Dengan 8 orang anak suami ceraikan aku. Selepas 15 tahun aku terjumpa bekas suami dekat mahkamah. Berkerusi roda, ada tiub dekat hidung

Bekas suami ceraikan aku macam tu. Aku takde duit dengan 8 orang anak, aku beli 2 bungkus nasi lemak bahagi untuk anak – anak. Aku tahan lapar. Tak sangka dahsyat kifarah bekas suami aku dapat, dia pulak dibuang..

#Foto sekadar hiasan. Aku ni seorang wanita yang Allah s.w.t benar – benar uji dengan dugaan kehilangan seorang suami yang sanggup menceraikan aku kerana seorang janda. Kisah aku mungkin nampak biasa pada orang lain, tapi cukup menyiksakan aku.

Aku sendiri pun belajar untuk terima hakik4t, kegagalan pertama bukanlah alasan untuk aku berhenti, malah jadi semangat untuk aku teruskan hidup. Perjalanan aku lebih kurang sama dengan ramai wanita lain yang bercerai sebab orang ketiga, sama – sama perempuan berebutkan takhta rumah tangga yang dah bertahun – tahun aku pertahankan.

Bayangkan, selepas bertahun hidup sebagai isteri yang taat, aku ditinggalkan macam tu saja. Hati aku masa tu r3muk, tak ada kata – kata yang boleh gambarkan s4kitnya perasaan aku. Aku waktu itu seorang ibu kepada 8 orang anak. Anak bongsu baru umur 5 tahun.

Hidup aku masa tu berpandukan agama Islam sepenuhnya. Aku cuba jadi muslimah sejati, cara hidup dan cara berpakaian aku memang lengkap sebagai seorang wanita solehah. Tapi tak ada siapa sangka, seorang isteri yang mencintai suami sepenuh hati, taat, hormat, tak pernah meIawan, akhirnya diceraikan juga hanya kerana dia nak kebahagiaan lain.

Sejak kehilangan suami, aku serahkan jiwa raga hanya pada Allah. Lepas balik sekolah, aku selalu singgah di masjid dan surau, malah pernah bermalam di sana. Aku doa, aku munajat, aku minta kekuatan. Aku percaya, berkat kesabaran aku, Allah gantikan semua kehilangan itu dengan kemuliaan dan kebahagiaan pada masa depan. Tapi untuk sampai ke tahap itu, perjalanan aku bukan mudah.

Aku pernah lalui malam – malam yang panjang, anak – anak menangis sebab lapar. Ada hari aku cuma mampu masak nasi putih dengan telur goreng saja. Ada satu ketika aku hanya ada duit dua ringgit dalam dompet. Aku belikan 2 bungkus nasi lemak, bahagi pada anak – anak, aku sendiri menahan lapar.

Aku pernah kena pandang rendah dengan jiran – jiran. Ada yang sindir, “baik – baik jaga suami, tak adalah jadi janda.” S4kit hati aku dengar, tapi aku diam. Aku tahu Allah sedang uji aku. Pernah juga anak aku jatuh s4kit tengah malam, aku panik sebab tak ada duit nak bawa pergi klinik.

Aku dukung dia jalan kaki pergi klinik yang agak jauh dari rumah. Masa tu hujan renyai, aku basah kuyup, anak aku menggigil. Aku menitik air mata sepanjang jalan. Aku tawakal je dalam hati, tak tahu nak bayar macam mana. Aku cakap dalam hati, “Ya Allah, kalau ini harga kesabaran aku, aku reda. Tapi tolong jangan ambil nyawa anak aku.”

Alhamdulillah anak aku selamat dan doktor tu sangat baik hati tolong aku tanpa bayaran satu sen pun. Peristiwa itu betul – betul jadi titik tolak aku untuk jadi wanita yang lebih kuat. Selepas 14 tahun, aku dipertemukan semula dengan bekas suami.

Aku teringat dulu, masa aku baru nak bertunang, bekas suami aku pernah datang dengan anak – anak aku. Tapi kali ini keadaan dia jauh berbeza. Dia masuk mahkamah dengan kerusi roda, hidung penuh wayar. Rupanya dia dah setahun kena str0k. MaIangnya, isteri baru dia tak nak jaga. Akhirnya dia sendiri yang failkan fasakh.

Kadang – kadang aku terfikir, adakah ini balasan pada seorang suami yang zaIim? Bila aku ingat balik semua kisah lalu, aku yakin setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan, dan setiap kejahatan pasti akan ada balasannya. Orang kata ini karma, tapi aku percaya inilah aturan Allah.

Alhamdulillah, setahun selepas penceraian itu, Allah hadirkan jodoh baru untuk aku. Seorang lelaki yang w4rak, berkemampuan, dan benar – benar tahu menghargai aku. Hidup aku berubah, aku bahagia. Aku nampak cantik semula, anak – anak ramai yang berjaya.

Aku tak pernah larang anak – anak aku untuk terus menjaga ayah mereka, walaupun dia dah meIukakan hati aku satu ketika dulu. Aku sumpah, aku sendiri pun rasa kagum dengan perjalanan hidup aku. Dari seorang wanita yang hampir hilang segalanya, Allah bangunkan aku semula.

Masjid dan surau jadi tempat aku mencari ketenangan, dan akhirnya Allah temukan aku dengan jodoh yang baik. Bila aku pandang balik, aku sedar, kalau seorang lelaki lepaskan seorang isteri yang taat, mungkin dia takkan jumpa lagi yang sebaik itu.

Aku selalu pesan pada diri sendiri, jaga maruah sebagai ibu tunggal. Kalau kita nak Allah sayang, kita kena jaga diri. Jangan sampai kita hanyut dengan fitnah dunia. Aku doa semoga Allah lindungi aku dan semua wanita lain daripada fitnah.

Aku percaya semua yang berlaku ini perancangan Allah. Allah sebaik-baik perancang. Inilah qada dan qadar, perjalanan yang dah ditentukan untuk aku. Aku harap kisah aku jadi pengajaran, bukan saja untuk wanita, tapi juga untuk lelaki yang mungkin lupa betapa berharganya seorang isteri yang baik.

Komen Netizen :

Firdaus Shakirin : Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmahnya. Kena lalui dan tempuhi apa jua dugaan, ujian dan c4baran untuk kita nampak apa hikmah setiap yang ditentukan-Nya.

Scha Liza Al-Yahya : Moga semua ini dijadikan iktibar. Setiap yang baik, pasti dibalas baik. Begitulah sebaliknya. Allah tak zaIim dan Dia sentiasa memberikan sesuatu buat kita berdasarkan apa yang kita k0rbankan. Moga kita jadi pasangan yang sentiasa bersyukur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :