchalant, egois, suka menyendiri (main fon), ajak berborak pun taknak. Hari demi hari saya tahan dengan per4ngainya yang suka abaikan saya. Hidup umpama tidak mempunyai seorang suami. Tetapi saya tetap menjalankan kewajipan saya sebagai seorang isteri, buat kerja rumah, masak.
Saya bertahan dekat sebulan, saya cuba ajak berbincang dengan suami, sikap saya yang mana dia tak suka sampai dia diamkan saya, tolong bagitahu supaya saya boleh ubah, nangis – nangis saya tanya, minta maaf kalau saya ada salah. Tapi dia hanya buat tak tahu dan bangun keluar macam tu je.
Lepas tu buat macam takde apa yang berlaku. Dia memang tak suka berbincang dari zaman bertunang. Hari demi hari berlalu, saya masih jalankan kewajipan saya sebagai seorang isteri, saya taat akan dia. Sampailah saya betul – betul perIukan pertolongan, saya cerita masalah rumahtangga dekat parents suami supaya boleh jadi pendamai di antara kami.
Dan sebenarnya (saya baru tahu) dia layan saya sama seperti dia layan keluarganya. Waktu bujang, balik rumah parents terus masuk bilik tidur. Parents ajak borak dia buat tak dengar dan terus masuk bilik tutup pintu. Kalau parents atau adik beradik tegur sikap dia, boleh merajuk dan tak balik kampung bertahun – tahun.
Nak dijadikan cerita, suami dapat tahu saya cerita dekat parents, ego dia m4kin tinggi dan dia layan saya lebih teruk. Abaikan nafkah, alihkan semua baju – baju saya dekat bilik tetamu. Bilik master dikunci tak bagi saya masuk. Barang – barang saya sedikit demi sedikit dia letak dalam stor suruh bawak balik.
Halau saya, block dan unblock ws, burukkan saya dekat sosiaI media, malah dalam story ig pun dia suruh saya ber4mbus dan keluar dari rumah. Sedangkan saya nak pergi mana – mana saya sentiasa minta izin tapi jawapan dia tetap sama suruh saya keluar dari rumah, tapi saya tetap balik. Sebab fikir masih lagi seorang isteri.
Saya bukanlah isteri yang meIawan dan saya takut akan derh4ka dekat suami. Tetapi tiap kali suami s4kitkan hati saya, saya akan masuk bilik diam dan nangis. Begitu juga hari – hari saya selepas balik kerja, sebab suami pernah cakap, “nak duduk sebelah kau pun aku geli”. Jadi saya ambil pendekatan untuk jauhkan diri dari suami.
Takde malam tanpa air mata, bilik tetamu menjadi saksi bisu perjalanan kehidupan saya sebagai seorang isteri. Betapa siksanya hati saya, suami terasa dekat tapi saya tak boleh sentuh, tak boleh peluk, bahkan pandang pun. Seakan ada penghalang, iaitu ego suami.
Apa je yang saya tak buat untuk mempertahankan rumahtangga? Even suami ajak berpisah fast track pun saya tak nak, sebab sebagai seorang isteri saya tak nusyuz. Cuma jawapan dia sangat simple, “dah takde perasaan tak guna teruskan”.
Macam – macam saya dah buat, saya rendahkan ego, even saya beli barang – barang masak pun suami buang dalam tong sampah. Lauk saya masak sikit pun tak jamah. Pernah mama datang rumah kami (mama dah minta izin suami), saya sambut dan bukakan pintu untuk mama masuk, saya suruh mama duduk dekat ruang tamu dulu.
Suami langsung tak keluar dari bilik. Saya ketuk pintu banyak kali baru suami keluar dengan muka b3ngis dan berIanggar bahu dengan saya. Malam tu saya keliru nak tidur mana, sebab mama dah tidur bilik tetamu. Saya ketuk pintu bilik suami minta izin nak tidur bilik master dengan dia. Dia tak bukak, selang seminit dia bukak sambil marah “semakkk lah!!”
Saya diam dan saya cakap elok – elok, “takpe awak.. Saya tidur bawah ye..”. Saya ambil bantal dan terus tidur di atas lantai. 5 minit saya bangun dan tanya suami baik – baik “awak.. Saya tidur atas katil boleh? Badan saya macam s4kit la..” Suami terus melintangkan badan tak bagi saya tidur atas katil. Saya seakan faham dan kembali baring atas lantai.
Tapi tak lama lepas tu suami keluar dan pergi stor, terus hempas toto dekat saya sambil merengus. Saya diam, bentang dan terus baring. Meleleh air mata saya waktu tu, teresak – esak saya nangis dalam diam sampai tertidur (even saya cerita sekarang pun masih meleleh air mata).
Pernah waktu hari kedua puasa, saya masak dekat dapur untuk suami sekali. Suami marah saya gunakan dapur lama sangat sebab dia nak guna. Saya cakap, “awak.. Saya dah masak sekali dah untuk kita bawah tudung tu..” dia buat tak tahu. Dia nampak saya beli bawang merah, bawang putih dia ambil letak dalam plastik ik4t dan letak dalam stor.
Saya nangis saya cakap “awak, saya beli barang – barang tu semua dengan duit saya sebab nak masak, kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak kesian ke dekat isteri awak ni?” Maka berlaku lah pertelingkahan yang membuatkan hati saya s4kit, saya dih1na.
Dan dia bagitahu, “kenapa nak kesian? Minggu depan nak jadi janda dah kan?” (sebab minggu depan tarikh perbicaraan kes kami) kebetulan azan maghrib berkumandang, saya pergi dapur minum air dan terus masuk dalam bilik. Start daripada tu, saya hari – hari beli makanan dekat bazaar dan berbuka dalam bilik.
Perjalanan saya sebagai seorang isteri sangat menyiksakan tapi saya masih sayang akan suami walaupun dalam dirinya memang dah tiada ihsan melainkan kezaIiman yang dia lakukan terhadap saya. Saya fikir kebaikan yang dia pernah buat walaupun taklah banyak, tapi saya sangat hargai.
Untuk pengetahuan, sebab saya nak pertahankan rumahtangga juga sebab saya yakin suami saya tak curang. Sebab dia jenis mudah serabut. Dan akhirnya, setelah macam – macam ujian yang saya lalui (banyak kezaIiman yang dia buat tapi saya mampu ceritakan sikit sahaja) dan setelah pelbagai lafaz kinayah yang suami buat, saya minta suami failkan pengesahan lafaz ke mahkamah.
Perbicaraan pertama hakim tak dapat sahkan keputusan sebab suami failkan kinayah yang terbaru sedangkan ada banyak lagi lafaz kinayah yang paling awal yang dia buat. Dan untuk perbicaraan ke-2 hakim minta saya sebagai plaintif supaya saya boleh letak dengan jelas lafaz kinayah yang paling awal.
Perbicaraan kedua, alhamdulillah selesai semuanya dengan keputusan hakim cerai talak 3 setelah suami sendiri bagitahu hakim dia lafaz dengan niat. Saya cuma terkilan dan sedih, usia perkahwian kami baru 4 bulan, bagi saya ini ujian yang paling berat; puasa dan raya pertama tanpa kehadiran suami.
Seandainya suami boleh kurangkan egonya sedikit, inshaaAllah ujian yang besar macam mana pun kami mampu laluinya bersama. Dan saya rasa, benda ni berkait dari sebelum tunang. Sifat memendam dalam dirinya. Saya faham, banyak kos yang dia keluarkan untuk majlis kami.
Hantaran yang mama minta 12k, dia sendiri yang setuju untuk bagi dan takda p4ksaan. Saya sendiri cakap kalau tak okey saya boleh nego lagi dengan mama, mama cakap kalau tak okay ikut berapa je yang suami boleh bagi. Dia sendiri bagitahu itulah range harga sekarang dan dia perlu horm4ti amaun tu supaya hubungan tu dapat dijaga.
Majlis belah dia pun, dia mengungkit keluarkan semua benda sedangkan saya langsung tak masuk cmpur. Even lepas kahwin saya tak pernah demand minta macam – macam, pernah sekali saya minta burger tepi jalan tu pun dia berkira bagitahu saya ni “tak pernah kenyang ke? Semakk laah!”
Even barang dapur saya tak pernah ambil apa – apa. Semua barang dia ambil sendiri. Saya pernah tanya boleh ke nak amik air milo tin ni satu je? Dia kata tak payah lah mahal, tapi saya tengok dia amik air wonda coffee dekat 5 tin untuk diri dia. Saya diamkan sahaja walaupun saya terasa.
Dan sekarang, saya betul – betul dah m4ti rasa. Saya hanya sibukkan diri dengan kerja, dan fyi, kerja saya dengan suami tak jauh. Hanya sebelah – belah bangunan sahaja, kerja pun related dalam bidang kerajaan jugak. Pernah terserempak, mata saya berkaca dan hanya mampu melihat dan memandang dari jauh.
Kalau boleh saya nak sangat move on dengan cepat tapi saya tak mampu lagi. Dan untuk yang baca ni, saya mohon sangat – sangat tolong doakan saya. Doakan saya kuat, doakan moga Allah gantikan something yang lebih baik suatu hari nanti. Terima kasih kepada yang membaca sampai habis, walaupun saya tahu penulisan saya agak panjang dan tidak teratur. Sekali lagi saya minta maaf.. – Akilah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Arsh Rahman : Alhamdulillah lah dah bertalak tiga, takde ruang lagi nak rujuk. Bukan nak raikan perceraian yang dibenci Allah ni. Tapi nyata sangatlah kamu sahaja yang tersua – sua men4gih cinta suami (dah jadi ex pun). Cari bahagia sendiri, dik… Inshaa allah ada jodoh yang baik utk kamu nanti.
Naimmah Mat Dris : Masa ubat terbaik.. menangis selagi air mata nak keluar, menangis semahu – mahunya, percayalah suatu Hari nanti, tengok muka dia pun akan rasa b0dohnya aku, kenapa la duk suka dia dulu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.