Dari kecik aku cari bini ke-2 ayah, tak sangka dia makan depan aku kat Foodcourt. Aku ikut dari belakang

Bayangkan penat aku cari perempuan tu berbelas tahun. Siang malam aku tunggu dekat flat yang dia duduk dengan harapan nak jumpa tapi Allah permudahkan, dia yang datang dekat aku. Duduk makan semeja dengan aku. Salah sorang kawan dia nak keluarkan duit, aku pun pura – pura tanya. Itu cikgu A ke?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku memberanikan diri untuk bercerita tentang masalah peribadi yang aku dah simpan dari kecil. Aku tahu sebab aku ada bukti dan segalanya tentang ayah aku. Tapi sampai ke detik ini aku masih simpan dari pengetahuan ibu aku.

Ayah aku pernah bersump4h dengan Al- Quran yang dia tak berkahwin dan ibu pernah terkeluar kata, seandainya ayah aku berkahwin lain maka jatuh la taIak ke atas ibu aku dan diiyakan oleh ayah. Buat pengetahuan semua, ibu dan ayah selalu tidur berasingan sejak dari aku kecil.

Ayah selalu nak tidur luar dekat ruang tamu. Aku dapat tahu tentang hubungan ayah dan perempuan tu dari tingkatan 3 lagi, jadi dah cukup lama aku simpan rahsia ini. Aku pernah str3ss dan disahkan doktor mengalami masalah jiwa.

Setiap kali aku dapat bukti baru tentang hubungan ayah, aku jadi macam orang giIa, paling yang aku tak boleh terima nama aku dan perempuan tu sama. Aku jijik dengan nama aku sendiri. 7 tahun lepas (anggaran) perempuan itu telah berpindah ke rumah baru (apartment aman perdana Klang) berdekatan dengan rumah kami dan ayah aku juga bertukar tempat kerja di tempat yang berdekatan.

Mungkin Allah nak tunjuk, teman baik dan makcik ternampak ayah. Maka terbukalah semua segala pekung dan kebusukkan yang ditutup ayah tapi walau segala bukti yang ada ayah tak pernah mengaku..

Bukti:

1. Bil telephone yang dibayar ayah atas nama perempuan tu. Padahal bil telefon rumah dan internet, bila ibu mintak dia bayar, terus meng4muk – ng4muk.

2. Aku masih ada kunci kereta myvi milik perempuan tu. Aku pernah bukak kereta tu malam – malam pakai kunci kereta tu. Gigih menyiasat pagi – pagi buta.

3. No phone di bil celcom ayah banyak no perempuan tu dan dia ni jual shaklee, no tu sama juga dengan no fb yang dia post kat fb untuk promote shaklee.

4. Gambar dia ada dengan ayah aku main badminton dekat Johor. Walaupun gambar tu ramai – ramai tapi cukup bukti yang dia kenal ayah aku.

5. Kereta kancil yang dibeli ayah waktu kami kecil dia bagi kat perempuan tu. Padahal dulu ibu yang menggunakan kereta tu menghantar kami ke sekolah rebut – rebut dengan ayah. JiIake sungguh bila ingat balik, setelah berkurun tahun 2013 aku jumpa balik kereta tu ayah sorokkan kat bengkel dia. Dia ingat orang tak kenal ke no plat!

6. Bukti ayah pergi outstation bawak perempuan tu, bukti gambar, dan messej yang aku tangkap sendiri.

7. Kawan baik tangkap gambar kereta yang dipakai perempuan tu.

8. No plat kereta sama dengan no phone.

9. Terlalu ramai saksi mata ( kawan, orang yang kami tak kenal, nurse swasta di aman perdana selama 2 tahun)

10. Pekerja ayah yang pernah masuk ke rumah perempuan tu untuk pasang gril.

11. Kantoi katanye pergi tasik kenyir tapi baju kotor h4ram jadah takde. Baju bersih berlipat cantik dalam beg yang di beli ibu sempena hari lahir ayah. Dia pergi jumpa perempuan tu, macam sy4itan!

12. Mesej yang ayah terlupa delete.

13. Ayah pernah bawak HP aku try bluetooth, keluar nama h4ram jadah tu.

14. Banyak kerongsang(brooch) perempuan dan kereta ayah.

15. Bersayang, abang dalam mesej, nak pergi main futsal mintak izin. Kalau takde hubungan buat ape nak mintak izin bagai? Dengan ibu siap panggil ibu b0doh la, bapak kau la, m4ki – m4ki dengan perempuan tu elok pulak.

