Dari kecik saya jaga adik 0KU sbb mak abah malu, bila adik meninggaI mak haIau saya keluar

Sebelum abah kemaIangan, emak dan abah baik sangat tapi selepas kemaIangan mereka berubah. Semuanya sebab kami jatuh miskin, saud4ra mula benci. Hidup saya hanya jaga adik – adik,tanggungjawab pada adik 0KU. Sehinggalah dua hari lepas adik meninggaI, ibu haIau saya keluar sebab dah tak ada keperluan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, maaf ganggu. Saya tidak mahu bantuan, sekadar nak meluah dan minta sedikit nasihat. Maaf kalau kisah yang dikongsikan ini panjang berjela. Soal saya sebagai anak dalam keluarga.

Saya merupakan anak sulung, bawah saya ada 5 orang adik. Adik no 3 dah meninggaI dunia. No 2 dah kahwin. Sekarang yang no 4 dah kerja kat KL. Tinggal adik yang no 5 dan no 6 masih sekolah. Jujur orang tua saya agak senang.

Tapi kesenangan mereka bukan untuk saya, cuma untuk anak – anak emas mereka yang lelaki. Pendirian mak saya, mewahkan anak – anak lelaki, nanti bila mereka dah kerja, dah senang mereka akan bagi kesenangan balik pada emak.

Adik saya yang no 2 perempuan, dia anak kesayangan abah. Apa dipinta ditunaikan. Saya? Saya ibarat sebatang kara dalam keluarga. Saya dah cuba minta bantuan pada orang tua. Diungkit sampaikan perihal punca cerai pon jadi ungkitan.

Orang tua saya ada kereta. Tapi kali terakhir saya naik kereta dorang awal tahun lepas. Sekali tu je. Saya nak pinjam kereta, abah sampai sorok kunci. Saya nak pinjam bawa pergi berniaga. 17km saya terp4ksa keluar berulang alik dengan beban kat bahu, dekat raga lagi.

MentaI saya m4kin hari m4kin penat. Kadang – kadang saya terlepas cakap benda – benda kesat. Tiap kali keluar cari barang meniaga, saya mesti termenung kadang – kadang menangis sampai terbabas naik motor. Ni dah masuk bulan ke-2 saya mengaIami depr3ssi agak teruk.

Kadang – kadang saya bersemangat melakukan kerja kat warung. Saya kerja sendiri. Apa semua saya usaha sendiri. Tapi saya jadi penat dan patah semangat. Bila emak saya cakap, “Kau meniaga la sejauh mana. Rezeki kau tetap sempit.”

“Semua kau nak buat. Tapi tak menjadi pon.” “Alaa kerja mcm tu pon dah penat. Mak tengok kau cuma main hp je.” Saya handle warung sendiri. Sayalah tukang masak, saya yang ambik order, buat air, cuci pinggan. Semua saya buat sendiri.

Tapi bila dengar mak cakap macam tu, autom4tik rasa down. Menangis tanpa sebab, sebak d4da ni. Saya nak tambah pendapatan, saya nak ambil pekerja tapi dengan keadaan jiwa dan mentaI saya s4kit. Saya tak tahu, semangat ada tapi was – was.

Saya kesiankan dekat anak – anak saya. Saya walaupun dalam poket ada RM30. Saya akan belikan apa – apa makanan untuk buat anak – anak happy. Tapi perbuatan saya selalu dibidas orang tua. Anak – anak saya tak dapat apa – apa nafkah dari ayah dorang.

Semua saya pikuI sendiri. Saya dah mohon bantuan JKM untuk anak – anak. Tapi dari bulan Januari sampai ke hari ni masih dalam siasatan. Saya terkilan dengan orang tua saya, bila saya cuba belikan sesuatu untuk anak – anak, dorang akan herdik saya.

Burukkn saya depan anak – anak. Tapi bila dorang belikan untuk anak emas dorang, adik saya laki saya yang umur 17 tahun tu ada 3 biji motor. Untuk motor dia sahaja, emak dah habiskan RM5k. Adik yang bongsu untuk gadget dan topup dia seminggu je dekat RM300.

Tapi bila saya cakap. Makk. Kakak pinjam duit sikit. Nak tambah barang. Nanti niaga ada balik modal akak pulang balik. Jawapan dia. “Mak takde duit. Mak nak beli barang – barang mak lagi.”  Padahal lepas saya minta tu. Mak belikan adik gadget habis RM350.

Akhirnya jadi perhiasan. Sebak hati saya. January baru ni, KWSP dapat keluar. Saya dapat RM5900. Niat nak beli kreta dah. Tiba mak bangkang, mak cakap, “Buat ape beli kereta. Kereta abah ada guna jela.” Jadi dengan duit tu saya tambah barang niaga, beli katil, buat lesen kereta, bayar hutang kawan – kawan.

Tapi akhirnya bila saya nak pinjam kereta abah, abah tak bagi. Sekarang lesen kereta dah siap, saya sekarang tengah usaha jalan lain. Nak pinjam tekun tapi sangkut hutang lama. Itu pon dulu sebab emak p4ksa suruh beli hutang dan akhirnya saya kena tanggung.

Nak tambah barang niaga, nak beli kereta murah. Cukup la dapat ulang alik beli barang untuk berniaga. Tapi kena tolak sebabnya individual kredit issues. Tak silap saya la. Hutang hanya RM1550. Saya bila dengar pegawai tu cakap tak boleh nak proses sebab hutang lama ni.

Saya trus down. Mana saya nak cari duit. Sekarang niaga pon hidup segan m4ti tak mahu. Tapi alhamdulillah tetap ada sale sehari dalam RM30+. Saya kemurungan teruk. Nak buat apa smua lemah tak bersemangat. Saya berani luah waktu macam ni sebab ni waktu saya hilang kawalan.

Takde rasa malu. Saya dah tak tahu la. Otak saya benak. Sebab dari kecik emak abah selalu menyump4h hidup saya. Masa mula – mula saya nak kahwin dulu. Abah sump4h hidup saya. Nikah 6 bulan dah ngandung terus kena cerai.

Yea. Betul, memang berlaku pada saya tapi saya yang ceraikan dia. Awal saya mengandung dia tuduh saya mengandungkan anak laki lain. Kononnya saya meIacur. Dia pernah cuba nak gugurkan kandungan dengan suruh saya melakukan kerja – kerja berat.

Masa tu saya b0doh lagi. Umur baru 22 tahun. Mentah. Niat saya menikah pon salah. Saya nak lari dari orang tua tapi saya tersilap pilih pasangan hidup. Selama hamil saya dig4ntung tak bertali. Akhirnya dia nak ceraikn saya depan hakim.

Saya tengah sarat mengandung 8 bulan. Sebelum nak bercerai, saya kemurungan teruk tapi lepas lafaz cerai. Saya rasa lega dan bebas. Cerita hitam saya bermula lepas abah kemaIangan, masa tu saya baru berusia 9 tahun. Sebelum abah kemaIangan, abah dan emak baik sangat.

Apa saya nak selalu ditunaikn. Tapi sejak abah kemaIangan, dia hilang ingatan. Mak abah jatuh susah. Keluarga sebeIah abah mula benci kami sekeluarga. Dipulau dih1na. Dulu abah kerja di Singapore., berduit tapi lepas jatuh susah, yang dik4ta saud4ra terus terputvs ik4tan.

Sejak tu abah jadi b3ngis, emak jadi garang. Tapi yang jadi m4ngsa keadaan. Cuma saya sorang. M4kin hari saya m4kin membesar, abah kerap m4ki hamun, pukuI saya. Batang kayu, h4nger, getah paip kadang – kadang pis4u p0tong daging hampir singgah ke leher.

Kaki kanan saya tak berapa nak elok kalau duduk lama. Abah ter4jang sampai saya tak boleh jalan tegak sebabnya adik perempuan saya keluar tak minta izin. Hidup saya macam sampah, saya nak bergaul dengan kawan – kawan pun diIarang.

Abah selalu bagi amaran, jangan keluar rumah kalau tidak patah kaki. Mak tak bagi saya tengok tv, alasan kerja rumah tak siap. Hidup saya berkelek dengan adik – adik masih kecik. Saya habiskan zaman remaja saya dengan cebuk b0ntot adik.

Hidup saya terik4t dengan tanggungjawab. Arw4h adik no 3 lelaki seorang Aut1sme hyperaktif, tak mampu nak uruskn diri sendiri, makan, minum mandi tidur semua dengan saya, saya uruskan. Kadang – kadang dia ber4k, saya tengah makan, mak akan arahkan saya cuci jugak.

Mak hanya duduk tengok tv. Bila saya tak nak buat. Mak tarik muka, menyump4h seranah saya. Saya sekolah pun tak habis tingkatan 1. Pertengahan tahun, sebuah buku latihan pon orang tua saya tak belikan. Saya takde hati nak belajar, campur terkenangkan arw4h tiada siapa jaga kat rumah.

Jadi saya pilih abadikan hidup untuk dia. Tapi kan saya niat berenti sekolah sebab nak ringankn beban mak abah. Akhirnya abah pukuI saya separuh nyawa, cakap saya menyusahkan dia. Sejak tu dari umur 13 tahum saya jadi tempat mereka lepaskan geram.

Setiap hari jumaat tu hidup saya macam ner4ka. Bila abah takde duit, dia akan pukuI saya, dia cakap saya ni bawa siaI. Dia cakap banyak – banyak anak dia paling benci saya. Itulah ayat dia setiap hari. Bencinya orang tua pada saya.

Saya masa tu kerap berhalusinasi. Kadang – kadang ced3rakan arw4h adik tanpa sedar. Saya tolak arw4h smpai bibir berd4rah. Saya ketawa. Saya tak tahu kenapa, saya ingat setiap butir kejadian. Ini memori paling perit, ketika umur 17 tahun, mak ayah bawak saya jumpa ps1kiatri atas alasan saya malas buat kerja rumah.

Bila saya disahkan ada s4kit mentaI, abah dan mak hari – hari h1na saya. Cakap saya ni orang giIa, tak bagi saya makan ubat. Katanya orang giIa je makan ubat. Akhirnya saya berhenti makan ubat. Dan hadapi realiti yang k3jam. Mak abah selalu tinggalkan saya berdua dengan arw4h.

Dorang malu nak bawak saya dengan arw4h. Jadi saya lah yang selalu bersama arw4h. Kadang – kadang saya minta abah duit, nak bawak arw4h pergi makan kat warung. Dengan naik motor saya tu la. Macam mana saya handle budak aut1sme naik motor.

Arw4h pernah melompat dari motor sebab t4ntrum tiba – tiba. Tapi nasib saya cepat tangkap. Masa tu saya masih beIasan tahun. Tapi ni lah hidup saya masa tu. Dunia saya dengan arw4h. Sampai la akhir tahun 2013, arw4h tinggalkan saya.

Kosong dan sepi. Tapi ayat paling pedih saya dengar pada hari kedua arw4h pergi, ayat yang keluar dari emak, “Kau kalau nak ber4mbus. Pergi la ber4mbus sana. Kau dah tak ada guna lagi kat rumah ni. Habiskan beras je.” Jadi pertanyaan selama hayat saya.

Saya ni anak kutip ke sampai dibenci dih1na macam tu sekali? Dari kecik hingga dewasa. Ke hari ini usia sudah 29 tahun. Saya bukan tak nak keluar dari rumah. Saya tak sanggup berpisah dengan anak – anak. Saya tak sanggup ani4ya hidup anak anak, dengan keadaan yang saya baru nak hidup, baru nak jalani hidup seperti manusia lain.

Sebab sebelum ni saya hidup macam sampah. Sebenarnya kalau saya tak c4bar diri, apa pun saya tak ada. Rezeki saya bukan pada duit. Tapi pada hubungan dengan kawan – kawan, saya dapat kawan yang baik, selalu nasihat dan beri sokongan.

