
Aku masih ingat, aku selalu duduk dalam kontena pekerja asing. Kontena itu jadi tempat tinggal sementara mereka. Kontena itu milik pakcik Mia, seorang lelaki Bangladesh. Kontena itu ada katil dan kipas. Walaupun sempit, aku selesa. Kadang – kadang aku baring
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak kongsi kisah perjalanan hidup aku yang agak lain daripada kawan – kawan sebaya. Aku membesar bukan di rumah atau kampung macam kebanyakan orang, tapi di tempat kerja papa dan mama aku. Tempat itulah jadi rumah kedua aku sejak kecil.
Masa aku berumur lebih kurang lima tahun, mama aku bekerja menjual makanan di kantin kuari. Hari – hari aku ikut dia pergi kerja. Bayangkan, waktu subuh lagi aku dah bangun, bersiap dengan baju biasa, kadang – kadang masih mengantuk. Kami keluar gelap dan balik pun gelap.
Mama sibuk melayan pelanggan, menyediakan makanan, kira duit, tapi aku pula duduk dalam sebuah bilik kecil. Ada televisyen buruk tapi cukuplah untuk hiburkan aku. Kadang – kadang aku makan kek atau roti sambil tengok cerita kartun.
Walaupun bosan, aku tetap rasa seronok sebab aku tahu aku temankan mama cari rezeki. Bila aku betul – betul bosan, aku capai basikal kecil aku dan kayuh keliling kawasan orang makan. Pakcik – pakcik pekerja kuari dah kenal aku.
Mereka senyum, ada yang tegur aku nak makan apa, ada yang geleng kepala sebab aku asyik berkayuh tak kira masa. Aku pula bangga sebab ada orang dewasa kenal aku. Aku rasa macam anak semua orang. Masa aku mula sekolah rendah, darjah satu hingga darjah empat, rutin aku masih sama.
Bezanya, waktu itu mama dah berhenti di kantin dan kerja di sebuah kilang paip. Papa pula terus kerja di kuari. Papa bukan pekerja biasa. Dia orang yang selalu jadi rujukan bila ada masalah. Semua orang panggil nama dia kalau ada benda tak kena.
Sebab jarak rumah kami dengan tempat kerja papa dan mama lebih kurang empat puluh kilometer, papa dan mama buat keputusan hantar aku bersekolah berhampiran tempat mereka bekerja. Jadi lepas habis sekolah, aku tak balik rumah, sebaliknya aku singgah di kawasan kuari.
Aku masih ingat, aku selalu duduk dalam kontena pekerja asing. Kontena itu jadi tempat tinggal sementara mereka. Kontena itu milik pakcik Mia, seorang lelaki Bangladesh. Dia baik sangat dengan aku. Setiap kali aku balik sekolah, dia akan sambut dengan senyuman.
Dia selalu pesan, “Belajar rajin – rajin, nanti jadi orang pandai, banggakan papa dan mama.” Kata – kata dia itu masih segar dalam kepala aku sampai sekarang. Kontena itu ada katil dan kipas. Walaupun sempit, aku selesa. Kadang – kadang aku baring sambil buat kerja sekolah, kadang – kadang aku pandang keluar tengok lori lalu lalang bawa pasir.
Tapi jujurnya, tak ada siapa pun yang tahu aku betul – betul buat kerja sekolah atau tak. Dekat luar, pasir memutih dan lori keluar masuk. Abang – abang lori Melayu selalu pesan, “Adik jangan main pasir dekat sini, bahaya, abang nak lalu bawa lori.”
Aku angguk saja, tapi kadang – kadang aku degil, tetap main pasir senyap – senyap. Hidup aku di situ penuh w4rna. Ada hari makanan aku ditaja bos papa yang berbangsa Cina. Kalau papa sibuk, dia akan belikan aku roti atau air kotak.
Masa Tahun Baru Cina, aku dapat ang pau. Kalau kawan papa dari Indonesia masak, aku akan dijemput makan. Masakan mereka memang sedap. Kadang – kadang pekerja dari Sabah atau Sarawak bawa makanan tradisi mereka.
Bayangkan, kecil – kecil aku dah kenal pelbagai jenis lauk dan cara hidup orang dari macam – macam negeri dan negara. Dari situ aku belajar yang manusia ini walaupun berbeza bangsa dan negara, semua tetap boleh duduk semeja dan berkongsi rezeki.
Tapi tak semuanya indah. Kulit aku sensitif. Balik rumah saja, badan aku penuh habuk dan pasir. Papa dan mama akan sental aku bersih – bersih. Kalau tak, memang aku susah nak tidur sebab gatal dan pedih. Ada masa aku menangis sebab s4kit digosok kuat sangat.
Kalau papa balik awal, aku pun dapat balik awal, biasanya dalam pukuI lapan malam. Kalau papa kerja lebih masa, aku terp4ksa tunggu. Kadang – kadang aku tidur dalam lori sementara tunggu dia habis kerja. Papa selalu pesan jangan kacau “uncle – uncle” yang tengah rehat. Aku akur walaupun kadang – kadang bosan.
Bab sekolah memang kelam kabut. Aku tak pandai matem4tik. Setiap kali aku minta papa ajar, dia cepat marah sebab aku lambat faham. Pernah sekali dia naik tangan, ketuk kepala aku sampai bengkak. Sejak itu aku lebih rela dimarahi cikgu daripada kena marah dengan papa.
Sampai sekarang bila nampak soalan matem4tik, aku jadi berdebar, tangan sejuk, peluh keluar macam air. Rasa nak munt4h pun ada. Walaupun macam tu, alhamdulillah aku tetap berjaya habiskan sekolah sampai dapat sijil. Aku percaya bukan semua orang pandai dalam semua benda, tapi setiap orang tetap ada jalan hidup masing – masing.
Bila balik rumah pun, mama jarang masak sebab penat. Papa selalu bawa pulang makanan dari luar. Kadang – kadang cuma nasi putih dengan keropok keping. Walaupun simple, aku tetap rasa bahagia sebab kami makan bersama – sama.
Tapi papa dan mama tetap cari masa bawa aku keluar makan sedap atau pergi pusat membeli belah. Itu masa kami berbual dan gelak ketawa. Lama kelamaan, segala peng0rbanan papa dan mama membuahkan hasil. Setelah bertahun tahun kerja keras, akhirnya kami dapat memiliki rumah sendiri.
Perasaan bangga dan syukur memang tak dapat nak digambarkan. Aku tahu rumah itu bukan sekadar bangunan, tapi lambang usaha dan peng0rbanan mereka. Aku percaya ramai ibu bapa di luar sana yang terp4ksa bawa anak ke tempat kerja sebab tak ada pilihan.
Aku nak cakap, jangan pernah putus asa. Walaupun penat dan letih, semua itu akan terbayar suatu hari nanti. Sekarang mama dah berhenti kerja dan duduk di rumah. Baru – baru ini dia ada bagitahu aku, dia teringin nak sambung belajar diploma atau sijil dalam bidang agama.
Aku doakan semoga cita – cita mama tercapai. Aku yakin kalau mama berusaha, pasti Allah akan permudahkan. Kisah aku mungkin nampak biasa, tapi bagi aku inilah perjalanan hidup yang membentuk siapa aku sekarang. Dari kecil aku belajar erti susah senang, belajar menghargai setiap rezeki walau sekecil mana pun, dan paling penting belajar tentang kasih sayang seorang papa dan mama. – Bunga (bukan nama sebenar)
Ulasan pembaca :
Marini Marissa : Adik mungkin tak terlalu berjaya dari pandangan dunia, tapi dari apa yang adik cerita, adik tersangat kaya dengan pengalaman. Dari kecil dah kenal masyarakat yang pelbagai. Bercakap dengan semua bangsa dan agama. Kenal hati budi mereka daripada golongan susah dari pelbagai negara.
Adik ada bukti hidup bermasyarakat majmuk boleh jadi sangat indah kalau kita tak paranoid. Pengalaman adik tak ramai yang ada. Golongan yang dapat skor A dalam matem4tik pun ramai yang buta realiti dunia. Banyak yang pandai atas kertas semata – mata.
Berbanggalah sebab mak ayah adik tak pernah abaikan adik. Mereka tetap pastikan adik selamat dan lepas sekolah ada di persekitaran yang mereka boleh pantau. Alhamdulillah akak suka perkongsian adik. Semoga adik dan mak ayah dapat kesenangan berlipat kali ganda pada masa akan datang. Dari cerita adik, akak boleh rasa mak ayah adik memang orang yang sangat baik.
Setia Halili : Pernah, arw4h ibu bawa pergi tempat kerja. Aku berkawan dengan anak tauke tempat ibu kerja. Kalau aku lapar, ibu masakkan sebab ibu tukang masak dan buat air. Keluar pagi, balik malam. Kadang – kadang ayah ambil, kadang – kadang naik bas. Masa itu adik adik belum ada lagi.
Jerit payah ibu itulah buat aku tak reti duduk diam. Ada saja benda aku nak jual. Ibu jual barang kosmetik dan barang perempuan. Sifat itu turun dekat aku. Sebab sejak sekolah lagi memang ditekankan pasal berniaga. Tapi aku teruskan sebab memang aku minat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.