Keluar je dari perut, anak dah menyusahkan aku nangis siang malam. Skrg dah 11 tahun, suka menipu, mencuri

Anak sulung umur dah 11 tahun tapi dah pandai menipu dan ambil duit aku tanpa izin. Paling aku pantang bila dia tak solat cakap dah solat. Bila tinggi suara dan menjawab tu memang aku dah tak tahan..

#Foto sekadar hiasan. Dah lumrah dan fitrah manusia kan ingin kahwin, beranak, bercucu. Perasaan itu tak dapat dielak. Begitulah aku. Kadang – kadang aku menyesal teramat sangat dengan kehidupan ni. Kalau boleh undur waktu aku memilih untuk bujang saja.

Ya tau berd0sa menyesal benda yang dah lepas. Semuanya salah aku. Anak – anak aku tak patut bermakkan seperti aku. Laki aku pun tak patut berbinikan aku. Kisahnya sudah 13 tahun aku hidup dalam kehidupan yang sangat aku sesal ni.

Sejak keluar anak sulung hidup aku dah mula upside down. Keluar saja dari perut anak menangis siang malam tanpa stop. Berbulan – bulan sampai letih berubat sana sini. Masa tu dah rasa serabut yang amat sangat. Nak makan tak sempat, nak tidur memang tak dapat la kan dah melalak je kejanya.

Nak membuang pun bawak masuk anak dalam jamban sekali. Laki aku mula – mula ok melayan kerenah anak, lama – lama dia naik angin jugak sebab dia keja shift 12 jam, dengan malam – malam langsung tak tidur. Otak sama – sama dah penat.

Sampai biar jela anak nak melalak, tinggal je dalam bilik. Sambil mak ni nangis sekali kat luar dah tak tau nak buat apa. Sawan tangis ni akan berhenti bila sampai waktunya. So, hampir 7 – 8 bulan barula anak slow down.

Kadang – kadang aku rasa “mer0yan” aku bermula daripada sini. Fast forward aku mula kerja ditakdirkan PJJ dengan anak dan laki. MentaI agak breakdown masa tu. Seteruk mana mak ni jiwa dia tetap ada anak. Cuma bila anak duduk dengan aku dan buat pasal aku str3ss yang amat.

Tak dengar cakap lagiIa aku angin. Masa anak aku umur 5 tahun baru aku bawak duduk dengan aku. Dugaan jangan cakap. Aku memang tak boleh handle kemarahan aku. Tengah marah basuh muka pun tak jalan, tak sejuk jugak, ambik wuduk pun tak jugak.

Ubah posisi pun sama, dalam nak mula solat pun api kemarahan membuak – buak lagi bila anak atau laki buat pasal. Anak sulung umur dah 11 tahun. Selalu menduga kesabaran. Dengan sikap menipu dan ambil duit aku tanpa izin buat aku dah tak percayakan anak aku.

Paling aku pantang bila dia tak solat cakap dah solat. Bila tinggi suara dan menjawab paling buat aku nak k0yakkan mulut dia. Jangan tanya cara aku didik anak. Lembut dah, kasar dah. Doa banyak – banyak sedang berlaku sampai sekarang, zikir banyak – banyak pun sedang berlangsung sana sini.

Dengan pegangan doa ibu adalah senj4ta. Solat sunat setiap pagi dan zikir pagi – pagi semasa drive aku cuba istiqamah. Mungkin aku harapkan imbalan dari Allah kot buat doa aku terhalang. Tak ikhlas zikir sebab nak keluarga bahagia ke.

Ataupun d0sa aku terIampau banyak asbab aku diuji dengan amarah diri, anak dan suami. Tempoh yang lama kadang – kadang buat aku jadi putvs asa jugak. Entah berapa juta kali kena ulang nasihat benda yang sama. Anak kedua aku tengah membesar.

Tak must4hil dia uji aku sebagaimana abang dia jugak kan. Tak abeh aku memikir kenapala aku pilih kehidupan ni. Kenapala aku tak tahu aku ni giIa dan tak layak ada anak, ada suami pun. Kenapala aku ada keinginan nak berkeluarga.

Aku ingat ada anak kedua aku boleh cool, si abang m4kin baik per4ngai. Lagi menguji ada. Salah aturan rupanya. Memang aku tak nak menambah dah. Orang asyik tanya tapi yang nak urusnya aku. Yang ada anak ramai dan ada kesabaran tu memang aku tabik.

Janganla m4ki aku pulak bila aku ni tak sabar macam korang. Korang tak tahu betapa aku struggIe hari – hari nak kawal diri aku. Ini ujian aku dan ujian kita tak sama kan. Belum cerita bab laki aku lagi. Beza aku dengan laki aku macam langit dengan bumi.

Aku pantas dia slow. Pantas dan slow ni buat hubungan kami ni m4kin jauh. Aku cuba ikut nasihat prof muhaya tu tapi tak boleh. Dari kecik aku jenis cergas, tak suka lambat, tak suka tangguhkan kerja, bila buat sesuatu wajib habiskan.

Aku benci betul orang buat kerja separuh. Ke aku kena pejam mata selamanya sebab luah pun macam air dicurah ke daun keladi je. Laki aku ni jenis tak fikir perut anak bini. Balik kerja petang – petang bawak balik diri saja, kot la ada pisang goreng, nasi lemak, bihun sup untuk anak bini isi perut petang – petang sementara nak dinner.