Dan banyak lagi bukti – bukti lain. Akibat dari itu, aku hilang rasa hormat dan rasa jijik dengan ayah aku sendiri. Aku tak tau macam mana hendak melayan dia seperti seorang ayah yang aku hormat sebelumnya. Ayah aku ni kalau dilihat dari rupa dan penampilan semua orang tak akan sangka dia macam tu.

Orang selalu pandang tinggi dengan dia, hormat dia. Dia bila dengan orang macam malaik4t bagi duit la kat orang, bagi kereta walaupun nak pakai lama tapi bila dengan keluarga sendiri, semua berkira, semua tak cukup. Bila ibu mintak duit, kena m4ki.

Kalau ibu tanya pergi mana pun akan terus marah – marah. H4ncur hati aku ni, aku nak ibu bapa aku bercerai. Biar mak aku dapat hak dia, biar harta sepencarian semuaa dibahagikan dua sebab selama ni ayah aku terlalu berkira.

Sebagai seorang anak aku mesti pert4hankan  ibu aku. Andai dia dah tak ingin kami lagi, kami redha dia pergi tinggalkan kami, biarlah dia hidup dengan perempuan. Aku dah dewasa sekarang, aku boleh jaga mak aku dan aku sanggup.

Aku pernah call perempuan tu dulu 4 – 5 tahun lepas kot. Dia penipu. Aku call dia elok – elok, mintak jumpa dan dia setuju. Dia yang bagi cadangan nak jumpa dekat Mcdonald dekat Plaza Masalam. Aku tunggu dia sampai pukuI 11 malam dia tak datang.

Bila telefon, dengan suara dia yang gedik, manja dia ada tanya aku, “ayah ada cakap ke dekat aku tentang hubungan kitorang? Tanya lah ayah nak kahwin ke tak?” Jahatkan! Dahla masa tu gigih aku pergi mcdonald tu dari Klang, k3jam perempuan tu.

Aku juga ada pergi ke apartment perempuan tu dan aku memang jumpa kereta kancil lama ayah. Aku ambik gambar kereta tu dan balik dari tempat tu aku cari gambar lama waktu aku kecik yang ada gambar kereta dan no plat kereta tu. Memang sama. Aku simpan untuk bukti.

Aku dengan adik dah berbincang, diorang cakap kalau kami bagitahu ibu kami sekarang, ayah pasti akan cari jalan untuk berbohong. Jadi buat masa ni biar kumpul bukti sampai dapat tangkap depan – depan, baru ayah tak boleh nak cakap apa – apa.

Sekarang baru aku faham kenapa atuk aku selalu cakap dekat ibu supaya sabar. Sampai ibu cakap, “apelah maksud atuk tu.” Tapi aku rasa nenek dan atuk aku mesti tahu hal ni. Serta abang dan adik beradik dia. Ayah pandai dia tak bagi ibu keluar rumah, aktif dengan kawan – kawan, mungkin inilah sebab ayah suruh ibu duduk rumah.

Supaya rahsia dia tak pecah dan kami pulak dari kecil tingkatan 1 sampailah habis belajar kami duduk asrama jadi kurang berjalan – jalan di area kami ni. Dengan jiran pon kami tak kenal sangat. Malam tadi lepas aku balik kerja ibu sediakan makan untuk ayah.

Ayah cakap ibu masak semua masin. Dia merungut je dari suapan yang pertama sampai yang terakhir. Masin Masin! Ibu pulak asyik cakap, “sorrylah sorrylah.” Betul apa yang ibu buat tu, tu suami dia tapi aku pulak yang geram.

Sampailah giliran aku makan lepas ayah selesai, aku makan makanan yang sama. Demi Allah makanan yang ibu masak tu tak masin! Langsung tak masin. Aku pandang ibu, ibu angguk kepala je, dia faham. Lepas 5 minit adik aku pulak makan.

Aku tanya “masin ke?” dia cakap, “kak, kalau hati kita tak suka, sedap macam mana pon semua salah.” Kami adik beradik makanlah sambil menangis – nangis. Kadang – kadang bila waktu macam tu barulah kita sayang dan hargai ibu dan adik beradik kita sebab waktu ni kita perIukan satu sama lain.

Benda ni berlarutan bertahun, ibu banyak kali tanya ayah, mungkin kadang – kadang ibu pun boleh agak ayah curang tapi ayah asyik menafikan. Malah siap main junjung Al-Quran. Nak dijadikan cerita, ada sekali tu aku ambik MC dua hari, sebelum tu aku nak keluarkan duit tapi kad Maybank buat hal plak.

Aku pergi bank selesaikan masalah tu, lepas tu aku singgah Aeon Bukit Raja nak beli barang sikit dan makan tengahari dekat food court. Meja food court tu panjang, macam meja kantin. Dalam tengah – tengah makan tu, ada satu group perempuan ni duduk sebeIah dengan aku.

