Dapat duit faraid banyak, anak lelaki sibuk nak ambik koleksi pinggan mangkuk mewah nenek. Tak sangka jadi pada ibu

Adik beradik emak s4kit hati bila adik beradik lelaki ambil semua set periuk periuk besar, kawah, dulang tembaga dan entah apa lagi yang menjadi koleksi nenek. Dah la dapat duit faraid banyak, set pinggan mangkuk berjenama pyrex, corelle semua dorang ambil..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, saya Alia. Apa yang saya ingin kongsikan ini bukan hendak mengumpat, mengutuk apa lagi mengata nenek dan emak saya, tetapi sekadar mengingatkan diri saya sendiri, supaya tidak mengikut per4ngai mereka jika kita sendiri tidak menyukainya.

Isu yang saya bawakan ini bukan besar sangat, kecil sahaja tetapi boleh menjadi perg4duhan dan perselisihan faham antara adik beradik bila orang tua tidak ada lagi. Bab berebut tanah dan rumah pusaaka, sudah biasa kita dengar, begitu juga berebut barang kemas dan duit ringgit dalam bank yang belum sempat difaraidkan.

Sebenarnya banyak lagi benda lain yang jadi perebutan yang kita kata kecil tetapi menjadi isu besar. Berebut harta peninggalan seperti pinggan mangkuk berjenama, perabot antik dan pemberian atau hadiah anak – anak kepada orang tua yang jarang kita ceritakan, tetapi itulah yang sering membuat adik beradik kecil hati dan berpatah arang.

Namun saya tak salahkan anak – anak berebut harta, bab itu sudah jadi lumrah manusia. Tetapi saya ingin tarik perhatian supaya nasihatkan ibu anda jangan terlalu taksub buat koleksi benda mewah macam beg tangan berjenama, barang kemas, termasuklah jam tangan dan macam macam lagi. Sebab itu boleh buat anak – anak kecil hati.

Saya siap berbincang dengan sepupu – sepupu yang lain untuk selesaikan masalah ni. Terus terang saya beritahu sejak kami remaja setelah nenek meninggaI dunia, emak kami memang berkecil hati antara satu sama lain.

Bukan mereka berdua sahaja, tetapi dengan dua lagi adik beradik lain. Kalau dulu bila raya, rumah kami penuh dengan saud4ra mara datang berkunjung, tetapi selepas nenek meninggaI, semua merajuk tak datang rumah kami lagi.

Peliknya kalau adik beradik tak ‘setuju angin’ jangan tegah kami anak – anak berkunjung ke rumah sepupu dan berjumpa dengan emak saud4ra. Adik beradik mereka juga. MaIangnya kami ditegah. Pendek kata mereka berselisih faham, anak – anak mesti ikut sama.

Pada kami puncanya kecil sangat. Setelah nenek meninggaI, tanah nenek di jual dan masing – masing terima imbuhan ikut faraid. Pastilah anak perempuan dapat sikit. Mereka rasa tak puas hati, tetapi sebagai orang Islam mereka terp4ksa patuh.

Tetapi mereka s4kit hati bila adik beradik lelaki ambil semua set periuk periuk besar, kawah, dulang tembaga dan entah apa lagi yang menjadi koleksi nenek. Nenek bukan saja buat koleksi set periuk besar, kawah, set dulang tembaga untuk hantaran kahwin tetapi juga ada set pinggan mangkuk berjenama pyrex, corelle dan entah apa lagi.

Kata anak – anak perempuan, benda itu bagiIah pada yang perempuan. Sebab mereka dapat faraid sikit berbanding anak lelaki. Tetapi alasan anak lelaki pula, anak perempuan dapat barang kemas emak, mereka tak dapat apa pun. Ini tidak adil.

Tetapi si perempuan tetap mendakwa, anak lelaki dapat lebih banyak duit faraid, maka yang lain bagi pada anak perempuan. Begitulah perselisihan faham mereka yang tak berkesudahan. Emak saud4ra saya hendak sangat set periuk serta dulang tembaga sebab dia ada ramai anak perempuan, senang nak buat hantaran dan kenduri kahwin nanti.

Tetapi saya tengok akhirnya setiap seorang anaknya kahwin dia tak buat kenduri masak sendiri pun, sebaliknya ambil katering. Habis tu buat apa berebut set periuk besar tersebut. Mak – mak saud4ra perempuan kami marah sebab adik beradik lelaki mereka jualkan semua barangan tersebut.

Kata si lelaki benda tu tidak digunakan lagi daripada terbiar berkarat lebih baik jadikan duit. Kalau simpan nak buat apa? Walaupun ada antara mereka yang berselisih faham, lama kelamaan ada juga antara mereka yang berbaik semula dan bertegur sapa.

Tetapi ada juga yang masih menyimpan d3ndam dan berpatah arang hingga sekarang. Itu masalah harta peninggalan nenek kami, rupanya per4ngai nenek menjadi ikutan anak – anak mereka termasuklah emak kami semua.

Habis pencen balik kampung buat rumah besar empat atau lima bilik, alasan mereka senang anak cucu nak balik kampung nanti terutama pada Hari Raya, ataupun pada cuti umum. Saya dan beberapa orang sepupu bantah bila emak kami minta duit nak tambah buat bilik.

Bukan kedekut tapi untuk apa? Raya setahun dua kali, waktu itulah sahaja kami gunakan bilik – bilik tersebut. Selain itu, bilik dibiarkan kosong, siapa duduk. Hinggakan ada anak kami enggan tidur dalam bilik kata mereka susah nak tidur.