Rezeki saya sempit sebab mak abah selalu doakan perniagaan saya gagal dan h4ncur. Hari – hari saya macam orang b0doh. Saya dah lama tak makan ubat. Sejak berat naik mend4dak, orang h1na saya samakan dengan haiwan. Saya sayang orang tua saya.

Saya tak boleh nak keluar dari rumah ni. Sebab saya niat hasil untung meniaga, saya nak hantar mak abah pergi umrah tapi kenapa saya dibenci orang tua macam sampah. Maaf saya luahkan kat sini, saya buntu. Buntu sangat, macam nak giIa tapi saya memang dah kira kategori orang giIa jugak sikit. Hahaha..

Saya mohon zakat maidam masih proses, JKM untuk anak – anak pon masih dalam siasatan. Pinjam tekun kena tend4ng sebab tunggakan hutang RM1550. Takkan nak pinjam ahl0ng. Basah kepala, itu lagi giIa. Nak pinjam Amanah Ikhitiar, takde kekosongan.

Betul – betul sempit rezeki saya. Doa orang tua untuk saya termakbul. Saya buntu. Mana tahu ada nasihat yang boleh buat otak saya bekerja macam manusia biasa. Saya dah usaha sebaiknya. Tapi entah. Maaf ya. Saya tak minta bantuan. Cuma nak mengadu. Minta maaf ganggu waktu macam ni. Waktu gini je saya hilang rasa malu.

Komen Warganet :

Daliza Abdul Rahim : Semoga Allah berikan jalan keluar pada masalah yang puan hadapi. Semoga dikurniakan kelapangan hati, dipermudahkan segala urusan, diketemukan dengan lingkungan orang baik – baik. Dan diIimpahkan rezeki yang diberkati untuk kehidupan di dunia dan akhir4t.

Allah tak sia – siakan budi baik puan pada keluarga, terutamanya jaga adik – adik masa mereka kecil. Keluarga puan sebenarnya beruntung dapat anak sulung yang sangat bertanggungjawab. Tapi mereka tak hargai, sebab kebanyakan orang sekarang suka pada orang berduit sahaja.

Tak semua orang ada gaji, tapi semua orang ada rezeki. Jangan kisahkan sangat kata – kata orang. Teruskan berusaha. Yang bagi rezeki Allah. Allah tak akan ani4ya h4mbaNya.

Che Sue : Sekadar cadangan. Keluarlah dari situ. Tumpang sementara di anjung singgah / mana – mana tempat yang sesuai. Cari kerja tetap, kemudian cari bilik sewa. Terus menunggu tidak akan selesaikan masalah. Berhadapan orang / persekitaran yang t0ksik akan membuatkan diri kita m4kin t0ksik.

Lyana Adriean : Saya tak kenal puan yang tulis ni. Tapi Saya menangis bila baca luahan dia. Berat ujian puan. Tapi saya yakin puan orang yang kuat, sebab tu Allah uji puan macam ni. Keluar laa dari situ, cari kebahagiaan untuk puan dan anak – anak.

Dok asing tak bermaksud takleh berbakti pada mak ayah. Ni je cara supaya puan akan lebih sihat dan bersemangat. Cari support system yang baik. Moga puan murah rezeki, berjaya dan dipermudahkan urusan. Hugss from me.

Badar TC : Saya percaya pada cerita puan ini. Sebab saya pernah ada sed4ra yang begitu juga. Mak nya percaya (kata b0moh) yang anak nya bawa siaI. Dari bayi lagi kena d3ra, keluar masuk hospitaI. Akhirnya sed4ranya ambil beIa sebab kesiankan dia.

Bila mak angkatnya meninggaI, dia duduk sama keluarga saya, jadi macam kakak saya. Tapi lepas umur 18, abah nya ambil balik. Ingat dah ok, rupanya mak nya masih tak terima dia. Adik maknya ambil pulak jaga hingga dia kahwin. Alhamdulillah suaminya ok dan dia bahagia, akhirnya. Semoga puan ini akan dapat juga kebahagian suatu hari nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.