Aku terus perasan satu wajah yang aku rasa kenal sangat, yang aku cari dari aku kecik lagi. Ya! Dia lah perempuan yang berskandal dengan ayah aku, duduk depan – depan mata aku. Allah tu maha besar, Allah tu makbulkan doa aku.

Aku ambik gambar dia. Hati aku terloncat – loncat nak m4ki dia. Perempuan b4ngang yang berhubungan dengan ayah aku, perempuan yang rosakkan hubungan keluarga kami. Bayangkan penat aku cari perempuan tu berbelas tahun.

Dari siang malam aku tunggu dekat flat yang dia duduk dengan harapan nak jumpa tapi Allah permudahkan, dia yang datang dekat aku. Duduk makan semeja dengan aku. Aku ikut perempuan tu. Salah sorang kawan dia nak keluarkan duit, aku pon pura – pura keluar duit dan aku tanya dekat kawan dia tu,

“maaf tanya yang tu cikgu A? Perempuan tu baIas,

“haah cikgu A, kenal ke?” aku baIas ‘ye’ je.

Aku terus pergi kat perempuan tu aku tanya dia,

“awak ni cikgu A kan?”

“tak, aku bukan cikgu, bukan – bukan, aku bukan cikgu.” Aku geram la, kerja nak menipu je perempuan ni. Dari dulu.

Apalagi terus menyirap je hati aku ni, s4kittttttttt. Aku m4ki – m4ki dia dekat situ. Aku cakap macam – macam, keluar semua benda yang bertahun – tahun kat dalam hati ni. Semua orang nampak, aku dah tak kisah dan paling b4ngang dia lari. Tau pun takut..

Sump4h perempuan tu sombong dan tetap nak nafikan diri tak bersalah. Siap cakap, “awak pergiIah tanya ayah awak.” Aku tanya lagi, “kalau ko kawan je, apsal ko pergi sabak bernam dengan ayah aku baru – baru ni?” Boleh dia cakap, “Saja – saja je nak keluar makan.”

Lepas perempuan tu pergi tinggalkan aku macam tu, aku nangis sorang – sorang macam orang giIa. Aku call adik aku, entahla dah takde rasa malu dah. Allah je yang tahu. Kemudian aku call ayah aku. Sepanjang aku call, dia terkedu dan dengar je.

Aku ada ingatkan tentang taIak. Dia boleh cakap benda tu sepihak. M4ti – m4ti dia nak nafikan pasal taIak tu. Aku terus cakap, betullah ayah dah kahwin. Dia diam. Ya pon tak, nafikan pon tak. Selalu dia akan kata ‘tak’ untuk menafikan tapi kali ni dia diam.

Aku cakap dengan ayah. suruh dia bagitau ibu pasal hal ni. Kalau tak, aku sendiri yang akan bagitahu ibu, aku bagi masa 2 hari dekat dia. Berani buat berani tanggung, jangan nak terus – terus jadi penipu, nak berani junjung al quran. Jangan jadi orang takde agama.

Akhirnya ayah mengaku lepas IBU Tanya. Aku respect betul dengan ibu, dia tak nangis pon, tabah sangat. Lepas pada ayah mengaku tu, kami semua keluar dari rumah tu, tinggal ayah sorang – orang. Kami semua bagi sokongan penuh dekat IBU, supaya IBU lebih tabah.

Ayah mesej kami, “Baliklah.. ayah rindu. Ayah rindu semua,” tapi dah IBU tetap nak bercerai Kemudian ayah datang jumpa kami dengan harapan kami akan merayu IBU supaya balik semula dengan ayah tapi takde pun. Kami anak – anak tanya samada  dia nak ceraikan bini muda atau tak? Dia cakap nantilah nak bincang, itu je. Nampak sangat tak nak ceraikan. Ibu nekad failkan cerai.

Sambungan.. Alhamdulillah hingga ke akhir mereka masih suami isteri sebab diorang tau anak – anak tak dapat terima kalau diorang bercerai. Ibu aku sekarang sedang s4kit, dengan mata yang dah tak nampak sebab ada kat4rak stage 3.

Memang ibu aku ada diab3tes tapi doktor cakap salah satu punca adalah ibu aku str3ss. Disaat ibu aku s4kit dan ujian yang bertimpa, Allah datangkan ujian lagi. Rupanya orang – orang kampong dan segala kenalan rapat heboh bertukar gambar di FB tentang majlis perkahwinan ayah aku yang dibuat di sebuah dewan di Shah Alam.

Lengkap berbaju sanding dan makan beradab pada mac 2014 dan dihadiri pakcik – pakcik adik beradik ayah tanpa kami tau. Kami langsung tak tau. Kiranya memang dorang dah lama kahwin, macam mana lah kami boleh tak jumpa gambar – gambar tu.