Emak bukan sahaja bagi kami seorang satu bilik, tetapi lengkap dengan katil, tilam, almari, kipas dan pendingin ud4ra sekali sebab cucu selalu mengadu panas bila masuk bilik tidur. Jadi bagi pendingin ud4ra tentu mereka suka balik kampung.

Ketika saya bantah emak nak buat bilik lagi, emak terp4ksa patuh. Agaknya saya cakap agak keras, mungkin emak marah dalam hati. Tetapi sepupu saya, dia dipinggirkan oleh emaknya kerana tak mahu beri duit buat tambah bilik.

Bayangkan adik beradik enam orang, mak dia nak buat enam bilik, senang setiap seorang ada satu bilik bila balik beraya. Masalahnya semua anak – anak bekerja dan duduk merata tempat, seorang pun tak duduk kampung.

Setelah ayahnya meninggaI dunia, emak dia tinggal seorang diri, rumah besar, perabot antik banyak, sudah tentu barang kemas pun banyak. Ini yang sepupu saya bimbang, sebab emak dia tinggal sendirian. Mungkin kampung aman tak ada per0mpak, tetapi kalau s4kit pening takkan kami nak balik duduk kampung jaga emak, kami ada tanggungjawab, ada suami yang bekerja, dia pun bekerja, sementara anak – anak semua bersekolah.

Ajak emak duduk rumah sepupu atau anak – anak lain, dia tolak mentah – mentah. Katanya dia boleh jaga diri sendiri. Kalau dah s4kit macam mana nak jaga diri, siapa nak masak dan suap makan. Mereka takut emak jatuh dalam bilik air dan macam – macam yang dibimbangkan.

Katanya kalau dia duduk KL, siapa nak jaga dan bersihkan rumah dia. Siapa nak siram pokok bunga tetapi lebih penting dia takut barangan dalam rumahnya hilang atau rumahnya dipecah masuk oleh pencuri. Kata emaknya, ‘kalau nak jaga aku, mari balik duduk kampung boleh jaga dia bergilir – gilir.

Takkan tak boleh ambil cuti lima hari sebulan. Habis tu anak – anak yang bersekolah pun kena ikut sama dan ponteng sekolah ke? Mereka tak setuju sebab menyusahkan. Akhirnya mereka cadang ambil pembantu untuk jaga emaknya, tetapi tak sampai tiga bulan pembantu cabut lari, kata emaknya lari ikut jantan.

Tapi yang kami tahu beliau memang cerewet bab membersihkan rumah. Sebenarnya emak saya juga buat per4ngai yang sama, pantang dengar anak ke Siam atau ke Kelantan, mulalah pesan belikan barangan idamannya. Kalau tak beli, rajuknya memanjang, tetapi untung masih ada ayah lagi yang sentiasa nasihatkan emak jangan jadi macam arw4h ibunya, bila m4ti anak – anak tak bertegur sapa kerana berebut harta.

Saya pernah cakap pada emak daripada kumpul harta dunia lebih baik kumpul saham akhir4t. Kalau anak – anak bagi duit setiap bulan jangan kumpul beli barang kemas, tetapi sedekah pada saud4ra mara yang susah atau infakkan.

Tetapi nasihat saya macam mencurahkan air ke daun keladi. Kata emak, dia bukan orang kaya nak sedekah – sedekah bagai. Setiap bulan anak – anak yang sedekah kat dia. Kami tak bagi emak sedekah itu adalah sumbangan untuk senangkan hati dan berterima kasih kepada emak dan ayah membesarkan kami.

Mak boleh buat apa yang emak suka dengan duit tersebut tapi jangan kumpul nak buat harta kerana akan menyusahkan emak dan kami nanti. Tetapi kalau emak sedekahkan, saham akhir4t emak bertambah banyak. Bila kami tak belikan barang kesukaannya, dia suruh anak jiran beli ‘online’ barang elektrik yang sentiasa terpapar dalam TV.

Bukan tahu nak gunakan pun, dia beli untuk simpan. Katanya bila dia dah tak ada nanti, anak – anak boleh ambil mana – mana barang yang kami suka. Sah – sah emak nak buat kami macam mereka berebut harta bila nenek meninggaI dulu.

Saya nasihatkan emak, kami mampu nak beli benda tersebut. Tapi kami tak mahu. Sebab kami tidak ada masa nak gunakan pun. Kata ayah dia dah penat nasihatkan emak, tetapi tiba – tiba anak jiran datang hantarkan barang tersebut.

‘Rupanya emak gunakan anak jiran untuk beli sebab korang tak mahu beli. Aku tak pernah tahu pun’, kata ayah. Kami beritahu emak kami lebih berselera makan masak asam pedas emak daripada ayam panggang yang indah rupa daripada rasa tu.

Nasihat kami pada emak jangan jadi macam kakaknya, sekarang tinggal sendirian tak mahu berjalan – jalan sebab takut rumah tinggal nanti dipecah masuk oleh pencuri. Nasihat kami pada emak jangan jadi ‘h4mba rumah dan h4mba harta’, keluarlah berjalan lihat alam sekeliling.

Kalau banyak duit sedekahkan atau infakkan tambah saham akhir4t. Doa kami adik beradik semoga emak berubah jangan jadi seperti nenek yang kumpul banyak benda tak berfaedah, akhirnya anak – anak berebut dan bermusuuhan sesama sendiri.

Nasihat saya ni bukan untuk emaknya sahaja, tetapi kepada pembaca lain yang masih ada ibu lagi. Kalau ibu kita susah bantulah, kalau dah lebih dari cukup suruh dia sedekah untuk tambah saham akhir4t atau tolong saud4ra mara kita yang susah. Semoga mereka mendoakan kebahagian hidup emak kita di dunia dan akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.