Dari kecik hadap abah kaki perempuan, kahwin berbelas kali. MaIangnya, suami aku pun curang sampai berz1na 3 tahun. Aku nak cerai tapi

Aku diduga dengan hal yang paling aku benci. Selama 3 tahun, baru aku tahu tentang suami aku berz1na dengan perempuan lain. Aku betul – betul terduduk. Aku ingat kehidupan aku dah hampir sempurna, aku kena kifarah d0sa abah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum nama aku Nor. Kisah ni mengenai ibu aku dan aku sendiri. Ibu asalnya seorang suri rumah tangga sahaja tapi disebabkan kekangan hidup ditinggalkan suami, ibu bekerja demi menampung kehidupan keluarga. Bayangkan, 7 orang anak kena bagi makan tanpa suami.

Abah seorang lelaki playb0y kahwin cerai lebih berbelas kali. Mak satu – satunya  isteri yang mempunyai ramai anak dan ditinggalkan tak bertali. Mak minta cerai berkali – kali hingga pergi ke mahkamah. Bagi alasan tak bagi nafkah zahir batin bertahun – tahun tapi tetap tak berjaya. Entahla.

Mak penat turun naik pejabat agama akhirnya mak teruskan hidup, kerja macam – macam demi untuk sara anak – anak sampai dewasa. Abah macam chipsmore. Sekejap ada sekejap tak de. Nak minta bantuan tak boleh sebab masih bersuami.

Rumah abah buat kat kampung besar sangat orang tengok mesti orang kate orang kaya ni. Mana boleh bagi bantuan. Yang tersiksa mak la. Penghuni rumah agam yang terp4ksa kerah keringat untuk bagi anak – anak makan.

Abah tak pedulikan mak rasa nak balik dia balik tapi dengan caci m4ki sumpah seranah. Time mood baik dia ok tapi duduk kat rumah tak lama. Begitulah kehidupan mak dan abah sampai abah meninggaI dunia. Mak pernah kata, suatu hari bila abah dah tua mesti abah akan naik motor sama – sama dengan mak pergi minum kat kedai.

Jalan berdua pergi masjid. Sama – sama layan usia senja bersama. Tapi semua tu hanya sebuah impian seorang isteri yang dahagakan kasih sayang dan perhatian suami. Sedih tak terkata bila dengar mak luah macam tu. Abah meninggaI pun kat rumah bini muda.

Mak bawak jen4zah balik rumah uruskan dengan hati yang ikhlas. Kalau pergi kenduri kahwin nampak suami yang dah tua ambilkan makanan untuk isterinya, mak mesti pandang je. Lepas tu mak akan cakap sampai abah meninggaI mak tak pernah dapat layanan macam tu. Allah… sebaknya rasa. Ape sebenarnya seorang lelaki cari.

Tukar – tukar pasangan. Anak isteri terabai. Ape yang dia dapat? Kepuasan ke? Curang yang tak berkesudahan hingga akhir hayat. Sampai tahap bila abah bagi tau nak kahwin baru, mak takde perasaan pun. Mak cuma cakap, jangan tunjuk depan dia cukup.

Tapi bila aku berkahwin, di usia perkahwinan aku yang ke-8, suami aku curang. Selama 3 tahun sampai la anniversary ke 11, baru aku tahu tentang suami aku berz1na dengan perempuan lain selama ini. Aku betul – betul terduduk.

Aku seorang wanita yang berkerjaya rumah kereta ada dengan anak – anak yang sihat bagi aku kehidupan aku hampir sempurna tapi inilah. Apa yang jadi kat mak, aku jadikan semangat untuk terus berjaya. Bila berjaya aku diduga dengan hal yang paling aku benci.

S4kit. Geram semua ada. Aku minta cerai bagi aku cukup la pengalaman mengajar aku. Cukup aku saksikan sendiri mak terseksa. Tapi suami memang tak nak ceraikan. Katanya, sampai m4ti takkan pernah ceraikan aku.

Kini dah setahun lebih aku lalui hidup dengan seorang suami yang aku rasa geram bila teringatkan balik ape dia buat kat aku. Katanya dah insaf, demi Allah takkan buat lagi. Tapi mana mungkin kaca yang jatuh berderai di cantum semula akan sempurna.

Hari – hari aku doa moga Allah kuatkan hati aku untuk terima hakik4t ini. Mak cuma pesan kalau dah tak kuat, pergi… Jangan tahan – tahan, s4kit tu hanya kau sahaja yang rasa. Banyak kali aku pesan kat suami, banyak hal aku boleh terima, ko miskin, ko s4kit tapi aku tak leh terima kalau ko curang.

Sebab aku dah saksikan sendiri pend3ritaan mak. Bagi aku biar tak ada suami sekurangnya tahu, memang takde orang yang peduli. Dari ada suami tapi tak ambil peduli. Suami nampak banyak perubahan lepas kantoi. Dari sebelum ni masa tengah kemaruk bercinta dengan perempuan tu.

Sebelum ni call tak angkat. Langsung takde rasa cemburu. Kuat melenting. Duit memang jawabnyer takde je. Tapi sekarang, macam orang yang tak boleh kehilangan. Manja terlebih, duit tak yah cakap la, nak ape pun dapat. Video call sehari sampai 5 – 6 kali.

Suami cuma cakap, “percayalah Allah dah tunjukkan jalan kat abang. Curang ni tak akan berulang lagi. Abang sayang anak – anak dan isteri abang.” Ayat ni yang dia ulang tiap kali aku mengungkit tapi hati ni masih belum boleh terima. Kerap saja rasa nak mengungkit. Nak cari pasal.

Nak minta pembaca doakanlah saya kuat hadapi kenyataan ni. Bila hilang rasa percaya, nikmat berumahtangga itu hilang serta merta. Lelaki.. Hidup ni hanya sekali. Curang berzina hanya buatkan diri kau tu hilang harga diri di mata manusia dan tuhan.

Allah tetapkan hukvman r3jam sampai m4ti bagi suami yang berz1na bila dia sudah berkahwin. Kenapa hukvman tu r3jam sampai m4ti sebab golongan ini betul – betul menjijikkan dah tak perlu lagi hidup kat dunia ni. Hukvman tu pasti. Dunia dan akhir4t.

Hargai isteri dan anak – anak, insyaAllah selamat dunia dan akhir4tmu. Kadang – kadang aku terfikir ni ke kifarah ape yang abah buat kat wanita sebelum ni. Anak yang rasa s4kitnya, anak yang terima baIasannya. – Nor (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Khalas Qabbani : Aku yang lelaki ni sendiri tak faham kenapa wujud manusia yang takde hati perasaan macam ni. Dekat tempat kerja sendiri boleh nampak scenario sebegini. Ada yang dah berkahwin tapi masih nak menggatal dengan intern. Yang perempuan dah bertunang duk melayan bila senior laki mengayat. Yang dah kahwin sama kahwin boleh cerita hal dalam kain sambil bergurau Iucah. Dunia akhir zaman.

Noraziah Amdan : Setakat verbally minta cerai memang tak dapat. Isteri kena pergi mahkamah syariah report nk minta cerai. Action speak louder than words. Baru suami sedar isteri betul – betul serious. Pasca lafaz talaq akan ada kaunselling. Waktu kaunselling boleh fikir nak terus cerai atau puan masih nak beri peluang jika ada perubahan pada suami. Terpulang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.