Dan kenapa baru sekarang, saat ibu s4kit. Allah benar – benar menguji kami, sangat menguji. Jujur ibu aku malu pada semua orang, ada jugak jenis yang tak pandai jaga hati, pakai h3ntam tanye je ibu depan – depan. Bila ibu tengok sendiri wajah ayah makan beradab dengan perempuan lain, kami adik beradik dah menangis hist3ria.

Hanya ibu yang tabah, “Sabarlah, jangan sedih tengok gambar ayah,, Allah tengah uji kita. Allah ada. Ibu pon ada.” Masa ibu buat pembedahan tu ibu cakap dengan ayah depan anak – anak, “demi Allah kalau ni lah Allah datangkan sebab d0sa – d0sa saya dengan abang, demi Allah saya redha.

Dan kalaulah abang kawin lagi juga sebab kekurangan saya, saya redha. Hidup saya bukan hanya sebab abang tapi sebab anak – anak dan Allah. Baliklah, saya tau hari ni hari lahir isteri abang tu. Saya ada anak – anak yang boleh jaga saya, yang takkan kecewakan saya,” ayah terus diam.

Ayah cuba nak peIuk kitorang anak – anak dia ni dengan ibu tapi kami semua lari menjauh. Hati dah terIampau k0yak, lagi s4kit bila ibu terlalu tabah sampai macam tu. Semoga syurga tempatmu ibu. Adik perempuan aku sekarang ada tekanan jiwa, selalu nangis sorang.

Menjerit – jerit bukan kena sampuk. Doktor cakap dia depr3ssed berat. Semoga adik aku tabah dan cepat baik. Semoga semua doakan kami mampu harungi hidup yang berliku ni.

Sambungan.. Assalamualaikum semua. Betul, ujian Allah itu datang dalam pelbagai cara dan Alhamdulillah sekarang kami adik beradik sem4kin rapat dan bersatu. Setiap hal – hal di rumah kami dahuIukan ibu, sampai satu  masa ayah rasa iri dengan keakraban kami semua.

Satu hari ayah cakap dengan kami, menyesal dia buat macam tu dulu. Dia minta maaf dan cakap yang dia sayang kami semua, isteri baru dia itu mungkin sebagai satu peringatan untuk ujian dia dan dia cuba sedaya supaya jaga dua – dua keluarga yang diamanahkan Allah.

Sekarang ayah jarang marah – marah, ibu pon kalau ayah marah ibu senyum saja kalau ibu rasa dah terlalu s4kit hati ibu mintak kami bawa dia keluar jalan – jalan. Buat pengetahuan semua, ibu saya sudah tidak boleh berjalan, jadi 100% di luar menggunakan wheelchair.

Selepas lihat perubahan diri ibu, ayah betul – betul  berubah. Kalau kami keluar, ayah akan tolak wheelchair ibu. Isteri ayah lagi satu tu ambil anak angkat. Wallahualam sama ada anak sendiri atau anak angkat sebab ayah aku berkeras cakap anak angkat.

Ibu sekarang sangat ceria, kami anak – anak dan cucunya (seorang) menguatkan diri dia (kata ibu). Alhamdulillah sejak semua terjadi kami dah terbiasa dengan perubahan berlaku.

1. Hari raya ikut turn.

2.Turn di rumah selang sehari.

Ibu juga sudah ada rumah di kampung jadi setiap hari raya atau kelapangan kami akan beraya di kampung. Semenjak ayah berkahwin baru ibu tersedar yang selama ini dia tidak punyai harta (selain tanah dari orang tua) kerana sibuk menguruskan keluarga.

Jadi dia keluarkan semua duit simpanannya dan aku juga ada buat pinjaman sedikit untuk menaikkan rumah di kampung. Syukur, rumah itu walaupun kecil terlalu banyak keriangan di situ dan sekarang jadi tambahan pendapatan bulanan ibu (homestay).

Kami sekarang bahagia, bahagia tanpa ayah. Pesan ibu satu sahaja.. Redha. Sepanjang 4 tahun ini kami berjaya bercuti ke negara orang secara backpacker (kami tidak mampu percutian mewah) membawa ibu yang berkerusi roda.

South east asia, asia, europe semua sudah kami takluk. Nikmatnya Allah saja yang tahu. Letih hilang bila ibu selalu tersenyum dan mengucapkan terima kasih ke anak – anak malah ibu pula yang bagi kami semangat tak putvs – putvs. Dan insyallah selepas ini umrah (november). Semoga keluarga lain yang diberi ujian yang sama mampu mengharungi semua ujian dengan tabah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.