
Lepas SPM, aku terus keluar dari rumah Ner4ka tapi adik aku terus jadi m4ngsa. Badan adik makin kurus, penuh lebam dan bengkak. Mak tiri tuduh adik mencuri sampai report polis dan kes kena naik mahkamah. Adik akhirnya kena masuk pusat pemulihan. Adik tak tahan.
#Foto sekadar hiasan. Hanya mereka yang pernah ada ibu tiri sahaja yang faham betapa tersiksanya hidup sebagai anak tiri. Kami bukan sahaja dibenci, dihina, malah tak diingini berada dalam keluarga mereka. Memang aku tak nafikan ada kalangan pembaca yang bertuah mempunyai ibu tiri bertimbang rasa seperti kisah yang dipaparkan minggu lalu, tapi hidup kami tiga beradik hanya Allah sahaja yang tahu macam mana siksanya.
Namun kami berserah kepada-Nya atas kek3jaman yang pernah dilakukan terhadap kami dulu. Selepas ibu dan ayah bercerai, kami dipelihara oleh ayah sendirian. Disebabkan waktu tu adik bongsu kami baru setahun, ayah terp4ksa serahkan dia kepada Tok untuk dibesarkan.
Masa tu aku berusia 5 tahun dan adik kedua, Faris pula 4 tahun. Ayah janji pada Tok yang dia akan ambil adik bongsu semula bila umur dia 4 tahun (Aman). Tapi belum sampai 3 tahun, ayah kahwin lagi dengan seorang gadis yang menurut cerita ayah sangat bijak dan sayangkan kanak – kanak.
Jadi ayah terus ambil adik sebab ayah nak besarkan anak – anaknya sendiri. Lagi satu, ayah tak nak pisahkan kami adik beradik. Mulanya memang ibu tiri kami, Mak Nab, layan kami dengan baik. Kami ditatang macam minyak yang penuh terutama bila ayah ada dekat rumah.
Tapi selepas Mak Nab lahirkan anak sulungnya setahun kemudian, kami mula merasa pen4mpar dan cvbitan daripada Mak Nab. Bab tarik telinga memang tak payah ceritalah. Lagi teruk bila ayah bertugas luar daerah atau pergi berkursus.
Seminggu ayah tak ada, seminggu jugalah kami mend3rita. Dia siap bagi amaran, kalau kami mengadu pada ayah, kami akan dipukuI lebih teruk lagi. Tu yang buat kami takut. Lagi teruk, setiap kali ayah tak ada, makan minum kami dicatu.
Jangan mimpi nak makan sedap. Dapat makan nasi dengan sayur rebus pun dah kira bernasib baik. Malangnya kami memang tak suka makan sayur. Tapi dia suruh kami telan juga. Kadang – kadang sampai termunt4h sebab dip4ksa makan benda yang kami tak boleh terima.
Paling tersiksa bila dia masak benda yang nak kata mi bukan, pasta pun bukan. Sudahlah keras, tak rasa apa – apa pun. Kalau kami tak makan memang kena pukuI, jadi terp4ksalah kunyah dan telan. Tapi bila dia tak nampak, kami buang sebab memang tak boleh masuk tekak.
Yang kesiannya Aman, dia tak berani buang. Dia telan juga sampai nak termunt4h. Dulu Aman pernah buang makanan tu dekat belakang rumah, sekali Mak Nab nampak. Teruk dia kena, berbirat s4kit. Mak Nab suruh dia kutip balik dan telan. Aman termunt4h – munt4h malam tu sampai demam beberapa hari.
Duduk dekat rumah memang rasa macam duduk dalam ner4ka. Salah sikit kena pukuI. Kepala, badan, muka, belakang, tangan dan kaki semua jadi sas4ran tangan Mak Nab. Kami langsung tak dibenarkan masuk ruang tamu kecuali duduk dekat dapur atau laman rumah. Nak tengok televisyen lagiIah memang dih4ramkan terus.
Bila ayah ada barulah ada peluang, tu pun cuma sejam lebih kurang pukuI 10 malam. Lepas makan malam pukuI 9, belum sempat cuci baju dan buat kerja sekolah dah kena tidur. Sebab tu kadang – kadang kami pakai baju sekolah sampai seminggu baru dapat basuh.
Masa aku dan Faris pergi sekolah, kami bukan sahaja lapar malah selalu kena marah dengan cikgu. Sebab setiap hari lambat datang sekolah. Bukan salah kami, tapi Mak Nab hantar kami ke pintu pagar sekolah paling awal pun pukuI 8 pagi atau 8.30 pagi.
Padahal sekolah dah lama mula. Alasannya sebab dia buka kedai pukuI 9 pagi. Tapi peliknya, dia bangunkan kami setiap hari pukuI 4.30 pagi suruh siap awal. Dia k3jutkan kami guna r0tan, batang penyapu atau tali pinggang. Kalau dia tak jumpa benda benda tu sebab kami sorokkan, dia akan naik atas katil k3jut pakai kaki.
Aman yang belum masuk sekolah pun kena duduk sekali dekat tepi longkang depan kedai Mak Nab. Tak boleh masuk dalam kedai langsung. Jadi untuk elak kena pagi – pagi, kami tidur bawah katil. Tapi tetap juga kena pukuI. Ayah pernah nampak kami kena r0tan, tapi Mak Nab bagi alasan katanya kalau tak pukuI kami memang liat nak bangun sebab pemalas.
Tapi entahlah, mungkin dah nasib kami. Ayah tak boleh banyak cakap dan kami pula tak berani buka mulut. S4kit kena pukuI pun kami tak boleh menangis atau menjerit. Kalau ayah terdengar dan terbangun, nanti kami akan dipukuI lebih teruk lagi. Tu hukvman yang paling kami takut.
Dekat sekolah kami selalu mengantuk sebab terlalu letih. Lepas habis sekolah kebangsaan, kena sambung pula ke sekolah agama. Sudahlah mengantuk, kami lapar sebab duit belanja cuma 50 sen sehari. Kalau ayah ada, dia bagi RM2 seorang.
Tapi dalam kereta, Mak Nab akan ambil balik duit tu dan bagi kami 50 sen sahaja. Lepas sekolah agama kami kena tunggu Mak Nab sebab kedainya tutup pukuI 8 malam. Sampai rumah dekat dekat pukuI 9 malam. Lepas makan terus tidur. PukuI 10.30 malam lampu terus ditutup. Memang tu rutin hidup kami setiap hari.
Jadi memang mana ada masa nak buat kerja sekolah. Lagi teruk, Mak Nab burukkan kami dekat guru – guru. Dia cakap kami budak degil, kaki meIawan, tak dengar cakap, pemalas dan b0doh tak masuk ajar. Bila cikgu marah, kami diam sahaja sebab kami tahu cikgu tak akan percaya cakap kami. Aku sendiri pernah kena baling buku sebab tak siap kerja sekolah.
Dari darjah 1 sampai darjah 6, semua guru tahu kami selalu datang lambat. Kami tiga beradik terus dicap pemalas. Mak Nab tak perlu pun pergi sekolah cerita macam – macam. Ramai guru datang kedai dia nak tempah baju atau beli bunga.
Masa tu lah dia mula cucuk cerita pasal kami. Mulut dia memang manis. Pandai berlakon sampai semua orang percaya. Satu pekan tahu keburukan kami kononnya. Tambah pula dia ramai kenalan sebab bisnes menjahit dan jual bunga.
Jadi memang orang tak fikir dia salah. Dekat saud4ra mara ayah pun Mak Nab buat cerita yang sama. Tapi kami tak berani nak cerita balik sebab takut kena pukuI. Masuk tingkatan 1 aku masuk sekolah agama, macam tu juga Faris. Kami duduk asrama.
Tinggallah Aman seorang dekat rumah. Memang lagi teruk dia kena pukuI, dihina, diludah dan pernah dipukuI dengan batang paip sampai kepala dia kena jahit. Aku tak tahu kenapa Mak Nab terlalu bencikan Aman. Sampai satu tahap dia cari jalan tuduh Aman mencuri. Teruk Aman kena beIasah. Badan dia yang kurus tu penuh bengk4k.
Mak Nab siap buat laporan polis sampai kes Aman naik mahkamah. Akhirnya Aman dihantar ke sekolah pemulihan budak bermasalah. Padahal Aman tak mencuri pun. Tapi Aman cakap dia lega sebab dah tak tahan duduk rumah kena pukuI setiap hari dan dipanggil tikus oleh Mak Nab serta anak – anaknya. Aman memang suka menyendiri sejak kecil.
Maka tercapailah hasrat Mak Nab nak pisahkan kami tiga beradik supaya hidup kami terus mend3rita. Mak Nab nak anak – anak dia sahaja hidup senang, dapat pelajaran terbaik sebab ayah kami orang berada, ada jawatan tinggi dan rumah besar.
Walaupun belajar dekat sekolah agama, aku sempat ambil SPM. Tapi Faris gagal sebab dia jadi m4ngsa buIi dan akhirnya lari sekolah. Sementara Aman pula, walaupun cuma hadir 14 hari ke sekolah masa UPSR, dia dapat 2A dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Masa PMR dekat sekolah pemulihan tu pun dia dapat 2A walaupun jarang belajar dan tak pergi tuisyen. Jadi Aman bukannya b0doh macam yang Mak Nab selalu cakap. Aku yakin dia boleh pergi jauh kalau hidup dia tak dih4ncurkan dari kecil lagi.
Aman ponteng sekolah sebab dia dah tak tahan kena marah dengan guru setiap hari gara – gara Mak Nab sengaja lambat hantar dia ke sekolah. Tapi masa ponteng tu lah Aman selalu masuk kafe siber walaupun umur baru 12 tahun. Dekat situ dia belajar komputer sendiri dan mula faham Bahasa Inggeris.
Sekarang walaupun tak ada sijil tinggi, Aman memang mahir bab komputer. Faris pula akhirnya lulus SPM dan sambung belajar dekat kolej walaupun belajar sendiri. Kami memang membesar tanpa bantuan sesiapa. Dulu kami tiga beradik selalu menangis dan tahan s4kit perut sebab lapar sampai tertidur bawah katil.
Dekat situlah kami selalu berpakat supaya jangan mengadu pada ayah sebab kami tak nak ayah berg4duh dengan Mak Nab. Lagi satu, kami tak nak kena pukuI lagi. Kami tahu ayah sayangkan kami, tapi mungkin dia serba salah atau terlalu tertekan.
Sebab tu hujung – hujung hayatnya ayah selalu solat duha dan tahajud. Faris pernah nampak ayah menangis lepas solat. Kami kesiankan ayah dan dalam masa yang sama kesiankan diri sendiri. Selalu juga berlaku ayah pasang kipas waktu kami tidur sebab panas dan banyak nyamuk.
Tapi beberapa minit lepas tu, Mak Nab akan masuk bilik dan tutup kipas tanpa pengetahuan ayah. Ayah pernah sediakan televisyen, kipas dan komputer untuk kami, tapi Mak Nab sengaja rosakkan semua tu sebab dia tak bagi kami tengok televisyen atau guna komputer. Bila rosak, dia tuduh kami pula. Sudahnya ayah marah dan tak beli lagi.
Kalau Hari Raya pula, jarang ayah dapat balik kampung beraya dengan Tok dan adik beradiknya sebab Mak Nab nak beraya dekat rumah keluarganya walaupun rumah mak dia dekat sahaja. Kami tiga beradik memang tak lama duduk rumah ayah.
Aku keluar rumah lepas habis SPM dan cari kerja sendiri. Faris pula tinggalkan sekolah dan rumah Mak Nab masa umur 14 tahun, dia lari duduk dengan kawan. Aman pula keluar rumah selepas dihantar ke sekolah pemulihan. Lepas tiga tahun dia keluar, dia langsung tak dibenarkan balik sebab dah dicap budak jahat. Jadi kami memang hidup sendiri sampailah sekarang.
Namun Allah Maha Besar. Sekarang kami dah mampu berdikari dan kembali berkumpul sebagai adik beradik walaupun dulu kami cuba dipisahkan sejak kecil lagi. Kini ayah dah pergi tinggalkan kami dalam usia yang masih muda.
Tinggallah kami bertiga yang sekarang masing – masing dalam lingkungan 20 an. Kami tak salahkan ayah atas apa yang berlaku sebab mulut kami seolah – olah terkunci daripada bercerita perkara sebenar pada ayah. Biarlah semua yang berlaku jadi pengajaran untuk kami dalam menempuh hidup yang mencabar ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.