Kena bagitau baru beli. Itupun sikit sangat nak kongsi. Jadinya habuan anak sajaIa makanan tu. Macam kena ketuk baru buat. Kau kongsi la nasihat dari fb forward ke dia memang macam tu jela. Aku bukan jenis perempuan yang sukakan barang kemas.

Malah nak beli makan pun dia asyik cakap tak da duit. Banyak kali aku mintak gaji dia biar aku tolong managekan jawapan dia gaji masing – masing. Bulan – bulan bagi aku tu untuk yuran dan makan sekolah anak. Nafkah aku memang takde la kan.

Barang dapur banyak pakai duit aku. Harap dia memang anak – anak aku makan roti kering je malam – malam. Tak pun milo, nescafe. Kadang – kadang aku tengok macam takde fungsi. Barang rosak dalam rumah takde usaha nak repair langsung.

Nak tambah plug pun aku yang cari tukang. Entah apa dia tau buat entahla. Nak bawak anak bini bercuti pun tak mampu. Kot la nak ajak ke pantai ke. Kalau cakap aku burnt out dengan rutin yang sama hari – hari dia macam tak faham.

Jenis aku pulak tak reti nak panjang kaki keluar sorang – sorang. Entah bila nak ada keberanian tu. Kawan nak keluar sama – sama pun takde. Kerja rumah pun samala. Kalau air tumpah atas lantai macam tu jela. Sampai kering jadinya.

Semuanya atas pundak si mak ni. Balik keja tengok rumah bersepah si mak ni jugakla urus. Yang anak sulung tu sebijik macam bapak dia dah aku rasa. Slow. Bab sekolah mengaji quran pun atas mak jugak. Bila anak ada exam aku penat betul.

Anak aku jenis auditory based learning. So aku kena terang dan ulang. Bukan tak cerdik anak aku tu. Markah semua A kalau ujian. Cuma aku jela kadang – kadang bila str3ss yang amat nak ja aku lari jauh – jauh tinggal semua.

Aku tak sanggup nak jaga anak – anak aku yang m4kin hari m4kin kurang adab. Buat aku hilang akal nanti. Aku memang tak layak jadi mak. Tapi dalam masa yang sama kalau aku tingggal anak aku bagi pada laki aku masa depan anak aku entah macamana.

Simpanan dia untuk anak satu sen pun tak ada. Pinjam duit anak adala. Itupun belum berganti. Duit aku pun puas aku mintak itupun kwsp kali ke 2 kot. Kali pertama entah pegi mana duit dia tak tahu la. Macam mana pun aku kena pastikan pendidikan anak aku no 1.

Jadinya aku stuck jela kat sini. Tunggu anak aku ada kehidupan masing – masing la kot. Doakan aku diberi kesabaran dalam mendidik kedua – dua anak aku, doakan anak – anak aku menjadi anak yang soleh, yang mendengar cakap. Itu sajaIa. – Yang Letih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Adilah Abdul Nasir : Kalau nak kekal dalam rumahtangga yang macam ni, puan sebenarnya tahu suami puan sejenis manusia yang ‘kena suruh’ ‘kena bagi tahu’. Dia bukan tak boleh buat tapi kena bermula dengan pemberitahuan atau arahan.

Benda pertama kena berdamai dengan jenis suami tu dulu. Puan nak bercuti, cakap kat suami ‘bulan 12, saya nak bawak anak – anak bercuti, abang prepare la apa yang mampu. Tak cukup saya tambahkan.’ Puan nak goreng pisang cakap ‘balik kerja nanti, tolong belikan goreng pisang RM10 ye, boleh kita minum petang dengan anak – anak’.

(kenapa RM10, sebab ada 4 mulut nak makan, kalau tak cakap macam tu, dia beli 2, 3 ringgit je). Instruction jelas. Sebab perempuan memang multitasking, tak terbanding dengan pemikiran lelaki yang kebanyakan mereka fikir satu persatu (tak semua lelaki).

Puan str3ss sebab suami tak macam yang puan expect. Expectation k1lls most of the time. Kalau seumur hidup kena sediakan skrip suruhan pun, terp4ksalah buat. Sebab kita nak elak mud4rat besar (puan berangin dengan kelemahan suami sampai anak jadi m4ngsa) kena la berhadapan dengan mud4rat kecil (terp4ksa suruh suruh suami buat sesuatu).

At least bila suami bergerak on track walau melalui suruhan, hati puan tak la bengkak teruk sebab benda yang puan nak suami buat tu, dia sedang buat. Bertenang dulu dalam hubungan puan dengan suami, dan saya rasa selepas tu puan akan ada banyak ruang untuk pandang masalah anak dengan mata hati. Tak ada mak yang nak belasah marah anak sesuka hati melainkan ada ‘Iuka’ lain yang sedang parah dalam hati sendiri.

Umie Qaisara’s N Khair : Geramnya kite baca. Semoga tt kuat semangat. Sekarang bukan masa untuk menyalahkan siapa – siapa. Puan ambil masa solat taubat dahulu kemudian solat hajat. Masa solat taubat minta ampun banyak – banyak.

Jadilah h4mba yang betul – betul h1na. Masa solat hajat jangan minta kesempurnaan. Mintalah agar setiap peng0rbanan ada hikmah yang besar. Minta kekuatan semangat.. kita manusia kadangkala rasa ibadah kita cukup sebab solat 5 waktu tapi sebenarnya kita juga wajib ada me time dengan Allah swt. Cubalah puan.. insyaAllah puan akan nampak kesannya.. ingat Sabar dan Solat pasti Allah akan bantu. Hati kita Allah yang pegang.. hug from me

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.