Depan kami semua, depan keluarga mertua, abg ceraikan kak ipar, tapi sekarang abg menangis giIa taIak

Abang dapat tahu yang kak ipar b0mohkan dia, malah kami sekeluarga pun kena b0moh sekali. Masa tu mak dan kak long pergi ser4ng kak ipar dekat Terengganu. Walaupun dia banyak kali nafikan tapi tetap kami tak percaya. Satu hari, abang datang bawak balik perempuan lain jumpa keluarga. Kami pelik kenapa cepat sangat jumpa pengganti..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku nak cerita tentang abang aku. Kisah rumahtangga dia sejak 2016 yang musn4h disebabkan sih1r dan keb0dohan dia sendiri. Kenapa b0doh? Aku ceritakan. Abang aku, Endi ni kahwin dengan kakak ipar aku, Kak Lin lepas abang aku habis degree.

Kakak ipar aku ni, dia tak belajar tinggi, ada SPM sahaja. Anak orang berada juga la. Ayah mak dia ada bisnes 2 stesen minyak dekat Terengganu. Adik beradik dia 4 orang, semua masuk universiti cuma dia saja yang tak sambung belajar.

Kak Lin ni walaupun tak ada pendidikan macam adik beradik dia lain, dia ni pandai bab lain. Masak dan jaga rumah. Kak Lin ni jenis pendiam, tak banyak cakap. Lurus benduI sikit la, kau kena terangkan dekat dia bila dia blur.

Tapi dia baik, dia mudah terhibur. Asyik ketawa gelak – gelak bila orang buat kelakar sikit saja. Pendek kata, dia memang bukan typicaI kakak – kakak ipar zaman sekarang tapi dia ada keistimewaan dia sendiri. Abang aku pula, kahwin dengan dia, beberapa bulan lepas habis degree.

Masa tu dia baru dapat kerja CS dekat Aeon Credit. Gaji dia pun basic tak termasuk allowances lagi la, jadi tak ada la besar mana. Kakak ipar aku ikut la duduk dengan abang aku di Sungan Petani masa tu. Family aku dekat Juru.

Semua okay, diorang pun happy saja dengan cara diorang. Pada masa sama, sejak habis belajar, abang aku tak pernah putvs asa nak masuk b0mba, cita – cita dia dari kecil lagi. aku tak ingat lah tahun berapa, tapi dah 4 kali dia pergi ujian fizikal tak lepas.

Berat tak cukup, ada ujian tertentu tak lepas. Tapi hujung tahun 2019 dia lepas dan direkrut masuk. Semasa dia duduk dalam latihan, Kak Lin duduk rumah mak abah kami. Dia la yang duk masak, buat kerja rumah semua sebab mak kami pun tak larat mana dah.

Kerja – kerja berat ni kami tak bagi mak buat. Dalam rumah tu ada mak abah kami dengan adik bongsu kami Form 4. Jadi Si Mira la duk tengok mak abah. Lama juga la Kak Lin duduk rumah mak kami, lepas habis latihan, Endi dapat posting ke Kelantan.

Dia paling tak suka la dapat Kelantan, sebab minta duduk dalam Kedah atau Penang. Masa lapor diri pun kami tak sempat nak ikut sebab masa tu abah tak sihat, jadi dia balik rumah kejap 2 hari lepas tu pergi lapor diri.

Lepas 2 bulan macam tu baru Kak Lin dapat pergi rumah kuarters Endi. Kemas – kemas rumah, pergi beli barang rumah, barang dapur sebab nak duduk sama dah la masa tu. Tapi tiba – tiba abah tak sihat lagi, Endi suruh kak Lin balik Juru tolong tengokkan mak abah.

Masa tu beberapa hari sebelum PM umum PKP fasa 1. Jadi kak Lin pun tersek4tlah di rumah mak abah kami tak boleh balik rumah Endi. Lepas raya tahun lepas, dah boleh rentas negeri Kak Lin balik rumah Endi dekat Kelantan.

Tak lama lepas tu, dalam 3 bulan Kak Lin balik rumah mak ayah dia di Terengganu. Masa tu kami tahu, ada seseuatu yang jadi antara mereka berdua  dua. Kalau tak, mana senang – senang saja Kak Lin nak tinggal Endi. Bila dapat tahu Kak Lin ada dekat Terengganu, kakak sulung aku mula bising la, macam mana boleh jadi macam tu.

Endi balik Juru, jumpa kami adik beradik. Endi beritahu dia pergi berubat dah dekat sebulan sebab kena sih1r sebab takut abang aku ni buat masalah dekat luar. Bila tanya siapa hantar sih1r tu, ustaz yang dia jumpa kata isteri dia buat.

Kami semua terk3jut, biar betul Kak Lin buat. Diam – diam macam tu pandai pula dia menyih1r orang. Tak cukup dengan abang aku, ustaz tu beritahu Endi, kak Lin pun dah jampi semua orang dalam rumah mak abah kami.

Makanan dia masak semua dia dah sih1rkan supaya mak abah kami ni tak ada syak wasangka dan selalu sayang dia. Kami semua rasa marah dan tak puas hati. Lusa tu juga mak, kakak sulung aku dengan suami dia pergi Terengganu dan jumpa Kak Lin dan family dia.

Kakak aku siap rakam la semua masa dekat rumah tu, mak pun marah bukan main la sebab tergamak menantu yang duduk menumpang rumah dia buat macam tu. Kakak aku dalam video pun sembur habis – habisan la siap tanya apa dia letak dalam makanan tu, semua orang dalam rumah tu dah makan.

Kak Lin pula dalam video tu muka cuak la, sebab semua tengah marah dia, m4ki hamun dia, dia jadi kelu tak boleh nak cakap apa. Bila mereka ni suruh mengaku dia duk geleng kepala kata tak buat. Mak ayah dia pun boleh tahan juga la menjawab dalam video tu.

Siap kata la, setakat Endi tu, kerja anggota b0mba saja, bukan pegawai pun, tak ada maknanya sampai nak kena sih1r. Duit dia banyak lagi boleh beIa anak perempuan dia. Mak aku pun menjawab balik, dia kata tak ada untung juga kalau anak laki dia simpan Lin tu, tak boleh beranak, ada SPM ja pun.

Dengar jawapan mak aku, mereka terus kena haIau la, terus balik la mereka ni. Tapi puas hati lah mak aku dapat basuh menantu dengan besan dia dekat rumah tu. Malam esok tu, abang aku remove Kak Lin dari semua wassap group family, siap delete contact.

Tapi Endi bagitahu juga kami dalam group tu, bini dia ada called dan text kata tak buat sih1r tu semua. Tapi Endi kata, dah terlambat, dia dah pergi berubat. Dah tahu semuanya. Bulan 11 tahun lepas, Endi kenalkan family kami dengan seseorang, perempuan umur 28 tahun, orang Kelantan, rumah dekat dengan area kuarters dia. Nama Mimiy.

Kami mula – mula tu macam awkward juga la, cepat lahai dapat jumpa orang baru. Tapi si Mimiy ni pandai ambil hati mak abah kami, jadi semua okay dengan dia. Endi pula, pergi post gambar Mimiy mai rumah kami, jumpa adik beradik semua, makan – makan dekat FB.

Si bini dia pun tahu la. Si bini pun tanya, kalau dah ada orang lain kenapa tak lepas dia lagi. Endi bagitau, selagi dia tak dapat ‘hantar balik’ segala jembaIang yang Kak Lin dah jampi dia tu, dia tak akan cerai. Kami semua layan baik la si Mimiy, tak peduli dah la si Lin ni.

Adik beradik aku pun duk perIi m4ki hamun dia dekat FB, wassap story semua lepas tu block. Termasuk aku, aku pun buat macam tu juga. Puas aku perIi hamun dia, aku block. Si Mimiy ni anak yatim, tak ada bapak dah, Dia duduk dengan mak, kakak dia, abang ipar dia, dan dia.

Dia kerja setahun lebih dekat KL lepas graduate uitm pastu balik Kelantan jual nasi pagi sebab tak tahan duduk KL. Kakak dia dengan suami pun duduk sekali rumah tu dengan anak 2 orang. Kami sekeluarga pun jumpa sekali tu saja la dengan Mimiy, lepas tu sek4tan rentas negeri balik apa bagai, kami contact dekat wassap group ja, sebab Endi dah add dia masuk group kami.

Kawan – kawan kerja Endi dekat balai b0mba pun kenal dia, sebab selalu pergi hantar makanan dekat balai bagi kawan – kawan dia makan sekali. Bulan 2 hari tu, berg4duh besar la si Endi dengan Lin. Sebab abang aku dapat tahu sih1r yang Kak Lin hantar tu bukan caIang – caIang boleh buat m4ti kalau lebih ‘d0se’.

Mak aku sekali lagi pergi Terengganu, minta borang polis, pergi sana berempat dengan abang aku sekali. Sampai sana, berg4duh mulut la mak ayah Lin dengan family aku. Lin tak keluar mula – mula tu, jadi mak ayah dia yang pert4hankan dia.

Ayah dia pun tak tahan la duk dengar mak dan kakak aku kata macam – macam dekat anak dia. Dia pun mengungkit la segala macam yang ada, dia sebut balik kisah lama apa yang anak dia dah k0rbankan untuk Endi. Dia kata lah, anak aku tu budak lurus, kalau tak suruh dia tak akan pandai buat.

Kalau kau suruh berlari 10 batu pun dia ikut, tang mana yang dia sendiri boleh pergi cari b0moh buat macam tu? Abang aku pun menyampuk, memang bukan dia, tapi ustaz tu kata yang jadi perantaranya mak bini dia tu yang jumpa b0moh dekat Terengganu untuk anak perempuan dia.

Lagi sakan la naik angin orang – orang tua tu bila dengar nama mereka pula kena petik. Dalam video yang kak long aku record tu dengar la bapak mentua Endi marah, dia kata, “ingat sikit siapa yang bayar h4ng nak pi temuduga semua tu kalau bukan duit Lin.

Kau tu satu apa tak ada. Kau nak pergi latihan pun duit Lin juga duk bayar hospitaI (med check up), duit belanja semua. Nak harap duit h4ng simpanan satu sen tak ada.” Anak dia tu memang tak belajar tinggi macam orang lain, tapi tak lapar pun nak simpan laki macam abang aku, kata dia.

Abang aku rasa marah, dia rasa dia kena h1na teruk la hari tu. Dia jerit panggil nama bini dia suruh keluar. Si bini ni takut, muka nampak kecut habis la sebab semua mata duk pandang dia. Dia bersungguh kata dia tak buat.

Abang aku pun kata, kau duduk diam sebab dia nak lafaz cerai. Jatuh la taIak hari itu. 2 minggu lepas tu baru setel secara rasmi dekat Terengganu dekat pejabat agama tak silap aku, ke mahkamah. Aku tak ingat. Lepas cerai, abang aku hantar balik la semua barang – barang bini dia dekat kuarters tu nasib baik sekotak ja, sebab tak dan duduk lama.

Barang – barang dia dekat rumah mak abah kami pun kami hantar. Baju – baju dia ja la, takde apa pun. Kuasa tuhan, betul – betul masuk 5 minggu lepas mereka bercerai. Abang aku selalu la duk call mak aku mengadu s4kit belakang.

Bila jumpa doktor, makan ubat pun tak jadi apa. Nak kata s4kit urat tak macam s4kit urat, pergi mengurut pun tak jalan. Abang aku pun bagitahu dekat sorang kawan kerja dia, kira senior la dekat balai b0mba tu. Pastu dia minta abang aku ni rahsiakan dekat sesiapa, jangan bagitahu sesiapa pun.

Dia nak bawa abang aku pergi berubat dekat sorang ustaz. Abang aku kata lah, dia pergi dah berubat dekat sekian – sekian tempat. Tapi senior dia tu kata, tak apa, kita pergi tempat lain pula, tengok apa ustaz tu kata. Jadi, pergi lah depa berdua ke rumah ustaz tu, 2 jam dari tempat depa kerja.

Ikut cerita Endi dekat kami semua. Masa sampai tu, ustaz tu berubat dalam bilik tapi ustaz yang Mimiy bawa tu berubat dekat ruang tamu depan orang lain, semua boleh tengok dan dengar. Dengan ustaz yang baru ni, nama ustaz Wan.

Dia scan abang aku sampai abang aku menjerit. Si Endi pun tanya, ada kurang ke ustaz sih1r tu? Si ustaz tu pun bagitahu la, kurang apanya tengah duk sedap hantar lagi. Endi pun kata la, dah cerai pun sibuk lagi nak hantar barang syirik dekat dia.

Si ustaz wan tu pelik, dia tanya abang aku kenapa, dah bercerai ke dengan yang tukang hantar tu? Abang aku kata la dah bercerai sebulan. Dia tanya balik, kalau bercerai dah, macam mana boleh jumpa hari – hari lagi? Endi pula dah rasa lain macam, dia kata tak ada jumpa sebab perempuan tu duduk Terengganu.

Ustaz tu tanya lagi, bekas bini tu pakai spek ka? Badan gempal – gempal naik viva putih ka? Terus terk3jut la abang aku, sebab bini dia tak pakai spek. Semua ciri – ciri tu ada pada Mimiy. Dia kata tak, tapi kekasih baru dia la pakai viva putih, pakai spek, badan berisi tu.

Terus ustaz tu tanya balik, ada makan apa – apa ke dekat rumah perempuan ni? Abang aku pun bagitahu la semua, makan situ hampir setiap hari. Kalau kerja pagi, sebelum masuk kerja pergi makan nasi berlauk dekat kedai mak dia. kalau habis shift pukuI 8 malam, makan malam rumah mak dia pula.

Pastu ustaz tu tanya lagi, setiap kali pergi makan rumah dia, semua makanan dah berhidang ka? Ada nampak tak dia ke mana – mana orang ke yang masak? Atau masuk tu dah siap tinggal makan je? Minum pun sama ke?

Abang aku pun ingat la balik semua tu, dia kata habis kerja, dalam pukuI 8 lebih sampai rumah Mimiy memang makanan dah siap. Masuk tu basuh tangan dan makan sambil berbual. Ustaz tu tanya lagi, mereka yang lain makan sekali tak?

Abang aku pun bagitahu lah, tak ada. Hidang untuk dia saja, yang lain pun minum – minum air saja duduk sebeIah sambil berbual. Ustaz wan tu pun beritahu la, Endi ni dah kena buatan orang rumah tu. Dia pun ada letak ‘benda’ dekat dalam rumah kuarters Endi untuk dia rasa benci dekat isteri.

Video hat abang aku rakam tu panjang juga la, dekat 50 minit. Ustaz tu tanya la, perempuan tu ada masuk rumah ke? Macam mana boleh ada ‘barang’ dalam rumah Endi dia letak sendiri? Endi pun bagitahu, dia akan minta tolong Mimiy tunggu orang servis coway dekat rumah.

Tolong bukakan pintu kalau dia kerja. Jadi dia akan pass kunci dekat depan balai, dia naik rumah tunggu sampai siap. Ustaz tu kata, silap besar la bagi dekat dia tu. Macam – macam ‘barang’ dah ada dalam tu. Jahat ni jahat.

Dia duk ulang banyak kali sebut perkataan tu. Ustaz tu pun suruh abang aku pergi cari barang – barang tu dan bawa lagi sekali dekat dia. Abang aku pun cari la ikut arahan ustaz wan, dekat mana, sekian – sekian tempat. Cuba hampa teka, apa dia jumpa?

CoIi. coIiii hoii! 3 helai, abang aku jumpa tu dia terus ambik gambar siap – siap simpan. Aku tengok pun aku tahu tu bukan coIi baru, coIi hat pakai dah. dia ada seIit dekat belakang almari baju dengan tangkaI. Endi bawa la barang – barang tu pergi.

Kali ni, dia pergi sorang, senior dia kata kau pergi sendiri, aku tak mahu masuk campur dah, Kau kena setel sendiri. Kena kuat semangat. Pergi yang kali kedua tu, video record lagi panjang. Sampai 2 kali video buat. Ustaz wan kata, abang aku ni kena b0doh dengan perempuan ni mudah sangat – sangat.

Sampaikan apa yang abang aku makan dekat rumah kuaters pun ada ‘barang’ perempuan ni. Rumah mak abah kami pun dia dah ‘baIing barang’ juga. Ustaz Wan tanya, ada tak masa kenal – kenal dengan perempuan tu, dia bawa pergi mana – mana jumpa pawang ka b0moh ka? Abang aku kata ada.

Hmm takpa, ustaz wan tu kata balik rumah, pergi check dapur, ada tak gula dalam bekas yang tak bertutup? nescafe ka, kopi ka yang tak bertutup? Nampak saja terus buang. Lepas tu dia tanya lagi, ada ke lepas jumpa pawang ke b0moh tu, dia bagi dekat abang aku gula dan garam?

Endi kata ada, sebab bekas bini dia dah jampi dia, so Mimiy ni bagi la gula baru dan garam baru, tak mahu dia termakan lagi jampi – jampi dari bekas bini dia. Ustaz tu bagitahu la, dekat situ la sih1r tu mula. dia bagi abang aku gula garam yang pawang tu dah sih1r, bawa masuk rumah.

Si abang aku pula balik kerja buat air dekat rumah guna gula tu. Makan di rumah Mimiy tu pun guna gula garam yang dah jampi tu, sebab tu mereka tak makan. Rumah mak abah kami pun kena, sebab masa Endi balik, dia bawa sekali gula garam baru tukar ganti gula garam dekat rumah tu yang konon si Lin tu dah sih1r.

Kami semua terk3jut, tak boleh hadam apa yang ustaz tu cakap dalam vid. Susah nak percaya. Ustaz tu siap nampak lagi bila scan abang aku, dia kata kedai makan mak perempuan tu dekat sekian – sekian tempat kan? Kerusi warna sekian, meja banyak sekian – sekian kan?

Abang aku pun iya kan sebab betul. Ustaz tu kata, dekat situ pun ada 3 pelaris duduk menunggu dah. Satu family kuat main ‘benda’. Lepas berubat hari tu, abang aku pun jadi letih, tak semangat. sampai balai, dia tak masuk kuarters pun, dia lepak duduk balai, tidur situ.

Dia jadi takut nak balik rumah. Masa tu lah Endi kata, senior dia datang berbual dengan dia. Dia kata, dia kenal saja family perempuan tu. Dan 17 tahun dia kerja dekat balai tu, semua orang tempatan dia kenal. Dia dah dengar macam – macam pasal family perempuan tu.

Sebab tu dia terk3jut bila nampak abang aku ni keluar berdua naik kereta dengan anak tauke kedai makan tu. Dia tanya la, macam mana perempuan tu boleh bawa abang aku ni pergi jumpa ustaz yang first tu? Abang aku cakap la yang Mimiy cakap dia nampak something dekat kereta Endi, macam benda halus ikut.

Takut ada apa – apa mengikut balik lepas kerja. Balik pergi berubat dengan ustaz. Bila pergi, ustaz tu kata ada benda isteri dia hantar untuk elak dia jumpa orang lain masa kerja dan PJJ. Senior tu tanya la, dekat mana tempat ustaz tu?

Abang aku bagitahu sekian – sekian, dia pun kata, hmm tu ustaz copy ori la tu, memang ustaz yang dah sah – sah side Mimiy, tinggal baca skrip saja dekat kau. Abang aku pun jadi murung la, dia jadi tak berani nak tanya benda tu, pastu macam rasa mulut terkunci.

Bila pergi berubat kali ketiga, dia bagitahu dekat ustaz wan. Ustaz tu kata memang la rasa terkunci, berat mulut. Sebab perut dan hati awak ada s3tan – s3tan dia dah. Datang sini saja s3tan tu tunggu luar tak boleh masuk, ustaz dah pagar.

Kalau nak okay balik, sanggup tak hantar balik s3tan – s3tan tu dekat tuan dia? Tapi tuan dia mungkin akan tahu la yang abang aku ni dah sedar dari segala muslihat dia. Abang aku setuju nak hantar balik. Tak lama lepas tu, abang aku pula berg4duh besar dengan family perempuan tu.

Siap ungkit kata jaga abang aku macam anak sendiri lah, adik sendiri lah. Tak pernah berkira duit makan situ hari – hari la. Bila abang aku c4mpak plastik ada coIi tu terus semua terdiam. Abang aku m4ki hamun la kata, aku ni sampai cerai bini aku tuduh dia mak ayah dia macam – macam semata – mata nak anak d4ra badan badak sumbu tu, tak memasal jadi b0doh.

Hujung bulan lepas la kali terakhir dia berjumpa dengan family perempuan tu dan perempuan tu sendiri. Abang aku pula jadi serabut tak boleh kerja. GiIa taIak teringat dekat Lin. Kami semua nak contact dia dah tak dapat.

Kami block dia, dia pun block kami semua. Nombor pun tukar. FB pun dah tak boleh nak tengok, ada yang dah kena block ada yang kena unfriend. IG dah pr1vate. Akhirnya tu tak ada pilihan lain, mak dengan Endi terp4ksa tebal muka contact ayah kak Lin dan minta maaf.

Ayah dia mula – mula tu tak nak layan, dia duk kata la, mentang – mentang anak dia tu sekolah tak pandai, pendiam, lurus saja. Tapi anak dia tak serendah tu sampai nak b0moh – b0mohkan orang. Abang aku minta nak bercakap dengan dia, nak minta maaf, nak rujuk balik.

Tapi mak ayah dia tak bagi dan dia sampaikan pesanan yang Lin pun memang tak nak rujuk balik. Cuma dia kata dah maafkan, dia pun minta maaf dan minta halal makan minum dia duduk rumah mak abah kami selama mana kahwin dengan abang kami.

Baru saja juga la dia called bekas ayah mertua dia tu, 6hb baru ni. Sekarang, kami semua pula yang jadi marah dekat Endi, awat jadi b0doh mudah – mudah kena tipu dengan perempuan. Dah tahu ada bini, kenapa gatal merenyam nak pergi kenal dengan anak makcik kedai nasi berlauk?

Kenapa tak jujur bagitahu pergi makan rumah orang tu bila habis kerja, takut kant0i? Abah kami paling marah, dia lah paling diam sepanjang krisis sebab dia tahu menantu perempuan dia tak akan buat lagu tu. Si mak aku dengan kakak sulung aku la yang melebih juga em0si sampai kami yang lain pun terikut sama.

Sekarang ni, mana nak jumpa dah menantu perempuan baik macam tu, boleh jaga ayah mentua, sanggup ikut arahan suami jaga pak mentua dekat kampung, jauh dengan suami. Aku pun ada wasap Kak Lin, minta maaf semua, tapi satu tick saja, aku rasa dia dah block kami adik beradik. kami paham, dia mesti rasa sedih, terIuka kena h1na dengan mak kami, kami adik beradik marah m4ki hamun dia.

Tapi kami harap juga la tuhan akan lembutkan hati mereka dua orang boleh bersatu kembali. Abang aku memang tak okay, dia rasa menyesal, kecewa dengan diri sendiri, bersalah. Selalu dia duk call mak aku menangis – nangis nak kan Kak Lin semula.

Mak aku pun tanggung rasa bersalah sebab sedikit banyak dia ada juga pengaruh em0si anak – anak dia waktu krisis dulu. Kami semua memang ada rasa bersalah kenapa tak percaya dekat Kak Lin sedangkan ketara boleh tahu, dia tak kan sesekali buat macam tu.

Yang buat abang aku paling terkesan, dia dah janji dengan diri dia sendiri. Bila dapat masuk kerja kerajaan dia nak jaga dan baIas balik apa yang bini dia dah k0rban untuk dia selama nih. Tapi dia mungkir janji. Sekali pun dia tak sempat bawa bini dia belanja makan luar sebab PJJ dan PKP.

Dia tak sempat nak beli apa – apa dekat bini dia walaupun dia tahu bini dia ada duit boleh beli. Tapi dia dah lama pasang impian nak ada kerja tetap dan belanja bini. Sedangkan duit dia banyak pula habis dekat perempuan tu.

Beli itu ini semata – mata nak perempuan tu dekat dan suka dekat dia. Tanpa dia sedar perempuan yang merosakkan semuanya. Dan keb0dohan, kekhilafan abang aku juga la yang musn4hkan hidup dia sendiri. – Isma (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izzul Aiman : Kesilapan diri sendiri yang perlu diambil iktibar sepanjang hayat. Alhamdulillah, Allah S.W.T berikan kebahagiaan yg amat bermakna untuk Lin sekeluarga dan semoga Lin sekeluarga dijauhkan terus dari bersama orang – orang yang suka dan mudah sangat terpedaya dengan bisikan sy4itan dan percaya perkara khurafat.

Islam dah tunjukkan perkara kebenaran dan panduan dari Al-quran dan hadis, kenapa nak percaya b0moh ? Dan terbukti khidmat b0moh ni syirik, dan syirik kepada Allah adalah antara d0sa besar yang tidak diampunkan oleh Allah.. nauzubillahiminzalik..

Nurul Fatanah : Kau orang satu family memang suka m4ki – m4ki orang sesuka hati ehhhh? Tak tau malu. dah la semua benda dalam rumah tu menantu yang buat, bila ada salah sikit je terus laju kau orang nak mem4ki kan?

Tak soal selidik sibuk masing – masing campur tangan hal suami isteri orang lain pulakk. Biarkan je abang kau tu mereput tak payah kahwin. Mudah sangat terpedayaaaa baru kena g0da sikit. Semoga kak lin bertemu j0doh lelaki baik, kaya raya, disayangi mertua. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Zuriati Razali : Pengakuan saya ni bukan nak ungkit cerita lama. Siapa yang baca jadikan pengajaran. Cerita adik ni sebijik cerita saya 7 tahun lepas. Sebijik sejibon, sehingga bercerai. Cuma saya lebih bernasib baik sebab keluarga mentua baik.

Apa yang saya aIami dalam rumahtangga antara saya dengan bekas suami. Itulah, sebijik! Saya dituduh menyih1rkan dia sedangkan saya la manusia paling tak percaya pada b0moh. Dia siap pergi berubat dengan perempuan tu dan dia cakap ustaz tu bagitau saya la yang sih1rkan dia.

Saya ajak dia pergi berubat dengan AlMarhum Ustaz Harun Din, dia tak mau. S4kit badan, gangguan mistik dalam rumah luar rumah semua saya dan anak – anak dah rasa. Akhirnya saya redha dan pasrah bila diceraikan.

Doa saya semoga satu hari nanti Allah buka hijab supaya dia nampak kebenarannya. Saya dah maafkan dia dan isteri baru dia tu kerana saya tahu setiap manusia buat silap dan tiada manusia yang sempurna. Saya pun tak sempurna.

Cuma jika diminta untuk kembali bersama demi anak – anak, saya kena fikir 100x sebab tak mau hal – hal mistik ni menganggu kami lagi. Letih duit, letih badan, letih em0si nak pergi berubat ke sana ke mari. Kecuali Allah yang ubah hati saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.