Kek ni aku beli sendiri, tak hingin aku nak share dengan suami dan anak2 dia

Aku kahwin dengan duda ada anak. Sebelum kahwin dia kata, dah biasa buat kerja rumah sebab dia yang jaga anak – anak sebelum ni. Tapi lepas je kahwin tiba – tiba semua berubah. Balik kerja terus memb0ngkang depan TV. Bila aku tanya apasal tak sama per4ngai dia macam dia cerita kat aku, jawapan dia buat aku naik angin..

#foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, Aku nak luahkan perasaan. Malas nak berg4duh dengan suami sebab kalau cakap dengan dia lebih kepada dia nak ajak bertekak ja. Harini harijadi aku. Aku beli kek sendiri je. Alaa bukan tak biasa setiap tahun beli sendiri, aku tak kisah pon.

Itu bukan isu. Isunya, aku jenis tak suka nak berg4duh tapi mulut aku kalau benda tak kena memang aku cakap je. Sebab dari mula kahwin dia pon kata kalau tak suka cakap je. Dan buat pengetahuan memang aku kasar dari sebelum kahwin lagi.

Aku memang tak reti nak simpan. Kalau aku tak suka aku cakap, bila aku rasa benda tu ok, bagus aku puji. Aku bukan jenis nak pusing sana sini. Pendek kata itu yang buat dia suka kat aku dan kahwin dengan aku. Ok. Sebelum kahwin aku dah bagitahu kerja rumah kena buat sama – sama.

Sama – sama nak makan, jadi sama – sama la masak kemas bagai. Dia ada anak sebelum kahwin dengan aku, jadi aku tanya semua dah siapa yang urus anak – anak dia segala. Dia kata dia buat semua, dah biasa dan lepas kahwin aku tak payah risau dia akan urus macam biasa.

Tapi lepas kahwin semua jadi masalah aku. Kerja dia hanya pergi kerja je, lepas tu balik memb0ngkang dengan telefon. Anak – anak dia apa pon tak tahu nak buat, kerja rumah lagi la. Bila aku nak ajar kerja kat dapur dia marah sebab takut katanya anak kena pis4u, kana api, basuh tak bersih. Aduhaii. Serabut.

Bila gaji, dia bagi aku duit tapi semua aku kena buat sendiri, beli barang makan, hal rumah, kena urus anak – anak dia, semua aku buat sendiri. Dari bangun pagi sampai malam mengemas bagai. Aku tengok dia kerja memb0ngkang.

Bila aku tegur aku cakap apasal tak sama per4ngai dia macam dia cerita kat aku? Dia kata dia penat urus anak sorang – sorang 5 tahun sebelum ni. Jadi kiranya dia kahwin ngan aku untuk lepaskan beban la? Lepas setahun lebih kahwin, sekarang aku mengandung.

Lepas tu PKP. Aku yang berangin sangat dengan dia sebab dah tahu kerja tak de sebab dia kerja freelancer. Dia pergi perabih duit buat kerja b0doh iaitu main saham. Dengan tak de ilmu main ikut orang habis lebur RM10,000 macam tu je.

PKP kan lama, bila duit dah m4kin susut aku yang kena kerja dalam keadaan aku tengah mengandung. Mujur ada kerja. Kalau harap dia jawapan dia, tak de orang nak ambil dia kerja sebab dia dah umur 45 tahun. Jadi selama 8 bulan aku kerja dan bayar semua keperluan rumah, api, air, makan minum dia dan anak dia.

Tak de sekali pon nak ucap terima kasih. Aku letih dengan aIah dengan penat lagi pikul tanggungjawab dia sebagai suami cari nafkah untuk keluarga. Kerja dia menghabiskan duit. Aku beli beras, beli barang makan semua, keperluan PDPR anak – anak dia.

Dia? Lepak tengok tv, main handphone, lepak dengan jiran malam – malam. Yang paling buat aku s4kit hati isap r0kok pakai duit aku macam duit tu dipetik – petik dari langit. Sekarang dia dah mula kerja. Pagi tadi dia mesej aku, mesej ehhh.

Mesej dalam pukuI 9 pagi. Dia cakap rumah tak de benda nak makan. Jadi aku ni yang dah gadai gelang dengan cincin aku. Aku dah mula berangin la. Dah la duit belanja anak – anak dia aku support, dia nak pergi kerja aku bagi duit, benda makan rumah pon mintak aku jugak?

Lepas tu aku tido. Aku masuk bilik aku tido balik. Dari pukuI 9.45 pagi sampai pukuI 12 aku duduk dalam bilik. Tido ayam je sebab hati aku s4kit. Aku keluar bilik dalam pukuI 12.45 aku bagitau dia, aku ada baki RM200 ja nak sampai hujung bulan ni.

Aku ada hutang yang aku kene bayar lagi minggu depan. Aku tak penah miss lagi bayar hutang sebab aku amik i lestari. Tau ape dia jawab? “Haaaa sudahla kalau tak de duit” Dengan s0mbong b0ngkak dengan tak pandang aku dengan ehhhh per4ngai apa pon aku tak faham.

Tapi sebab aku ada hati perut aku pergi jugak beli barang dapur. Tinggal la aku RM100. Kek harijadi aku, aku memang dah bayar habis dari bulan lepas. Aku exc1ted kot nak sambut birthday. Harini dia labeI aku sebagai isteri yang kurang ajar sebab aku bebeI pasal anak dia tak tahu buat keje rumah.

Aku cakap sikit je. Itu pon lepas dia yang mulakan. Dia kata kat anak dia, “itu pon tak tahu”. Pastu aku tambah. “Ye la sebab u tak ajar dari kecik.” Lepas tu sebab ayat aku kata dia tak ajar anak dari kecik. Dia kata aku k0ndem dia, memperIekehkan dia dan aku kurang ajar.

Bila dia tengok aku tak de nak potong kek atau offer dia dengan anak – anak dia kek aku tu. Dia wish kat fb happy birthday bagai. Lambat giIa. Orang lain dah wish dari pagi kau dah petang baru teringat ke apa? Padahal kawan – kawan punya birthday ke main gaIak lagi post kat personal fb sendiri.

Birthday bini sendiri? Krik krik krik ja. Jadi tak hingin aku nak share kek aku dengan dia dan anak – anak dia. Biar aku makan sorang. Tak salahkan? Aku yang beli. Aku kan bini kurang ajar. Dulu dia pernah kata dia bukan nak kahwin sangat pon.

Dia kahwin sebab anak – anak dia. Hahaha. jadi? Tak salahkan aku pon nak pentingkan diri. Aku pon tak nak kongsi pape dah. Aku bagitau bulan depan, bila dia dapat gaji aku nak dia tebus cincin aku dulu. Lepas tu aku tak nak sp0nsor apa apa lagi untuk rumah.

Dia punya tanggungjawab dia buat. Aku dah bosan. Bila dia ada duit, aku nak tiap – tiap bulan RM300 sampai aku dapat tebus balik gelang aku. Lantak la. Barang baby pon tak beli lagi ni.

Komen Warganet :

Maya Fatehah : Bukan senang kahwin dengan laki dah ada anak.. Lagi – lagi kita yang nak pelihara anak dia dengan anak sendiri pun macam nak giIa apalagi anak tiri. Ishh tak kuasa aku

Madam Aini : Nampaknya tujuan dia kahwin memang untuk lepaskan bebanan jaga anak dan dapat orang yang boleh sediakan makan pakai dan duit. Ini lebih dari biawak hidup sebab TT terp4ksa bela anak tiri jugak. Nak tunggu lagi ke TT?

Peah Dabom : Kalau setakat bising, marah cakap lepas gitu je tapi tak ada tindakan tak guna juga. Nanti bila suami minta duit, suami pujuk sikit dah cair akhirnya kitaran tu tak akan habis. Tolonglah jadi bijak dan bertindak tinggalkan lelaki macam tu. Terang – terang dia kahwin untuk ambil kesempatan je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.