
Mak mertua kata dia dah penat nak layan kerenah budak – budak, malas nak masak tiap hari untuk diorang. Dia penat nak hantar anak lelaki umur 8 tahun ulang alik sekolah. Malas nak tengok kerja rumah anak dia yang 7 tahun tu. Dia nak suruh aku jaga anak – anak dia sebab aku takde anak lagi..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang isteri, dah kahwin 4 tahun tapi belum ada anak. Aku tak kerja, cuma buat COD makanan dari rumah. Ada modal aku buat, tak ada modal aku diam je kat rumah. Aku sekarang tengah rasa gelisah. Bila apa yang aku rancang tak jadi, aku akan rasa marah membuak – buak. Lepas tu kaki tangan menggigil, debaran jantung terus laju dup dup dup. Kepala rasa berat. Tiba – tiba nangis teresak – esak macam m4ti laki.
Lepas bangun tidur, lagi sekali rasa sedih yang teramat sangat datang. Teruslah aku menangis lagi sampai mata bengkak dua kali ganda. Hingus meleleh. Kadang – kadang tu aku geram sangat asyik menangis je, aku akan rajinkan diri kemas rumah macam nak raya. Sental bilik air walaupun dah berkilat. Basuh baju, tuala, langsir semua walaupun dah bersih berlipat cantik. Bak orang Jawa kata, angot dia dah datang. Tapi orang sekeliling aku?
Suami, dia sikit pun tak pernah ucap terima kasih, sokong aku dengan kata – kata, puji aku cantik ke tak, tanya aku okey ke tak, dekat rumah macam mana, penat ke tak. PeIuk civm aku senyap – senyap ke. Aku je ni hari – hari tanya kat dia okey ke tak, ada masalah ke apa.
Yang dia tahu balik kerja makanan dah hidang. Malam dia nak, aku kena buat walaupun aku tak ada mood. Kalau tak, dia akan meradang 2 – 3 hari tak bercakap dengan aku. Bila aku buat per4ngai macam yang berada di atas tu, dia akan kata aku mer0yan, kurang ajar, mengada – ngada.
Lepas tu orang lelaki biasa lah, malas nak layan per4ngai kita. Dia boleh je keluar rumah melepak, hisap hembus vape, shisha ke r0kok, ketawa dengan kawan. Kita yang perempuan ni kena lah membatu dalam rumah sorang – sorang. Mandi kat bilik air lama – lama sampai mood tu okey sendiri.
Mak mertua. Yang mak suami ni tak habis – habis suruh aku jaga adik perempuan 20 tahun dengan adik lelaki 8 tahun dia. Duduk dengan aku laki bini dekat rumah Kuala Lumpur. Sebab mak mertua aku kata dia dah penat nak layan kerenah budak – budak, malas nak masak tiap hari untuk diorang, penat nak hantar adik lelaki dia ulang alik sekolah. Malas nak tengok kerja rumah adik yang 7 tahun tu.
Aku macam tanda tanya besar. Anak tu tanggungjawab mak mertua kot. Bapak tiri pun ada. Muda lagi 35 tahun. Mak mertua dah 55 tahun. Amboi sedapnya bapak tiri tu kahwin dengan mak mertua tak jaga makan pakai anak yang belum kahwin. Dah kahwin ni tinggal masuk percuma je rumah arw4h ayah mertua.
Banyak dah kisah aku baca bila duduk serumah dengan ipar – ipar ni. Banyak buruk dari yang baik. Untuk aku pulak, aku amat jaga privasi perkahwinan aku. Aku takut apa – apa adik ipar bawa mulut apa yang terjadi dalam rumah aku ke mak mertua aku.
Hmm aku pulak tak tahu nak tolak cadangan untuk bawa adik – adik ipar ke Kuala Lumpur tu sebab fikir mak mertua, keluarga suami. Suami pun macam nak je adik – adik dia duduk dengan kami. Korang tahu suami aku kata apa bila aku suarakan yang aku tak selesa ada orang lain dalam rumah walaupun keluarga sendiri? Dia kata, bagus jugak sebab dia malas nak layan per4ngai mer0yan aku tu datang. Bila ada orang, tak ada lah aku tunjuk per4ngai tu.
Adik ipar perempuan, dia ni p3ngkid, hidup bebas. Hisap v4pe. Nak berkawan dengan siapa – siapa mak mertua tak kisah. Dia ada 2 abang lagi tau, tapi banyak – banyak abang, kenapa dia pilih nak duduk dengan kami? Sebab abang dia iaitu suami aku sikit pun tak pernah marah dia. Nak minta apa semua bagi. Duit, telefon, nak buat lesen motor, suami aku sokong.
Abang dia yang lain rajin tegur dan marah dia sebab per4ngai tak semenggah. Memang tak semenggah p3ngkid kan, perasan jantan. Kat rumah pakai seluar pendek, kadang – kadang tak pakai br4, pakai singlet je. Walaupun kat rumah sendiri tapi malu lah sikit. Ni tak.
Dia pernah cakap dengan kami yang dia tak suka duduk dengan abang lain sebab abang – abang lain tu ada anak kecil. Nanti dia kena tolong basuh ber4k, cebok anak abang dia tu. Sedangkan duduk dengan kami tak ada anak. Abang pun tak ada marah – marah. Abang yang ni sporting.
Aku mengucap panjang dengar dia cakap macam tu. Kau suka ke aku tak ada anak? Macam mana lah aku nak jaga diri dia bila dia duduk dengan kami? Sedangkan ada peribahasa, jaga 10 ekor lembu lagi senang dari jaga anak perempuan seorang. Dengan abang dia, mak mertua tak kisah hidup dia. Dah confirm aku kena didik dia. Nanti bila ada yang tak kena, suami dan aku jugak disalahkan. Percayalah cakap aku.
Adik ipar lelaki, umur baru 8 tahun. Dia anak angkat, memang tak ada talian d4rah atau pun ibu susuan. Ya memang budak – budak. Tapi korang nak tahu tak, mak mertua dengan ayah mertua dah ajar dia tengok cerita orang putih yang ada adegan civm – civm.
Lepas tu selalu buat jenaka pasal benda Iucah, pasal orang dah kahwin. Aku risau nak jaga dia macam mana, nak didik dia. Aku tak ada pengalaman. Aku sendiri anak tunggal. Aku tak tahu nak ajar budak kecil ni erti hidup yang sebenar. Nanti dia dah baligh ada batas aurat aku dengan dia. Orang lain tak fikir tu semua.
Dia ni pun per4ngai boleh tahan jugak. Suka minta – minta permainan, game dekat suami aku. Alasannya, kami tak ada anak lagi. Dah tu ingat tak ada anak boleh minta apa – apa lah dengan kami? Lagi satu suami aku pun ikutkan je permintaan adik beradik dia sampai kadang – kadang aku rasa diorang naik lemak.
Kalau diorang jadi duduk dengan aku, aku tak tahu nak urus keadaan aku bila aku rasa tak sedap badan, bila emosi aku tak stabil. Aku buntu. Serius aku rasa susah hati bila jumpa keluarga suami aku. Aku buntu nak kata tak. Alasan apa yang patut aku bagi?
Yang diorang cuma fikir, laki aku kerja besar, tak ada tanggungan anak lagi, duduk rumah selesa beraircond, duduk Kuala Lumpur. Aku pun tak banyak cakap, tak pandai marah orang. Bestnya hidup dengan kami. Tadi mak mertua telefon bila nak balik kampung sebab nak serah adik – adik ipar ni dekat kami.
Memang aku cakap tersekat – sekat, aku buat alasan line tak clear. Tangan aku menggigil. Aku taip sekarang dalam keadaan menangis sedih. Sedih sangat. Entah lah. Aku tak tahu macam mana lagi nak cerita masalah aku. Macam mana aku nak kaitkan dengan apa aku rasa sekarang. Atau aku yang bermasalah?
Ulasan Pembaca :
FiezaBee : Aku rasa kau ada anxiety disorder. Aku juga pes4kit anxiety disorder. Simptom semua sama. Kalau kena ser4ngan, jantung tu berdegup macam nak meIetup sampai ke luar boleh dengar. Kaki dan tangan menggigil, keluar peluh sejuk, d4da rasa sempit sesak nafas.
Jauhkan diri dari perkara yang trigger. Kat sini aku boleh nampak keluarga mertua punca kau akan kena ser4ngan anxiety. Boleh rujuk pakar. Kau pergi klinik kesihatan bagitahu nak buat ujian DASS. Percuma je tu. Jika ujian menunjukkan keputusan kau teruk atau sangat teruk, nanti doktor akan rujuk pakar psikologi.
Jika dah ada temu janji dengan psikologi, pergi tau jangan tangguh. Sebenarnya sangat membantu. Aku sendiri mengalaminya dan aku mahu kau kuatkan semangat, jangan malu untuk dapatkan rawatan.
Nora Zam : Sis jumpa doktor buat pemeriksaan. Dah ada tanda – tanda kemurungan tu. Kalau rasa tak tahan dengan keadaan rumah, keluarga mentua, lari je. Tenangkan diri dulu. Setiap masalah ada jalan keluar. Suami tu gayanya macam tak boleh dibawa bincang. Fikirlah baik – baik. Nak terus macam ni ke?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.