Dari kecik aku tatang, jaga anak aku 24 jam. Bila anak dah besar, dia bercakap kasar, perlekehkan apa yang aku buat

Aku jadi ibu yang over protective. Aku takut mereka ced3ra atau kes4kitan. S4kit sikit je aku dah panik. Akhirnya aku diuji. Salah seorang anak aku meninggaI dunia..

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera untuk semua pembaca. Semoga Allah permudahkan apa jua kesulitan dan ujian hidup kalian, kerana hidup ini pentas perjuaangan. Tak kira usia, miskin atau kaya, kau tetap akan DIUJI.

Kadang – kadang Allah akan uji dengan hal – hal yang kau cinta dan sayang. Beginilah aku, Dian (nama samaran). Usia 40an dan punya anak – anak yang sem4kin menuju usia remaja. Kisah yang aku nak luahkan bukan kisah rumahtangga.

Alhamdulillah punya suami yang baik, sabar dan selalu menyayangi aku apa adanya. Aku bersyukur Allah berikan aku pasangan yang selalu membahagiakan.. Namun, seperti mukadimahku tadi.. -hidup tak sunyi dari ujian-

Ujian aku dari segi anak – anak. Harta yang aku sayang sangat – sangat melebihi segala. Aku sanggup tak bekerja kerana sayang aku pada anak – anak. Aku tak mahu anak – anak kurang kasih sayang, aku tak mahu mereka diabaikan pengasuh.

Aku sendiri jaga mereka 24 jam sambil buat kerja freelance dari rumah. Semua anak – anak aku jaga. 24 jam di sisi mereka, teman sejati mereka. Anak – anak suka kongsi apa saja cerita dengan aku sebab aku ibu yang sangat – sangat penyayang dan suka berbual dengan anak – anak.

Anak – anak merasa kasih sayang yang terlebih – lebih dari aku. Minta apa saja aku berikan. Sebab masa kecil dulu keluarga aku susah, aku selalu tak dapat apa yang aku inginkan. Jadi mungkin sebab itu aku sedaya upaya penuhi apa saja permintaan mereka.

Kalau masuk kedai mainan anak – anak aku akan termangu lama sebab tak tahu nak beli apa. Kebanyakan mainan mereka dah pun ada. Jadi mereka ni tiada isu tantrum atau jerit – jerit nangis dekat mall nakkan sesuatu sebab dah dapat semua yang mereka nak.

Semuanya baik – baik saja masa mereka kecil. Selepas mak ayah aku meninggaI, aku jadi ibu yang over protective. Aku takut mereka ced3ra atau kes4kitan. S4kit sikit je aku dah panik. Tapi, Allah akhirnya “didik” aku bab ini. Anak – anak adalah amanah dan ujian.

Salah seorang anak aku meninggaI dunia dan itulah Ujian paling teruk untuk aku hadap. Allah uji aku dengan hal yang terpaling aku sayang dan cinta. Di situlah detik permulaan segala ujian – ujian aku hari ini. Sejak pemergian si anak, aku jadi murung, terlebih sensitive dan selalu mahu mengalah dengan hidup.

Aku rasa dunia ni dah tak seronok, tiada lagi keindahan.. Paling teruk, hubungan aku bersama anak sulung (usia remaja). Sukar sekali memahami dia, bahasa dia, cara fikir dia. Kadang – kadang aku rasa aku ibu yang gagal.

Dalam aku berusaha memberi kesempurnaan kasih sayang, jagaan dan perhatian untuk anak – anak. Namun hal itu juga yang merosakkan anak – anak. Kasih sayang berlebihan buat mereka kurang hargai aku. Mereka tak pernah rasa ditinggal ibu sejak pagi, malam baru jumpa.

Mereka tak pernah terkontang kanting sendirian menanti ibu jemput kerana aku sentiasa ada di sisi mereka 24 jam. Nak makan apa saja aku sediakan. Mungkin sebab itu mereka gagal menghargai. Sampai aku rasa aku perlu hilang dan pergi supaya mereka sedar dan lebih tahu menghargai.

