Suami ceraikan aku kononnya dah mengandungkan perempuan lain. Satu hari, dia datang mengadu anak tu bukan anak dia. Dah cek DNA

8 tahun kahwin aku tak dapat bagi suami anak sedangkan perkahwinan sebelum ni aku dah ada 3 anak. Dekat mahkamah, kak ipar h1na aku tak dapat bagi zuriat dekat suami. Aku nampak perempuan tu, cantik, putih, jauh beza dengan aku…

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum. Ni fake acc tapi cerita ni benar. Tentang aku. Ibu tunggal anak 3. Dua kali menjadi janda. Ingin aku kisahkan kisah aku di sini. Bapa aku nelayan. Aku ada 10 beradik. Aku anak ke 5. Lepas sekolah, aku dikahwinkan dengan kenalan bapa. Aku turutkan sahaja.

Semoga perkahwinan ni meringankan beban keluarga aku. Jodoh tak panjang. Aku berpisah ketika anak – anak masih kecil. 3 anak, beranak rapat – rapat. 5 tahun kahwin. Ditinggal. Mungkin juga salah aku. Hitam aku, selekeh aku dengan anak – anak. Tak jaga suami baik – baik. Aku redha.

Kalau dia rindukan anak – anak, dia boleh datang. Aku tak ke mana – mana. Dia tak datang. Kasihan pada anak – anak. Bapa aku sara aku dan anak – anak. Umur aku 25 tahun, sekali lagi aku hendak dinikahkan dengan kenalan nenek. Dia tua 10 tahun daripada aku. Aku turutkan juga.

Ya Allah sangatlah aku bersyukur, aku dapat rasakan kasih sayang seorang suami. Anak – anak aku anggap dia sebagai bapa. Sangat penyayang. Hari – hari aku merasakan aku isteri yang paling bertuah dipertemukan dengannya. Dia berhati muda. Ada kumpulan motor besar. Jiwanya muda. Aku jaga dia baik – baik, makan pakainya.

Aku tak pernah halang aktiviti yang disertai. Telefon dia pun aku tak pandai nak buka. Berbeza dengan dia, hari – hari mesti call aku. Walaupun balik kerja, jumpa juga. Cemburu tinggi jugalah dia. Satu hari, aku minta izinnya untuk bekerja memandangkan anak makin membesar.

Aku malu jika selalu minta wang darinya untuk keperluan anak – anak aku. Dia memberi keizinan. Alhamdulillah, aku dapat kerja. Sangat – sangat bersyukur walaupun kerja peringkat bawahan di sektor kerajaan. Aku mula mengumpul wang, membeli kereta sendiri yang terpakai.

Aku dapat membeli sebuah rumah kos rendah dengan nama aku sendiri. Alhamdulillah. Aku tak nak harap pada kewangan dan harta benda suami. Hasil perkahwinan kami tak dikurniakan cahaya mata. Anak – anak aku daripada perkahwinan terdahulu juga bahagia dengannya.

Anak – anak aku selalu mendapat keputusan cemerlang. Aku bersyukur sebab aku tak pandai. Tak pandai ajar anak kerja sekolah. Alhamdulillah, anak – anak terang hati dalam pelajaran. Walaupun ayah tiri, anak – anak aku kenal dia sebagai ayah tak ubah seperti ayah kandung. Terdidik dengan baik. Tanggungjawab terlaksana dengan sepenuhnya. Aku amat bersyukur dengan nikmat ni.

Hal rumah tangga aku jaga. Mengemas, masak memasak memang dah diajar oleh mak sejak kecil lagi. Tak pernah dia komplen apa – apa. Tak pernah aku tinggikan suara, begitu juga dia. Memang sejak berlakunya perpisahan yang pertama, aku ingin menjadi isteri yang lebih baik menjaga syurga aku.

Suami aku mendapat arahan bertukar ke Lembah Klang. Aku masih di Pantai Timur. Aku juga mohon tukar ke sana. Aku sangka panas hingga ke petang. Aku dapat perkhabaran suami aku mempunyai insan lain, tapi aku tak percaya. Dia masih menghubungi aku seperti biasa.

Satu hari dia berterus terang, telah berkahwin di seberang. Oh ya, wanita tu juga ibu tunggal anak 2. Tua 7 tahun daripada aku. Dia telah hamil. Aku tak dapat terima. Aku tekad berpisah. Aku batalkan permohonan tukar tempat kerja. Aku tak mampu berkongsi kasih. Aku terima kelemahan aku tak dapat beri zuriat padanya.

Ketika di mahkamah, aku dih1na keluarganya kerana tak dapat memberinya zuriat. Ketika tu aku sangat mengharapkan dia berkata sesuatu, namun tak. Masih terlekat di telinga aku, kakaknya berkata kepada bekas suami aku, “buat apa kamu bela anak – anak orang”, sambil menjeling aku.

Aku tengok isteri baru bekas suami aku pun menangis. Putih, walaupun tua daripada aku, kecil molek badannya. Patutlah. Aku kulit gelap je. Di sisi aku ada seorang sahabat baik aku. Dia yang tenangkan aku walaupun aku tak kuat. Aku hanya menangis.

