
Mak cerita segala yang berlaku, ayah marah pihak lelaki sampai mereka tunduk malu depan saud4ra mara yang lain. Rupanya makcik yang hasut ayah aku supaya minta hantaran 20k sebab mereka orang luar, kena sedar diri. Sepupu – sepupu aku siap gelak sekali..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku nak kongsi kisah aku sebelum kahwin. Harap boleh jadikan pengajaran pada pembaca kat luar sana. Aku sekarang berumur 23 tahun dan suami aku 30 tahun. Aku dan suami berkahwin pada tahun 2014, maksudnya masa tu umur aku baru 20 tahun. Ya, aku kahwin muda. Bukan sebab apa – apa, memang dah jodoh datang waktu tu.
Nak dijadikan cerita, suami aku bukan orang sini. Dia orang Indonesia, dari Aceh. Dulu sebelum kahwin, masa bercinta macam – macam dugaan kami lalui. Sebelum kahwin, suami aku ni jenis pemalu. Dia nak cuba dekat aku pun dia minta tolong kawan dia sampaikan sebab dia takut kena tolak.
Kononnya dia takut aku tak nak dekat dia sebab aku orang sini sedangkan dia merantau dari kampung ke sini. Dipendekkan cerita, kami mula kenal dan bercinta. Tapi sejujurnya, kami tak bercinta macam orang lain yang ke hulu ke hilir berkepit 24 jam.
Suami aku memang jenis komited dengan kerja dia dan aku pula bukan jenis nak berkepit sepanjang masa macam pasangan lain. Lagipun aku masih tahu halal h4ram dan sama juga dengan suami aku waktu tu. Dalam masa tujuh atau lapan bulan kami bercinta, suami aku berhasrat nak ajak aku berkahwin.
Masa tu Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati aku. Tapi dalam masa yang sama aku juga rasa takut. Aku takut sebab ayah aku ni agak memilih orangnya. Dalam fikiran aku masa tu, memang must4hil ayah aku akan setuju. Tapi mak aku Alhamdulillah setuju. Mak dan ayah aku dah lama bercerai.
Entah macam mana, mungkin kalau dah jodoh memang tak ke mana. Ayah aku akhirnya setuju juga. Masa tu aku dan suami memang orang yang paling gembira sekali. Tapi ayah aku letak syarat supaya suami aku datang merisik dan berjumpa dengan keluarga sebelah ayah aku terlebih dahulu.
Bila ayah aku cakap macam tu, aku mula rasa tak sedap hati. Aku rasa akan ada sesuatu yang tak menyenangkan berlaku bila melibatkan keluarga besar sebelah ayah aku ni. Dan memang betul firasat aku tu. Bila ayah aku bagitahu pada kakak dia, iaitu makcik aku, yang ada orang nak datang merisik aku, terus dia mula menyiasat macam – macam pasal aku dan bakal suami aku.
Sampai satu hari bila aku datang rumah dia, dia tarik tangan aku masuk ke bilik dan terus kunci pintu. Dia tanya aku macam – macam soalan. Dia cakap dia dengar bakal suami aku bukan orang sini. Dia siap cakap aku giIa sebab nak dekat dengan orang yang tak ada kad pengenalan Malaysia. Dia kata rugi lahir di Malaysia tapi pilih orang Indonesia.
Dia siap tanya kenapa aku tak pilih polis atau doktor. Sejujurnya aku memang tertekan masa tu. Apa salahnya aku pilih lelaki yang tak ada kad pengenalan Malaysia kalau dia bertanggungjawab, boleh sayangkan aku sepenuh hati dan boleh jadi ketua keluarga yang baik dan beriman.
Kata kata keluarga makcik aku memang aku tak ambil peduli sangat. Bagi aku, yang nak lalui kehidupan rumah tangga tu adalah aku sendiri. Tapi macam – macam juga aku dengar daripada sepupu dan saud4ra mara lain yang mempertikaikan pilihan aku.
Sampai satu tahap aku mula tertanya – tanya pada diri sendiri, betul ke aku salah pilih orang. Aku minta pandangan daripada mak aku dan aku luahkan semuanya pada dia. Tapi mak aku tetap berdiri di belakang aku. Mak aku cakap, dengar suara hati sendiri dan tak payah peduli cakap orang sekeliling.
Kalau hati aku yakin dengan pilihan aku, itulah yang terbaik. Sampai sekarang aku masih ingat kata – kata mak aku tu. Tibalah hari merisik. Suami aku datang bawa cincin tanda bersama abang dia, yang sekarang jadi abang ipar aku, dan dua orang kawan dia.
Mak suami aku masa tu masih berada di kampung jadi mereka datang berempat sahaja. Untuk pengetahuan semua, majlis merisik tu dibuat di rumah makcik aku yang sebelum ni sibuk cakap macam – macam pasal aku dan bakal suami aku.
Ramai saud4ra mara berkumpul di rumah dia malam tu. Masa tu pula aku sedang bekerja dan ayah aku buat majlis selepas Isyak. Aku habis kerja pukuI 10 malam dan terus pergi ke rumah makcik aku. Sebaik saja aku sampai di luar rumah, aku dah dengar suara bising dari dalam. Hati aku terus rasa tak sedap.
Aku tengok kereta pihak lelaki masih ada dan mereka belum balik lagi. Maknanya perbincangan masih berjalan. Aku masuk perlahan – lahan ikut pintu belakang dan terus terdengar suara ayah aku sedang marah. Mereka sedang berbincang tentang tarikh dan hantaran.
Ayah aku tanya pihak lelaki mampu bagi berapa untuk hantaran. Pihak suami aku cakap sekitar tujuh atau lapan ribu ringgit. Terus ayah aku naik suara sebab dia tak boleh terima jumlah tu. Keluarga sebelah ayah aku minta hantaran sebanyak dua puluh ribu ringgit. Ya Allah, masa tu memang aku sedih sangat.
Aku sedar diri aku ni siapa. Aku bukan artis, bukan orang berpelajaran tinggi, setakat ada SPM saja. Kerja pun cuma sebagai jurujual. Tapi keluarga aku minta sampai dua puluh ribu ringgit. Aku malu sangat masa tu. Dalam kepala aku cuma fikir mungkin memang tak ada jodoh aku dengan lelaki tu.
Aku terus duduk diam dalam bilik dan biarkan mereka berbincang di ruang tamu. Yang buat aku lebih sedih, ada sepupu – sepupu aku yang siap gelakkan aku. Tapi aku cuma diam dan sabar. Tak lama lepas tu mak aku masuk dan pujuk aku.
Mak cakap jangan risau sebab semuanya masih jadi. Aku cuma mampu senyum taw4r sebab rasa malu sangat. Malu sebab rasa macam keluarga sendiri terlalu memandang duit. Bila majlis habis dan pihak lelaki dah balik, aku terus mesej suami aku minta maaf atas apa yang berlaku.
Aku minta maaf sebab ayah aku h1na mereka macam – macam. Tapi suami aku balas dengan lembut. Dia cakap tak apa, dia sedar dia berasal dari mana. Masa tu memang hati aku sangat terkilan. Berkali – kali aku minta maaf tapi dia tetap terima semuanya dengan hati yang terbuka.
Malam tu juga aku balik rumah mak aku sebab aku tinggal dengan mak. Masa tu barulah mak aku buka cerita sebenar. Rupanya bukan ayah aku yang beria – ria minta hantaran dua puluh ribu tu. Tapi makcik aku yang hasut ayah aku supaya minta jumlah tu.
Alasannya sebab aku orang Malaysia sedangkan suami aku orang luar. Kononnya suami aku kena sedar diri. Memang aku sangat terkilan bila dengar semua tu. Mak aku cerita segala yang berlaku sebelum aku balik dari kerja. Dan apa yang dia cerita memang buat aku sedih dan sebak.
Rupanya sebelum aku sampai, ayah aku memarahi pihak lelaki sampai mereka tunduk malu depan saud4ra mara yang lain. Macam – macam perkataan yang keluar dari mulut ayah aku. Tapi pihak suami aku langsung tak meIawan dan hanya menundukkan kepala.
Mak aku cerita lagi banyak perkara yang berlaku malam tu. Tapi yang selebihnya biarlah jadi rahsia aku seorang. Esoknya aku telefon suami aku dan ajak dia jumpa. Aku tanya dia berdepan tentang apa yang berlaku malam tu. Aku nampak wajah dia sangat sedih walaupun dia cuba sembunyikan perasaan dia. Akhirnya dia buka cerita juga.
Dia cakap lepas mereka balik malam tu, abang dia hanya diam sepanjang perjalanan dalam kereta. Kawan dia pula suruh dia fikir banyak kali sebelum memilih aku sebagai isteri. Aku faham kenapa mereka cakap macam tu. Mereka tak nak dia susah di kemudian hari.