Anak sulung aku ni bila bercakap kasar bahasanya. Suka memperlekehkan apa saja perbuatan aku. Kadang – kadang aku terasa, menangis dalam doa sahaja. Suami pujuk aku, remaja yang tengah dewasa ni memang akan member0ntak. Berkait hormon apa semua.

Tapi aku tetap tak mampu nak pujuk hati. Betapa h4ncur dan sedihnya bila kata – kata si anak menik4m di hati. Kadang – kadang aku terkenang balik hubungan aku bersama arw4h emak. Masa aku kecil, emak agak garang, selalu juga r0tan hinggap di kaki kalau aku buat salah atau terlajak waktu bermain.

Tapi bila masuk universiti, aku rapat sangat dengan arw4h mak. Jadi aku tak faham di mana silapnya aku didik anak aku ni? Sebab tak pernah r0tan, tak garang macam mak aku dulu, mungkin sebab tu ke anak aku jadi tak hormat dan tak takut dengan aku?

Selalu bila hati aku s4kit, lepas tahajjud dan meluah padaNYa, lapang sikit beban di jiwa. Tapi itulah, ada masa lelah tu tak mampu nak dibendung. Rasa nak give up pun ada. Selalu terfikir nak pergi jauh bawa diri. Aku dah penat membahagiakan semua orang di sekeliling aku.

Pada ibu – ibu hebat di luar sana, tolong bantu aku. Berikan aku semangat supaya aku terus bertahan, jiwa aku r4puh dan h4ncur. Mujur ada anak di syurga yang selalu muncul dalam mimpi – mimpi aku. Buat aku yakin harapanku ke Syurga itu jelas.

Macam mana ye nak jadi ibu yang kuat dan sabar? Sabar aku tak cukup selama ini. Ujian bab Anak ni buat aku lemah dan buntu. Aku tak tahu cara nak baiki hubungan aku bersama anak sulung. Aku pun tak nak dia berd0sa dan selalu maafkan dia sebelum dia minta maaf.

Tapi aku tak dapat tipu hati aku yang h4ncur dih1ris – h1ris oleh sikap dan kata – katanya. Semoga ada ibu – ibu yang boleh share tips terbaik untuk aku perbaiki hubungan ini. Terima kasih sudi membaca, luahan seorang ibu yang hampir tewas dalam gelanggang juangnya. – DIAN (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Donna Karen : Salam puan, saya pun menghadapi perkara yang sama. Anak lelaki remaja sulung, dan ke dua perempuan. Memang betul – betul menguji kesabaran lagi – lagi saya ibu tunggal bekerja dari rumah, 24 jam handle mereka sorang – sorang.

Dan ya, mereka kurang menghargai saya berbanding ayah mereka yang hanya mereka jumpa setahun sekali. Akhirnya saya belajar untuk let go. Saya dah tak hantar mereka ke sekolah, iron baju, masak, ajar homework, apatah lagi bertanya khabar.

Pandai – pandai la settle sendiri. Saya betul – betul let go. Seminggu beberapa hari saya akan hilangkan diri “me time, holiday sorang – sorang”. Saya install wireless camera di rumah untuk pemantauan. Mereka buat salah? Saya abaikan.

Saya pun dah stop menegur. Saya bercakap hal penting – penting sahaja. Saya cuma lebihkan berdoa dan nasihat secara general. Bila mereka bertanya saya akan jawab dan bagi option “terserah nak ikut mana – mana, tiada salah atau betul, kalau silap langkah belajar dari pengalaman”.

Saya lebih bahagia sekarang, kurang penat dan kurang marah – marah. Last – last mereka yang tercari – cari saya sendiri. Tapi,saya dah lama jauh hati. Tunggu lah bila rasa jauh hati ni dah mampu diubati. Semoga puan tabah, dilindungi Allah sentiasa dan jangan berhenti berdoa. Doa ibu tiada hijabnya. InsyaAllah..

Nor Fauziah AR : Antara anak dengan parent tetap ada satu gap garis halus.. Anak – anak mesti tahu hormat ibu bapanya. Tak boleh diikutkan semua, dan tak boleh anggap anak – anak nak dijadikan kawan 100% sebab takut tak terkawal.. Doa banyak – banyak ye puan. Belum terlambat nak bertegas, nyatakan prinsip dan peraturan puan, dan minta bapa pun main peranan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.