Aku ucapkan terima kasih kepada bekas suami di atas kebaikan yang diberi kepada keluarga aku selama ni, beri kasih sayang kepada aku dan anak – anak. Bekas suami nampak tak sedih pun. Istana dibina 8 tahun musn4h juga. Allah Maha Baik.

Dalam tempoh 2 tahun, aku betul – betul redha dengan ketentuanNya. Kurus juga lah makan hati. Satu ketika, aku mempunyai tugasan luar bersama rakan. Aku memandu kereta, kereta aku rosak. Tayar pecah, kena towing. Duit tak cukup. Kebetulan masa tu, ada 3 buah kereta konvoi. Satu kereta berhenti, dua kereta lagi berundur membantu.

Kawan aku pun tak cukup duit, tapi dia yang bercakap dengan orang yang membantu tu. Aku buntu. Selalu bekas suami aku akan selesaikan. Fikiran aku terawang – awang. Aku bukanlah jenis orang yang suka menyusahkan orang lain. Malu.

Lelaki tu cakap, ada duit nanti bagiIah. Dia tukar nombor telefon dengan kawan aku. Kawan aku bagi nombor telefon aku dekat lelaki tu. Dia ada WhatsApp aku. Aku minta maaf lambat bayar. Genap hari gaji, aku nak bagi duit, dia tak nak. Dia cakap suruh suami bagi pun tak apa. Aku cakap aku tak ada suami. Dia suruh simpan je duit tu.

Bermula detik perkenalan. Dia duda, isteri meninggaI. Anak besar – besar dah kerja. Umur 12 tahun tua daripada aku. Aku tak bagitahu tentang kisah aku dan bekas suami, cuma cakap tak ada jodoh. Aku nampak dia betul – betul ikhlas ambil berat hal aku dan nak jadikan aku isteri.

Yang bagusnya dia sangat menjaga solat. Selalu mengingatkan aku hal akhirat. Walaupun jarang – jarang call, tapi dia bersungguh – sungguh. Aku minta dia jumpa keluarga, ibu ayah. Rupanya dia ketua jabatan salah satu sektor pendidikan. Bila dapat tahu, banyak kali aku fikir nak terima ke tak sebab taraf aku rendah sangat. Tak layak.

Keluarga setuju. Dia banyak nasihat anak – anak tentang pelajaran. Dia ambil berat ibu bapa aku. Masa dia s4kit, dia minta aku masak yang dia nak makan dan hantar dekat wad. Aku segan sebab tak ada ikatan tapi sebab dia baik, aku hantar juga. Bawa anak sekali. Dia sungguh – sungguh nak kahwin dengan aku. Persiapan dia buat dah.

Dua bulan lepas tu, bekas suami aku terpacak depan rumah aku, menangis nak rujuk. Terk3jut aku. Dia cerita dia ingatkan anak bersama isteri dia tu anak kandung dia, rupa – rupanya anak isteri dia dengan lelaki lain. Dia dah siap tukar nama rumah atas nama anak tu. Dia menyesal.

Rupanya baru – baru ni anak tu s4kit, s4kit berkaitan d4rah. D4rahnya tak sepadan dengan anak, tapi sepadan dengan ibu. Doktor bagitahu. Dia tak sangka wanita tu pergunakan dia. Aku tolak dengan baik tetapi tegas. Aku tak akan khianati janji pada bakal imam aku nanti.

Aku cakap dah ada pilihan lain. Aku suruh dia jaga isteri dan anak baik – baik, didik baik – baik. Dia terk3jut sebab dia tak sangka aku temui pengganti begitu awal dan nak jumpa bakal suami aku. Dia menangis. Tak pernah aku lihat dia menangis begitu. Aku tak izin dia jumpa bakal suami aku, bimbang melukai hati bakal suami aku. Dia pulang dengan kecewa. Ya, hati aku dah tertutup buatnya.

Maaf ayat aku tunggang langgang. Terima kasih sudi baca. Buat bekas suami, redhalah. Mungkin ada hikmahnya perkahwinan kamu tu di kemudian hari. Buat isteri bekas suami aku, jika benar cerita yang disampaikan tu, bertaubatlah kamu. Mohonlah ampun sungguh – sungguh daripada Allah dan suami kamu.

Buat pembaca pembaca, maafkan aku jika tak faham cerita yang aku sampaikan. Aku dah buat ujian HIV. Pintaku, doakan keputusan yang aku pilih kali ni tepat, dipermudahkan urusan aku dan keluarga supaya berjaya dunia akhirat. Aku doakan kebaikan juga berbalik pada kalian. Aamin. Wassalam.

Ulasan Pembaca :

Norzita Khalid : Best sangat baca cerita awak. Kak tumpang gembira bila baca. Semoga awak temui kebahagiaan yang sebenar benarnya dan kekal bahagia bersama suami hingga jannah.

Aishah Ktmpizza : Menarik kisah hidup dia. Panjang tapi masih menanti ada sambungan selepas ini. Pasti insan ni manusia yang hebat. Sebab ujian dia juga hebat, akur dengan jodoh yang diatur keluarga. InsyaAllah moga insan ke 3 yang hadir ni adalah yang terbaik dari kalangan yang baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :