Aku ada 4 orang anak, yang sulung umur 4 tahun. Aku ambil pil perancang tanpa izin suami

Sebelum ini suami aku sangat bertanggungjawab, dan selalu tolong aku tapi sejak baby baru lahir dia berubah. Dia suka keluar lepak dengan kawan hadap hobi. Dia sanggup tinggalkan aku dengan anak – anak kecil sampai 2 pagi, ada yang sibuk tanya daddy, ada yang menangis, g4duh, ada yang ber4k. Aku tak sempat makan dengan anak menyusu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku post cerita kat sini, hanya untuk meluahkan rasa yang dah tak mampu untuk aku pend4m. Aku suri rumah 4 orang anak, yang sulung 4 tahun, so korang faham – faham la sendiri. Suami aku baik, rajin tolong aku, boleh bertolak ansur, hormat orang tua.

Aku selalu berdoa Allah sentiasa pelihara keluarga kecil kami dan kekal bersama hingga ke hujung usia.. Tapi saat ni, aku terIuka sangat dengan sikap suami aku, dia lebih pentingkan hobi dia dan orang lain, per4ngai dia ni baru bermula selepas baby lahir.

Masa pant4ng dia yang jaga aku dan anak – anak, tapi baru seminggu dia duduk rumah, aku nampak perubahan dia, aku suri rumah, jadi aku faham sangat dia tengah str3ss dan perIukan me time.. Aku bagi dia keluar hadap hobi dia, so dia keluar 2 jam, lepastu ambil anak sekolah dan balik..

Rupanya itu kesilapan aku, niat aku bagi peluang supaya dia tak str3ss duduk rumah, tapi dia anggap aku bagi green light untuk dia hadap hobi dia selalu. Keadaan jadi teruk bila aku dah habis pant4ng, dia tinggal aku dengan anak – anak dari 9 pagi sampai 4 petang.

Bayangkanlah selama tempoh tu anak ada yang ber4k, mengadu lapar, g4duh, baby pulak tak boleh tinggal, kuat ngempeng, aku cakap nak bagi put1ng, suami aku tak benarkan. Aku mesej suruh balik cepat, aku siap mengadu lagi, aku lapar sangat, tak makan lagi dengan anak yang kuat menyusu.

Dia kata kejap lagi balik, ‘kejap’ dia 2 jam pun tak nampak bayang. PukuI 7.30 kami makan malam sama, aku suap anak, dia suruh aku makan sekali sebab seharian aku tak makan, aku cakap tak boleh sebab nanti aku makan banyak, tapi rasa tak kenyang..

Lepas dia makan dia duduk tepi baby, aku nak makan sebab anak – anak tak nak makan dah tapi buat sepah, main nasi dan lauk, aku suruh dia panggil anak, tapi sibuk hadap phone, Bila aku tutup tudung periuk kuat – kuat baru dia nak panggil, masa tu aku terus dah tak selera, kemas semua dan mandi.

Lepas mandi tu ada salah faham sikit sebab aku minta tolong amik tuala. Aku masuk bilik dengar dia marah kuat – kuat dan sebut ‘kau’. So aku keluar balik tanya dia, “awak cakap ape??? awak dah kenapa nak marah – marah”

Dia cakap aku yang marah – marah, macam aku sorang je penat nak hentak – hentak barang, dia pun penat, semua kerja dia buat. Aku cakap, “kalau dah susah sangat, tak payah buat! Saya marah sebab awak dah makan kenyang – kenyang, lepas tu saya makan bukan nak panggil anak atau ambik diorang, fikir la sikit!”

Dia terdiam, anak – anak aku dah menjerit daddy mommy jangan la g4duh, luluh hati aku bila anak aku nampak semua ni. Aku masuk bilik bawa baby dan aku mesej dia untuk berpisah cara baik, aku tak nak hidup bersama lagi kalau dia dah tak nak.

Dia pun boleh hidup macam orang bujang. Esok paginya dia minta maaf, aku pun maafkan.. Tak lama lepas tu dia hadap lagi hobi dia, tapi ni lagi teruk. PKPB ni aku nasihat suruh dia stop dulu, bah4ya. Tapi dia dah kena brain wash dengan Ali (kawan suami), nak yakinkan lagi suami aku, kena la tambah ayat islamik..

11.30 pagi dia keluar, pukuI 7 malam baru dia sampai. Petang tu aku mesej dia cakap tak payah balik langsung, aku boleh urus anak – anak sendiri. Sama juga, balik minta maaf. Lepas tu 4 hari la duduk rumah, dalam pada masa tu, suami aku ada cakap, bini orang lain ok je suami sibuk dengan hobi, dia pelik kenapa aku tak boleh urus anak – anak.

Aku cakap, Ali tu anak da besar, ada yang kecik pun, yang paling besar boleh tolong jaga. Dia kata member dia yang lain pun bini mereka ok je. Masa tu aku dah s4kit hati aku cakap la, macam tu awak ambik anak – anak awak suruh bini mereka yang jaga.

Dia kata dia pelik, dulu aku tak macam ni, aku macam berharap sangat dengan dia lepas pant4ng ni sampai tak boleh nak keluar hadap hobi dia. Dia nak kata aku naik lemak la tu, tapi ayat halus. Aku bidas balik, dulu pant4ng awak tak jaga saya, awak hadap hobi awak letak saya kat rumah mak saya, kat sana ada yang bantu, sekarang anak 4 urus sorang.

Masa saya kata dah tak nak mengandung lagi, nak jarak awak tak bagi, memang la awak tolong, tapi bila awak keluar, semua saya yang hadap sorang – sorang!.. Dia?? Diam membisu.. Rupa – rupanya esok tu dia nak pergi hadap hobi dengan Ali, macam biasa ayat dia, kejap je tak jauh.

Tapi pukuI 10 pagi keluar, 8 malam baru balik. Aku tak cakap apa – apa, dah malas. Kebetulan haritu anak aku behave sangat. Malam tu lepas makan dia kata esok nak keluar, last. Aku pun bagi sebab dia kata last dan tak jauh pun, dekat je. Tapi 8.30 pagi keluar 12.30 tengah malam baru sampai rumah.

Seharian anak – anak menangis nak daddy diorang. Anak sulung aku dah mula cakap sorang “daddy, daddy kat mana, cepatlah balik, daddy ni lama sangat” aku dengar bertambah s4kit hati dengan suami aku.. Rupa – rupanya balik lambat sebab Ali ajak lepak.

Esoknya anak aku nak daddy dia, dia tak layan sibuk kemas kereta, anak aku nangis – nangis aku pujuk pun tak nak, lepastu suami aku marah dia, lagi sedih anak aku, terus datang baring kat riba aku sampai tertido sambil aku buai baby, padahal dia nak bermanja je.

Lepas tu aku masak. Dia boleh cakap nak pi keluar lagi dengan Ali, nak bawa bekal, dia suruh aku masak lain untuk makan. Walaupun nada lembut memujuk, tapi hati aku seperti di si4t – si4t. Dia cakap dia tak balik lewat, guess what, pukuI 5.30 petang keluar, pukuI 2 pagi tak balik lagi.

Macam biasa anak nangis cari dia dan yang sulung borak sendiri. Aku terIuka sangat, suami yang bertanggungjawab, yang utamakan keluarga selama ni, yang tak pernah keluar malam, apatah lagi melepak kat luar, tinggalkan aku dengan anak – anak demi orang lain..

Bagi suami aku Ali tu baik, selalu ingatkan dia tentang solat, tentang m4ti, aku berterima kasih untuk itu, tapi aku tak faham kenapa laki aku bod0h bole ikut per4ngai Ali bulat – bulat. Ye suami aku selalu cerita bini Ali penyabar, beribu panggiIan tak berjawab pun isteri dia tak kisah, Ali selalu biar isteri dia urus semua.

Pada aku ada ke lelaki nak cerita hal dia g4duh dengan bini, malu la kan. Demi hobi, Ali sanggup suruh orang lain ambil anak dia yang ada kelas. Dan tanpa pengetahuan aku, suami aku jadi penjamin untuk pinjaman dia. Aku rasa aku dah hilang suami, bukan sebab perempuan lain, tapi sebab dia lebih pentingkan Ali.

Ye aku b0d0h, sebab nanti aku akan maafkan dia juga walaupun aku rasa nak akhiri hubungan ni. Bak kata suami aku, keluarga aku ni senang orang ambil kesempatan sebab selalu maafkan orang. Tapi aku juga dah penat.

Aku tau aku patut bersyukur sebab kat luar tu ramai lagi yang bernasib maIang dari aku, tapi aku terIuka dan kecewa sangat tengok tangisan anak – anak aku. Aku dah ambil perancang awal – awal tanpa pengetahuan dia, sebab kalau aku minta izin atau bagi tau, mesti jadi g4duh. Aku tau aku kuat, sebab tu Allah uji, korang doakan aku, aku masih buntu.. – Insan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Madamme Que : Ya, tahniah. Tindakan bijak. Kalau suami awak tau awak pakai perancang pun pedulikan la. Tubuh badan awak, hak awak. Tak perlu minta izin dia pun, bukan tubuh dia. Please jangan kalah dengan pujuk rayu kalau dia suruh stop pakai perancang.

Allahu kalau aku pun akan naik h4ntu cenggini.. Dengan 4 org anak, yang sulung 4 tahun, u beranak setahun sorang. Letihnyaaaa boleh bayangkan. Tak sempat solat makan minum mandi ber4k k3ncing tau tak anak berderet 4321 dengan hormon kacau bilau sebab tiap – tiap taun beranak.. Eiii.. ZaIim la suami ko. Sis, ko mintak siapa – siapa tolong sekolahkan laki ko. Tak pun ko buat – buat naik h4ntu depan dia baru dia tau..

W Haslina : Hobi apa tu sampai lewat – lewat baru pulang. Akak pun anak 4 faham struggIe tu bagaimana. Kalau hari ni dia buat aktiviti hobinya. Esok adik pula keluar tinggalkan dia dengan anak – anak cakap nak me time.

Ambil sebanyak mana masa yang sama dengan dia spend time untuk hobinya. Biar suami rasa handIe anak bagaimana. Kena kental jiwalah kan. Sebab kita mak ni mesti teringat anak. Buat sekali dahulu tengok bagaimana kesannya kepada suami. Kadang – kadang cakap ni tak jalan. Kena tunjuk baru paham.

Insyirah Hafizah : Baca pun s4kit hati tapi memang pun kadang – kadang tula bukan nak cakap apa, kadang orang laki ni kawan lebih penting dari bini. Cakap kawan lagi percaya dari bini, bini pulak lepas kawin hilang kawan – kawan sebab habis masa urus keluarga dan harap suami jadi kawan baik.

Tapi tak semua laki boleh memahami, orang perempuan kadang cuba belajar memahami bagi me time pada laki tapi tula yang kesiannya diambil mudah dan kesempatan oleh laki. Tak apa bini aku ok je. bagi lampu hijau, dia tak tahu seharian duk dengan anak – anak tu bini boleh jadi dinas0r, kalah h4ntu kak limah pun boleh.

Tak fikir panjang, rasanya dalam kes yang ni lebih baik tak payah bagi peluanglah. Rasa baik sangat Ali tu, penting.. Biarlah dia hidup dgn Ali, dari sis terd3ra em0si. Biar dia tahu tinggi ke rendah langit tu.

Norlida Abdul Latif : Bukan isteri tak berharga, suami yang tak guna. Saya rasa awak kena cari pengasuh untuk 3 orang anak awak. Suruh suami bayar, awak kena sayangi diri awak terutamanya dalam pant4ng. Tenangkan diri dengan masa kualiti bersama baby.

Hanya siapkan keperluan baby dan anak – anak. Suami awak cukup sifatkan?  Jangan buat apa – apa utk dia. Penting untuk seorang ibu menggembirakan hati sendiri sebelum menguruskan anak – anak. Jangan sampai tak makan, nanti semua akan jadi str3ss. Lagi satu, awak telefon Ali beritahu suami awak perlu banyak masa di rumah bukan dengan dia dan hobi mereka.

Fazrina Ayu Raduian : Baca story ni pun rase letih dah. Tak larat masak bagitau suami, beli je food panda or grab. Then, baju segala suruh hantar dobi. Cakap direct terus, jangan nak susahkan orang. Bab anak – anak nak perhatian bapak dia, u tazkirah sikit esok dah tua anak anak tinggal kau baru tau. Ee dahlah tak permudahkan isteri, susahkan orang pulak. Keluar duit sikit senangkan isteri. Kalau banyak bunyi gak, tegas sikit dan k bai kan je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.