Lepas malam merisik tu, ramai kawan dia suruh dia fikir semula pasal perkahwinan kami. Ada yang kata keluarga aku tak baik sebab terlalu memandang duit. Ada yang cakap aku bukannya kerja hebat pun sampai keluarga aku minta dua puluh ribu ringgit. Ada juga yang sampai cakap pada dia, kalau dia tetap kahwin dengan aku, memang b0dohlah dia.
Sejujurnya aku tak boleh salahkan mereka sepenuhnya. Memang melampau kalau minta hantaran sampai dua puluh ribu ringgit. Tapi masa terus berjalan dan hari pernikahan semakin dekat. Akhirnya selepas perbincangan antara mak dan ayah aku, ayah aku setuju turunkan jumlah hantaran daripada dua puluh ribu kepada sembilan ribu ringgit. Suami aku mampu dan dia setuju.
Walaupun mak dan ayah aku dah bercerai, mereka masih berkawan baik dan berbincang demi anak – anak. Aku percaya mak aku juga ada memujuk dan melembutkan hati ayah aku. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Hari pernikahan aku akhirnya tiba.
Aku dan suami selamat dinikahkan dengan sekali lafaz. Syukur yang tak terhingga aku panjatkan pada Allah. Sekarang dah lebih tiga tahun aku berkahwin dengan suami aku. Kami dah ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dah lengkap sepasang.
Suami aku memang orang yang paling gembira bila dapat anak lelaki dan perempuan. Bila aku ingat balik sebelum kami kahwin dulu, ramai sangat yang cuba cucuk aku supaya jangan kahwin dengan dia. Ada yang kata dia tak baik sebab dia orang luar.
Ada yang kata sebab dia tak ada kad pengenalan Malaysia. Tapi Alhamdulillah, setakat hari ni aku hidup bahagia dengan dia. Suami aku memang seorang yang bertanggungjawab. Aku dapat rasa kasih sayang dia pada aku dan anak – anak memang ikhlas. Walaupun dia orang biasa – biasa saja, aku tetap bersyukur.
Dia memang tak ada kad pengenalan Malaysia dan berg4ntung pada visa ikut aku saja. Tapi bagi aku semua tu bukan ukuran kebahagiaan. Yang penting dia jaga aku dan anak – anak dengan baik. Aku cuma nak pesan pada ibu bapa dan keluarga di luar sana, kalau anak – anak nak berkahwin, tolong mudahkan urusan mereka. Jangan terlalu menyusahkan dengan hantaran yang melampau.
Kalau keluarga lelaki tak ada duit pun dah cukup susah untuk mereka. Jangan pula ambil kesempatan. Macam kes aku ni, makcik aku suruh minta dua puluh ribu sebab nak buat macam – macam. Nak bridesmaid, nak baju keluarga sedondon, nak tempah katering dan macam – macam lagi.
Semuanya nak guna duit hantaran tu. Sebab tu mereka minta sampai dua puluh ribu ringgit. Kasihan juga pada pihak lelaki. Dan satu lagi, jangan pandang status seseorang. Tak kisah dia berasal dari mana sekalipun. Kalau nampak keikhlasan dia, terimalah dia seadanya.
Jangan terlalu berlagak dengan status dan taraf hidup sampai memandang rendah pada orang lain. Macam yang berlaku pada suami aku sendiri. Sampai sekarang kalau kami datang ke kenduri atau rumah saud4ra mara, layanan terhadap dia masih sama.
Kalau dengan aku mereka elok saja bersalam. Tapi bila suami aku hulur tangan untuk bersalam, ada sepupu yang lari dan tak nak bersalam dengan dia. Ada juga pakcik – pakcik yang menepis tangan dia bila dia nak civm tangan mereka.
Sedih aku tengok semua tu. Tapi suami aku tak pernah mengeluh. Dia hanya senyum dan terus berbuat baik seperti biasa. Untuk abang, aku sayang abang dunia akhirat. Abang adalah suami terbaik yang Allah kirimkan untuk aku. Biarlah orang pandang rendah pada abang, tapi tempat abang sentiasa tinggi dalam hati aku. Walaupun orang gelakkan kita sebab sekarang kita tak ada apa apa, aku percaya dengan rezeki Allah. Dan itulah juga yang abang selalu cakap pada aku. Sayang abang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.