Umur 18, aku terlanjur sampai mengandung dengan lelaki tua. Mula-mula mak mertua seronok terima aku. Kini dia lebih sayangkan kakak madu

Suami aku dan isteri pertama umurnya 50 tahun. Sebelum kahwin dulu memang ada banyak kali juga buat video call dengan isteri pertama. Mula-mula dia tak setuju poligami tapi bila tahu aku mengandung..

#Foto sekadar haisan. Assalamualaikum. Nama aku Wani, umur aku baru 25 tahun, dah ada tiga orang anak. Aku adalah isteri kedua. Jangan kecam aku dulu. Aku pun tak minta jadi macam ni. Aku berhasrat nak undur diri daripada perkahwinan poligami ni, sebab aku rasa kew4rasan mental aku m4kin hilang. Aku pun fikirkan juga kebahagiaan isteri pertama suami.

Suami aku dan isteri pertama umurnya 50 tahun. Suami nikah dengan aku di sempadan. Masa tu aku baru umur 18, dia 43. Masa sebelum kahwin, dia ada bawa aku jumpa mak dan abangnya untuk bincang hal nikah kami. Mak dia masa tu nampak beria sangat suka bila tahu anak dia nak kahwin dengan aku.

Siap beria juga buruk – burukkan isteri pertama suami. Aku yang muda masa tu, fikir semua benda manis, aku percaya kata – kata orang tua. Dengan madu aku, sebelum kahwin dulu memang ada banyak kali juga buat video call. Kalau ikutkan, madu memang tak setuju langsung suami nak berpoligami sebab dia tahu suami tak mampu dari semua segi.

Tapi disebabkan aku dah mengandung anak dia, dia terp4ksa juga terima perkahwinan ni. Masa tu aku naif, aku fikir semua akan jadi indah lepas kahwin, rupanya aku silap besar. Sekarang bila dah kahwin, dah ada anak tiga orang, mak mentua aku yang dulu nampak berpihak pada aku, sekarang m4kin condong pada isteri pertama.

Dia siap suka cakap aku perempuan tak elok, h1na aku depan orang lain. Aku sendiri pelik macam mana mak mentua boleh berubah macam tu. Suami aku pula, kalau aku bertekak dengan dia, dia akan cakap aku ni rampas hak isteri pertama.

Sebab tu katanya aku tak akan dapat lebih kasih sayang, tak akan bahagia. Suami dan isteri pertama kerja di tempat sama, pergi balik pun sama – sama. Jadi bila bulan giliran dia balik rumah aku, dia selalu balik lambat. Dulu alasan jem naik kereta, sekarang dah tukar naik motor, pun tetap ada alasan lain juga.

Dia selalu pandai buat alasan. Aku pernah curi – curi buka WhatsApp dia, aku nampak isteri pertama ada post gambar mereka makan – makan dekat kedai sebelum balik rumah aku. Masa tu memang kantoi besar suami aku menipu. Suami aku anggap keluarga aku orang luar.

Kalau abah aku call, dia tak pernah nak angkat. Kalau ada mesej pun, dia tak akan balas. Rumah aku dengan rumah isteri pertama dekat je, sebab tu bila ada apa – apa masalah, memang aku yang jadi m4ngsa. Kadang – kadang bila keluarga dia cari pasal dengan aku, dia tetap juga backup keluarga dia. Aku rasa aku ni tak ada tempat pun dalam hati dia sebenarnya.

Sebelum ni aku pernah minta cerai, tapi dia tak nak lafaz. Dia cuma cakap kalau aku nak pergi, pergiIah. Bawa anak semua sekali. Aku yang dengar tu terus rasa runtuh jiwa. Aku sekarang dah mula s4kit, badan jadi kebas bila terlalu str3ss. Banyak masa aku habiskan jaga anak – anak seorang diri.

Nak kerja memang aku teringin, tapi anak – anak masih kecil. Kos taska pun mahal, memang aku tak mampu nak bayar. Jadi aku terp4ksa jaga sendiri. Masalahnya, duit tak ada. Suami pula tak bagi duit belanja. Kadang – kadang aku terp4ksa ik4t perut, makan sisa anak – anak je sebab nak berjimat.

Aku ingat lagi masa aku tengah sarat mengandung anak kedua, aku pernah pengsan dalam bilik sebab penat sangat uruskan rumah seorang diri. Suami balik rumah pun dia buat tak tahu, siap boleh keluar balik konon nak jumpa kawan. Aku menangis dalam hati, tapi masa tu aku tak tahu nak mengadu dengan siapa.

Keluarga aku jauh, aku segan nak bebankan diorang dengan cerita rumah tangga aku. Jadi aku simpan semua sendiri sampai hati aku m4kin h4ncur. Masa anak sulung aku umur dua tahun, aku pernah teringin nak sambung belajar sebab aku minat nak dapat diploma sekurang – kurangnya.

Tapi suami aku tak pernah izinkan. Katanya buang masa, katanya aku lebih baik duduk rumah jaga anak. Padahal dalam hati aku, aku nak ada ilmu, aku nak ada kerja tetap supaya aku ada pegangan hidup. Aku terp4ksa lupakan impian aku sebab tak ada siapa nak tolong jaga anak, tak ada duit nak bayar yuran.

Sampai sekarang aku rasa sedih bila fikir impian aku terkubvr macam tu. Sekarang aku betul – betul buntu. Aku sangka poligami itu indah, rupanya aku silap. Aku sangka suami pengamal sunnah, rupanya punah. Hidup aku bukan sem4kin tenang, tapi m4kin huru-hara.

Aku cuma nak minta kata – kata nasihat, apa yang patut aku buat sekarang. Aku sayang anak – anak aku, tapi aku dah tak mampu nak terus hidup macam ni. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku.

Komen Netizen :

Mohd Fais II : Salah sendiri juga. Sebelum kahwin dah mengandung dulu. Pulak kahwin dengan lelaki yang cukup – cukup makan. Lelaki kalau dah suruh berambus tu boleh kira jatuh talak dah tu. Laki puan tak ada akal sebab suruh berambus sekali anak, dia lupa ke itu anak dia juga, hmmm.

Doa jelah banyak – banyak, muhasabah diri. Mungkin berpisah lebih baik, jangan risau untuk berpisah, InsyaAllah rezeki lebih luas. Anggaplah perkahwinan yang awak dirikan atas kesalahan sendiri. Lelaki awak kahwin sebab nafsu je mungkin.

Fadzil Mohd Salleh : Itulah namanya habis madu sepah dibuang… sebagai isteri nombor dua dan tidak mempunyai pendapatan… hanyalah sebagai tempat bermain saja. Sekarang ini anak dah tiga, eloklah undur diri sebelum bilangan keluarga bertambah. Selepas berpisah gunakanlah kemahiran yang ada seperti memasak, menjahit atau apa saja bagi menjana pendapatan. InsyaAllah rezeki Allah melimpah ruah.

Che Long : Kesian awak dik, sedih saya baca. Akak cuma mampu sekadar beri pendapat. Berundur lah sekarang sebelum terlambat, InsyaAllah boleh bina hidup baru dengan anak – anak cuma perlu usaha dan cari kerja yang sesuai. Memang perit mula – mula tapi InsyaAllah akan ada jalan nanti daripada awak terus tanggung d3rita seorang diri macam sekarang. Akak doa awak jumpa kebahagiaan, amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :