
Paling s4kit hati, dua orang adik ipar tahu suami ada perempuan simpanan tapi sama – sama tolong sorokkan. Bila aku balik rumah, aku nampak baju – baju suami dah tak ada. Dia lari tinggalkan aku, anak dan anak yang masih dalam perut aku..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Tolong hidekan profil aku ya. Bukan nak raih simpati, cuma nak luahkan apa yang aku pendam dalam hati. Walaupun dah lebih setahun berlalu, s4kitnya masih terasa sampai sekarang. Ceritanya macam ni, aku dan suami bercinta pada tahun 2015. Sekarang umur aku 29 tahun dan suami pula 30 tahun.
Atas dasar suka sama suka, kami bertunang pada tahun 2022 dan berkahwin pada tahun 2023. Pada tahun 2024 aku melahirkan anak pertama kami. Awal perkahwinan kami memang sangat bahagia, lebih – lebih lagi bila dikurniakan anak pertama. Tapi aku tak sangka hubungan kami makin lama makin dingin.
Kami selalu berg4duh sebab anak. Bila anak menangis, dia akan tengking aku. Aku memang seorang yang ego. Aku tak meIawan, tapi aku hanya diam. Aku diam selama mana yang aku mampu bertahan. Suami bekerja biasa – biasa saja.
Hari demi hari dia mula berubah. Dia dah tak sentuh aku dan tidur pun jauh – jauh daripada aku. Aku mula curiga lalu aku buat akaun WeChat baru untuk mengumpan dia. Bergegar jantung aku masa tengok dia rancak melayan mesej sampai nak ajak berjumpa segala.
Aku cuba tahan walaupun s4kit. Dia siap beritahu akaun palsu aku tu yang dia dah berkahwin. Satu hari aku pura – pura buka WeChat dia dan mula bertanya dan menyiasat. Mungkin dia takut aku dapat tahu, dia buat akaun baru dan suruh aku tambah dia di akaun baru tu.
Ya Allah, memang aku tak sangka. Enam tahun aku kenal dia, rupa – rupanya dia jenis macam ni. Beberapa hari sebelum raya tahun 2025, kami bertengkar. Dia suruh aku balik kampung dulu dan dia kata nanti dia akan menyusul kemudian. Aku pun setuju dan balik kampung bersama anak.
Sampailah hari raya pertama, aku tunggu dia datang tapi dia tak muncul juga. Aku telefon dan mesej tapi telefon dia dim4tikan. Aku telefon mak dia dan mak dia cakap suami pergi beraya di rumah kawannya. Tapi kenapa dia tak beritahu aku langsung?
Hari raya ketiga aku balik seorang diri ke rumah mertua untuk tunggu dia balik. Petang tu dia sampai dan buat muka macam biasa seolah – olah tak ada apa – apa yang berlaku. Aku ambil telefon dia dan buka akaun baru dia tu. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku masa tu.
Rupa – rupanya bukan aku seorang saja yang dia tambah dalam akaun tu. Akaun tu memang tempat dia bersembang dan menggatal dengan perempuan lain. Baru aku tahu selama tiga hari dia kononnya pergi beraya dengan kawan, sebenarnya dia pergi beraya di rumah perempuan tu.
Perempuan tu seorang janda anak satu dan bekerja sebelah kedai tempat suami bekerja. Rupanya dah lama mereka bersama, cuma aku saja yang tak tahu. Yang paling s4kit hati, dua orang adik dia yang bekerja bersama dia pun tahu abang mereka ada perempuan simpanan tapi sama – sama tolong sorokkan.
Kadang – kadang adik dia sendiri yang tolong mereka berhubung. Aku mula mesej perempuan tu dan dia beritahu aku yang suami memang nak ceraikan aku. Malah suami sendiri pernah cakap benda tu depan mak ayah perempuan tu.
Bermulalah rumah tangga yang kami bina jadi tunggang langgang. Aku pernah cuba terjun dari tingkat empat sebab mereka rebut anak aku. Yang lebih meny4kitkan, masa tu aku sedang mengandung sebulan. Suami suruh aku gugurkan kandungan tu tapi aku tak nak.
Masa tu anak sulung baru berumur setahun tiga bulan. Aku pernah masuk hospital dan pernah diIanggar lori sedikit sebab aku memang tak dapat kawal perasaan aku masa tu. Aku rasa macam nak m4ti saja. Kemudian suami melafazkan cerai depan jiran – jiran.
Yang buat aku lebih s4kit hati, masa kami berg4duh mak mertua siap suruh aku ceraikan anak dia sedangkan anak dia sendiri yang buat semua ni. Aku ni isteri, mana nak ceraikan laki pulak. Suami menangis meraung sebab nak bersama perempuan tu.
Esoknya aku pergi kerja macam biasa, tapi hati aku memang tak tenang. Bila aku balik rumah, aku nampak baju – baju suami dah tak ada. Dia lari tinggalkan aku, anak dan anak yang masih dalam perut aku. Aku menangis meraung macam orang hilang akal. Aku nekad nak cari dia.
Aku naik bas dan pusing merata – rata mencari dia tapi aku tak jumpa juga. Setiap hari aku tunggu dia balik dan setiap malam aku menangis. Suami cuma mesej suruh aku bagi dia masa untuk tenangkan fikiran. Seminggu aku tunggu dia balik, tapi dia tak balik juga. Telefon dia dim4tikan dan langsung tak dapat dihubungi. S4kitnya hanya Allah yang tahu.
Lepas seminggu dia tak balik, tiba – tiba mertua bagi aku satu sampul surat yang tertera nama aku. Menggigil tangan aku masa buka surat tu. Rupa – rupanya dalam tu ada tuntutan cerai. Aku tak tahu apa salah aku. Kenapa dia pilih perempuan tu dan tinggalkan kami?
Mana perasaan dia sebagai suami dan ayah? Mak dia pula depan aku bukan main baik, tapi belakang aku dia kutuk dan putar belit cerita. Dia tahu di mana suami aku tinggal tapi dia tak nak beritahu. Dia cakap suami tinggal dengan kawan. Rupanya bukan, suami tinggal bersama perempuan tu di rumah keluarga perempuan tersebut.
Walaupun dia buat macam tu, aku langsung tak ada niat nak bercerai. Aku nak anak – anak membesar dengan mak dan ayah mereka. Tapi dia tetap nekad nak bercerai. Lepas bercerai aku balik rumah mak bersama anak. Aku redha. Masa keluar dari rumah mertua, aku buat buat gembira dan tak menangis depan keluarga mereka.
Lepas tu mertua selalu WhatsApp tanya khabar. Aku abaikan saja. Tanya pasal cucu pun aku abaikan juga. Bukankah ni yang mereka nak? Jadi tak payahlah tanya pasal kami lagi. Tapi lama – lama hati aku lembut juga. Aku mula balas WhatsApp mereka dan bawa anak berjumpa dengan mereka.
Dua bulan selepas bercerai, suami balik ke rumah mak dia dan bawa keluarga dia masuk meminang perempuan tu pula. Disebabkan surat cerai kami masih belum keluar, mereka tangguhkan dulu niat untuk bernikah. Lepas tu perempuan tu mengandung dua bulan tapi terp4ksa gugurkan kandungan sebab takut jadi anak luar nikah.
Aku pun tak tahu macam mana, tiba – tiba aku dan suami berbaik semula. Kami akhirnya rujuk kembali dan dia tinggalkan perempuan tu. Walaupun pernah melalui pengalaman hitam macam tu, aku tetap pilih untuk memaafkan dia demi anak – anak.
Aku berharap dia tak akan ulang lagi semua ni. Kami bercerai selama tiga bulan saja. Sekarang dah setahun sebulan kami bersama semula. Tapi kepercayaan aku pada suami masih belum pulih sepenuhnya. Aku masih takut semua benda ni akan berulang lagi.
Suami sekarang sedang menjalani rawatan perubatan Islam sebab katanya perempuan tu pernah menyih1r dia. Dan menurut apa yang kami diberitahu, selama ni suami sanggup tinggalkan kami sebab dia dipengaruhi oleh perempuan tu.
Alhamdulillah sekarang dia dah berubah menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Cuma sekarang aku masih sedikit tertekan dengan mertua. Semoga rumah tangga kami berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.